Proton adalah kilang membuat kereta nasional bagi negara kita, Malaysia. Sedar tak sedar sudah 30 tahun wujudnya Proton. Namum sedarkah kita, setiap kali keluarnya model terbaru Proton kita akan berkata 'Ada kualiti ke?'
Ayat yang selalu keluar dari mulut kita pasal Proton selalunya negatif. Jarang sangat yang kedengaran memuji. Jadi apakah masalah sebenar diantara Proton dan Rakyat Malaysia?
Model awal kereta Proton lahir hasil daripada kerangka Mitsubishi. Selepas itu beberapa model yang dikeluarkan seterusnya masih lagi Proton menggunakan kerangka yang diambil dan diubahsuai daripada Mitsubishi. Malah kualiti yang selalu diharapkan di dalam setiap keluaran modal terbaru, HAMPA.
Proton seakan terumbang ambing dibumi sendiri. Jangankan nak bersaing dengan kereta import dari luar negara. Dengan Perodua pun Proton dah kalah, dipotong kereta Myvi. Dimana silapnya Proton nie?
Rakyat mulai serik dan jemu dengan janji Proton, dimana peningkatannya kurang menberansangkan. Hinggakan ada menggelarkan kereta Proton dengan julukan 'Kereta Tin Milo'. Tertekan sikit pun sudah kemek. Itu belum cerita pasal masalah power window, yang sudah menjadi penyakit keturunan Proton.
Bukan nak condem barang buatan tempatan, "jika manis buahnya berbau harum, jika buruk buahnya berbau busuk". Sekarang, peluang untuk Proton buktikan kewibawaannya dengan model Proton Suprima S. Proton perlu buktikan ia masih relevan terus menjadi pembuat kereta nasional. Proton harus jernihkan delima diantara rakyat dengan Proton.
Namum begitu dalam kita duk asyik condem kereta Proton. Masih ramai juga yang mencari balik kereta Proton SAGA lama, Proton Satria, siap convert turbo. Sebenarnya bukan semua rakyat Malaysia menolak Proton. Mulut orang kita tak boleh nak ditutup, bukan macam mulut tempayan.
Semoga yang memberikan komen negatif itu akan membantu Proton menjadi lebih baik. Yang mana suka sangat dengan kereta Proton ni, teruslah sokong. Sebab ramai orang kita yang berkerja di kilang Proton tue.
Semoga selepas ini dilema Proton ini akan terurai dengan kelahiran Proton Suprima S.
Pada tahun 2016, Proton dijangka akan melancarkan model Proton Perdana baru 2016
Pada tahun 2016, Proton dijangka akan melancarkan model Proton Perdana baru 2016