-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Lelaki Lambat Matang

Lelaki lambat matang, itu sering kita dengar dari mulut-mulut orang, lebih-lebih lagi daripada kaum wanita. Betul ke fakta ini, atapun auta semata-mata nak merendahkan marbat dan kehenseman para lelaki. Jangan bimbang dan gusar lelaki diluar sana, Blogger Lelaki akan merungkai topik ini. Kita tunjukkan kelelakian kita kepada dunia nan fana ini.

Apa makna matang sebenarnya, kita main sebut je tapi tak tahu apakah maksud disebalik perkataan ‘matang’ atau dalam bahasa omputihnya matured. What it means? Mengikut kamus dewan, matang membawa maksud sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran.

mandi sungai
Gambar kredit to PhotoMalaysia.

Aku masih ingat masa darjah 6 sekolah rendah dulu. Aku masih lagi suka mandi sungai dan bermain-main tanpa rasa malu (Choi! aku pakai seluar okey), sedangkan kawan aku yang perempuan, yang selalu bermain dan lepak dengan aku sejak dari kecil sudah pandai rasa malu, tak mahu dah dia mandi sungai dengan aku.

Aku masih terkontang kanting, dia dah pandai nak bercinta bagai. Aku masih still buat kepala gila-gila aku, cinta pun aku tak tahu, apekendenye tu. Bila dah start naik tingkatan, sekolah menengah. Persahabatan kami jadi bagai langit dan bumi. Kami dah tak melepak bersama di tepi sungai macam dulu-dulu. Aku kehilangan seorang kawan.L

Bagi aku untuk seseorang itu jadi matang, kita kena tengok persekitaran kita. Dengan siapa kita berkawan, kalau kita berkawan dengan orang yang lebih berusia daripada kita, kita akan terikut cara mereka itu. Mungkin perbualan kita dah gaya macam orang tua bercakap.

Faktor yang penting, bagi aku adalah pengalaman bak kata lagu ‘pengalaman mendewasakan, mematangkan fikiran’. Pengalamanlah sahabat sejati hidup kita. Susah senang, jatuh bangun, pengalaman yang banyak mengajar kita. Itupun kalau kita belajar daripada kesilapan dan berfikir secara positif. Walaupun lelaki lambat matangnya, tetapi mereka akan matang suatu hari nanti, apabila sudah ketemu arah tujuan dan sudah tetap matlamatnya.

Ia boleh juga disebutkan sebagai mengalas tanggungjawab. Apabila lelaki sudah mula memikirkan soal tanggungjawab, mereka akan semakin matang. Bukan sahaja bab kahwin baru kita nak bertanggungjawab, tapi apabila kita rasa bertanggungjawab untuk membantu ibubapa kita, menolong keluarga kita. Kita akan membentuk kematangan kita dari rasa tanggungjawab tadi. Kita akan lebih matang di dalam sesuatu urusan.

Menilai kematangan seseorang itu sangat subjektif, ia tidak boleh dikira dengan usia, ada orang yang lebih muda tetapi pemikirannya lebih matang dari mereka yang lebih tua. Semuanya bergantung kepada diri masing-masing, persekitaran, pergaulan, pendidikan, cara didikan semasa kecil dan bergantung kepada pengalaman individu.

Memang penting untuk lelaki menjadi matang, sebab apabila kita kahwin, orang lelaki kena jadi ketua keluarga. Kita kena uruskan sendiri rumahtangga kita, membuat keputusan penting untuk keluarga kita. Tapi kepada para wanita yang dapat suami tak berapa nak matang, jangan risau, kena tolonglah suami awak tu, jika dia tak tahu buat keputusan, berbincang dengan dia, dan bagi pendapat. Lama-lama jadi matanglah suami awak tu. Kalau tak matang-matang jugak, jangan bagi dia masuk bilik..hahaha.

Namum begitu, senang cerita lah, walaupun sematang mana si lelaki ini, mereka tetap ada permainan yang mereka suka. Yang ini tak kira dah kahwin ke, dah ada anak ke, permainan yang mereka minat tetap akan diteruskan juga, aku lebih suka panggil ianya ‘hobi’. Ada sesetengah orang suka main kereta, suka bela burung, ada yang suka memancing, yang suka menburu pun ada, suka main bola, yang suka main game juga ada dan macam-macamlah.  Jangan nak dihalang, biakan mereka puas dengan permainan mereka dahulu, sampai masa berhentilah si lelaki dengan permainannya tu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail