-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

CEO Lelaki Terkaya Di Dunia 2013

CEO atau selalunya atuk aku sebut Ketua Pegawai Eksekutif, tapi kita selalu sebut CEO je kan. Tak kisahlah nama sebut apa pun kan, yang penting kali ini kita nak kenal dengan 10 CEO lelaki terkaya di dunia 2013.

CEO adalah jawatan yang paling diidamkan oleh mereka yang terlibat di dalam dunia korporat. Jawatan CEO menjadi rebutan kerana gajinya, lumayan beb. CEO merupakan orang terpenting di dalam syarikat. Tanggungjawab pun besar yang CEO kena tanggung, bukan main-main, mereka merupakan tunjang utama di dalam sesebuah syarikat. Untung atau rugi, maju atau mundurnya syarikat itu semua kerja CEO, jika mereka gagal, kena tendang la dengan bos besar.

Nampak macam best kerja CEO ni, sebab kita tengok gajinya besar. Jika itu cita-cita anda, nak jadi CEO, anda perlu ada ciri-ciri kempimpinan yang cemerlang, ada visi dan misi yang gemilang. Bukan sebarang orang boleh jadi CEO yang berjaya. Tapi didalam senarai yang aku ingin kongsikan ini, mereka memang cemerlang habis, duit mereka memang gemilang, bling bling.

“Kepimpinan merupakan satu kapasiti untuk menukarkan visi kepada satu realiti..” - Warren G. Bennis

10. Leonid Mikhelson

Leonid Mikhelson

Berumur 57 tahun dari Rusia. Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syarikat gas & minyak, Novatek. Berada pada kedudukan ke-47 di dunia. Jumlah Kekayaan: $15.4 Billion.

9. Aliko Dangote

Aliko Dangote

Berumur 55 tahun dari Nigeria. Merupakan CEO dan Pengerusi Dangote Group. Berada pada kedudukan ke-43 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion.


8. Lakshmi Mittal

Lakshmi Mittal

Berumur 62 tahun dari India. Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal. Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion.


7. Mukesh Ambani

Mukesh Ambani

Berumur 55 tahun dari India. Merupakan Pengerusi dan Managing Director (CEO) Reliance Industries. Berada pada kedudukan ke-22 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $21.5 Billion.


6. Lawrence “Larry” Page

Lawrence “Larry” Page

Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan CEO Google Inc. Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $23 Billion.


5. Jeff Bezos

Jeff Bezos

Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com. Berada pada kedudukan ke-19 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $25.2 Billion.


4. Sheldon Adelson

Sheldon Adelson

Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands. Berada pada kedudukan ke-15 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $26.5 Billion.


3. Bernard Arnault

Bernard Arnault

Berumur 63 tahun dari Perancis. Merupakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH). Berada pada kedudukan ke-10 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $29 Billion.


2. Larry Ellison

Larry Ellison

Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle. Berada pada kedudukan ke-5 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $43 Billion.


1. Warren Buffet

Warren Buffet

Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat. Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway. Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia. Jumlah Kekayaan: $53.5 Billion.

Banyak betul duit mereka ni, botingkek-tingkek, harta berlipat memang seronok kalau aku jadi kaya macam CEO lelaki terkaya di dunia ini. Dekat Malaysia siapakah CEO paling kaya, korang tahu tak?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail