Showing posts with label Tips. Show all posts
blogger lelaki logo

Pengalaman Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

11 Komen
Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah salah satu peperiksaan tahap tertinggi untuk kemasukkan dalam perkhidmatan awam.

Exam PTD bukan biasa-biasa, ia bertujuan untuk menguji dan membuat penilaian terhadap calon yang memohon, samaada mereka layak atau tidak untuk jawatan tinggi ini.

Kepada calon exam PTD 2016 boleh lah kita baca pengalaman menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 daripada bekas calon pada tahun-tahun lepas, untuk dijadikan panduan dan teladan.

Sebenarnya calon sekarang beruntung sebab peperiksaan ini dibuat secara online, tak macam calon dulu-dulu yang akan pergi ke pusat peperiksaan untuk meduduki exam PTD.

Sebenarnya pada tahun 2014 barulah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menperkenalkan sistem peperiksaan online PTD ini. Lebih mudah kan.

Malah untuk calon exam PTD 2016 ini sudah tiada lagi seksyen esei, sekarang calon cuma kena berikan jawapan pilihan objektif sahaja, sudah semakin mudah sebenarnya.

Pengalaman Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Pengalaman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41


Tips paling utama untuk mana-mana peperiksaan adalah persediaan secukupnya. Ya, jangan pergi jawab soalan dengan tangan kosong. Melenggang kangkung, bukan laptop terus nak jawab soalan.

Tunggu sekejap! Jangan bazirkan peluang BESAR ini!

Tahu tak bertapa ramainya calon yang begitu mahukan jawatan PTD M41 ini. Jadi jangan sia-siakan peluang ini.

Kepada yang sudah ada pengalaman, pernah menjawab soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pasti akan tahu bagaimana bentuk soalannya.

Baca soalan pening, berpusing-pusing ayat dia, 'skroll' turun bawah pergi baca jawapan lagi bertambah pening sebab ayat dia berbelit-belit. Jawapan dia seakan-akan sama untuk semua pilihan, nak pilih jawapan yang mana satu?

Sebab itu penting kena buat persediaan awal untuk exam PTD ni. Bukan senang dik nak dapat jawatan yang menjadi rebutan ni, jawatan paling 'hot' dalam kerja Kerajaan la dikatakan.

Pastikan kita set jam awal-awal, tanda dekat kalendar tarikh dan waktu peperiksaan.

Berikut pula adalah format Soalan Peperiksaan PTD:

i) Seksyen A – Pengetahuan Am (08:00PM – 08:40PM)
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (08:55PM-09:40PM)

Penting juga nak kena pastikan talian internet pantas , tak sangkut sangkut semasa hendak menjawab soalan.


Baca Juga : Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi Dan Psoriasis

Tips Persediaan Peperiksaan PTD M41

Sejak zaman sekolah lagi, cikgu kita, pensyarah kita sering menekankan kepada kita untuk membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan. Kenapa? Sebab kita perlu benar-benar bersedia untuk berhadapan apa sahaja kemungkinan soalan yang akan ditanyakan didalam periksaan nanti.

Seksyen A -  Pengetahun AM

  • Tips untuk persediaan exam online PTD, antaranya aku sarankan untuk baca buku Sejarah Tingkatan 5. Cari balik buku rujukan sejarah zaman sekolah dulu, tak pun pinjam yang adik atau sedara mara.
  • Baca bab yang berkaitan Perlembagaan Malaysia dan juga Pentadbiran Tanah dan Negeri.
  • Apabila masuk bab pengetahuan am, sebenarnya agak sukar untuk kita target isu apa yang patut kita baca. 
  • Jadi sebagai persediaan, kita perbanyakkan tengok berita dan baca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  • Jangan lupa untuk baca hal-hal berkaitan dasar-dasar yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan pada masa kini.
  • Juga jangan lupa untuk ulangkaji berkenaan bidang tugas badan-badan tak berkanun dan seumpamanya.


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

3 elemen yang menjadi intipati pada seksyen ini adalah Kemahiran Logik, Kemahiran Interprestasi Data dan Kaedah Matematik
  • Anda kena jawab soalan matematik. Jangan risau sebab sebenarnya ia tidak memerlukan anda ingat formula yang susah. Jangan panik kepada mereka yang trauma dengan nombor.
  • Sebenarnya soalan dia lebih kepada untuk menguji cara anda menyelesaikan masalah.
  • Lagi satu ia juga menuntut daya kreativiti yang tinggi daripada anda untuk menjawab soalan dengan berfikir di luar kotak. 
  • Tips yang aku boleh berikan adalah rajin-rajinlah main permain menguji IQ di telefon pintar anda, boleh download dekat play store.
  • Selain itu pada seksyen ini, ia memerlukan calon bijak menganalisis data, baik dalam bentuk graf, carta dan sebagainya.


Disebabkan ini bukan jawatan biasa-biasa, jadi soalan nya pun bukan biasa-biasa yang diajukan. Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah jawatan yang penting dalam Perkhidmatan Awam, jadi calon perlu ditapis dan hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih untuk ke langkah yang seterusnya iaitu PAC sebelum di temuduga untuk peringkat akhir.

Jadi sebagai persedian awal anda bolehlah dapatkan contoah soalan peperiksaan PTD di http://profhariz.com/pegawai-tadbir-diplomatik-m41/

Jangan lupa baca juga entri berkenaanPeperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.
blogger lelaki logo

Cara Buat Duit Dengan Blog

18 Komen
Untuk blogger baru yang masih tertanya-tanya cara buat duit dengan blog, jadi ini aku akan berikan beberapa cara yang aku pernah buat untuk menjana pendapatan daripada blog.

Rata-rata orang sudah tahu semenangnya melalui blog kita mampu menjana duit secara online. Sebab sudah ramai yang berjaya, malah ada yang sanggup urusan blog secara sepenuh masa kerana pendapatan blog mereka cukup lumayan.

Aku mulakan blog ini pada penghujung 2013, pada masa itu aku tidak begitu fokus untuk menjana wang melalui blog aku.

Ya, aku serius ni, kalau korang tak percaya boleh baca balik entri lama yang aku ceritakan pasal Blogger buat duit online. Pada masa itu aku baru sahaja berjinak-jinak dengan Adsense, dapatlah daftar akaun tapi dia punya earning punyalah ciput.

Cara Buat Duit Dengan Blog



Cara Buat Duit Dengan Blog

Jangan salah faham, apa yang aku kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan sememangnya apa yang telah aku dapat hasilnya.

Jika nak cerita pasal buat duit guna blog ini memang banyak cara, aku sendiri pun tak tercapai dek akal nak buat kesemuanya sekaligus.

Baiklah tanpa membuang masa, aku akan kongsikan bagaimana cara aku buat duit dengan blog aku yang suam-suam kuku ni.

1. Menang Kontest

Inilah antara pendapatan pertama aku melalui blog. Disebabkan aku pasa masa itu tidak gemar meletakkan banner iklan di blog, dan sememangnya pada masa itu aku tidak letakkan matlamat aku untuk menjana duit melalui blog. Aku tulis blog sebab minat da n salah satu minat aku adalah bermain SEO.

Oleh itu, pantang ke ada contest SEO pada masa itu pasti nama aku akan terselit sebagai peserta. Alhamdulillah rezeki aku murah melalui kontest SEO, adalah menang nombor 1 sekali, dan selainnya memang hadiah saguhati.

Tujuan kontest ini selain daripada hadiah yang lumayan, aku juga jadikan ia sebagai tempat untuk aku belajar dan aplikasikan apa yang belajar, kita boleh uji adakah betul berkesan ilmu yang kita belajar tu.

Antara contest yang aku pernah menang adalah :

Rasanya ada lagi kot contest yang aku pernah menang hadiah wang tunai, AKu sendiri pun sudah lupa.

Namum begitu, semenangnya kita boleh buat duit dengan blog melalui kontest, namum ianya tidak tetap dan konsisten, ia bergantung kepada penganjuran, lagipun hanya yang menang sahaja yang akan menang hadiah.

Bagi aku duit melalui kontest sebagai bonus kepada blog aku. Untuk dijadikan sebagai pendapatan tetap itu tersangatlah sukar.


2. Pengiklanan Di Blog

Aku juga ada mengambil peluang dengan mengambil bayaran untuk orang lain beriklan di blog aku.

Pada mulanya aku ambil pengiklanan dengan meletakkan banner di blog, namum ianya tidak lama.

Sebab pada masa itu aku rasa serabut melihat banner bertempek dekat blog aku. Dan sehingga kini aku masih menolak jika ada orang nak sewa banner iklan di blog aku.

Aku pergi lebih lagi dengan mengambil pengiklanan jenis menulis review atau artikel untuk disiarkan pada blog aku. Ianya bukan perkara yang aku rancang. Ramai yang datang sendiri kepada aku untuk bekerjasama dengan blog aku untuk buat review atau artikel, ad ajuga yang mahukan acklink daripada blog aku.

Aku sebelum ini tidak pernah terfikir pun untuk mengambil bayaran terhadap setiap artikel yang aku tulis. Namum apabila ada orang berikan tawaran, jadi 'rezeki jangan ditolak'.

Ini boleh menjadi salah satu pendapatan online melalui blog, sebab itu kita perlu serius buat blog, bina kredibiliti agar blog kita memiliki autoriti dimata pembaca.

Jika kita konsisten dan mendapat kepercayaan tidak mustahil rezeki akan masuk secara berpanjangan. melalui blog kita.

Jadi menulislah dengan betul, belajar teknik SEO walaupun sekadar asas. Ia amat berguna untuk kita menerima tawaran artikel berbayar nanti.


3. Buat Duit Melalui Adsense

Ianya konsep hampir sama dengan point nombor 2, cuma kali ini kita meletakkan iklan Adsense pada blog kita. Setakat ini, adsense memberikan pendapatan yang lumayan dan konsisten kepada blog aku.

Bayangkan kita earning kita dalam matawang USD ditukar kepada matawang Malaysia. Berganda-gandalah pendapatan blog kita.

Namum begitu ianya tidaklah begitu mudah sebenarnya, ada mereka yang mengadu baru nak merasa cash out, akaun dah kena banned.

Pada aku nak buat duit melalui adsense kita kena ikutlah terma dan syarat yang ditetapkan oleh mereka.

Lagi sekali aku hendak tekankan, belajarlah teknik SEO, semenangnya SEO akan banyak membantu anda menjana wang melalui Adsense. Pendapatan Adsense lebih ampuh jika blog kita mendapat banyak Organik Traffic, namum  ada juga mereka tarik trafik daripada Facebook untuk main Adsense.


4. Melalui Mobicow

Mobicow ini khas untuk blog mereka yang banyak trafik masuk melalui mobile. Juga sangat mudah untuk buat duit dengan blog. Pembayarannya pula boleh dibuat melalui Paypal. Ianya juga berbaloi sebab kita jana pendapatan menggunakan matawang Dollar.

Selepas sebulan saaj aku letak code iklan Mobicow aku terus dapat cashout pertama aku daripada Mobicow.

Untuk dapatkan pendapatan yang lebih, trafik blog perlu mantap untuk mengerakkan eCPM. Jadi jangan tunggu lagi jom daftar dengan Mobicow.com


Lain-lain cara buat duit guna blog

Baiklah itu sahaja cara yang pernah aku guna untuk buat duit dengan blog aku ini. Sebenarnya ada banyak lagi cara yang blogger lain guna untuk menjana pendapatan secara menggunakan blog mereka.

Antara cara yang boleh anda cuba cari dan kaji adalah seperti berikut :-
  • Affiliate Lazada
  • Lynk.my
  • Affiliate Klikjer.com
  • Nuffnang
  • Jual produk sendiri
Aku tak boleh nak sembang panjang sebab setakat ini aku tak buat dan belum lagi dapat merasa hasilnya.

Jadi kepada mereka yang minat buat blog, anggaplah blog kita seumpama aset atau tanah yang kita semai benih untuk menuai hasilnya selepas ia masak ranum nanti. Jangan tanam padi tumbuh lalang sudahlah.
blogger lelaki logo

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus

16 Komen
Pemilihan template blog bagi aku ada antara perkara penting ketika kita membina blog. Bukan soal cantik atau tak, tapi ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika memilih untuk dapatkan template blog yang bagus.

Template blog bagi aku sentiasa bergerak kehadapan, sebab enjin carian seperti Google kerap kali juga membuat kemaskini, dan aku perasan ada blog yang masih menggunakan template versi lama yang tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini.

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus


Template blog juga akan memberikan identiti kepada blog kita, baik dari segi rekaan dan susun atur serta pemilihan warna, itu semua boleh memberi identiti kepada blog kita.

Jika kita mahu pergi lebih jauh dalam dunia blogging, blog kita haruslah tampil nampak professional.

Sebab itulah pemilihan template blog yang bagus adalah sangat penting ketika kita dalam proses membina blog serta penting untuk blog sedia ada untuk diberikan nafas baru.

Cantik dan kemas itu sudah semestinya menjadi ciri utama yang akan menjadi pilihan kita. Orang kata biar sedap mata memandang.

Tetapi disebabkan mahu nampak cantik kita telah tersalah memilih tempalate yang boleh merosakkan blog kita.

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus

Baiklah kita teruskan kepada 5 Tips memilih template blog yang bagus.

1. Ringan

Ringan bukan pada timbangan kilo, tapi ianya adalah ringan ketika loading. Jadi ia tidak menyusahkan pelawat untuk menunggu terlalu lama disebabkan blog kita loading terlalu berat dan lembap.

Malah kepantasan dan kelajuan loading blog dikatakan menjadi salah satu faktor SEO. Ia akan membantu blog kita ranking dengan baik di enjin carian.

Sebenarnya anda perlu pastikan blog anda super ringan untuk pengguna mobile dan desktop.

Anda boleh menyemak tahap kelajuan loading blog anda dengan menggunakan beberapa tool seperti Google pagespeed insigh dan GTMetrix

Kenapa aku suka guna 2 tool ini, sebab kedua-duanya akan berikan info lebih lanjut apakah punca yang menyebabkan blog aku jadi perlahan.

Jadi daripada info yang kita dapat itulah akan kita perbaiki untuk menjadikan template kita lebih bagus.


2. SEO Friendly

Rasanya tidak perlu lagi aku perjelaskan betapa pentingnya teknik SEO kepada blog. Jadi ketika memilih template baru, pastikan ia lulus dan menepati ciri-ciri SEO Friendly.

Rasanya sekarang begitu banyak template yang mesra SEO dan tidak menjadi masalah kepada blogger baru untuk mencarinya.

Antara tool yang popular digunakan untuk memastikan template blog mesra SEO, kita boleh semak di chkme.com.

Untuk lebih mantap, anda perlulah juga aplikasikan teknik optimasi gambar dalam blog untuk mendapat score SEO yang lebih baik.


3. Responsive

Paparan blog perlu sesuai dilihat dan dibaca untuk semua jenis ukuran skrin disebabkan kini ada pelbagai ukuran skrin yang telah dikeluarkan, ada kecil ada yang besar.

Apabila blog kita responsive, pengguna mobile tidak perlu scroll ke kiri dan ke kanan atau zoom perbesarkan laman blog untuk membaca artikel.

Antara tool yang boleh digunakan untuk kita semak samaada template itu responsive atau tidak kita boleh guna responsinator.com.


4. Mobile Friendly

Hari ini ramai orang lebih suka untuk gunakan smartphone/mobile untuk melayari internet. Jadi tersangatlah rugi jika blog kita tidak mesra mobile.

Blog yang mesra mobile akan mudah dilayari menerusi url mobile iaitu http://www/bloggerlelaki.com?m=1 ketika blog dibuka melalui mobile.

Juga ada tool yang boleh anda gunakan untuk menguji template anda samaada menepati mobile friendly atau tidak, boleh pergi ke https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/


5. Struktur Data (Schema Markup) yang baik

Schema markup adalah kod yang dimuatkan dalam template blog untuk membantu enjin carian mengenalpasti apa kandungan yang ada dalam blog kita.

Jadi sila pastikan template blog anda tidak ada error atau kesalahan schema markup.

Anda boleh semak schema markup blog menggunakan tool https://search.google.com/structured-data/testing-tool


Rasanya 5 ini sudah cukup untuk dijadikan panduan ketika kita memilih template untuk blog. Buat blog biar puas hati, jangan main belasah dan syok sendiri.

Ada juga ciri-ciri blog yang aku tidak suka, kalau jumpa memang aku klik [x].

Antara ciri template yang aku tidak suka ada pada sesebuah blog adalah seperti berikut:-

a). Terlalu berat untuk loading
b). Kena klik iklan bersepah
c). Ada iklan pop up
d). Ada muzik, tertiba terkejut abang!
e). Korang tambahlah sendiri...
blogger lelaki logo

Tips Mengenali Rayban Aviator Original

11 Komen
Peminat rayban sememangnya ramai, dan Rayban palsu pula banyak dipasaran. Jadi untuk elakkan daripada tertipu jom baca tips mengenali Rayban Aviator Original.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original

Tips kali ini kita fokus untuk kenali Rayban Aviator Large Metal RB3025 dengan lebih dekat.

Harga Rayban Aviator di Malaysia adalah dalam lingkungan RM750 sebelum diskaun dan RM525 selepas diskaun.

Dimensi Rayban ini adalah saiz frame 58mm, tinggi frame 50mm, saiz bridge 14mm dan saiz temple 135mm.


Ray Ban Aviator Large Metal Dimension
Frame Size
58 mm
Bridge Size
14 mm
Temple Size
135 mm
Frame Height
50 mm


Tanpa buang masa kita pergi terus kepada ciri-ciri yang ada pada Rayban Aviator Large Metal Original.

Tips Mengenali Rayban Aviator Large Metal Original.

1. Set Aviator Large Metal didatangkan dengan original Ray-Ban casing, kain dan booklet.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original


2. Logo pada kanta kanan. Logo Ray-Ban akan diletakkan pada kanta (lens) belah kanan pada semua jenis kacamata Rayban Original.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original


3. Nombor model ditanda pada 'temple' belah kiri. 

Susunan nombor yang ditanda adalah seperti berikut Nombor Model "RB3025" > Nama Model "Aviator Large Metal" > kod color "L2823" > Saiz "58 14"

Contohnya : RB3025 Aviator Large Metal L2823 58 14.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original



4. Buatan Italy atau USA? Yang ditanda pada 'temple' belah kanan. Ray-Ban Luxotiica Group telah membeli Ray-Ban pada 1998 dan telah memindahkan tempat pengeluaran mereka ke Italy.

Bausch & Lomb (B&L) tidak lagi mengeluarkan Ray-Ban, jika ada model yang didakwa 'Made In USA' adalah palsu.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original



5. Tanda pada kanta belah kiri dengan huruf 'RB'. Pastikan kedudukan tanda ini berada pada kedudukan yang betul.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original



6. Tanda dibawah 'bridge'. Semua Ray ban Aviator Orginal ada tanda pada bahagian bawah 'Bridge'. 

Tanda tersebut adalah RAY-BAN > saiz "58 14".

Contohnya : RAY-BAN 58 14

Tips Mengenali Rayban Aviator Original



7. Lihat juga pada 'Nosepad', ada logo 'RB' didalam nosepad tersebut.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original

8. Pemengan 'Nosepad', perhatikan pada nosepad tersebut ia melekat kemas pada frame, dan bukannya guna skru.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original



9. Skru yang digunakan pada Aviator sangat berkualiti tinggi dengan anodized dan dicat elok. Jika skru yang digunakan daripada jenis yang murah, itu berkemungkinan Ray Ban Palsu.

Tips Mengenali Rayban Aviator Original

kredit : www.raybanmalaysia.com

Jangan lupa untuk baca entri terbaru :-
Penolong Pegawai Tadbir N29
Minyak Herba Asmak
blogger lelaki logo

Tips Nak Pikat Hati Suami Adalah Dengan Kecantikan

4 Komen
Tips atau petua nak pikat hati suami ada banyak sebenarnya, salah satunya daripada caranya adalah melalui kecantikkan.

Iyalah, semua orang suka kepada kecantikkan. Kaum wanita memang sinonim dengan kecantikkan, kaum lelaki pula suka tengok benda-benda yang cantik...ehemm.

Jadi si isteri perlu nampak cantik dimata suaminya, supaya suami tak pandang yang lain dah..hahaha..Isteri perlu jadi wanita idaman lelaki (suaminya lah bukan lelaki lain tau)

Baiklah nak cantik ni, kenalah cantik luaran dan cantik dalaman. Kalau harapkan rupa sahaja yang cantik, dalaman kau buruk pun tak guna satu sen juga.

Tips Nak Pikat Hati Suami Adalah Dengan Kecantikan

Kecantikan Luaran Untuk Memikat Suami

Kecantikan itu subjektif, setiap orang ada pandangan masing-masing. Lagipun dalam dunia ini mana ada manusia yang sempurna. Namum kita manusia seringkali cuba untuk mengejar kesempuranaan. Khayalan duniawi.

#1: Bersih

Namum elemen kecantikan ini ada standard dia, syarat pertama unutk cantik adalah bersih.

Cantik dan bersih memang tak boleh dipisahkan bagi aku.

Muka cantik tapi tak bersih, hancur beb.

Sebab itu kaum wanita perlulah selalu menjaga kebersihan. Takkan ini pun aku nak kena ajar, mandi, cuci muka, potong kuku, gosok gigi dan macam-macam lagilah..benda simple, mudah...itu pun nak kena ajar ke.

Satu lagi para isteri perlu jaga adalah kebersihan rumah. Rumah sentiasa kemas, suami penat-penat balik kerja pun rasa tenang, rasa macam pulang ke surga dunia.

Iyalah, dah rumah macam tongkang pecah, mana mau nya suami nak rasa gembira, rumah bersepah sampaikan suami nak tengok isteri pun tak nampak..hahaha.


#2: Kemas

Selesai bab bersih, kita pergi kepada perihal kekemasan.

Isteri perlu nampak kemas dan rapi, sikat rambut berminyak nampak berkilat. Ikat rambut gaya toncang pun abang suka kot. Asalkan jangan rambut mengerbang macam hantu kak limah sudah lah.

Pakaian juga tampak kemas, walaupun cuma duduk dirumah. Tak perlu sampai tahap melaram, tapi cukuplah sekadar nampak kemas, biar terserlah kecantikkan semulajadi seorang suri rumah.


#3: Nampak menawan

Suami mana yang tak suka kalau rupa wajah isteri dia nampak menawan menggoda qalbu. Tak perlu nak ajar kot, sebab kaum wanita ni dah hebat bab solekan dan kosmetik ni.

Kalau tak reti pergilah belajar, bukan untuk orang lain untuk suami sendiri juga. Lagipun aku rasa ada banyak tutorial dan kelas-kelas asas solekan ni.

Masa duduk rumah buatlah cara duk kat rumah, bukannya nak suruh bersolek 24 jam. Cukuplah wajah nampak bersih dan kemas nampak ayu semulajadi, bukan sememeh dengan tepung dan taik mata bertempek dekat muka.

Selain itu, isteri kenalah juga pandai menjaga badan. Bentuk tubuh yang menarik mampu menambat hati suami. Ini pu termasuk dalam kategori cantik bagi aku.

Kecantikkan Dalaman Isteri Menggoda Suami

Peh, ayat dia lain macam sikt. Seram pula aku nak baca...hehehe...

Bagi aku apa juga perkara tunjang utama dia adalah agama. Berpegang teguh pada jaran agama yang lain akan menyusul elok, begitu juga hal rumah tangga.

Cantik dalaman ini bagi syarat pertama dia adalah ikhlas. Keikhlasan bagi aku adalan kecantikkan dalaman yang paling menawan.

Apa sahaja yang kita buat dalam rumah tangga kita, untuk suami, haruslah bersandarlah demi Allah S.W.T. Keikhlasan tak boleh dibuat-buat ia lahir daripada hati.

Kita ikhlas buat sesuatu, kita akan berikan yang terbaik. Suami mana yang tak suka kalau isterinya berikan apa sahaja yang terbaik untuk suaminya.

Daripada keihkhlasn tadilah akan terbitnya layanan baik untuk suami. Orang lelaki ni sangat suka mendapat layanan mesra daripada isteri.

Masuk bab melayan suami, pertamanya isteri perlu pandai menjaga hati suami. Jangan menyinggung perasaan suami. Jika ad abuat salah terus minta maaf kepada suami, jangan nak tunggu raya baru nak minta maaf.

Mungkin pada awal perkahwinan agak sukar, namum jika kita ikhlas dan belajar untuk memahami sifat dan sikap suami. Cuba elakkan membuat perkara yang suami tidak suka.

Mungkin ramai yang tidak sedar, ini adalah keindahan kecantikan dalaman yang mampu memberikan kebahagian rumah tangga.

Sebab cantik luaran ia takkan kekal lama, masuk umur 40-an, anak dah ramai, banyak yang dah kendur apalagi sandaran untuk isteri nampak cantik di mata suami.


Sekian dahulu tips aku kali ini,, mungkin tak sehebat tip rumahtangga macam orang lain tulis, tapi aku harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu setiap pasangan yang membacanya. Ada masa aku akan tulis petua yang lain pula.

Jadi untuk sang isteri teruskanlah berusaha pikat hati suami dengan kecantikan semulajadi anda.
blogger lelaki logo

Bakteria Dan Bahan Yang Membantu Penumbuhan Jerawat

Sila Komen
Jerawat adalah musuh utama kulit wajah setiap orang. Hampir semua orang akan rasa tidak selesa apabila muka ditumbuhi jerawat, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita.

Jerawat ini sebenarnya tidak mengenal jantina, baik kaum wanita dan kaum lelaki pun akan terkena.

Muka bebas jerawat adalah kemahuan semua orang. Siapa yang mahu kulit muka mereka ibarat macam kawah-kawah gunung berapi yang menunggu masa untuk meletus.

Jadi kita lihat apakah bakteria dan bahan yang menyebabkan penumbuhan jerawat.

Banyak faktor yang tumbuhnya jerawat seperti hormon yang tidak seimbang, stress, penggunaan kosmetik (alat solek), faktor pemakanan, alahan dan jangkitan bakteria. Dalam artikel ini aku ingin fokus kepada bakteria yang menjadi punca jerawat.

Bakteria Dan Bahan Yang Membantu Penumbuhan Jerawat

Bakteria Yang Menjadi Punca Tumbuhnya Jerawat

Secara umumnya jerawat terhasil apabila beberapa jenis hormon bertindak balas lalu menyebabkan glandula cebacea dengan aktif menghasilkan minyak pada bahagian kulit wajah.

Minyak yang terhasil pada kulit wajah inilah yang akan memerangkap debu-debu serta kotoran, bakteria punca jerawat yang menyumbat lubang pori-pori.

Lubang pori-pori yang tersumbat tadi akan tumbuh dan akan merebak pula bakteria punca jerawat, kebiasaanya adalah dari jenis Propionibacterium acnes. Bakteria ini melepaskan sejenis perengsa yang menyebabkan kerengsaan kepada kulit.

Hasil rangsangan bahan perengsa tadi akan menyebabkan jaringan kulit melepaskan pula histamin yang menjadi punca kepada pelebaran pembuluh darah (vasodilatasi).

Kesannya kulit kita akan menjadi kemerahan dan bengkak. Dibahagian itulah akan terbentuknya nanah.

bagaimana tumbuhnya jerawat


Dalam keluarga besar bakteri punca jerawat tadi, Propionibacterium acnes adalah termasuk dalam kumpulan Corynebacteria. Spesies bakteria ini dikelaskan sebagai sejenis flora pada kulit.

Hasil rangsangan bahan perengsa tadi akan menyebabkan jaringan kulit melepaskan pula histamin yang menjadi punca kepada pelebaran pembuluh darah (vasodilatasi).

Kesannya kulit kita akan menjadi kemerahan dan bengkak. Dibahagian itulah akan terbentuknya nanah.


Propionibacterium Acnes : Bakteria Punca Jerawat

Dalam keluarga besar bakteri punca jerawat tadi, Propionibacterium acnes adalah termasuk dalam kumpulan Corynebacteria. Spesies bakteria ini dikelaskan sebagai sejenis flora pada kulit.

bakteri acne punca jerawat

Bakteria ini tumbuh agak perlahan, ia termasuk dalam jenis bakteri anaerob gram positif yang bertindak balas dengan oksigen. Dalam kajian mendapati gen bakteria ini akan menghasilkan enzim yang mampu memecahkan kulit dna protein.

Berikut adalah klasifikasi bagi bakteria Propionibacterium acnes

Kingdom : Monera
Phylum : Actinobacteria
Class : Actinobacteriadae
Ordo : Actinomycetales
Family : Propionibacteriaceae
Genus : Propionibacterium
Spesies : Propionibacterium acnes


Ini baru belajar bab jerawat sudah macam belajar biologi zaman ambil SPM dulu-dulu. Memanglah jerawat ini bukanlah dimasukkan dalam kategori penyakit kulit yang kronik tetapi ada juga kes jangkitan jerawat yang teruk sehingga mencacatkan rupa wajah.

Antara langkah yang anda boleh buat untuk mengelakan daripada muka ditumbuhi jerawat yang teruk.
  • Elakkan terkena pancaran sinaran matahari secara terus.
  • Jaga kebersihan muka, rajin-rajinlah cuci muka.
  • Jaga pemakanan. Kurangkan memakan makanan yang ada banyak minyak.
  • Akhir sekali, janganlah stress, rileks lah beb.

blogger lelaki logo

Petua Putihkan Muka Yang Berkesan

1 Komen
Wajah yang putih halus mulus sering orang kaitkan dengan kecantikkan, walaupun cantik itu subjektif.

Ramai orang yang mahukan kulit wajah mereka cerah dan putih berseri, bukan sahaja bagi kaum wanita kini kaum lelaki pun ada yang mahukan muka yang putih.

Banyak tips dan petua putihkan muka secara tradisional yang dikongsikan. Ada bermacam-macam bahan semulajadi yang boleh digunakan atau diamalkan sebagai petua memutihkan muka secara berkesan.

Malah ada bahan-bahannya kita boleh didapati daripada dapur kita sahaja. Namum begitu pastikan anda membaca dengan teliti dan memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kulit wajah anda.

Nanti saya akan kongsikan beberapa tips petua putihkan muka yang berkesan serta mudah untuk diamalkan.

Petua Putihkan Muka Yang Berkesan

3 Petua Putihkan Muka Yang Berkesan

Sepertimana yang saya sebutkan diatas tadi, petua memutihkan muka yang akan saya kongsikan adalah berasaskan bahan semulajadi, yang mengurangkan risiko mudarat kepada kulit muka anda. Sebab kulit wajah adalah antara bahagian kulit yang sensitif dan terpenting.

1. Petua Memutihkan Muka Dengan Tomato

Tomato sering ada didapur kita, selain sedap dimasak untuk hidangan. Tomato yang berkhasiat mengadungi vitamin A, vitamin C dan asid folik yang baik serta sangat tinggi antioksidan.

Tomato bagus untuk kesihatan kulit kita, dalam pada itu ia juga mampu mengelakkan kita mengalami kerosakkan sel kulit.

Petua kecantikkan menggunakan tomato sebenarnya ada banyak, ini kerana disebabkan kandungan nutrisinya yang sangat bagus untuk badan kita.

Tomato mampu bertindak sebagai peluntur. Ia mampu bertindak balas untuk memutihkan kulit muka kita.

Petua Memutihkan Muka Dengan Tomato
  • Ambil tomato cuci bersih-bersih dan kemudiannya kisar.
  • Selepas itu campurkan jus tomato tadi bersama madu atau yogurt.
  • Kacau sehingga pekat.
  • Kemudian gunakan pes tomato ini sebagai masker muka. Sapu biar rata dan biarkan lebih kurang 15 minit, selepas itu lap dan bersihkan muka anda.
  • Amalkannya lebih kerap (2-3 hari sekali) untuk memutihkan muka anda denga lebih cepat.

2. Petua Putihkan Muka Dengan Timun

Mungkin ramai yang sudah tahu banyak khasiat timun untuk wajah. Kandunganya adalah terdiri daripada 95% air dan ia sememangnya  rendah kalori, lemak, kolesterol dan sodium. Timun kaya dengan vitamin K, vitamin C, magnesium, zat besi dan banyak lagi.

Kita akan buat masker timun pula untuk memutihkan muka.

Petua Putihkan Muka Dengan Timun
  • Ambil satu susu besar jus timun.
  • Masukkan beberapa titik jus lemon.
  • Campurkan juga secubit serbuk kunyit, dan gaul sehingga sebati.
  • Sapu pada muka dan leher. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudiannya bilas dengan air.

3. Putih Telur Untuk Memutihkan Wajah

Telur salah satu bahan yang mudah kita dapati didapur kita, cukup mudah untuk disediakan masker muka ini. Selain daripada untuk putihkan kulit muka, ia juga mampu mengurangkan kulit berminyak.

Putih Telur Untuk Memutihkan Wajah

  • Pecahkan telur dan asingkan ambil cuma putih telur. (Lagi baik jika boleh dapatka telur ayam kampung)
  • Masukkan 2-3 sudu perahan lemon
  • Kacau sehingga sebati.
  • Sapukan pada kulit muka yang sidah dibersihkan, biarkan selama 20 minit.

Cukup dahulu untuk tips kali ini, lagi pun kita nak buat sesuat kena konsisten, jika ada masa nanti aku akan kemaskini dengan tips dan petua putihkan muka yang lain pula.

blogger lelaki logo

Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

6 Komen
Apabila kita cerita pasal SEO, kita takkan boleh lari daripada cerita pasal "index". Dimana enjin carian masuk dan mengambil data pada blog kita untuk disenaraikan dalam SERP (Search Engine Result Page).

Kita mahu posting artikel kita cepat di index oleh google dan enjin carian agar blog kita dapat bersaingan dan mendapat lebih banyak pengunjung.

Malah lebih bagus jika kita dapat buat artikel blog kita muncul dihalaman pertama google lebih cepat, kerana ia akan memberi kita lebih peluang untuk mendapat banyak organik trafik daripada enjin carian kerana blog kita mudah ditemui oleh ramai orang.

Sebenarnya, kadar kepantasan blog kita di indeks oleh google juga adalah bergantung kepada tahap 'kesukaran' sesuatu keyword. Semakin tinggi persaingannya semakin sukar untuk kita sasarkan artikel blog kita berada di halaman pertama enijin carian.

Sebab itulah ramai yang lebih suka cari keyword yang rendah persaingannya. Jika kita nak juga guna keyword yang tinggi persaingan tersebut, maka kita perlu lebih usaha dan masa.

Namum apa yang lebih penting adalah kita perlu pastikan artikel blog kita di index terlebih dahulu, biarpun ia berada di halaman terkebelakang. Pelan-pelan kita kayuh bagi dia naik ke halaman pertama.


Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

Macam Mana Google Melakukan "Index"?

Ada banyak laman web atau blog yang ada di alam internet. Jadi mereka perlukan robot yang mereka gelar "spiders" untuk melakuakn kerja-kerja renyah ini.

Spiders ini akan "crawl" daripada satu laman ke laman yang lain untuk mengumpul data, ambil informasi dan simpan di dalam "Google Index".

Proses ini di panggil "fetching".

Disebabkan informasi di laman web bukan sikit, jadi spiders tadi tidak akan semak semua sekaligus. Mereka akan pergi beberapa maklumat penting terlebih dahulu.

Informasi apa yang akan spiders tadi analisa terlebih dahulu adalah :-

  • URLs -Alamat sesuatu laman. Tnapa alamat macam mana kita nak cari laman tersebut. Sebab itulah orang suruh kita masukkan keyword pada URLs.
  • Title tags - Ini adalah nama untuk laman web tersebut.
  • Metadata - "Description" untuk sesuatu laman yang ada keyword yang relevan.


Jangan risau ini baru asas. Kita belum cerita bab faktor nak ranking SEO lagi..ada banyak lagi aku nak cerita pasal blog agar ia muncul di enjian carian.


Cara Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

1. Buat Sitemap

Sitemap adalah satu dokumen dalam bentuk format XML, crawler akan menganalisis pada halaman ini untuk lihat apa yang ada pada blog kita, apa isi kandungan blog kita.

Tujuan kita buat sitemap ini adalah untuk mengurangkan masa "spiders" crawling blog kita. Lebih kurang macam kita nak tolong mudahkan kerja si "spiders" tadilah.

Tapi bagi pengguna platform blogspot, kita tak perlu risau sebab, pihak blogger.com sudah buatkan sitemap.xml blog kita secara automatik.

Sitemap adalah satu dokumen dalam bentuk format XML, crawler akan menganalisis pada halaman ini untuk lihat apa yang ada pada blog kita, apa isi kandungan blog kita.

Tujuan kita buat sitemap ini adalah untuk mengurangkan masa "spiders" crawling blog kita. Lebih kurang macam kita nak tolong mudahkan kerja si "spiders" tadilah.

Tapi bagi pengguna platform blogspot, kita tak perlu risau sebab, pihak blogger.com sudah buatkan sitemap blog kita secara automatik.

Jadi tugas kita sekarang adalah untuk "submit sitemap" tadi di Google Search COnsole (GSC).

Untuk langkah ini aku beranggapan anda semua sudah ada akaun GSC masing-masing.


  1. Bukan GSC dan pilih blog anda.
  2. Lihat pada sidebar belah kiri, dan cari "Crawl" > Sitemaps
  3. Kemudian anda cari butang Add/Test Sitemap.
  4. Isikan "sitemap.xml" pada ruangan kotak dan klik "Submit".

Cara submit sitemap untuk Di Index Lebih Cepat Oleh Google

2. Submit Blog Anda Ke Enjin Carian

Aku selalu juga guna cara ini, setiap kali selepas siap buat artikel baru aku akan submit url artikel tadi disini.

Caranya cukup mudah iaitu
  1. Pergi ke Submit URL.
  2. Copy & Paste link URLs artikel yang kita hendak submit.
  3. Selepas itu klik "Submit Request".
Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

3. Fetch As Google

Sebenarnya teknik ini sama seperti dengan cara point no.2 diatas.

Dan ia juga adalah untuk kita re-crawl semula entri-entri lama pada blog dan kita sudah buat kemaskini, jadi lakukan cara ini untuk suruh googlebots re-crawl semula entri lama kita itu. IA juga bagus untuk SEO.

a). Buka Dashboard Google Search Console (GSC), klik pada nama blog anda.
b). Klik pada "crawl" > Klik "Fetch As Google"

Anda boleh "fetch as google" pada homepage blog anda, anda mana-mana entri dalam blog yang anda ingin crawl.

Anda juga boleh memilih untuk fungsi fecth pada 
  • dekstop
  • mobile : smartphone
  • mobile : xhtml/WML
  • mobile : cHTML
fetch as google blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google


c). Selepas klik pada "Fetch" atau "Fetch and Render". Aku lebih suka untuk pilih "Fetch and Render". Sekarang kita sudah siap tahu bagaimana spider/google bots melihat blog kita.

d). Akhir sekali, pada URLs yang kita mahu fetch tadi klik pada butang untuk "Submit to Index".

Anda dibenarkan buat 'Fetch As Google" sebanyak 500 URLs / seminggu.


4. Buat Internal Link

Pastikan anda hubungkan internal link dalam blog anda dengan baik. Ia akan membina jaringan untuk memudahkan kerja "spider" menelusuri laman blog anda. Ia akan membawa spider tadi daripada satu laman ke laman yang lain.

Pastikan anda membuat struktur organisasi link yang baik, ia menyambungkan daripada satu artikel kepada artikel yang lain.

Buat Internal Link untuk index google lebih cepat


5. Perkongsian di Media Sosial

Pastikan artikel anda di "share" di media sosial, lebih bagus jika ia di'viral'kan secara natural. Ia akan menjadi signal bagus untuk SEO blog anda. Malah ia akan turut membantu blog anda di indeks lebih cepat.


6. Semak Crawl Errors

Sebab itu adalah penting untuk kita daftarkan blog kita di Google Search Console (GSC) atau Google Webmaster.

Banyak perkara yang kita boleh setup untuk membantu kelancaran blog kita.

Untuk langkah ini, anda perlu :-
  1. Pergi ke GSC dan pilih nama blog kita.
  2. Klik pada "Crawl.
  3. Dan seterusnya klik "Errors".

Untuk keterangan lanjut pasal langkah ini anda boleh baca artikel ini, Cara Memperbaiki Broken External Link di WEBMASTER TOOLS


Adapun beberapa lagi cara yang anda boleh lakukan adalah seperti 
Sekian dahulu untuk sedikit perkongsian kali ini, artikel adalah kesinambungan daripada artikel terdahulu iaitu Jom Audit SEO Blog.
blogger lelaki logo

Cara Mengetahui Handphone Samsung Original

136 Komen
Handphone clone berlambak dipasaran, sekali tengok nampak sebijik sama macam yang original. Telefon Samsung juga tidak dapat lari daripada di clone. Namum ada trick tertentu yang dapat kita bezakan antara telefon clone atau original.

Aku rasa ada banyak cara dan tips serta petua yang sudah orang lain beritahu tentang cara-cara nak mengetahui handphone samsung yang original. Kalau orang dah biasa, sekadar tengok dengan mata pun dah tau itu telefon clone atau orginal. Tapi ramai juga yang masih tak tahu nak membezakan antara kedua-dua handphone ni.

Sebenarnya ada banyak lagi trick yang patut kita cuba, untuk menguji keaslian telefon samsung. Mungkin boleh dijadikan langkah berjaga-jaga semasa kita mahu membeli telefon yang baru. Tapi aku berikan satu trick sahaja, trick yang lain anda boleh cuba search dekat google.


Cara Mengetahui Handphone Samsung Original

Okey sekarang ambil telefon Samsung masing-masing, pegang elok, dah sedia, jom ikut langkah-langkah dekat bawah ini:

Cara Mengetahui Handphone Samsung Original

Method #1 : Cara Semak Smartphoen Samsung Original atau Tiruan

1) Dail no *#0*#
2) Click button sensor
3) Click button image test

Senang kan.

Kalau telefon Samsung anda itu original ia akan mengeluarkan gambar seperti ini :

Cara Mengetahui Handphone Samsung Original

Yup! akan keluar gambar anak anjing. Jika keluar gambar selain dari gambar diatas, sah dah telefon Samsung tu bukan yang original. Mungkin telefon anda buatan China atau Taiwan.

  • Original = gambar anjing
  • Taiwan 2nd class = gambar handphone
  • Cina low class = gambar yang lain-lain keluar

Ada beberapa lagi code yang anda boleh cuba, yang mana ianya ada pada smartphone original. Jika ada code yang gagal, maka ia adalah telefon clon atau palsu.

  1. SW Version, PDA, CSC and Modem - *#1234#
  2. SW & HW Info - *#12580369#
  3. Test mode - *#0*#
  4. Service Mode - *#197328640#
  5. ADC Reading - *#0228#
  6. Bluetooth Test Mode - *#232331#
  7. Bluetooth Address - *#232337#
  8. Ciphering Information - *#32489#

Method #2 : Cara Semak Telefon Samsung Original atau Palsu

1). Dail *#06# di telefon anda.
2). Nombor IMEI akan terpapar pada skrin telefon.
3). Anda juga boleh semak nombor IMEI untuk pengesahan seterusnya di www.imei.info. Akan keluar nanti info maklumat berkenaan telefon anda nanti.
4). Nombor IMEI juga boleh didapati pada belakang tempat bateri di telefon.

Method #3 : Khas Untuk Semak Iphone Original

1). Dail *3001#12345#* pada iPhone anda. Ini sebenarnya adalah untuk iPhone Field Test Mode tapi juga boleh digunakan untuk semak iPhone anda original atau tidak, lebih kurang macam method #1 tadi.
2.) Selepas itu akan keluar macam gambar dibawah ini. Untuk pastikan iPhone anda original, Bar Signal indicator akan bertukar kepada numerical value. Jika selepas buat langkah 1 tadi, tapi signal indicator tidak bertukar maka itu adlah iPhone palsu.

Semak Iphone Original



4. Tekan butang 'Home' untuk kembalikan iPhone anda kepada sedia asal.


Semoga tips cara mengetahui handphone samsung original atau tidak ini, akan dapat membantu anda semua agar tidak tertipu dengan jurujual, yang kadangkala mulut manis macam tebu.

Tapi aku terfikir kenapa Samsung letak gambar anak anjing ini secara tersembunyi, di dalam handphone keluaran mereka.
blogger lelaki logo

Tips Promosi Percuma Di Facebook

8 Komen
Ramai yang aku rasa nak tahu cara jimatkan kos promosi. Iyalah, nak buat pengiklanan ni bukan sikit-sikit modal yang perlu dikeluarkan.

Nak tak nak, promosi tetap kena jalankan juga. Sebab dah menjadi adat orang berniaga online. Jadi selagi kita boleh jimatkan kos, kita jimat.

Cut Cost! Cari jalan untuk pastikan kos promosi kita itu minima dengan keuntungan maksima.

Dekat Facebook ini, orang suka buat iklan sebab disitulah lubuk. Ramai orang melepak dekat situ. Jadi disebabkan itulah pihak FB sendiri ada buat FBads. tapi itu perlukan kos dan teknik yang betul.

Masalah ini selalunya terjadi kepada mereka yang baru nak bermula buat bisnes online di Facebook. Jika kita terus terjun buat iklan berbayar di FB tanpa belajar perkara asas, Silap haribulan modal melayang dengan kos promosi yang tidak berbaloi jika dibandingkan dengan pulangan.

Sebelum kita rugi, buang duit begitu sahaja, apa kata kita cuba cara promosi percuma di Facebook.


Download: E-book Percuma Teknik Promosi Di FB

Tips Promosi Percuma Di Facebook


Tips Promosi Percuma Di Facebook

Baiklah apa yang aku dah baca dalam ebook ini, ia adalah satu panduan bagaimana kita nak merangka gerak kerja kita dalam melakukan promosi di Facebook secara percuma.

3 kaedah yang boleh digunakan untuk cara promosi secara percuma di FB adalah :-

1. Guna akaun sendiri
2. Bina fanpage produk
3. Guna GROUP di facebook

Ah, merepek. Semua orang dah ada akaun facebook, group jualan apakebenda?, Fanpage pun berapa je orang 'Like'.

Sudah nak hancur jari post di wall sendiri, post di group…post di fan page..tapi macam tak berapa nak jalan je jualan.

Sebab itulah kita nak kena belajar 'skill' yang betul untuk jadikan Facebook adalah lubuk kita cari pelanggan untuk buat duit.

Kita tak boleh 'main belasah' jika benar-benar serius nak berniaga online. Kita kena rancang bagaimana nak menjual, dan cara nak pastikan produk kita terjual.

Jadi tak payah tunggu lagi.

Teruskan langkah anda dengan cara promosi produk di internet tanpa kos yang mahal.


Meh kita baca : E-book Percuma Cara Promosi Di Facebook


Sudah ramai orang yang berniaga di FB. Memang ternyata Facebook adalah lubuk untuk buat duit online. Jadi ambil sedikit masa anda untuk download e-book ini dan teruskan langkah seterusnya untuk majukan bisne online anda.

blogger lelaki logo

Cara Mudah Mencari LSI Keywords

4 Komen
Belajar tentang SEO ni banyak benda yang kita nak kena hadam, macam aku sendiri pun tak sampai separuh pun lagi ilmu SEO yang ada aku belajar dan praktikkan.

Makin banyak kita belajar, makin banyak benda kita tak tahu.

Hari ini aku nak belajar dan berkongsi dengan korang tentang LSI Keywords. LSI adalah singkatan untuk Latent Semantic Indexing. Aku akan kongsikan beberapa cara nak cari LSI Keyword cara mudah.

Kini bukan lagi zaman keyword stuffing - tabur keyword banyak-banyak dalam entri. Sebab itulah aku nak cuba hadam dan praktikkan teknik ini pulak.

Lagipun ini buknalah teknik yang baru, sudah lama. Cuma aku yang ketinggalan zaman, tapi atuk aku pernah pesan "Butter Late Than Never". Jadi aku pegang ungkapan itu untuk terus belajar benda baru.

Dalam bahasa yang lebih mudah, LSI keywords adalah satu frasa yang relevan dengan keyword utama.

Ianya boleh jadi kata sinonim, kata ganti atau apa sahaja perkataan yang berkaitan/relevan.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Contoh paling mudah untuk LSI keywords adalah, katakan anda buat satu entri pasal "Windows. Jadi dalam entri anda itu sepatutnya ada kata kunci seperti "Bill gate", "Microsoft", "Windows 7 dan perkataan yang berkaitan dengan "Windows" tadi.

Dengan LSI keyword inilah akan membantu Google membezakan entri anda dengan keyword seperti "Luxury window locks" atau "wooden windows grills".

Window satu perkataan dengan dua maksud yang berbeza.


Kelebihan LSI Keywords

Baiklah, apa yang buat aku tertatik untuk belajar lebih lanjut pasal LSI Keyword adalah disebabkan ada komen yang menyatakan bahawa LSI Keyword mampu:-

  1. Mengelakkan entri anda dilabelkan sebagai 'SPAM'
  2. Merendahkan 'Bounce Rate'
  3. Meningkatkan On-Page Time Spent By Visitor
  4. Menaikkan ranking di SERP
  5. Meningkatkan Blog Authority


Dan, jangan pula keliru antara LSI Keyword dengan Long Tail Keywords. Ianya adalah sama tapi tak serupa.

Apa yang membezakan kedua-duanya adalah Long Tail Keyword mengecilkan skop carian, manakala LSI Keyword pula akan meluaskan skop carian dengan keyword yang berkaitan.

Enjin carian akan menggunakan LSI Keyword untuk mengukur tahap informasi dalam sesuatu artikel mengenai sesuatu topik yang ditulis, dan ia akan memberi kesan kepada ranking di SERP.

Jika anda sering menyemak keyword yang masuk melalui trafik organik, jika ada keyword yang masuk datangnya daripada keyword yang bukan kita sasarkan, itulah datang daripada LSI Keyword.


Cara Mudah Mencari LSI Keywords

Sekarang kita faham LSI Keywords penting untuk SEO, dan apabial makin bagus SEO kita makin senanglah kita nak tarik trafik ke blog kita.

Baiklah,


Cara paling senang untuk mencari kata kunci LSI adalah menggunakan enjin carian Google.

Pergi ke laman carian google, tapi keyword utama anda

Contohnya macam dibawah ini.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Anda perlu skroll ke bahagian bawah, dan anda akan jumpa "Searches related to...". Disini anda akan jumpa 8-10 LSI Keywords.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords




Namum ini hanya teknik asas, untuk mendapatkan keyword yang lebih mantap ia perlu digabungkan dengan beberapa tool lain.

Hasil carian aku dekat Google, antara tool untuk cari LSI Keywords adalah seperti berikut :-

  1. Google Keyword Planner​
  2. LSI Graph
  3. Keyword Shitter
  4. Soovle
  5. SEMrush
  6. Mondovo
  7. SEOPressor
  8. KeywordTool.io

Tapi cuma nak fokus kepada 3 tools utama sahaja, sebab kita nak belajar biarlah benda yang kita nak praktikkan nanti. Sebab ada juga tool yang tak sesuia untuk cari keyword Bahasa Melayu.


1. Google Keyword Planner

Rasanya cara ini sudah ramai guna juga untuk mencari Long Tail Keywords. Namum ia juga berkesan untuk mencari LSI Keywords.

Cara Mencari LSI Keywords


2. Keyword Shitter

Tool ini akan berikan anda senarai panjang kata kunci yang relevan dengan apa yang anda cari. Malah anda boleh download senarai kata kunci yang mungkin anda akan gunakan nanti.

Ya, ia juga boleh digunakan untuk mencari Long Tail Keyword. Malah mungkin anda akan jumpa idea baru untuk menulis entri baru dengan menggunakan senarai kata kunci yang dijana oleh Keyword Shitter ini.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


3. Soovle 

Tool mencari kata knci terbaik pada pandangan aku, sebab ia akan tolong kita cari kata kunci daripada 10 enjin carian yang lain selain daripada Google seperti Wikipedia, Amazon, Bing, Yahoo, YouTube and Answers.com.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Cara Menggunakan LSI Keywords Untuk SEO

Punyalah panjang aku tulis dekat atas, itu baru cara nak cari kata kunci LSI. Kalau dah jumpa tapi tak guna itupun tak guna juga.

Jadi bagaimana hendak gunakan LSI Keywords agar ia bermanfaat untuk meningkatkan SEO blog kita.

Kita kena pastikan kita gunakan cara yang betul, jangan buang masa duk buat kajian cari keyword bagai tapi akhirnya kita gunakan dengan cara yang salah. itu kerja sia-sia.


1. Pilih keyword yang betul.

Kebanyakkan LSI Keyword yang dijana oleh tools adalah bukannya hasil daripada manusia, ia adalah kerja robot dan algorithma.

Jadi kita kena tapis terlebih dahulu dan cari keywords yang ktia hendak guna adalah relevan.


2. Gunakan secara natural.

Cara masukkan keyword dalam entri perlulah secara natural, bukan main taruk sana sini situ sesuka hati. 

Aku pun ada buat juga dulu, main taruk je keyword..hehehe

Jika anda jumpa banyak LSI Keywords, ianya tak perlu digunakan semua sekali dalam satu entri. Simpan ia untuk entri yang baru pula.


3. Mana nak letak LSI Keywords

Keyword kita boleh letak dekat tajuk entri, title tags, permalinks, anchor text untuk internal link dan juga mungkin dibahagian penutup entri.

Mungkin juga boleh digunakan pada anchor text disaat mencari backlink daripada luar.

Aku cakap ni bukan taruk semua sekali dalam satu entri, cuma anda boleh pilih dibahagian mana nak letak keyword tersebut.

Baiklah anda boleh belajar daripada otai Neil Patel, bagaimana dia manfaatkan LSI Keywords dalam entri dia.

Neil Patel LSI Keyword



Rujukan :
http://www.bloggertipstricks.com/lsi-keywords.html
http://www.computergeekblog.com/lsi-keywords/

blogger lelaki logo

5 Ciri Blog User Friendly

6 Komen
Adakah blog atau website kita user friendly (mesra pengguna)?

Kenapa penting kita perlu memastikan blog kita mesra pengguna?

Jawapan aku mudah, sebab yang nak baca blog tu nanti adalah pengguna, bukanya diri sendiri sahaja yang nak baca. Pendek kata jangan buat orang rasa menyampah dengan kita blog kita.

Lagipun kita tak nak lah buat blog syok sendiri. Kita buat deko blog lawa-lawa tapi bila orang nak baca blog punyalah seksa.

Baiklah, jom kita tengok apakah faktor yang perlu kita pertimbangkan agar blog kita tergolong dalam blog yang User Friendly.

10 Ciri Blog User Friendly

5 Ciri Blog User Friendly

1. Kelajuan Loading

Ini sudah lama menjadi isu, semua orang sukakan kepantasan. Jika blog kita perlahan 'gila', jadi itu memang dah tak menepati syarat untuk user friendly.

Jadi kena usahakan juga macam mana nak buat, biar blog loading jadi laju, berdesup macam blog aku ni..hahaha

Antara tool yang aku boleh cadangkan untuk semka kelajuan blog adalah :

Semasa semak, pastikan anda semak, pada laman homepage dan juga pada halaman entri. Ini kerana kelajuan kedua-dua halaman ini mungkin berbeza. Aku lebih utamakan kelajuan pada halaman entri, sebab itu lebih bagus.


2. Berfungsi dengan baik pada semua peranti

Bagi aku, ini adalah juga ciri penting yang perlu ada pada blog hari ini. Sebab pengguna ada banyak pilihan untuk melayari internet. Ada orang yang guna laptop, desktop, tablets, smartphone. Smartphone pula ada berlainan saiz skrin (resolution).

Jadi kita perlu pastikan blog kita kelihatan baik untuk semua jenis peranti ini. Ini orang putih panggil sebagai 'responsive'.

Biarpun blog kita dibuka menerusi pernati yang kecil skrinnya, namum tulisan kelihatan jelas tanpa perlu di'zoom'.


3. Teks dan ayat mudah untuk dibaca

Saiz teks perlulah bersesuaian, tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Teks juga perlulah yang senang dibaca, tak perlu car fonts yang pelik-pelik sehinggakan orang nak baca pun susah. Warna teks, pastikan ia mudah dilihat oleh pembaca.

Kita kena pastikan pengguna dapat membaca bog kita dengan baik, dan tidak menganggu tumpuan pembaca.

Ayat pula kena ikut tatabahasa dan ejaan yang betul. Titik noktah, koma perlu digunakan ditempat yang sepatutnya. Jangan buat karangan tanpa titik noktah, tercungap orang nak baca nanti.

Lagi satu apa yang aku cuba praktikkan sekarang adalah penulisan untuk lebih mesra pembaca di mobile. Sebab itu aku lebih banyak menulis ayat dengan perenggan yang pendek.

Sebab bagi aku, perenggan yang terlalu panjang menyebabkan pembaca di mobile rasa tak selesa dan hilang tumpuan.

Jadi dengan ayat dan perenggan yang pendek, mereka dapat baca dengan teliti setiap point yang kita tulis.


4. Bukan untuk tujuan iklan semata-mata

Ya, memang ramai yang buat blog untuk duit. Salah satu cara nak buat duit melalui blog adakah pasang banner iklan.

Kita faham blogger pun perlukan duit untuk bayar bil internet, yang pakai domain perlukan duit nak bayar domain dan hosting bagai.

Tapi kena pastikan juga pengiklanan diblog kita tidak menganggu pembaca.

Paling aku menyampah adalah yang jenis keluar iklan popup. Banner iklan keluar menutup artikel kita nak baca.

Apa ni, tak salah pun letak iklan cuma janganlah over sangat. Orang lain pun ada blog jugak, ada pasang iklan juga.

5. Kontent berkualiti

Tiada penilaian yang tepat, atau markah untuk kontent berkualiti. Ini bukan macam buat karangan zaman sekolah dulu-dulu. Pada pendapat aku kontent berkualiti ini adalah kita menulis tentang perkara yang pembca ingin baca.

Macam kita tulis tajuk entri pasal 'keputusan perlawanan bolasepak' kita shere dekat Facebook. Tapi apabila orang klik link enri kita, baca dalam tu tak ada sepatah pun ayat berkenaan bolasepak.

Jadilah penulis yang baik dengan berikan maklumat yang tepat dan dapat membantu pembaca. Itulah erti kualiti pada sesuatu kontent pada aku.


Mungkin korang ada pendapat lain, jadi kita boleh berkongsi idea dalam ruangan komentar dibawah. Sekian, terima kasih.

blogger lelaki logo

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

5 Komen
Domain authority (DA), aku baru perasan kini ramai pihak-pihak yang mencari blog untuk buat advertorial akan tanya berapa score DA?

Jika dulu ramai yang akan tanya berapa PR? tapi selepas Google sudah hentikan (Page Rank) PR, kini DA pula jadi kayu pengukur.

DA kini menjadi pengukur kekuatan nama domain blog kita. Ia berbeza dengan PR, DA skornya dikira pada skala 100 point. Semakin tingi skor semakin bagus.

DA bukanlah datang daripada Google, ia adalah milik syarikat MOZ. Sebab itu tak ramai yang ambil kisah pasal Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA).

Namum seolah menjadi keperluan apabila ada pula sesetengah pihak yang mahu buat kerja sama untk pengiklanan di blog akan cari blog yang mempunyai skor DA yang bagus.

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

Faktor Domain Authority (DA)

Domain authority cara pengiraannya adalah berdasarkan banyak faktor yang memainkan peranan.

a). Linking Root Domain

DA sangat bergantung pada berapa jumlah bilangan domain (Laman web) yang backlink (pautan) kepada blog kita. Jadi jika blog kita mendapat 50 pautan daripada 50 domain berbeza adalah lebih baik daripada 100 pautan daripada hanya satu domain sahaja.


b). MOZ Rank

Mozrank adalah berasaskan profik link dengan skor 0-10, lebih tinggi skor adalah lebih baik. Mozrank pula adalah pengukur kualiti backlink yang blog kita dapat. Dimana kualiti backlink adalah bukannya dikira daripada kuantiti semata-mata. Kita perlu pastikan backlink itu datang daripada laman yang berkualiti juga.


c). MOZ Trust

Moztrust adalah untuk mengukur tahap kepercayaan sesuatu laman blog. Malah banclink daripada 'Safe Site' juga diambil kira, jika ada backlink daripada laman-lama negatif ia akan memberi kesan.


d). Kualiti Konten

Isi kandungan blog yang berkualiti memang sering diperkatakan sebagai 'Raja' kepada ranking dalam SEO. Menulis kandungan yang berkualiti akan menaikkan ranking, namum macam mana enjin carian menentukan kualiti sesuatu konten?


e). Social Signal

Media sosial ramai yang menperkatakan ia akan berikan nilai tambha kepada laman blog kita, malah ia juga boleh meningkatkan domain authority. Social Signal adalah mengambil kira jumlah 'shares' dan 'like' pada artikel blog kita.

Konsepnya sangat mudah, apabila ada orang share artikel blog kita di media sosial, itu memberikan makna orang suka artikel kita, mungkin ia sangat membantu. Dan itulah yang akan memberikan authority.


f). Mesra Enjin Carian

Atau orang lebih suka sebut sebagai SEO, laman blog yang muncul di SERP untuk sesuatu carian 'kata kunci' di ranking yang bagus bermakna ramai orang yang membacanya dan artikel itu mendapat authority.


Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)


Aku akan cuba buat beberapa tips ini untuk meningkat DA blog aku, kiranya ini akan jadi bahan eksperimen aku. Harap-harap makin naiklah skor DA blog aku selepas ini.


a). Cari Banyak Backlink ke Blog Anda

Ini adalah salah satu cara yang utama untuk mendapatkan skor DA yang bagus. Carilah backlink semampu yang boleh, namum harus dijaga adalah kualiti backlink.

Elakkan daripada aktiviti SEO yang songsang seperti lama iklan link, beli backlink, dan backlink daripada laman-laman tak berkualiti. Jadi buatlah blogwalking secara berhemah.

Inilah aktiviti yang sudah lama kau tak buat, sebab nak cari backlink banyak masa yang perlu kita luangkan.


b). Pelbagaikan Sumber Backlink

Ketika anda mencari backlink yang banyak, ia perlu datang daripada sumber link yang pelbagai. Biarlah ia datang daripada domain extensions, geo-locations dan sumber-sumber yangtak saling berkait.


c). Internal Link Structure

Membina struktur pautan dalaman adalah sesuatu yang tak kurang pentingnya juga. Cuba masukkan 2-4 link kepada artikel blog anda yang lain. Buat artikel baru dan masukan link ke artikel yang dipublish sebelumnya.

Berhati-hati juga dalam pengguna 'anchor text', pasti anda pelbagaikan penggunaan 'anchor text'.


d). Buang 'Bad Link'

'Bad link' adalah sesuatu yang tidak patut menuju kepada blog kita. Semak samaada ada bad link yang menuju ke blog kita. Gunakan Google Disavow untuk membersihkan pautan negatif ini.

Aku pun masih mencari tip untuk buang 'bad link', jika aku jumpa tips nanti aku akan kongsikan.


e). Social media optimization

Ramai yang bincangkan, media sosial menjadi antara faktor untuk mengukuhkan ranking blog anda di enjin carian Google. Cuba galakkan pembaca anda untuk 'share' artikel dalam blog anda.


f). Jadikan Blog Mesra Pembaca

Kini enjin carian lebih utamakan keselesaan pengguna untuk melayari sesuatu laman. Kelajuan blog, mudah untuk dibaca, tiada serabut dengan iklan dan sebagainya.


Cara Semak Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA).

Ada beberapa tool yang boleh kita guna untuk semak berapa skor DA dan PA pada blog kita. Aku lebih suka pergi terus kepada lama MOZ untuk membuat semakan. MOZ Open Site Explorer.

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

Berapa Skor DA Yang Bagus?


Bgai aku konsep dia mudah. Makin tinggi skor, makin bagus.

Macam blog aku sekarang skor DA adalah 31/100. Ini tidak cukup bagus sebab kau mahu ia naik lagi jadi 50/100.

Namum begitu sudah pastinya ramai yang mahu menikmati skor DA 70 keatas, namum ada yang menyatakan ia memerlukan domain itu berusia 8-10 tahun.

Tapi untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang guna domain blogspot, skor DA mereka adalah tinggi. Jadi adakah mengambil kira skor DA ini relevan?
blogger lelaki logo

Jom Audit SEO Blog Anda

5 Komen
Teknik SEO, adalah salah satu cara buat blogger mencari trafik melalui medium enjin carian. Mungkin zaman ini sudah ramai yang sudah beralih kepada SMO, iaitu mencari trafik di Media Sosial tapi bagi aku Teknik SEO lebih menarik.

SEO atau SMO, yang mana lebih bagus? Itu bukan persoalan bagi aku, yang penting kedua-dua teknik perlu di lakukan untuk tujuan yang betul. Jangan buat blog durjana yang menyebarkan perkara-perkara buruk.

Matlamat tak menghalalkan cara. Cerita yang benar sahaja.

Jika anda ada blog, tak kisahlah blog baru atau blog lama pernah tak kita terfikir untuk audit SEO blog kita?

Jika anda utamakan SEO pada blog anda ia sememangnya perlu untuk pastikan blog anda sentiasa sihat dan kuat.

Jom Audit SEO Blog Anda

Jom Audit SEO Blog Anda

Seperti yang kita tahu SEO dibahagikan kepada Teknikal SEO, On-Page SEO dan Off-Page SEO. Jadi sebagai permulaan adalah lebih baik kita muhasabah Teknikal SEO blog kita terlebih dahulu.

Dan dibawah ini adalah senarai perkara yang anda perlu semak pada blog anda. Mungkin senarai ini tidak sehebat audit yang dibuat oleh pakar-pakar SEO. Namum sekurang-kurangnya kita dapat lakukan perkara asas terlebih dahulu.

Perbetulkan jasad blog kita agar ia berada dijalan yang lurus, dan bukan menjadi blog yang menuju jalan kegelapan.


1. Indeks

Peraturan paling penting dalam teknik SEO adalah indeks. Jika halaman blog kita tidak diindeks oleh enjin carian maka blog kita memang adalah masalah dengan enjin carian.

Cara nak semak senang sahaja. Pergi ke enjin carian dan taip "site:domain.com" , seterusnya klik search.

Selepas itu enjin carian akan paparkan jumlah entri blog kita yang telah berjaya diindeks.

Cuba anda perhatikan, jika halaman utama blog anda atau laman utama tidak berada di ranking yang tinggi, ini bermakna blog anda mungkin dikenakan penalti oleh enjin carian atau mungkin juga internal link structure blog anda lemah dan tidak memberi keutamaan kepada halaman yang lebih penting.

Anda juga boleh guna beberapa software untuk memudahkan kerja audit SEO blog anda antaranya

  • Xenu - Boleh download secara percuma, Namum ia tidak akan berikan jumlah halaman, tetapi ia akan buat satu sitemap akan anda perlu 'paste' ke dalam Excel.
  • Screaming Frog - Percuma untuk 500URL dan langganan £99.00 setahun untuk unlimited.

Boleh baca juga artikel : Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

2. Robots.txt

Setelah anda semak jumlah halaman blog anda yang berjaya diindeks dan anda rasa ia adalah masalah. Jadi langkah seterusnya anda perlu semak fail robots.txt.

Cara nak semak, juga sangat senang. Taip "domainanda.com/robots.txt" pada browse anda.

Disini anda perlu lihat samaada ia tidak menyekat crawler enjin carian untuk mengindeks halaman tertentu di blog anda. Selalunya jika anda tidak mengubah bahagian ini ia tidak menpunyai masalah.

Untuk lebih tepat anda boleh menyemak robot.txt di Google Search Console.


3. Preferred Domain

Cuba anda semak adakah blog anda boleh diakses dengan WWW dan Non-WWW. Taip http://domainanda.com/ dan juga http://www.domainanda.com/

Adakah kedua-duanya boleh diakses dengan jayanya?

Jika salah satu gagal diakses anda perlu setting untuk 301 redirecting. Agar blog anda menghala ke satu laman sahaja.


4. Sitemaps

Ramai juga sebenarnya yang tidak mengutamakan sitemap ini dahulu, dan hanya submit XML sitemap menerusi Google Search Console.

Namum dalam update terkini Webmaster Guidelines telah menyatakan bahawa unutk membantu Google mencari halaman blog anda salah satunya adalah dengan adanya 'sitemaps' yang boleh dibaca oleh manusia.


5. Broken Internal Links

Broken link adalah perkara yang tidak disukai oleh manusia dan SEO. Iyalah, kita klik link nak baca isi kandungan tapi link dah mati, tidak menghala ke halaman yang sepatutnya. Rasa sakit hati beb.

Jika kita biarkan broken link ini sebenarnya ia adalah satu perbuatan yang sia-sia. Kerana ia sebenarnya adalah punca trafik blog kita hilang.

Jika anda nak buat semakan 'broken internal links' anda boleh gunakan software seperti :

  • Google Search Console
  • Xenu
  • Screaming Frog


6. Mobile-Friendly


Kenapa Google kini begitu mementikan Mobile-Friendly? Sebab ramai orang sudah mula selesa menggunakan telefon bimbit untuk membuat carian di internet.

Jika blog kita tidak menyediakan blog kita dengan Mobile-Friendly, itu adalah satu perkara yang tidak bagus, malah ia boleh memberi kesan kepada 'mobile ranking'.

Anda boleh semak blog anda di Google Mobile-Friendly Test tool. Jika gagal pergilah ubah cepat-cepat sebelum terlambat..hahaha


7. Google PageSpeed

Kelajuan loading laman blog akan memberikan nilai kepada blog anda di mata Google.

Google telah menyediakan tool untuk menyemak kelajuan blog kita iaitu dengan PageSpeed Insights. Dengan tools ini ia memberikan skor (pada skala 1 -100) dan juga memberitahu apa masalah pada blog kita yang menyebabkan ia lembap.

Jika mendapat skor 65 sudah "OK", namum lebih "Good" adalah pada skor 85. Lebih tinggi skor adalah lebih bagus.

PageSpeed Insights ini ada dua bahagian iaitu  untuk "mobile" dan "Desktop". Jadi kena pastikan anda mendapat skor yang bagus untuk kedua-duanya.

Satu lagi tiap daripada aku. Jangan hanya semak guna link homepage, semak juga link halaman entri. Cara aku adalah aku utamakan kelajuan loading pada halaman setiap entri blog aku.


8. Kelajuan Sebenar Halaman Blog

Selain daripada kita pastikan skor Google PageSpeed berada ditahap yang baik. Kita juga perlu pastikan blog kita benar-benar laju di dunia sebenar.

Antara tool yang kita boleh guna untuk membuat semakan kelajuan blog anda adalah Test web Page, GTmetrix dan Pingdom Tools. Selepas semakan anda akan dipaparkan eleman pada blog yang yang menyebabkan ia lambat loading, dan perlukan tindakan segera.


9. Struktur Puatan Dalaman


Pautan dalaman (internal link) juga adalah antara elemen penting pada blog. Namum pautan pada halaman akan mengurangkan nilai lain. Jadi pautan dalaman perlu dilakukan dengan cara sepatutnya, dengan mengutamakan halaman yang paling penting.

Cuba untuk unutk buat pautan dalam supaya ia fokus untuk menyalurkan trafik kepada halaman sasaran yang lebih penting.

Dan kena pastikan point nombor 5 tadi iaitu pasti tiada broken internal link.


10. Broken External Link

External link adalah pautan luar yang masuk ke link kita dan juga boleh jadi pautan daripada blog kita ke blog luar. Namum yang selalu menjadi masalah adalah pautan daripada luar yang masuk ke laman blog kita mendapat 404 error (not found).

Aku lebih suka semak broken external link di Google Search Console. Caranya mudah sahaj unutk membuat semakan iaitu dengan pergi GSC > Crawl> Crawl Errors. Dan akan terpapar pada ruangan 404 error.

Antara cara untuk mengatasi broken link ini adalah :

11. Duplicate Titles & Descriptions

Duplicate titles & descriptions juga tidak bagus untuk SEO blog anda. Blog aku juga ada masalah ini, dan aku baru sahaja lakukan kerja-kerja pembaikan. 

Cara nak semak masalah ini juga aku gunakan Google Search Console. Pergi ke Search Appearance > HTML Improvements. Disitu anda akan dapat lihat berapa jumlah dan jenis error yang keluar.

Disebabkan blog aku juga masik dalam proses pembaikkan ini, jika berjaya nanti aku akan kongsikan tips dan cara untuk membaiki Duplicata Titles & Descriptions.


blogger lelaki logo

Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Sila Komen
Perhatian kepada calon sudahkah anda bersiap sedia untuk menjawab soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan 2016.  Jika belum luangkan sedikit bersama saya untuk membuat persiapan yang secukupnya.

Saya sendiri pernah mengambil peperiksaan Latihan Separa Perubatan ini, tetapi pada masa itu peperiksaan tidak dilakukan secara online, saya terpaksa pergi ke dewan Hospital USM, Kubang Kerian untuk menduduki peperiksaan.

Awal pagi lagi saya kena bangun untuk pastikan diri berada awal di dewan peperiksaan. Jadi calon-calon sekarang sudah cukup bertuah sebab peperiksaan dilakukan secara online. Cuma perlu tunggu sahaja didepan komputer.

Sebenarnya soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan yang diajukan tidaklah sesukar mana, namum jika kita gugup dan tidak membuat persiapan awal, ia boleh buatkan kita gagal.

Bagi saya, untuk menduduki peperiksaan adalah kita perlu menjawab soalan dengan tenang.  Tak kiralah peperiksaan online atau semasa berada di dewan peperiksaan.

Jadi sebagai salah satu langkah persiapan kita, kita perlu tahu serba sedikit format peperiksaan online yang bakal kita jawab nanti.

Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016


Format Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan 2016

Sedikit info pasal peperiksaan online ini, catat tarikh dan masa dalam telefon bimbit untuk bersiap sedia.

  • Tarikh : 8 Mac 2016
  • Hari : Selasa
  • Masa : 8.00 malam - 9.35 malam

Untuk pengetahuan calon, kertas soalan peperiksaan online Diploma Latihan Separa Perubatan ini dibahagikan kepada 2 seksyen iaitu :-
  • Seksyen A : Ujian Psikometrik
  • Seksyen B : Pengetahuan Am

Seksyen A : Ujian Psikometrik

Soalan pada seksyen ini adalah untuk menilai personaliti dan sahsiah diri setiap calon. Sebenarnya pada untuk menjawab soalan pada seksyen ini tidak susah, sebab soalan diajukan adalah untuk menilai diri kita, jadi berikanlah jawapan yang terbaik untuk menggambarkan diri kita.

Soalan yang akan ditanyakan dalam seksyen ini akan merangkumi skop seperti berikut :-
  • Kemahiran Berfikir
  • Sikap
  • Perwatakan
  • Emosi
  • Dan sebagainya

Jangan gopoh untuk menjawab soalan ini, fikir dengan tenang. Sebabnya jawpaan anda nanti akan memberikan refleksi diri kita, sikap, cara pemikiran dan tindakan kita terhadap diri.

Jadi sebolehnya setiap calon harus berikan jawapan yang positif, jawab dengan teliti.


Seksyen B : Pengetahuan Am

Pada Seksyen ini, ia bertujuan untuk menguji pengetahuan am setiap calon. Jadi untuk menjawab soalan pada seksyen ini anda perlu ulangkaji berkaitan isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia dan dunia.

Ulangkaji juga dalam bab hal ehwal politik, dasar-dasar kerajaan yang terkini.

Selain itu kita juga boleh ulangkaji hal-hal berkaitan hospital dan klinik. Cari maklmuat berkaitan rancangan kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan.

Kita juga boleh mengulangkaji senarai institusi kesihatan yang ada di Malaysia, seperti :-
  • Institut Kesihatan Umum (IKU)
  • Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)
  • Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Latihan Separa Perubatan

Sedikit lagi info pasal Latihan Separa Perubatan ini adalah kita akan dipecahkan pula kepada beberapa bahagian yang kita minat, seperti berikut adalah latihan bertaraf diploma:-
  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Dan ada pula latihan yang bertaraf sijil iaitu :-
  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Sebelum anda diserap masuk untuk menjalani latihan, fokus terlebih dahulu untuk lulus Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan ini.

Selamat menduduki peperiksaan, dan jawab soalan dengan tenang. Jangan lupa untuk dapatkan dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan, ekslusif daripada Prof Hariz di http://profhariz.com/contoh-soalan-peperiksaan-online-latihan-separa-perubatan/

Jangan lupa untuk baca entri pasal Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.