Showing posts with label Sejarah. Show all posts
blogger lelaki logo

Lagenda Supersonic Jet Concorde, Kembali?

2 Komen
Masihkah anda ingat, lagenda Supersonic Jet Concorde yang pernah terbang dengan 2 kali ganda kelajuan bunyi atau lebih tepat ia mampu bergerak dengan kelajuan 1,350mph.

Ketika aku masih budak-budak aku masih ingat orang duk cerita pesawat ini memang laju, kalau Concorde ni terbang rendah, dengan kelajuan serta bunyi dia boleh memecahkan semua tingkap bangunan.

Lagenda Supersonic Jet Concorde, Kembali?

Pesawat penumpang berkelajuan tinggi ini hasil gabungan kerjasama British Aircraft Corporation (British) dan Aerospatiale (Perancis). Pesawat ini mula terbang di angkasaraya pada tahun 1969, tujuh tahun kemudiannya barulah ia pesawat ini digunakan untuk membawa penumpang.

Pesawat ini hanya dibina sebanyak 20 unit sahaja termasuk 6 bukan pesawat penumpang. Harga pesawat ini pada tahun 1977 adalah £ 23 million( bersamaan £ 128 million pada tahun 2015).

Concorde mampu membawa penumpang seramai 92-120 penumpang dengan 3 orang krew (2 pilot dan 1 flight engineer)

jet supersonic concorde


Penerbangan Terakhir Concorde

Namum perkhidmatan Concorde Jet Supersonic ini berakhir jua selepas 27 tahun gah menerjah awan dengan kelajuan luar biasa. Penerbangan terakhir Concorde adalah pada 24 Oktober 2003 bagi perjalanan dari London ke New York. Pilot Concorde pada penerbangan terakhir itu adalah Mike Bannister.

Antara sebab mengapa perkhidmatan Concorde tidak diteruskan adalah kos penyelenggaraa serta kos pembiayaan yang sangat mahal. Ada juga yang menyatakan pemberhentian ini disebabkan oleh satu kemalangan yang teruk melibatkan pesawat Concorde pada Julai,2000.

Tragedi Hitam Pesawat Concorde


Kemalangan yang berlaku pada tahun 2000 itu telah meleburkan rekod bersih keselamatan penerbangan Concorde yang dipertahankan selama 25 tahun. Inilah satu-satunya kemalangan yang melibatkan Concorde.

Tiba-tiba teringat pula tragedi yang melanda negara kita iaitu MH370 dan MH17.

Didalam tragedi terbabit, seramai 113 nyawa telah terkorban yang melibatkan 100 orang penumpang, 9 krew pesawat dan 4 nyawa orang awam. Majoriti nyawa yang menjadi korban adalah dari negara German.

Tragedi yang menimpa pesawat Concorde dengan nombor penerbangan AF4590. Pesawat ini telah terhempas selepas 2 minit berlepas dari landasan di lapangan terbang Charles de Gaulle, Paris, Perancis.

gambar jet supersonic concorde kemalangan 2000

Salah satu daripada enjin pesawat ini telah terbakar, lalu mengakibatkan pesawat Supersonic ini terhempas ke bumi menhentam bangunan hotel iaitu Hotelissimo Les Relais Bleus Hotel di Gonesse.

Menurut siasatan rasmi dijalankan oleh Biro d'Enquêtes et d'Analisis pour la Sécurité de l'Aviation Civile (BEA), kemalangan itu disebabkan oleh sekeping logam yang jatuh dari Continental Airlines DC-10 yang telah berlepas beberapa minit lebih awal.

Serpihan logam tadi telah pancitkan tayar di sebelah kiri roda bogie utama Concorde semasa berlepas.

Tayar tadi telah meletup, dan sekeping getah telah menghentam tangki bahan api, lalu menyebabkan kebocoran bahan api dan sekaligus menyebabkan kebakaran.

Anak kapal telah bertindak menutup enjin nombor 2 selepas mendapat amaran kebakaran, dan enjin nombor 1 hanya mampu menghasilkan kuasa yang sedikit, pesawat itu tidak berjaya untuk mendapatkan ketinggian atau kelajuan yang diperlukan.

Selepas itu pesawat Concorde telah terhempas,  lalu jatuh tersungkur ke bumi.


Lagenda Supersonic Jet Concorde Kembali?

Pada September 2015, ada ura-ura akan kembalinya pesawat lagenda ini di arena penerbangan awam. Pesawat supersonic penumpang ini di gelar 'son of Concorde' serta diberi nama Concorde Mark 2.

Concorde era baru ini di gambarkan mampu terbang dari London ke New York dalam masa hanya sejam.

Malah ia mampu terbang lebih laju daripada Concorde terdahulu dengan 4 kali ganda kelajuan bunyi - lebih kurang 2,500mph.

Satu tarikh tentatif 2019 telah dikemukakan untuk penerbangan pertama - 50 tahun selepas penerbangan sulungnya.
blogger lelaki logo

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

6 Komen
Sebelum ada yang kini, sudah tentunya ada asal yang lama. Begitulah juga kisahnya dengan tapak berdirinya mercu tanda pencakar langit bandaraya Kuala Lumpur, sebelum megahnya berdiri Menara Berkembar Petronas pada suatu masa dahulu di sini adalah tapak padang lumba kuda (Selangor Turf Club).

Menara Berkembar Petronas (KLCC)


Pada 1 Mac 1993, menjadi sejarah buat negara apabila kerja-kerja mengali lubang diatas bekas padang lumba kuda ini bermula. Lebih kurang 500 buat trak mengangkut tanah keluar masuk siang dan malam, kerja mengorek tanah sehingga sedalam 30 meter (98 kaki) untuk dijadikan tapak yang kukuh buat KLCC.

Maka lenyaplah lagenda kelab lumba kuda, dan gah bangkit berdirinya Menara Berkembar Petronas yang pernah memegang rekod bangunan tertinggi di dunia daripada tahun tahun 1998 hingga 2004. Walaupun kini tak lagi menjadi bangunan yang tertinggi, namum masih berbangga dengan rekod bangunan berkembar yang tertinggi di dunia.

Setinggi-tinggi bangunan berkembar ini, kita dapat lihat bertapa tingginya cita-cita Tun M pada masa itu untuk memajukan Malaysia. Pada masa itu projek mega ini telah melonjakkan nama Malaysia di mata dunia. Kini sayup-sayup kita dapat lihat harapan itu tergantung di puncak 451.9 m daripada aras laut.

Sebelum kau melalut panjang, mari kita layan gambar-gambar lama sebelum KLCC mengambil alih tumpuan kawasan ini.

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina


Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina

Sebelum Menara Berkembar Petronas (KLCC) Dibina


Ini pula video kenangan padang lumba kuda pada era tahun 80-an, dimana band rock yang dikenali sebagai Kafilah pada masa itu telah membuat pengambaran untuk rancangan televisyen Muzik-Muzik '89.

 

Peristiwa Menarik di Menara Berkembar Petronas

1. Pada 15 April 1999, Felix Baumgartner telah mendakwa memegang rekod dunia bagi lompatan payung terjun dari bangunan apabila dia melompat daripada Menara Berkembar Petronas.

2. Pada 12 September 2001 pula kisah yang agak mengusarkan, terkesan daripada tragedi 11 September yang menyaksikan menara berkembar World Trade Center musnah. Beribu-ribu orang di Menara Berkembar Petronas terpaksa mengosongkan bangunan selepas mendapat satu panggilan ugutan bom palsu.

3. 4 November 2005 pada sebelah malam, satu kebakaran di kompleks pawagam di pusat membeli-belah KLCC dibahagian bawah Menara Berkembar. Tiada laporan kecederaan dicatat.

4. Kisah manusia yang tak muda berputus asa tercata pada tanggal 1 September 2009. Alain "Spiderman" Robert, seorang pemanjat bangunan yang terkenal berasal daripada Perancis telah berjaya memanjat hingga ke puncak Bangunan Berkembar Petronas dengan hanya menggunakan tangan dan kaki tanpa menggunakan apa-apa alat keselamatan. Ini adalah pada percubaan beliau kali yang ke-3 selepas di dua kali ditangkap oleh pihak berkuasa pada tahun 1997 dan 2007, yang menariknya beliau diberjaya ditangkap pada tingkat yang sama iaitu tingkat 60, tetapi di menara yang berlainan.

blogger lelaki logo

Salam Merdeka 2015

13 Komen
Salam kemerdekaan 2015. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Saban tahun kita sambut hari kemerdekaan negara kita. Setiap kali itulah kita akan dengar kisah penampar Jepun, makan ubi kayu, minum air sabun.

Sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu adalah antara coretan perang yang besar dalam sejarah hitam negara kita. Dan antara perang yang memberikan impak besar didalam memori mereka yang hidup dizaman itu. Zaman Jepun.

Mungkin generasi zaman sekarang kurang mendapat gambaran, bagaimana keadaan susah di zaman perang ketika itu. Iyalah takkan kita nak tercetusnya perang sekali lagi barulah kita akan sedar dan tahu bertapa peritnya penderitaan peperangan.

Salam Merdeka 2015

Nak ulas panjang-panajng pasal cerita sejarah takut korang bosan pula. Apakata kita layan sejarah melalui video dan gambar.  Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan?..hehehe..Jom lungsur kebawah.






Gambar Bersejarah Semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu.






















Jika anda nak tahu lebih banyak kisah disebalik setiap gambar bersejarah ini, anda boleh pergi usah dekat FB Fanpage Tanah Melayu. 

Kredit Gambar : Page Tanah Melayu
blogger lelaki logo

Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

12 Komen
Salam bulan kemerdekaan. Masih adakah orang merasakan semangat kemerdekaan yang berkobar-kobar apabila tibanya bulan Ogos? atau semuanya hanya mahu meraikan 31 haribulan Ogos sekadar sebagai hari cuti untuk berehat.
Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

Baiklah, aku bukan mahu menberi ceramah pasal sejarah, tapi ia ada kaitan dengan sejarah. Aku malas nak tulis pasal certia sejarah sebab tak ramai orang kita yang suka baca panjang-pajang pasal sejarah, mengantuk katanya.

Kalau ada yang rasa nak baca pasal sejarah boleh baca entri yang aku tulis tahun lalu, itupun kalau engkau orang belum baca dan ada niat nak baca...hehehe
  1. Perjuangan Tok Janggut
  2. Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-57
  3. Sejarah Penampar Jepun
  4. Serangan Subuh 1981
  5. Pengorbanan Dalam Kenangan Lebuhraya Timur Barat
  6. Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

Filem Patriotik Melayu Yang Pertama

Kita juga tahu ada banyak filem patriotik yang pernah diterbitkan di negera kita, tak lain tujuannya adalah untuk memupuk semangat patriotik dikalangan rakyat agar terus mekar mencintai negara ini. Ada juga yang boleh dianggap sebagai agenda propaganda.

Antara filem patriotik yang popular adalah filem Sarjan Hassan yang lakonkan oleh legenda P.Ramlee. Filem ini telah ditayangkan pada 28 Ogos 1958. Mesti ramai yang ingat inilah filem berunsurkan patriotik yang pertama dihasilkan. Namum filem Sarjan Hassan ini adalah filem selepas kemerdekaan.

Sebenarnya sudah ada Filem Melayu yang berunsurkan patriotik pernah dihasilkan sebelum itu iaitu pada tahun 1947. Selepas perang dunia ke-2.

Filem tersebut berjudul Seruan Merdeka. Filem ini telah dibintangi oleh Salleh Ghany yang memegang watak Leftenan Rashid serta heroinnya Rokiah Hanaffi sebagai Zaharah.

Sinopsis filem Seruan Merdeka

filem seruan merdeka

Filem ini berlatar belakangkan kisah hidup dizaman pendudukan Jepun semasa perang dunia kedua. Leftenan Rashid telah memimpin sepasukan gerila bagi melawan Jepun pada waktu itu.

Leftenan Rashid mengalas tugas di unit semboyan telah ditangkap kerana didapati menjadi perisik rahsia kepada pihak tentera Bersekutu. Kemudiannya dia berjaya melepaskan diri dan terus menjadi buruan.

Diselitkan juga kisah percintaan antara Leftenan Rashid dengan Zaharah di dalam filem ini.

Fakta Filem Seruan Merdeka

salleh ghany dan rokiah hanaffi

  1. Salleh Ghany dan Rokiah Hanaffi boleh dianggap sebagai hero dan heroin pertama filem Melayu selepaa tamatnya perang dunia ke-2. 
  2. Salleh Ghany meninggal dunia pada 28 Ogos 1986 di Kuala Lumpur manakala Rokiah Hanaffi pula meninggal dunia di Singapura pada 5 Julai 1994.
  3. Inilah satu-satunya filem keluaran Malayan Arts Productions.
  4. Filem ini juga sebenarnya diadaptasi daripada novel yang berjuga berjudul 'Seruan Merdeka' yang diterbitkan oleh Sentosa Press pada tahun 1947.
  5. Fielm ini telah ditayangkan buat pertama kalinya pada 16 Ogos 1947 di Queen Theatre Geylang. dan kemudiannya ditayangkan serentak di di Broadway, Johor Bahru dan Windsor, Pulau Pinang. 


Produksi : MALAYAN ARTS PRODUCTIONS
Produser : S.M.A.H. CHISHTY
Pengarah : B.S. RAJHANS
Jurugambar : TSIU MENG CHIN
Cerita : SALLEH GHANY
Pelakon : SALLEH GHANY (Salleh Ghani) ROKIAH HANAFFI (Rokiah Wandah) SYED ALI AL-ATTAS BACHTIAR EFFENDI SUHARA EFFENDI D. HARRIS SITI TG. PERAK JAFFAR WIRYO JOHAR P.S. GOH MOHAMMAD PILUS HENG GEOK CHEE LAILA
Mula ditayangkan : 16 OGOS 1947
Masa tayangan : TIDAK DIKETAHUI 

Namum sayang beribu kali sayang, filem ini mungkin kita takkan dapat menontonnya lagi. Sebab buat masa ini filem ini tiada dalam simpana rekod mana-mana pihak.

Walaupun aku tidak pernah menonton filem ini, tapi aku dapat mengagak kenapa filem ini tidak disimpan atau ia mungkin telah dimusnahkan/disembunyikan...jeng..jeng..jeng

Untuk baca lebih lanjut pasal filem Seruan Merdeka ini, anda boleh pergi ke blog Filem Klasik Melayu dan juga di Lagenda Filem Melayu.
blogger lelaki logo

Harga Barang Di Pasar Kuala Lumpur Tahun 1897

21 Komen
Sejak dua menjak ini, kita sebagai pengguna begitu risau dengan soal harga barang. Paling utama adalah dengan ketidak tentuan harga minyak petrol, sebabnya seringkali harga barangan di negara kita dinaikkan dengan alasan harga minyak naik.

Aku ada selak balik cerita lama-lama, jauh menerjah terowong masa singgah di tahun 1897. Mari kita tengok kadar harga barangan di Pasar Kuala Lumpur pada tahun 1897. Jangan terkejut, jika kita pergi pasal dan bawa sekeping duit 10 ringgit, sudah bermacam-macam barang yang boleh kita beli.

Apa kata lihat pula senarai harga yang ditetapkan di Pasar Kuala Lumpur. Jangan terkejut sebab dari zaman itu sudah ada Beras Siam dengan harga $4.10/sepikul, kiranya ini beras memang gred tinggi yang orang kita suka beli.

Harga Barang Di Pasar Kuala Lumpur Tahun 1897

Pada tahun 1897, aku tak dapat cari info pasal matawang yang digunakan oleh Kuala Lumpur yang baru sahaja menjadi Ibu negara Negeri-negeri- Melayu Bersekutu. Jika Negeri-negeri Selat pada tahun 1897, matawang mereka baru sahaja mengalami peralihan daripada Rupee India (pada tahun 1837 kepada Dolar Selat. Nilai Dolar Selat pada waktu itu adalah bersamaan dengan Dolar Sepanyol atau Peso Mexico, 100 cent=1 Dolar.

Aku korek balik kisah harga zaman dulu-dulu ini bukannya apa, sekadar acara selingan semperna harga minyak yang kembali naik semula bermula 1 mac 2015 ini, sempat sebulan kita menikmati harga minyak yang lebih murah. Tapi aku harap sangat jangan ada tindakan menaikkan harga barang pula dengan alasan harga minyak naik, masa minyak turun tak nak pula kau turunkan harga barang.

Kredit Gambar: TerowongInformasi.com
blogger lelaki logo

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

9 Komen
Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

1. Disini lahirnya sebuah cinta, tema hari kemerdekaan negara kita yang kali 57 ini. Lagu tema kemerdekaan pun sedap didengar. Melayan perasaan gitu. Tema hari kebangsaan kali ini diambil dari lirik lagu Sudirman yang berjudul Warisan.

2. Bagi memenuhi segmen bro Hasrul Hassan, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.  Jadi aku perlu tulis dari sudut seorang blogger. Bagaimana aku menzahirkan rasa cinta ini pada tanah tumpah darahku. Setiap orang memainkan peranan di dalam negara ini, termasuk blogger. Kerja blogger adalah menulis, dan blog pula menjadi medium untuk dibaca oleh masyarakat.

3. Aku sedar dalam waras. Jasa aku kepada negara begitu kecil sekali, rasa begitu kerdil. Sebagai blogger aku cuba sampaikan serba sedikit melalui penulisan aku, cerita tentang kemerdekaan dan peristiwa berkaitan sejarah negara kita.

4. Tahun ini jika ada pembaca yang perasan ada beberapa entri yang aku tulis berkaitan peristiwa pasca-merdeka. Mengapa? sebabnya aku ingin tekankan bertapa kita perlu pertahankan dan sedaya upaya kekalkan kemerdekaan yang kita sedang nikmati sekarang, hasil usaha tok nenek kita.

5. Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Orang kita masih lagi terbelenggu, terutama dari segi ekonomi. Dengan usaha berterusan dan bertungkus lumus, orang kita cuba kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak kita.

6. Walaupun kita sudah merdeka daripada British, sebagai generasi yang sudah merasa kesenangan, kita masih perlu bekerja keras untuk memastikan kemerdekaan ini kekal untuk diwarisi anak cucu kita nanti.

7. Sekadar perkongsian terimalah beberapa entri aku sebelum ini khas untuk bumi tercinta ini. Semoga cintai yang tersemai ini akan terus subur ditanah tumpah darahku.
blogger lelaki logo

Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

9 Komen
Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

Video Bandaraya Kuala Lumpur sekitar 1920-an. Ketika ini negara kita berada dibawah pemerintahan British. Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu adalah Sir Laurence Nunns Guillemard. Guillemard berkhidmat bermula 3 Februari 1920 sehingga 5 May 1927. Selepas itu Pesuruhjaya Tinggi British (British High Commissioner) diganti oleh Sir Hugh Charles Clifford.


Apa peristiwa yang menarik berlaku di Tanah Melayu sekitar tahun 1920-an.


Pembinaan Jambatan Guillemard di Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan ini dibina pada tahun 1920 dan siap pada tahun 1925. Pada tahun 1925, ketika Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV merasmikan jambatan ini, baginda telah menamakan jambatan ini bersemperna Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu. Ia juga merupakan jambatan terpanjang di Tanah Melayu pada ketika itu.

Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an
Jambatan Guillermard.

Pada era tahun 1920-an juga, jalanraya telah dibina di Tambak Johor, kerana pada awalnya Tambak Johor yang dibina sejak tahun 1909 hanya untuk landasan keretapai sahaja. Pada tahun 1924, jalanraya di Tambak Johor telah siap dibina. Idea pembinaan Tambak Johor atau Tambak Tanjung Puteri ini adalah pada zaman Sultan Ibrahim, Sultan Johor pada ketika itu.

Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an
Batu Asas Tambak Johor.

Dan pada masa pendaratan Jepun di Tanah Melayu, 2 jambatan ini juga telah dibom oleh tentera British sendiri untuk menyekat kemaraan tentera Jepun.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) telah dibuka pada tahun 1922, di Tanjung Malim. MPSI telah dirasmikan oleh W.G Maxwell. MPSI ketika itu dianggap sebagai pusat pengajian paling tinggi di Tanah Melayu. Namum tahap pendidikna orang Melayu masih lagi tidak diberi perhatian yang serius oleh British pada masa itu.
Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

Mata wang yang digunakan oleh Bristish pada ketika itu adalah Dolar Selat (Straits Dollar). Syiling pada tahun 1920 menggunakan lambang kepala Raja George V. Pada tahun 1920 juga melihat kepada kemuncak ekonomi di Tanah Melayu dibawah pentadbiran british dengan nilai jumlah eksport mencecah  sehingga $289,112,016 berbanding tahun 1915 cuma $162,429,254. Berapa banyak mereka kaut hasil bumi negara kita.

Bandaraya Kuala Lumpur 1920-an

blogger lelaki logo

Sejarah Penampar Jepun

10 Komen
Penampar Jepun begitu sinonim dalam masyarakat kita bagi menggambarkan kisah kekejaman tentera Jepun ketika zaman perang dan pendudukan Jepun di tanah melayu pada  tahun 1941-1945.

Walaupun cuma sekejap sahaja Jepun menjajah negara kita, tetapi kesannya cukup mendalam kepada mereka yang sempat merasa bertapa seksanya hidup di zaman Jepun.

Sejarah Penampar Jepun

Untuk ceritakan pasal Jepun ini, kita boleh bahagikan kepada dua fasa, iaitu pada fasa perang bermula daripada 8 Disember 1941 - 30 Januari 1942. Dan ketika era pemerintahan Jepun pula bermula secara rasmi bermula pada 15 Februari 1942 - 10 September 1945. 

Dalam kesempatan ini aku cuma ingin ketengahkan sedikit kisah awal-awal serangan. Dimana dalam serangan ini juga dianggap antara pertempuran paling sengit antar tentera British dan tentera Jepun.

Pendaratan Tentera Jepun di Tanah Melayu.

Jepun bermula melancarkan serangan daripada dua bahagian dan terus mara menghala ke selatan Tanah Melayu. Ia bermula daripada Pattani dan Singgora, Thailand yang mara terus ke Jitra, Kedah. Satu lagi bahagian adalah daripada Kota Bharu. Manakala di Sarawak pula bermula di Miri dan di Sabah dari Labuan dan Sandakan.

Pada awal pendaratan Jepun di Kota Bharu, tentera Jepun telah mendarat di Pantai Padang Pak Amat pada 8 Disember, sejam lebih awal sebelum serangan ke atas Pearl Harbor. Walaupun begitu tentera Jepun mendapat tentangan sengit daripada tentera British ketika memulakan serangan.


Tentera British yang cuba bertahan pada ketika itu diketuai oleh Brigadier B.W. Key daripada Briged Infantri India Ke-8, serta sebahagian Divisyen Infantri Ke-9 India (British), ada yang gelarkan mereka ini sebagai askar Gurkha.

Manakala tentera Jepun pula diperkuat dengan 3 buah kapal pengangkut yang membawa seramai 5,200 orang tentera Jepun yang diketua Mejar Jeneral Hiroshi Takumi. Mereka juga diiringi oleh angkatan pengiring yang diketuai oleh Laksamana Muda Shintaro Hashimoto, mereka ini adalah pasukan penjajah Kota Bharu.

Ketika pesawat Jepun masih lagi dalam perjalanan untuk menyerang Pearl Harbor. Di Kota Bharu, serangan dimulakan sebaik sahaja kapal berlabuh kira-kira 3km daripada pantai. Tentera Jepun yang mula-mula membuat serangan diketua oleh Kolonel Masu daripada Rejimen Infantri ke-56. Tentera Jepun membuat empat baris dan cuba mara ke arah pantai.

Namum begitu tentera British juga sudah bersedia melayan Jepun dengan 4 laras meriam katak 3.7 inci. Batalion Dogras ke-3/17 pula mengawal sepajang 10 batu di Pantai Dasar Sabak. Periuk api dan kawat duri juga dipersiapkan untuk menyambut tentera Jepun serta beberapa kubu kecil juga turut dibina di sepanjang pantai. 

Perang bermula, walaupun tentera British cuba melawan dan bertahan, sehingga tercetusnya peperangan yang sengit. Dan akhirnya mereka terpaksa akur akan kehebatan dan keberanian tentera Jepun. Kisah penuh pertempuran sengit ini boleh baca disini.

Namum begitu pada serangan pertama ini angka korban tentera Jepun adalah yang paling ramai kira-kira 500 orang tentera yang terkorban. Dan dianggap sebagai salah satu kawasan pertempuran yang paling sengit dan ganas di Tanah Melayu.


Tentera British terpaksa berundur sambil memusnahkan jambatan bagi melambatkan kemaraan Jepun, sehinggalah Jepun berjaya menawan Tanah Melayu sehingga ke Singapura.

Mana sejarah penampar Jepun? Jawapannya adalah kalau Jepun tak serang Tanah Melayu, maka takkan wujudlah istilah Penampar Jepun. Jadi asal usul penampar Jepun itu sendiri sudah pasti ada kaitan dengan serangan Jepun ke atas Tanah Melayu. Cuba bayangkan waktu itu Korea yang datang jajah negara kita, sudah tentulah akan ada istilah 'Penampar Korea'. Jangan marah, salam Merdeka.
blogger lelaki logo

Komen Pertama Di Youtube

34 Komen
Kita semua suka akan benda yang pertama. Seperti komen pertama di laman Youtube. Padahal semasa perkara itu dilakukan tiada siapa pun nak ambil peduli.

Namum apabila sudah bertahun-tahun, masa pun berlalu, orang mula menilai perkara pertama itu sebagai sesuatu yang unik dan bernilai, membuatkan semua orang ingin tahu, siapakah, apakah, bilakah, bagaimanakah?

Tetapi apakah ia sangat istimewa, atau sungguh bernilai setiap perkara yang pertama itu. Bagi aku ia lebih kepada nostalgia, sentimental value dalam lipatan sejarah masa lalu. 

Berapakah nilainya perkara atau peristiwa pertama itu bergantung kepada penilaian setiap individu. Tak ada sesiapa nak marah pun. Sendiri punya hal kan. Ini dia gambar komen pertama di Youtube.

Komen Pertama Dalam Laman Youtube

Interesting! Menarik bukan, cuma satu patah perkataan sahaja. Wow, Untuk video yang pertama di Youtube. Komen pertama itu telah ditulis oleh Cobaltgruv, salah seorang kawan kepada Jawed, co-founder Youtube.



blogger lelaki logo

Roving Report: Project Malaysia

13 Komen
Selamat Hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia dan selamat bercuti sert beristirehat dengan keluarga. Disebabkan masih lagi dalam mood cuti, jadi artikel pun tak berapa nak panjang, tetapi aku ada video yang menarik untuk dilayan bersemperna Hari Malaysia. Ini adalah video yang dirakam semasa proses pembentukan negara kita, ini video klasik beb..jom layan.

'Roving Report: Project Malaysia' adalah satu siri laporan dokumentari yang dihasilkan oleh ITN News dari seluruh dunia, yang disiarkan di antara tahun 1957 dan 1964. 

Roving Report: Project Malaysia

Laporan ini adalah untuk menilai dan melihat kesan yang mungkin berlaku kepada masyarakat Melayu jika Sarawak, Brunie, Borneo Utara dan Singapura bersatu dalam pembentukan negara Malaysia.

Tunku Abdul Rahman dengan tegas mengatakan tujuan rancangan itu adalah untuk menamatkan penjajahan dan pada masa yang sama mengelakkan penyebaran Komunisme di nusantara.








Kredit : Sumber rujukan daripada ITN Roving Report: Project Malaysia

blogger lelaki logo

Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis

9 Komen
Kisah Syiah Di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Namum sejarah Syiah ini cukup panjang. Kali ini aku ingin mengimbau kisah Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis.

Perbalahan Sunni dan Syiah terus berlarutan hingga kini. Jika kita sedar, untuk Ummat Islam kembali bangkit, golongan Syiah ini yang perlu kita cantas dahulu. Jika terus berpecah macam sekarang ini, Ummat Islam akan terus mundur dan terus ditindas. Puncanya sebab kita tidak bersatu.

Kita sendiri boleh tengok macam mana apabila timbul krisis seperti di Mesir dan Syria sekarang.

Suara kita telah berpecah kepada dua, satu pihak ke sebelah sana, satu pihak kesebelah sini, yang menjadi mangsa adalah Ummat Islam itu sendiri juga. Masing-masing mahu menunjukkan kuasa.

Jangan kita cepat sangat hendak menunding jari kepada orang luar yang menjadi dalang kepada isu perbalahan sesama Ummat Islam. Sedangkan kita sendiri tidak bersatu dan berpecah belah.



Ada cerita sejarah pasal Syiah di zaman Salahuddin al Ayubbi ketika perang salib dahulu. Pahlawan Islam ini terpaksa berdepan dengan golongan Syiah juga.

Salahuddin al-Ayubi telah mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir pada ketika itu dan juga menumpaskan pakatan Nusairiyah-Kristian. Baru selepas itu Salahuddin al-Ayubi menyatukan Ummat Islam mengembeling tenaga bagi menghadapi Salibiyah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan Syam.

Kita belajar daripada kisah sejarah ini. Selagi adanya golongan Syiah ini yang menjadi duri dalam daging kepada Agama Islam, selagi itu Ummat Islam akan terus di tindas.

Walaupun kita tahu sekarang ini Syiah agak kuat dari segi unit kententeraannya. Namum perjuangan tentera mereka, sebenarnya bukan untuk menpertahankan Ummat Islam, tetapi hanya untuk kepentingan golongan mereka sahaja. Dimana mereka ketika Iraq diserang dulu?

Mungkin dahulu kita boleh berbangga dengan Iran dan Hizbullah. Namum sekarang tidak lagi, kita sudah tahu permainan mereka yang sebenarnya.

Apakah harus kita ambil iktibar daripada kisah Salahuddin Al-Ayubi perangi Syiah sebelum tawan Baitul Maqdis untuk Ummat Islam kembali kepada zaman kegemilangannya, tidak lagi ditindas seperti sekarang.