Showing posts with label Segmen. Show all posts
blogger lelaki logo

Segmen "Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket"

5 Komen
Aduh, lama sungguh aku tak tulis entri dekat blog ini. Sibukkan diri dengan benda lain sampai terbiar dan terabai blog ini.

Kebetulan tadi aku tengah melayari facebook ternampak bro Hasrul Hassan kongsikan segmen terbaru. Katanya nak bantu trafik blog naik mencanak macam roket.

Sebagai manusia yang ada semagta inquiri, jadi ia menarik aku untuk turut serta. Lagipun dah ramai blogger lain turut serta dalam segmen ini.

Kebetulan sekali lagi, aku pun memang dah lama tak tulis entri baru. tahun 2017 sudah masuk bulan Mac, tapi entri masih belum banyak macam blog orang lain.

Alang-alang dah ada segmen 'power' macam ini, kita cuba dulu baru tahu.

Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Jika anda pun berminat nak turut serta segmen 'power' ini, mesti nak kena penuhi syarat-syaratnya. Jangan risau ini bukan syarat nak masuk meminang Puteri Gunug Ledang.

Syarat-syarat yang bro HH minta adalah seperti berikut :-

1. Nak kena ada blog. Iyalah kalau tak ada blog macam mana dia nak bantu naikkan trafik.

2. Kena buat satu entri atau artikel dekat blog masing-masing. Macam entri yang aku tulis ini la. Wajib bukan sunat, setiap entri kena letak banner segmen dan dipautkan ke link segmen tersebut.

3. Berikan satu URL blog post yang kita mahukan trafik dia naik mencanak macam roket yang dilancarkan naik ke bulan sipi-sipi nak langgar tahi bintang.

Baiklah, aku mahu bro HH berikan trafik yang padu pada entri ini : http://www.bloggerlelaki.com/2017/02/buat-duit-online-dengan-adsense.html

4. Kena like page Hasrulhassan.com, HH ni blogger otai, memang dah lama aku like page dia.

5. Wajib juga kena like page Bisnes Online Tanpa Modal. Okey dah, aku dah like lama juga.

6. Dan akhir sekali kena follow Google Profile Hasrul Hassan. Juga sudah lama aku follow, cucuk rapat-rapat.

Apabila sudah siap tulis entri ringkas untuk segmen ini, syarat-syarat sudah dipenuhi, maka anda perlu menghantar URL penyertaan di ruangan komen pada entri segmen tersebut.
blogger lelaki logo

Segmen: Ini Entry terbaik 2014

13 Komen
Aku sendiri tak sedar sebenarnya, kita sudah menghampiri penghujung kepada tahun 2014. Sepanjang tahun ini cukup banyak kisah dan cerita yang berlaku. 

Ada manis, masam, pahit dan tawar. Semuanya cukup rasa.


Dalam dunia blogging juga ada pasang surutnya. Sebenarnya pada awal tahun aku agak kurang berkesempatan menjaga blog aku. 

Memang terabai sikit blog aku pada masa itu, ranking alexa jatuh teruk. Update entri pun ala kadar.

Pada bulan Ogos atau September aku kembali bangkit, misi pertama aku adalah cuba memperbaiki kembali ranking alexa blog aku ini. Dan ianya berhasil.

Sepanjang tahun ini, walau ada berbaki beberapa hari, secara peribadi aku rasa DUA entri ini adalah entri penulisan yang terbaik bagi tahun 2014. 

Ia terbaik bukan dari segi trafik, tetapi dari segi semangat aku cuba mendapat bahan mentah untuk aku olah menjadi satu entri.

Ini Entry terbaik 2014

1. Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam

Mungkin ketika aku menulis berkenaan kisah seram yang pernah menjadi viral ini agak terlambat. Ceritanya sudah suam-suam kuku. Dan sudah bergitu banyak blog yang sebarkan cerita ini, tetapi itu semua cerita yang telah di copy & paste.

Jadi, aku tak puas hati.

Aku cuba imbas kembali kisah ini adalah untuk merungkai misteri disebalik kisah seram ini.

Secara tak sengaja aku telah menjadi penyiasat tak bertauliah, menyelongkar almari lama arkib Google. Aku cuba merungkai sendiri kisah disebalik misteri ini. 

Kenapa aku anggap ini entri terbaik aku sebab aku berusaha sendiri membuat sedikit kajian pasal cerita ini, dan aku jumpa apa yang belum pernah diceritakn oleh blogger lain. 

Aku berusaha mencari bahan mentah untuk aku olah semula menjadi entri.

Dari mana kisah ini bermula? siapakah yang mula-mula sekali bercerita pasal kisah ini? Kalau nak tahu pergilah baca entri lama ini.


2. Video Bandaraya Kuala Lumpur 1920-An

Entri ini aku tulis semperna bulan kemerdekaan negara kita. Tapi ini entri kisah sejarah yang berlaku di negara kira sekitar tahun 20-an, ketika negara kita masih dijajah.

Ya, ini adalah entri pasal sejarah. Aku tahu korang semua akan tertidur selepas baca entri ini.

Sebab entri ini terbaik bagi aku adalah ada beberapa fakta sejarah yang selama ini kita tak ambil tahu tak peduli, terutama anak-anak muda generasi kini.

Untuk menulis entri ini aku terpaksa pula menjadi pakar sejarah jadian. Pakai kacamata tebal, mengadap skrin, berborak dengan Prof Google membuat penyelidikan. 

Dah macam nak buat thesis pulak aku rasa masa tu.

Kalau korang hendak tahu berapa jumlah dan nilai hasil bumi negara kita telah dibawa keluar dari negara kita, korang kena baca entri ini.

Segmen:  Ini Entry terbaik 2014
Klik banner diatas ini untuk join segmen.


Sebenarnya ada beberapa lagi entri aku yang aku rasa ia entri yang terbaik seperti entri Biodata Kapten Norudin Abd Majid serta beberapa entri yang lain.

Namum segmen ini hanya mahu aku berikan 2 entri terbaik sahaja. Kepada yang hendak turut serta segmen ini boleh layari blog DianaRashid.com.
blogger lelaki logo

Review Percuma Blog Oleh Eizil

13 Komen
Review Blog Aku

Buat suadara Eizil,

Kenapa aku ingin mendapatkan review percuma ini? Baiklah tanpa fikir panjang akan bagi 5 sebab utama.

1. Sebab tukang review ini adalah Eizil, siapa yang tak nak blog di review oleh mereka yang lebih pakar dan arif dunia blogging nie. Lagipun sudah banyak kali aku baca review blog yang di buat oleh saudara Eizil ini di blog DenaiHati, sesekali teringin juga merasa blog aku di review oleh orang yang 'terrorist' nie...

2. Aku baru sahaja tukar templates blog aku padal awal bulan oktober tempoh hari. Dan sehingga kini aku masih lagi dalam proses menambahbaik blog aku. Sudah banyak kali aku 'try n error' pasang widgets dan plug in agar blog aku bertambah baik. Jadi rasanya memang sesuai sangat jika blog aku mendapat ulasan dari yang pakar, untuk aku jadikan panduan untuk digarap pada blog aku nanti.

3. Sebab kenapa blog aku perlu direview, sama macam point di atas, tujuannya agar aku dapat menbetulkan apa yang tak kena pada blog aku. Untuk jadikan blog aku lebih baik. Review ini untuk aku dengar secara jujur apa pandangan seorang pakar terhadap blog aku, walau mungkin pahit terpaksa aku telan nanti. Kadangkala pendangan kita tidak sama dengan sudut pandangan orang lain

4. Secara tak langsung dengan review ini juga aku akan mendapat ilmu baru dalam dunia blogging. Mungkin akan ada tips yang berguna akan di kongsikan nanti. Nanti boleh bertukar-tukar pendapat juga dan mendapat maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang lain akan berikan komen pada review tersebut nanti. Boleh dapat ilmu lagi tu dan pandangan bernas daripada kawan-kawan.

5. Sebab ini tawaran review diberikan percuma..hahaha..siapa yang tak nak barang percuma bro...tambahan pula dapat review di blog yang hebat, oleh orang yang hebat...bukan senang tau nak dapat peluang macam nie.

Sekian, Terima Kasih, itulah sahaja surat tunjuk sebab saya. Kepada rakan blogger lain yang nak juga dapat peluang ini, boleh buat entri dan submit sebelum pukul 11:59 malam ini.
blogger lelaki logo

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

14 Komen
Semua peserta sudah maklum akan tugasan kedua cabaran iPhone 5s. Setiap peserta yang layak perlu menjadi top 70 pengomen di blog Denai hati selama 30 hari pertandingan.

Memang senang nak laksanakan tugasan kedua ni, paling minimal perlu taip 10 patah perkataan dengan komen yang relaven dengan entri. Jangan duk komen melaluk ke laut sudah la.

Tugasan ini nampak senang, tetapi agak mencabar. Terutama dari segi kekangan masa buat blogger separuh masa seperti aku. Tapi dah nama pun cabaran, kita perlulah mencabar diri jika mahu berjaya, jadi tiada alasan dan terusan perjuangan sehingga ke titisan kopi yang terakhir.

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s

Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s


1. Antara persiapan aku untuk ber'perang' komentar ini ialah latih tubi ibu jari setiap pagi sambil minum madu. Ibu jari penting kerana pada sebelah siang aku yang akan banyak gunakan telefon untuk komen, jadi ibu jari memainkan perana penting.

2. Tetapi jari jemari lain juga diberika latihan itensif, untuk digunakan pada sebelah malam pula mengetuk papan kekunci. Kopi cap badak juga telah aku beli buat stock selama sebulan, korang faham-faham aje la (nasib baik tak silap beli kopi jantan, kalau tak lain pula jadinya).

3. Untuk berikan komen otak perlu ligat, berikan komen yang munasabah dengan tajuk entri dan sedikit kritis agak tuan Denai hati tak bosan nak baca komen kita, jadi aku sarankan korang baca entri Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas.

4. Tadi aku sebut pasal madu kan, ia juga penting untuk menyambung sel-sel otak supaya berhunbung dengan baik semasa aktiviti komentar berlangsung. Jangan lupa kismis sebagai menguatkan otak kita. Cuba korang bagi petua apa lagi untuk kuatkan otak kita berfikir dengan lebih berintelektual.

5. Pesanan terakhir aku kepada semua peserta, berilah komen yang terbaik untuk dibaca oleh juri. Ya, memang benar kita sedang bersaing menjadi pengomen terbanyak, Top 70, tapi jangan hanya pentingkan kuantiti, kualiti kita sebagai blogger disegani juga perlu jaga. Barulah kita akan dipandang 'lain macam' oleh blogger lain..hehehee..larikkkk.
blogger lelaki logo

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

12 Komen
Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Di sinilah langit dijunjung, di sinilah bumi dipijak, biar hujan batu sekalipun, di bumi bertuah ini adalah tanah tumpah darah bagi kita semua. Cinta yang disemai di sini akan terus mekar harum selamanya.


Tahun ini, ulang tahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sedangkan usia aku baru sahaja mencecah 29 tahun. Tak mungkin aku dapat rasakan sepertimana bertapa ghairahnya perasaan tok nenek kita dahulu ketika menyambut Hari Kemerdekaan 1957. Setelah beratus tahun lamanya, mereka nantikan saatnya Tanah Melayu bebas dari belenggu British. Tak dapat aku gambarkan dengan tepat perasaan mereka pada waktu ketika itu, ketika bendera Union Jack di turunkan secara rasmi.

Tok nenek kita dulu bersorak "Merdeka!", laungan mereka penuh bersemangat, mungkin tak sama dengan laungan "Merdeka!" kita pada hari ini. Namum begitu, semangat patriotik perlu terus disemai dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Agar kemerdekaan yang kita genggam hari ini, tidak terlucut sekali lagi. Cukup-cukuplah hasil bumi kita diperah oleh orang asing. Nak tahu berapa paun sterling sudah British kaut? baca entri Disini, ada sedikit info.


Sebut sahaja pasal merdeka, pasti kita akan kaitkan dengan sejarah. Dan apabila sebut pasal sejarah, orang akan cakap bosan. Bak kata orang tua "Tak kenal maka tak cinta", tapi bagaimana kita nak cinta jika kita tak nak kenal. Cuma tinggal slogan sahaja "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". 

Nak kenal negara kita, kita kena baca sejarah. Kerja aku ada melibatkan sejarah, dan sering terlibat membuat pameran terutamanya di sekolah. Antara soalan yang popular aku dengar adalah "Tak bosan ke kerja bidang sejarah ni?" dan pelbagai lagi bentuk soalan yang lebih kurang macam itu diajukan kepada aku. Yang buat aku sedikit terkilan adalah apabila soalan macam ini diajukan oleh seorang cikgu.

Betulkah sejarah itu sungguh menbosankan? 

Sejarah sebenarnya seronok kerana kita akan tahu banyak cerita dan kita akan mula faham, kenapa, mengapa dan siapa serta bila peristiwa itu berlaku, sejarah ini adalah cerita, ia cerita yang benar. Cuma yang buatkan sejarah jadi bosan, sebabnya adalah kita kena membaca. Buku sejarah tak sesedap buku novel cinta.

Sebenarnya untuk hilangkan 'bosan' tadi adalah pupuk minat. Aku pada awalnya kurang minat dengan sejarah, tetapi apabila aku diamanahkan kerja aku untuk menjaga sejarah negara, minat itu aku pupuk untuk dekat dengan sejarah. Kita akan hargai nilai sesuatu bahan sejarah itu lebih daripada orang lain.

Rasa sayang jika anak muda hari ini bertindak menjauhkan diri daripada sejarah, terutama sejarah negara. Siapa lagi yang hendak jaga dan kekalkan kemerdekaan ini jika bukan generasi muda yang akan mengambil alih negara ini suatu hari nanti.

Salam merdeka dari aku untuk seluruh rakyat Malaysia. Bersama kita terus berjuang untuk kekalkan kebebasan dan kesenangan yang kita nikmati sekarang. Semoga Malaysia terus maju, terus makmur. Terima kasih Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta.
blogger lelaki logo

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger

9 Komen
Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

1. Disini lahirnya sebuah cinta, tema hari kemerdekaan negara kita yang kali 57 ini. Lagu tema kemerdekaan pun sedap didengar. Melayan perasaan gitu. Tema hari kebangsaan kali ini diambil dari lirik lagu Sudirman yang berjudul Warisan.

2. Bagi memenuhi segmen bro Hasrul Hassan, Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dari Blogger.  Jadi aku perlu tulis dari sudut seorang blogger. Bagaimana aku menzahirkan rasa cinta ini pada tanah tumpah darahku. Setiap orang memainkan peranan di dalam negara ini, termasuk blogger. Kerja blogger adalah menulis, dan blog pula menjadi medium untuk dibaca oleh masyarakat.

3. Aku sedar dalam waras. Jasa aku kepada negara begitu kecil sekali, rasa begitu kerdil. Sebagai blogger aku cuba sampaikan serba sedikit melalui penulisan aku, cerita tentang kemerdekaan dan peristiwa berkaitan sejarah negara kita.

4. Tahun ini jika ada pembaca yang perasan ada beberapa entri yang aku tulis berkaitan peristiwa pasca-merdeka. Mengapa? sebabnya aku ingin tekankan bertapa kita perlu pertahankan dan sedaya upaya kekalkan kemerdekaan yang kita sedang nikmati sekarang, hasil usaha tok nenek kita.

5. Selepas kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Orang kita masih lagi terbelenggu, terutama dari segi ekonomi. Dengan usaha berterusan dan bertungkus lumus, orang kita cuba kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak kita.

6. Walaupun kita sudah merdeka daripada British, sebagai generasi yang sudah merasa kesenangan, kita masih perlu bekerja keras untuk memastikan kemerdekaan ini kekal untuk diwarisi anak cucu kita nanti.

7. Sekadar perkongsian terimalah beberapa entri aku sebelum ini khas untuk bumi tercinta ini. Semoga cintai yang tersemai ini akan terus subur ditanah tumpah darahku.
blogger lelaki logo

Muslim Niaga

32 Komen

Muslim Niaga merupakan sistem kedai online yang mengunakan konsep dropship, menawarkan hampir 400 produk kepada pelanggannya.

Sesuai dengan namanya, mereka lebih fokus kepada dropship produk-produk berbentuk Islamik namum ada pelbagai lagi produk lain yang turut dijual, antara produk yang laris dijual Muslim Niaga adalah Jam Tawaf Hijrah, Qaseh Gold Adinda/Kekanda, Shawl/Tudung, Tepung Magic dan banyak lagi.

Bagi ajen yang telah berdaftar, mereka juga dibenarkan untuk menjual produk mereka sendiri dengan had maksima tidak melebihi 6 produk.

Sistem Muslim Niaga Dropship

Muslim Niaga
Dropship kini bukan sesuatu yang baru di dalam perniagaan internet, boleh dikatakan sudah ada banyak program dan produk yang dijual yang menggunakan kaedah dropship ini.

Untuk kita faham lebih lanjut apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan dropship. Berpandukan gambarrajah dibawah, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas apa itu sebenarnya dropship dan bagaimana ia boleh menjana wang.

muslim niaga
Apa yang kita perlu buat adalah, mula-mula kita kena promosikan kedai online kita.

Dengan promosi yang berkesan, ada pelanggan yang berminat untuk membeli produk di kedai online kita. Selepas itu pembeli tadi akan membayar kepada kita dengan kadar Harga Jualan.

Dan kita sebagai ajen, akan membayar pula Harga Kos kepada pembekal, selebihnya adalah keuntungan milik kita.

Kita sebagai ajen dropship, tugas kita hanyalah promosikan produk dan menguruskan urusan jual beli, manakala produk yang dibeli tadi pula akan di hantar oleh pembekal kepada pembeli.

Berapakah keuntungan yang akan dinikmati oleh ajen dropship Muslim Niaga? Sebenarnya ia bergantung kepada produk, secara amnya, keuntungan yang ajen akan dapat adalah diantara 10%-30% bagi setiap produk.

Sebenarnya margin keuntungan itu sudah cukup tinggi, lagipun dengan tawaran lebih 400 produk, sebagai ajen dropship seharusnya kita bijak dalam memilih produk yang sesuai dengan kemampuan dan yang kita rasa selesa untuk mempromosikan produk tersebut, tidka perlu gelojoh atau tamak.

Untuk menjual produk dropship ini, kita sebenarnya harus mahir dalam urusan promosi. Kita perlu ada strategi yang ampuh untuk menarik minat para pelanggan kita. Kuncinya disini adalah promosi yang berkesan akan menghasilkan duit.

Jangan kita mengharapkan keuntungan segera dengan duduk goyang kaki. Usaha perlu dikerah, walaupun kita hanya menjadi ajen dropship, dan menjual produk melalui internet.

Cara Membuat Keuntungan Dengan Muslim Niaga

Pada konsepnya, dropship dan affiliate adalah sama. Cuma yang membezakan kedua-duanya adalah dropship lebih kepada barangan fizikal seperti tudung, jam, buku dan sebagainya. Manakala affiliate pula menjurus kepada barangan dalam bentuk digital seperti e-book.

Ada banyak cara yang boleh kita praktikkan untuk melariskan jualan dropship Muslim Niaga. Kita boleh lakukan promosi secara online atau offline. Disebabkan dizaman serba canggih ini kaedah promosi secara online memang berkesan. Sudah ramai yang berjaya dengan hanya menjual melalui online.

Apabila kita ingin memasarkan produk kita melalui online, promosi yang berkesan amatlah penting. Jika silap langkah segala usaha kita mungkin sia-sia sahaja.

Muslim Niaga ada 400 produk, apakah kita mahu mempromosikan kesemua produk tersebut? Sebaiknya kita pilih produk yang kita tahu serba sedikit info berkaitan produk itu.

Kita perlu lebih rajin untuk selidik terlebih dahulu selok belok tentang produk itu. Malah kita juga perlu menggunakan atau beli juga produk itu terlebih dahulu, barulah kita mula promosikannya.

Ini adalah sebagai langkah untuk kita kenal lebih rapat tentang produk yang hendak kita pasarkan. Biar kita sendiri yang rasai kualiti produk tersebut.

Sebagai contoh kita hendak jual buku, tetapi kita sendiri tidak pernah pegang buku tersebut, apatah lagi untuk membacanya. Bagaimana kita hendak tahu buku itu bagus atau tidak. Bagaimana pula kita hendak menyakinkan pelanggan kita, kena pula pelanggan yang gemar bertanyakan macam-macam soalan. Mungkin ada yang anggp perkara ini tidak penting asalkan mulut manis, ramah sudah cukup.

Langkah ini adalah penting untuk kita menyakinkan bakal pelanggan kita nanti, disinilah titik kejayaan dalam promosi yang berkesan apabila kita berjaya meyakinkan pelanggan untuk membeli produk yang kita promosikan itu.

Sebab itu adalah penting jika kita hanya fokus kepada sedikit sahaja produk untuk permulaan. Jika kita sudah mahir, mungkin boleh jual lebih banyak lagi jenis produk yang ada dalam sistem Muslim Niaga.

Menjadi Pembekal Produk Kepada Muslim Niaga

Selain daripada menjadi ajen dan menjana pendapatan hasil daripada komisyen menjual produk. Jika kita ada produk sendiri yang hendak dipasarkan, sebenarnya kita juga boleh menjadi pembekal produk kepada Muslim Niaga.

 Kita perlu memenuhi syarat-syarat berikut jika mahu menjadi pembekal produk:

1). Perlu mendaftar sebagai Ajen terlebih dahulu.
2). Untuk menjadi pembekal, perlu membayar yuran sewa kedai untuk tempoh selama 6 bulan. (Yuran Pembekal = Yuran Daftar + Yuran Sewa 6 bulan).

Selepas kita melengkapi semua syarat diatas, kita boleh membekalkan seberapa banyak produk kita mahu pasarkan secara dropship, tiada had yang dikenakan terhadap produk yang hendak kita jual nanti.

Daftar Menjadi Ajen Dropship Muslim Niaga

Muslim Niaga menawarkan 3 pakej untuk kita mendaftar sebagai ajen iaitu pakej Asas, Pro dan Premium. Kita boleh pilih mengikut kesesuaian diri kita, cadangan saya adalah lebih baik jika kita lihat dan kaji terlebih dahulu pontensi diri kita sebelum memilih pakej yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran sebagai ajen dropship Muslim Niaga boleh melawat ke website Muslim Niaga ataupun menghubungi terus ditalian nombor telefon 011-14260161.

Dan ini pula adalah Fanpage Muslim Niaga, serta laman Twitter :@mndropship. Selain daripada itu Service Muslim Niaga juga melibatkan Kedai Online, Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Trainusahawan, Trading.

Jika mahu kenal lebih dekat, boleh tonton video dibawah ini berkenaan platform dropship produk Islamik ini yang telah disiarkan oleh Astro Awani.

 

Artikel ini adalah untuk sebuah contest SEO.  Kepada rakan blogger yang lain dijemput juga untuk sama-sama memeriahkan lagi contest SEO ini. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI.

Contest SEO Muslim Niaga ini di anjurkan oleh Farid Laham dan ditaja oleh Muslim Niaga, Sumai Hotel, Apartment – OFFICIAL, Sumai Hotel Apartment, Projek Iqra, Farisya Anastasyia, Akma Omar, Nannie Isa, Azhafizah Md Nor, Nadia Shaira Shaf’ii, Nabila Biela, iLuvTour


Jangan lupa untuk baca entri terbaru :

blogger lelaki logo

Pemenang Contest SEO Di DuniaFarisya.com

9 Komen
Tempoh hari aku ada berkesempatan untuk menyertai satu contest yang di anjurkan oleh Duniafarisya.com. Ini adalah kontest SEO pertama yang aku sertai, saja-saja nak mencuba nasib. 

Sebenar teknik SEO aku memang hancurlah jika nak dibandingkan dengan peserta lain, kena pula sifu Titan pun turut serta. Meremang bulu roma gua nak menaip entri, manalah tahu kan bro Titan guna hikmah tumbukan rusuk kiri merah jambu beliau.

Jadi aku sertai kontest ini atas dasar memberi sokongan kepada kawan-kawan, masa nak blogwalking aku sekarang pun dah tak sama macam dulu, memang terhad. Jadi aku fikir untuk sertai kontest ini memang untuk suka-suka sahaja tak fikir untuk menang.

Namum aku tak sangka, sekali entri aku yang bertajuk Custom Made Sticker Kereta boleh mencanak naik untuk berada pada page 1 google search. Dan dalam contest SEO ini, Blogger Lelaki berjaya menduduki nombor 4.

Pemenang Contest SEO Di DuniaFarisya.com

Walaupun tak sehebat rakan blogger yang lain, namum ini adalah pengalaman berguna aku, dalam memperbaiki lagi teknik SEO aku untuk masa akan datang.

Tahniah kepada rakan-rakan blogger lain yang menang, dan selamat maju jaya kepada rakan blogger lain yang turut serta kontest ini. harap-harap Syirah lepas ni buat la lagi kontest yang bernas macam ni, insyallah gua akan support.

Untuk tahu siapa pemenang contest SEO ini, mai pakat klik sini.
blogger lelaki logo

Custom Made Sticker Kereta

19 Komen
”CustomCustom Made Sticker Kereta bukan sahaja digunakan sebagai hiasan kereta, malah juga digunakan untuk tujuan pengiklanan atau sebagai promosi.

Bermacam-macam jenis design serta kegunaan sticker yang dapat kita perhatikan hari ini. Ada yang suka lekatkan sticker berunsur nasihat keagamaan, tak kurang juga yang suka tampal sticker pasukan bola kegemaran mereka, dan tak kurang juga yang suka tempelkan sticker bendera negeri masing-masing pada kereta.

Bagi mereka yang jenis kaki kereta, sticker kereta mereka selalunya lebih kepada brand kereta yang mereka pakai, serta sticker jenama 'spare part' yang menjadi kesukaan mereka. Dan tak ketinggalan sticker kelab kereta yang mereka sertai.

Namum itu cerita pasal sticker kereta ready made, namum kini sudah ramai yang memasang costum made sticker kereta, dengan sticker yang menarik dengan reka bentuk tersendiri.

Ia lebih kearah promosi, mereka tampal sticker untuk tujuan mengiklankan kedai atau perkhidmatan yang mereka tawarkan. Jadi ini sememangnya kita memerlukan custom made sticker kereta. 

Anda boleh tempah sticker dengan Car Sticker Malaysia, ada bermacam-macam design sticker yang anda boleh pilih dan sedia untuk direka oleh mereka.

Sesuai dengan tema Custom Made Sticker Kereta, jadi kita boleh menempah sticker mengikut citarasa atau design kita sendiri.

Jika ada yang berminat boleh dapat sticker anda dengan menghubungi mereka sekarang. Ada banyak pilihan sticker yang menarik mungkin menambat hati anda. Ayuh apa tunggu lagi cepat dapatkan Custom Made Sticker Kereta anda sekarang!
No Telefon: 010-2255485 / 012-6953385
 Fanpage : Car Stickers Malaysia
Instagram Car Stickers Malaysia: car_stickers_malaysia.
Servis: Printing car Sticker dan sticker biasa

Review Design Custom Made Sticker Kereta.

Ini aku ambil satu contoh design custom made sticker kereta yang telah ditempah oleh pelanggan Car Sticker Malaysia, aku ambil dekat laman Instagram. Stickernya ringkas dan padat dengan maklumat.

Custom Made Sticker KeretaDan memang jelas sticker ini adalah untuk tujuan promosi. Siap ada nama, no ID dan no telefon lagi, dan ada alamat laman web lagi tu. 

Lawa bukan, memang kena gayanya sticker seperti ini untuk tujuan promosi. Kerana stickernya lengkap dengan maklumat, mungkin perlu ada sedikit penambahan tagline untuk menarik lebih lagi perhatian orang ramai.

Namum secara keseluruhannya design ini lawa dan menepati keperluan untuk tujuan promosi, kerana susun atur designnya bagus, dan tak serabut serta mudah dibaca dan difahami oleh orang yang melihatnya.

Pada pendapat peribadi aku, jika kita hendak buat design custom made sticker kereta untuk iklan atau promosi ia perlu kepada kreativiti. Designnya tak perlu terlalu kompleks, biar ia ringkas dan menarik, itu sudah cukup memadai.

Design perlu menarik lirikan mata orang ramai untuk memandang, samada orang tertarik dengan design grafik atau dengan ayat 'power' yang di paparkan.

Gabungan warna juga tak perlu terlalu banyak, mungkin dengan adunan 3 jenis warna sudah cukup lawa untuk satu-satu design. Agar custom made sticker kereta kita tidak nampak janggal atau terlalu sarap.

Satu lagi elemen yang penting dalam sesuatu design adalah biar orang mudah ingat dan faham akan mesej yang cuba disampaikan. Dan kebiasaanya design sticker kereta, ia lebih mementingkan reka bentuk grafik dengan permainan warna. Serta ayat yang bernas, yang boleh menarik perhatian.


Artikel ini adalah untuk contest seo Custom Made Sticker Kereta yang dianjurkan oleh Farisya Anastasyia, kepada yang nak join masih sempat lagi, klik disini untuk maklumat lanjut.
blogger lelaki logo

Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

27 Komen
Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

SirapLimau.com - Segar lagi menyegarkan. Sebuah blog yang memaparkan kisah rumah tangga. Walaupun lebih cenderung kepada bahan bacaan kaum wanita tetapi bagus juga untuk di baca oleh lelaki.

Pertama kali aku mendengar nama blog Sirap Limau, aku ingatkan ianya sebuah blog pasal makanan atau resepi. Namum jangkaan aku silap, isi kandungan blog ini berpusing 360° daripada telahan aku. Aku rasa mungkin ramai juga orang lain akan beranggapan seperti aku.

Isi kandungan blog ini fokus kepada permasalahan dan realiti yang berlaku di dalam sebuah rumah tangga. Walaupun ada diselitkan kategori kehamilan, namum masalah rumahtangga adalah daya penarik utama blog ini.

Setelah hampir setengah aku termenung mencari titik persamaan antara sirap limau dengan hal rumah tangga. Akhir aku mendapat jawapan, aku agak-agak la. Sebab rasa sirap limau itu bercampurnya rasa manis dan masam. Begitu jugalah halnya dengan kisah rumah tangga, ada masanya ia manis dan ada kalanya ia masam.

Review Blog SirapLimau.com

Sebenarnya aku pun tak berani nak beri komen kepada blog ini, sebab aku pun masih baru lagi. Ini cuma pendapat aku daripada pemerhatian aku yang tak seberapa, padangan secara kasar.

Dari segi isi kandungan dan penyampaian, aku rasa blog ini sudah cukup mantap dan menarik. Gaya penulisannya cukup dekat dengan pembaca kerana ia digarap seakan penulis sedang berkongsi luahan kisah hidup pembaca.

Penyampaiannya juga cukup jelas dan sampai kepada pembaca. Satu penulisan yang matang dan tak banyak melalut ke lain. Isinya disampaikan terus kepada pembaca. Walaupun ada beberapa artikel yang buat kita rasa macam tak puas lagi nak baca, seakan tergantung, kalau dipanjang lagi cerita itu mungkin lebih menarik.

Theme Blog

Secara umum aku tiada masalah dengan theme blog ini. Namum ada beberapa perkara yang mungkin admin SirapLimau boleh ambil perhatian.

1. Iklan banner tak 'center'. Nampak sedikit kosong pada sebelah kanan. Lebih kemas jika dipebetulkan kedudukan iklan itu. Dan sedikit aku nak tegur, minta admin SirapLimau.com memantau iklan yang disiarkan kerana ada juga iklan berunsur lucah yang tak sepatutnya dipaparkan.

siraplimau.com - segar lagi menyegarkan

2. Pada bahagian 'sidebar'. Ruangan Popular Bulan Ini dan Popular Hari Ini penampilannya agak kurang kemas, ada sedikit lompong disitu. Aku rasa lebih baik jika ia diperkemaskan seperti ruangan 'related post'.

Siraplimau.com - Segar Lagi Menyegarkan

Aku rasa setakat itu sahaja review aku pasal blog SirapLimau.com, nak komen lebih-lebih blog aku sendiri pun tunggang langgang juga. Dan aku rasa blog ini boleh pergi jauh, sebab mungkin akan menjadi kegilaan suri rumah yang suka membaca kisah-kisah rumahtangga.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com

blogger lelaki logo

Mom Blogger Top Referral Contest

17 Komen
Mom Blogger Top Referral ContestMom Blogger Top Referral Contest - adalah kontest pertama yang menjadi pilihan aku tuk sertai tahun ini. Manalah tahu ada rezeki aku. Kontest ini dianjurkan oleh Mom Blogger - Ummihanie.com.

Syarat-syaratnya pun tak susah, senang sahaja, pemenangnya ditentukan dengan  2 cara iaitu melalui referral terbanyak dan juga penulisan terbaik.

Ada hadiah wang tunai. Walaupun tak mewah katanya mom blogger ni. Tapi siapa yang nak beri duit dengan mudah beb, walaupun seringgit.

“Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com dengan kerjasama AnnisaBiz dan Ziefauzi.com“.
<<< Panduan Jana Wang di Rumah Wanita [klik untuk download] >>>
blogger lelaki logo

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

21 Komen
Asleymadison.com laman web yang mengalakkan penzinaan, akan dilancarkan di Singapura pada 17 November 2013. Namum mendapat tentangan daripada masyarakat Singapura.

Walapun ianya akan dilancarkan di Singapura, tetapi ia akan menjada pusat untuk rantau ini. Dan khabarnya ada perancangan laman web itu untuk dibuat dalam bahasa Melayu. 

Jadi apakah motifnya tu/ Dah terang lagi bersuluh, mereka juga mahu menyerang umat Islam di negara ini juga.

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Aku lihat sejak zaman internet ini mula berkembang di Malaysia, dah terlalu banyak durjananya merebak ke dalam masyarakat kita. 

Apa dah jadi kepada "Melayu Boleh" kita boleh lihat sendiri, nama itu sudah tercemar di intenet. Sekarang mahu ditambah pula kudis lama, makin hanyirlah luka yang bernanah itu.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja, walaupun mereka akan terus menyerang, namum kita juga harus terus bertahan dan melawan. 

Apakah kita sanggup melihat anak muda kita terus rosak akhlak mereka, dan institusi kekeluargaan menjadi hancur.
blogger lelaki logo

Segmen – Saya Mahu Ditegur

17 Komen
Segmen Saya Mahu Ditegur dianjurkan blogger otai Eyriqazz ini agak menarik. Sebabnya ia mengalakkan semua blogger untuk saling tegur menegur antara satu sama lain. Bukan main sebarang tegur, tapi biarlah teguran yang membina, agar yang mana terkurang boleh dibetulkan.

Segmen – Saya Mahu Ditegur

Sebenarnya ketar jugak lutut aku nak join segmen ni. Maklumlah aku ini masih baru sangat, baru je cukup sebulan terjebak di alam dunia blogging ini. Namum aku skru sekejap lutut aku, nak dengar juga apa teguran blogger lain pasal blogger lelaki dot com ni.

Untuk menyenangkan sesiapa nak komen disini, biar aku cerita serba sedikit pasal blog ini, aku buat blog bermula pada 23 ogos 2013, kiranya baru genap sebulan. Kalau boleh aku nak dengar juga teguran berkenaan entri-entri yang telah aku tulis, untuk aku perbaiki lagi mutu penulisan di blog ini,

Semoga ada yang sudi singgah dan berikan teguran yang membina untuk memajukan lagi blog ini.
blogger lelaki logo

Menang Segmen Reblog Puterikasih.com

26 Komen
Alhamdulillah, sekali lagi entri aku telah dipilih sebagai pemenang selepas Menang Kontest Apa kata blogger tentang traffik blog?. Kali ini aku telah dipilih sebagai pemenang Segmen Reblog Bersama Puteri Kasih pula. Rajin pula kau sertai segmen bagai ni kan?

Menang Segmen Reblog Puterikasih.com


Sebab utama aku join segmen ini adalah aku rasa segmen ini lain daripada yang lain. Dimana kita perlu memilih satu patah perkataan sahaja dan perlu dijadikan sebagai topik untuk kita karang menjadi artikel. Dan tempoh masa yang diberikan juga agak singkat cuma 3 hari sahaja segmen ini berlangsung.

Agak mencabar jugak lagi segmen ni sebaba di dalam masa yang singkat kita perlu buat karangan berkenaan satu pekataan yang kita pilih sendiri. Kepada sesiapa yang ada buat segmen atau kontest yang agak mencabar silalah bagitahu aku, mungkin aku akan sertai nanti..hu3

Terima kasih kepada Puteri Kasih dan juga tahniah kepada para pemenang lain. PahanPha Is dan Ayie Abas.
blogger lelaki logo

Blog sebagai pendapatan sampingan !

24 Komen
Blog sebagai punca pendapatan sampingan tidak boleh disangkal lagi. Kita sudah baca banyak kejayaan pasa blogger yang sudah berjaya. Bagi diri aku sendiri, buat setakat ini baru je menjana RM100 dengan blog ini, bukan melalui iklan tetapi menang kontest apa kata blogger tentang traffik blog?

Ben Ashaari Blogger lelaki Kacak

Seronok sebenarnya kalau blog kita dapat menjana pendapatan sampingan ini. Mungkin orang yang cuma menganggap berblogging ini cuma sekadar hobi, sebagai tempat untuk meluahkan rasa dan berkongsi kisah hidup mereka.

Jika ada yang mampu menjana pendapatan dengan blog ini kira satu bonus buat mereka. Tetapi jangan pula ada yang menganggap kita dapat menjana duit dengan mudah melalui blog ini. Sehinggakan kita main taram je, tak kira halal haram. Kita kena berhati-hati didalam bab mencari rezeki ini. Kita kena juga menjaga batasan kita sebagai muslim.

Matlamat tidak menghalalkan cara okey. Sebab duit yang kita dapat tu mungkin kita akan gunakan untuk menyara keluarga kita, jaid berhati-hatilah. Jangan kita terlalu galak nak mencari duit sehingga kita lupa perkara asas.

Lagi satu, jangan kita fikir cari duit dengan blog ini senang, buat blog lepas tu post entri lepas tu goyang kaki tunggu duit masyuk. Rezeki takkan datang bergolek, jika tanpa usaha yang gigih.

Artikel ini khas untuk segmen dari blogger kacak Malaya Ben Ashaari.
blogger lelaki logo

Special Giveaway : Hari Malaysia

30 Komen
Hari Malaysia adalah sebagai lambang perpaduan diantara kita semua rakyat Malaysia. Dengan perpaduan inilah maka terbentuknya negara yang bernama Malaysia ini. Jadi asas kemajuan dan kemakmuran yang telah kita nikmati hari ini adalah hasil daripada bersatu padunya hati seluruh rakyat pada 50 tahun yang lalu.

Harapan kita untuk 50 tahun akan datang adalah semoga perpaduan ini terus padu dan teguh. Kita bersama-sama terus hidup didalam keutuhan perpaduan ini dengan tidak mengira agama, bangsa dan suku kaum.

Jangan sesekali kita berpecah belah, kita sudah lihat bagaimana contoh di negara luar yang kacau bilau dan hancur akibat perpecahan sesama rakyat mereka. Jika kita meniru gaya mereka, tidak mustahil suatu hari nanti negara Malaysia tidak akan aman lagi seperti hari ini.

Hari Malaysia

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan yang terbentuk ini. Jangan kita terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang cuba memecah-belahkan sesama kita.

Kita semua mahu melihat negara kita terus maju, aman selalu dan tiada sengketa yang boleh merosakkan negara. Kita rakyat adalah tulang belakang keutuhan negara ini, jadi seluruh rakyat yang di dalam berstatus warganegara Malaysia adalah bertanggungjawab untuk memajukan negara ini dengan cara masing-masing didalam bidang masing-masing. Dan semoga kemerdekaan negara kita terus kekal sampai bila-bila. Hidup Malaysia!

Kepada blogger lain yang juga ingin turut serta di dalam segmen ini bolehlah sertai bersama di Special Giveaway : Hari Malaysia. Tarikh tutup penyertaan sehingga 11:59, 16 September 2013.
blogger lelaki logo

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang KISS

22 Komen
Selamat pagi semua, hari ini semua orang mahu bercerita pasal bola, sekalung ucapan tahniah buah skuad Harimau Muda A yang telah berjaya memenangi Pesta Bola Merdeka, tetapi aku pagi ini mahu cerita tentang perkara yang lagi best iaitu KISS. Ya, kiss, ciuman terhangat.

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang Kiss

Ciuman dari segi istilahnya adalah suatu perbuatan kita dengan menekankan bibir kita kepada salah satu anggota tubuh sesorang atau diri sendiri. Apa tak tahu cara nak cium? meh sini abang tolong ajarkan. Caranya senang sahaja, mula-mula cuba muncung bibir anda sedikit kedepan, dan sekarang cuba cium siku anda. Boleh tak?..hehehe

Ciuman adalah untuk kita meluahkan rasa kasih dan sayang kita kepada seseorang. Masa kita kecil dulu kita selalu cium emak kita, sebab kita sayang emak kita. Itulah dia, ciuman yang mengeratkan kasih sayang kita, cara untuk kita menunjukkan atau meluahkan rasa sayang kita kepada emak kita.

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang KISS


Masihkah kita ingat ciuman emak kita semenjak dari kita lahir lagi, bagaimana kasihnya seorang ibu, setiap hari pasti dia mencium pipi anak kesayangan dia. Itulah tanda kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Kasih suci yang tiada bandingannya yang mungkin terluah denga hanya secuit ciuman.

Sememangnya ciuman ini adalah salah satu cara yang paling efisien untuk mengeratkan lagi hubungan yang terjalin. Apabila kita sudah berkahwin, ciuman  cinta, kasih dan sayang akan menambahkan lagi kemesraan suami isteri. Rumahtangga akan lebih berseri, apabila kedua-dua pasangan saling meluahkan rasa cinta mereka. Rumahtangga yang bahagia, si isteri mencium tangan suami setiap pagi sebelum suami pergi kerja, sebagai tanda taatnya.

Perhubungan yang lebih mesra dan melahirkan suasana yang harmoni di dalam keluarga kita. Apabila sudah anak anak sendiri, kini tiba giliran kita pula meluahkan rasa kasih sayang kita kepada si anak, seperti ibu bapa kita buta sewaktu dahulu, setiap pagi mencium pipi anak kita sendiri. Oh! Indahnya.

Kasih sayang makin erat, hubungan makin rapat, semoga kita semua mendapat berkat. Jadikan ciuman sebagai pengerat hubungan istimewa kita, tapi jangan salah guna pula. Kepada yang belum berkahwin tu pergilah cium ibu  bapa awak tu, jangan duk sibuk nak cium awek pula.

Artikel ini sebenarnya dikarang khas untuk Segmen: Reblog Bersama Puteri Kasih. Penyertaan dibuka sehingga 16 september 2013 sahaja jangan ketinggalan yer.
blogger lelaki logo

Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com

18 Komen


Jom sertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Segmen ini berlangsung daripada 1 September 2013 hingga  30 September 2013. Caranya mudah sangat. Cuma lima langkah sahaja.

  1. Follow Blog cikguzamrud.com, Tambah Google+ hijau zamrud
  2. Buat entri bertajuk "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com"
  3. Copy paste kod HTML yang telah disediakan diruangan HTML new post dan publish entri.
  4. Tinggalkan link (URL entri) anda diruangan komen entri ini.
  5. Klik mana-mana iklan Nuffnang.

Blog rakan blogger yang menyertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com" akan tersenarai dalam bloglist cikguzamrud.com sehingga 31 Disember 2013.

Segmen ini dibuat sempena pertukaran domain pbssainsonline.blogspot.com kepada cikguzamrud.com. Selain itu, ia memberi peluang kepada cikguzamrud mengenali rakan-rakan blogger dan menziarahi blog rakan-rakan blogger. Secara tidak langsung segmen ini dapat merapatkan lagi persahabatan sesama blogger.

Kepada semua rakan blogger, selamat berkenalan. Terima kasih kerana memberi meryertai "Segmen Rakan Blogger cikguzamrud.com". Sokongan kalian amat saya dihargai.
blogger lelaki logo

Blog Review 2.0 Oleh Sheila Shahfiekry

8 Komen
Blog Review 2.0 Sheila Shahfiekry

Ini adalah segmen ketiga aku sertai, tapi segmen kali ini lain sikit, sebenarnya aku ingin dengar sendiri apa pendapat blogger lain berkenaan blog aku ini, untuk aku membuat penambahbaikan lagi. Maklumlah blog aku ni kan masih baru jadi pendapat dari blogger lain juga perlu untuk perbaiki lagi.  Kepada sesiapa yang nak join bolehlah pergi ke blog www.sheilashahfiekry.my
blogger lelaki logo

Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

13 Komen
Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq

Ini adalah segmen kedua yang sempat aku sertai. Lagipun hadiah yang ditawarkan agak lumaya...ha3...aku pun ada terfikir nak buat segmen macam ni, tapi masih belum ada kesempatan. Mungkin akan menyusul di pertengaha september ini aku akan buat satu segmen sebegini. Kepada blogger lain yang nak sertai sgemen ni korang boleh klik banner diatas. dan dibawah ini adalah syarat-syaratnya.

Syarat :
1. Buat entry yang bertajuk Segmen Sabtu by Emas Putih & Dedeq
2. Tempek banner kat atas di dalam entry korang dan link kan ke entry ini
3. Follow blog Emas Putih & Dedeq
4. Like fanpage di bawah
5. Sertakan jenis kad pra bayar anda (Digi/Celcom/Maxis) sahaja.
6. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.

Hadiah : Topup RM5 x 15 Pemenang

Tarikh Tamat : 08 Sept 2013 , 11:59pm (24 Jam Sahaja)