Kita hidup penuh ranjau. Jika kta tidak 'keras' tak mungkin kita mampu redah semua kesukaran. Namum di dalam ketabahan itu, adakalanya kita rasa begitu lemah. Sehingga rasa terduduk, rebah ke bumi. Dan kita menangis.
Siapa kata lelaki tidak menangis. Betul, memang sukar untuk lihat orang lelaki menangis. Namum, jika sang lelaki in menintiskan airmata, ianya benar-benar ikhlas. Sebaknya datang dari hati, yang sebenarnya mahu merayu. Tiada manusia yang betul-betul SUPERMAN. Maka menangislah aku, mengharap pertolongan tuhan.
Bercucuran airmata, yang jarang-jarang dititiskan. Sedu-sedan melahirkan perasaan pilu. Jangan anggap kau lemah, lembik atau tak hensem. Tapi aku buang ego aku sebagai seorang lelaki. Sekurang-kurangnya hati aki tidak keras.
Airmata sinonim dengan wanita. Tapi Kadangkala lelaki juga perlu menangis. Buang ego itu, dan jadilah lelaki sejati. Merendahkan diri didepan tuhan. Mengharapkan kekuatan daripada-Nya.