Showing posts with label Malaysia Best Blog 2015. Show all posts
blogger lelaki logo

Blogger Malaysia Ini Memang Best

35 Komen
Semua Blogger Malaysia memang best ke? Aku kata ya, selagi mereka wujudkan suasana harmoni di dalam dunia blogging. Lagipun macam selalu aku dengar, Malaysia ini kecil sahaja, pusing-pusing jumpa dekat situ juga. "Best" yang aku maksudkan adalah mereka blogger yang 'sporting'.


Dalam contest SEO "Malaysia Best blog 2015". Ada 86 penyertaan rasmi contest ini semuanya yang menyenaraikan paling kurang 10 nama blog best yang menjadi pilihan. Sudah pasti semua blog yang rakan-rakan blogger senaraikan itu memang best, dan sentiasa mendapat perhatian daripada ramai pembaca setia.

Daripada 86 peserta ada 7 peserta yang masukkan blog aku dalam senarai. Ini yang buatkan aku sedikit terkejut dan tak disangka-sangka. Nama blog aku juga terselit di celahan berpuluh-puluh nama blog hebat yang lain. Sebabnya, pada pendapat aku untuk tersenarai dalam Malaysia best blog 2015 itu tak padan dengan blog aku yang cuma blog biasa-biasa, blog aku cuma blog kecil.

Blogger Malaysia Memang Best

Blogger Malaysia Ini Memang Best

Tapi takkanlah aku nak marah pula rakan-rakan blogger lain yang senaraikan blog aku. Jadi aku gelarkan mereka ini semua sebagai "Blogger Malaysia Yang Memang Best", mereka blogger yang 'sporting'. Aku anggap ini adalah tanda sokongan mereka terhadap blog aku yang tak seberapa, terima kasih banyak kepada rakan blogger yang best ini.

Baiklah tiba juga masanya untuk aku rasa syok sendiri, badan rasa ringan macam rasa terbang diawangan, buat diir aku tak mampu menahan kembang kempis lubang hidung aku. Mari kita baca apa pandangan rakan-rakan blogger ini terhadap blog aku. Ada ayat yang boleh aku tersenyum sorang-sorang.

Corak penulisan yang bersahaja oleh Blog Blogger Lelaki ini turut mendapat perhatian saya,beliau menggunakan Template Mesra SEO Dan sudah pasti ia sangat ringan dan mudah untuk di buka dan membaca setiap artikel yang di siarkan ,di tambah dengan gaya penulisan bersahaja dengan isu isu yang kena pada jiwa,maka selayaknya Blogger Lelaki ini turut tersenarai antara "Malaysia Best Blog 2015". - Oh Pilihanku

Cukup tertarik dengan pengalaman beliau yang banyak dikongsi dengan pembaca dan banyak juga teknik SEO yang dapat saya pelajari. - BelajarBlogging.com

Ini lagi blog yang saya rasa layak untuk masuk dalam Malaysia Best Blog 2015. Saya dapat lihat bagaimana rajinnya beliau sepanjang mengenalinya melalui blog mahupun laman sosial.

Beliau bukan sekadar sahabat alam maya, tetapi menjadi contoh juga kepada orang lain melalui usaha yang beliau tunjukkan. Sangat rajin. Tidak salah juga saya gelarkan beliau sebagai The Awesome One. - Mohd-Ridzwan.com (Abam Misai)

beliau sedang top duk kejar page pertama juga sedang buat eksperimen dengan contest best blog. - AbdFatah.com

HB suka blog ini kerana theme dan kelajuan yang gila-gila.Bahkan penulisannya berkisar kepada info semasa yang boleh membuka minda pembaca untuk terus membaca dan membaca.Sudah tentu HB suka membaca blog ini.Kalian pun sukakan! - HeroBorneo.com

Sebenarnya, aku pun baru tahu tentang blog ini. Teringin nak tahu siapa ownernya. Kenapa? sebab blog aku, BloggerWanita.com.. Kami KEMBAR TIDAK SEIRAS..hehehe.. Salam perkenalan dari Aya.. Blog berkaitan informasi dan tentang lelaki . Blogku lebih kepada wanita dan kesihatan. - BloggerWanita.com

Blog ini lebih terarah kepada perkembangan semasa. Blog yang menyampaikan maklumat secara ringkas dan bersahaja. Buat sesiapa sahaja yang membaca tak perlu pening pening untuk memahami apa yang diperkatakan. - Kanvas Dakwat

 Terima kasih sekali kepada sahabat blogger ini semua, doa aku buat mereka ini semu agar terus maju dan berjaya di dalam apa juga pekara yang mereka usahakan di dalam hidup mereka dan teruskan usaha untuk buat blog jadi 'best'.
blogger lelaki logo

Malaysia Top 10 Best Blog 2015

40 Komen
Aku rasa rata-rata blogger sudah tahu akan contest SEO terhebat tahun 2015 ini dalam mencari "Malaysia Best Blog 2015". Contest ini adalah inisiatif daripada pemilik blog Oh! Duit.com yang bertanggungjawab menganjurkan contest ini, sedikit sebnayak menambahkan lagi kemeriahan dunia blogging tanahair.

Kini sedang berlangsung pula satu lagi contest SEO 2017, aku sertai dengan entri Cara Merawat Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi Dan Psoriasis. Ini antara contest terhangat dipermulaan tahun ini.

Malaysia Top 10 Best Blog 2015

Dari satu sudut yang lain, aku dapat lihat ia bukan sekadar contest. Ia juga seperti proses undian, blog mana yang menjadi pilihan hati rakan-rakan blogger di Malaysia. Dalam bahasa lebih mudah, blog yang yang popular di kalangan blogger tempatan secara tak langsung. Mungkin juga inilah salah satu kelebihan contest kali ini.

Sebab bagi aku sendiri, bukannya aku sekadar tangkap muat senarai blog yang aku masukkan kedalam senarai Malaysia best blog yang aku pilih. Sebab memang aku suka dan rasa blog itu best untuk dibaca dan kekal relevan menjadi inspirasi kepada aku di dalam dunia blogging.

Senarai Malaysia Top 10 Best Blog 2015

Selepas aku perhatikan daripada data yang dikumpula oleh bro Hasrul Hassan ini, aku perasan dalam 10 senarai terats ini, ada 5 blog yang sama dengan pilihan aku, jadi kiranya 5 blog ini memang sangat berpengaruh kerana ada peminat atau pembaca tersendiri daripada kalangan rakan blogger.


Senarai Blog Malaysia Best Blog 2015Jumlah Disenaraikan
OhDuit.com
70
Denaihati.com
51
HasrulHassan.com
46
AhmadFaizal.com
28
HoneyKoyuki.blogspot.com
24
Kujie2.com
23
BenAshaari.com
18
Amanz.my
17
TiffinBiru.com
17
AkmaOmar.com
13
Sumber: http://www.hasrulhassan.com



Berikut ini pula adalah beberapa blogger yang menjadi pilihan aku, ada 5 blog kesemuanya blog yang menjadi pilihan aku tersenarai dalam top ten diatas.

Seperti blog Denaihati.com rasanya kita sudah tak perlu hairan kerana blog ini sudah berada di suatu tahapnya yag tersendiri di dalam dunia blogging Malaysia. jadi aku memang tak terkejut jika blg beliau mendapat pilihan ramai.

Blog HasrulHassan.com juga ada kelasnya yang tersendiri. Menjadi rujukan dan panduan blogger blogspot di Malaysia. Aku sendiri pun banyak ambil tips blogging daripada blog beliau. Jadi bro HH pun ada pengaruh yang kuat juga.

AhmadFaizal.com, sifu yang menulis dengan agak sedikit keras. Kalau korang tak tahan dan berhati tisu jangan sesekali cuba nak masuk baca blog beliau yang adakalanya pedas dan bisa merobek tulang rusuk kiri kamu. Sifu yang mengarang Kitab Teknik Seo Merah Jambu - jangan lupa beli kalau rasa diri nak jadi power dalam teknik SEO.

Salah seorang blogger otia yang aku kagumi adalah akak Kujie2.com. Walaupun sekarang dia sudah agar menyepi dan jarang-jarang update blog. Tapi bisa dia dalam teknik SEO tak kurang hebatnya. Memang menjadi sumber inspirasi juga dengan gaya penulsain beliau itu.

Dan akhir sekali tentulah blog penganjur sendiri, Oh! Duit.com. Blog yang penuh dengan info bermanfaat. Aku rasa dengan penganjuran contest ini akan menaikkan lagi jenama dan nama blog ini. Dan aku doakan supaya tuan penganjut akan terus maju jaya di dalam dunia blogging.

Jangan lupa juga untuk baca entri terbaru berkenaan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir.
blogger lelaki logo

Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best

44 Komen
Sebenarnya aku tercari-cari idea untuk buat blog ini jadi lebih best. Walaupun ada rakan blogger lain yang masukkan blog aku dalam senarai 'Malaysia Best blog 2015'. Tetapi secara umumnya aku masih belum berpuas hati dan aku rasa blog ini masih jauh terbelakang bebanding blog-blog lain yang jauh lebih hebat.

Nak Buat Blog Jadi Best

Aku rasa apa yang aku bincangkan sekejap lagi, sudah banyak kali diulangi perkara ini. Tapi kita kena selalu ulang benda yang bagus agar kita tak lupa dan mendapat ilham. Apabila kita rajin ulangi setiap perkara itu, kita kan jumpa jalan yang lebih bagus dan sesuai dengan gaya kita. Dan mungkin itu adalah titik mula langkah kita untuk terus maju.

Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best? Jom Bincangkan

Aku cari beberapa point yang bagus untuk dikongsikan bersama pembaca semua, mungkin akan sedikit membantu mereka yang masih tercari-cari jalan. Jom mulakan perbincangan kita.

1. Menulis Entri yang Hebat

Setiap kali baca tips pasal buat blog, antara yang blogger lama tekankan adalah isi kandungan blog yang berkualiti. Tapi penulisan berkualiti yang macammana akan buatkan entri kita jadi popular, akan jadi viral, buat pembaca rasa nak share?

Aku rasa da banyak cara blogger menulis entri, ada yang membuat penulisan bagi menjawab persoalan, menyelesaikan masalah, entri yang boleh buat pembaca ketawa atau buat pembaca tersentuh hati atau menangis dan bermacam-macam cara lagi. Yang paling utama jangan copy & paste entri orang lain.

Gaya penulisan juga memainkan peranan, baik dari segi penggunaan bahasa, susunan ayat, plot penceritaan. Aku sendiri ada blog yang sering aku baca, jika dia tulis aku kana baca sampai habis sebab aku tahu isi penyampaian yang dia tulis memang mantap dan aku suka.

Jadi nak belajar menulis entri yang hebat, kenalah rajin selalu menulis. Selain dari dapat update blog lebih kerap, aku juga dapat belajar dan pertingkatkan kemahiran menulis, mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa gaya penulisan aku sendiri.




2. Bijak Buat Tajuk Headline yang Gempak

Bab ini aku memang ada masalah, kadang-kadang ada entri yang aku sudah siap tulis terlebih dahulu barulah pening fikir pasal anak letak tajuk apa? Aku rasa memang lemah bab nak cari idea buat tajuk yang gempak, yang mampu menarik minat pembaca untuk masuk baca blog.

Ada yang berikan tips asas untuk memilih tajuk adalah seperti berikut:
  • Tajuk itu perlu nampak BERGUNA kepada pembaca.
  • Tajuk yang ada tarikan dan DESAKAN apabila dibaca.
  • Tajuk yang memberi idea atau UNIK dimata pembaca.
Jikalau kita perasan, ada beberapa akbar yang sering bermian dengan tajuk headline yang gempak ini. Walaupun adakalanya ia hanya isu biasa boleh jadi luar biasa dan buatkan orang tertarik ingin baca.


3. Join Komuniti Blogger.

Walaupun sebagai blogger baru, jangan segan silu untuk sertai dan saling mengenali blogger-blogger yang lain. Lagipun mungkin kita akan kenal blogger-blogger lama yang hebat, jika ada kemusykilan boleh juga kita jadikan tempat bertanya.

Aku rasa ada banyak cara untuk berkenalan dan berkawan dengan blogger-blogger lain. Dekat facebook sudah semestinya, sebab boleh dikatakan semua blogger ada facebook. Dan ada ramai blogger yang memang peramah. Jadi pandai-pandailah cari facebook blogger dan add, jangan SPAM sudahlah.

Selain itu boleh juga erat hubungan sesama blogger dengan cara blogwalking - iaitu berkunjung ke blog-blog lain dan menulis komen diblog mereka. Jika komen kita elok dan mesra, akan ada yang akan berkunjung semula ke blog kita.

best blog qoute

4. Buat Blog yang Mesra Pembaca dan Mesra SEO

Selidik dan cari template atau theme blog yang mesra pembaca. Jangan serabutkan blog denga iklan yang melampau, kita nak suruh orang tengok iklan ke nak baca blog kita? Jadi blogger yang bertimbang rasa, jangan fikirkan nak cari trafik dan duit semata, bina juga kredibiliti bagi blog kita.

Ubah dan setup blog jadi laju apabila loading, jadi pembaca tak perlu menuggu lama untuk entri kita loading. Jangan beratkan blog dengan widgets, atau gambar yang tak sepatutnya. Bagi aku blog perlu kemas dan nampak hensem dimata pembaca.

Selepas itu kita kena masuk bab SEO pula, biar blog kita disukai pula oleh search engine seperti Google dan Bing. Jadi kenalah belajar teknik SEO, jangan kata tidak. Belajarlah sedikit walaupun cuma teknik asas.


5. Jadilah Diri Sendiri

Sejak blog dikenali di Malaysia, sudah ada beribu blog yang wujud. Setiap hari ada sahaj blog baru yang muncul. Aku sendiri pun tak sempat lagi teroka berapa ramai blogger yang ada di Malaysia ini. Jadi untuk mara kedepan, kita perlu tampil jadi blogger yang jadi diri sendiri. Tidak terikut-ikut cara orang lain.

Kita belajar atau tiru orang, tapi jangan kita jadi seperti dia, cuma ambil ilmu dan cara dia dan buat ikut gaya kita. Jangan terlampau taksub dengan blogger habet sehingga kita asyik tiru apa sahaja yang dia buat, mereka buat mungkin ada sebab.


Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis entri kali ini. Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan? hahaha. Sekian dahulu sesi bincang-bincang kita tentang dunia blogging Malaysia.
blogger lelaki logo

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"

26 Komen
Al kisahnya semalam, aku yang di landa kebosanan tiba-tiba terfikir nak buat satu video tipografi. Sebab sudah lama aku teringin nak buat video ini, jadi aku ambil kesempatan buat satu video berkenaan contest "Malaysia Best blog 2015" yang sedang berlangsung sekarang.

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"


Idea sudah ada "umpama pucuk dicita, ulam mendatang". Ia cuma video ringkas, aku guna konsep kinectic tifografi. Video berkisar tentang senarai blog yang aku senarai di dalam entri contest sebelum ini. Dan aku tak buat storyboard pun, main belasah je.

Aku teruskan langkah untuk edit video ini. Hampir 90% aku gunakan PowerPoint untuk hasilkan video ini, dan diperingkat akhir barulah kau gunakan Windows Movies Maker, untuk tujuan masukkan lagu latar.

Tapi disebabkan aku cuma guna Power Point, jadi pergerakkan animation sedikit terbatas. Dan kita perlu kreatif untuk gunakan animasi terhad yang tersedia. Jika ada yang nak belajar boleh cuba tengok video di Youtube, taip sahaja 'Kinectic Typograhy' - ada banyak tutorial yang tersedia.

Video Tipografi "Malaysia Best Blog 2015"


Ini adalah video tipography pertama aku, dan ini juga adalah video pertama aku upload ke Youtube. Jadi jangan segan silu untuk subscribe channel aku di Youtube. Jika ada kesempatan mungkin aku akan buat lagi video yang lain.

Selain daripada ini percubaan pertama aku buat video untuk dipublish ke Youtube. Sebenarnya aku juga ingin mencuba teknik SEO untuk naikkan video di Google SERP. Jadi ini adalah TIGA ilmu baru yang aku dapat. Aku nak tengok sejauh mana, video Youtueb mampu bersaingan dengan entri daripada blog.

Berbalik kepada cerita video tadi. Apabila aku lihat semula video itu di Youtube, aku masih rasa kurang berpuas hati. Masih ada banyak yang perlu aku perbaikki. Aku juga sedang mencari software Adobe After Effect -  guna sofware ini lebih gempak buat kinectic tipografi.

Tapi tak mengapa ini baru video pertama aku, jika ada kelapangan lagi aku ingin buat lagi video tipografi. Cuma masalahnya idea belum ada. Jikalau korang ada idea menarik untuk dibuat video macma ini, boleh share dengan aku.
blogger lelaki logo

Tips Buat Blogger Baru

40 Komen
Walaupun tajuknya aku tulis 'Tips Buat Blogger Baru'. Tapi sebenarnya aku tulis entri ini saja-saja nak berkongsikan cerita dan pendapat. Jikalau ia berguna mungkin boleh dijadikan teladan buat mereka yang baru nak mengenali dunia blogging.

Tips Buat Blogger Baru


Aku bukanlah pakar sangat dalam dunia blogging ini, masih newbie, kalau diibaratkan lada aku umpama lada yang masih hijau muda, kecil kemetot tue, kalau gigit pun belum rasa pedas lagi.

Sekarang ramai sudah blogger yang menjana duit melalui blog. Jadi rugi rasanya jika kita sudah ada blog tapi masih samar-samar apa yang perlu dilakukan dengan blog kita untuk maju kehadapan.

Jika mahu berjaya kita tak boleh berada ditakuk yang lama, mulakan langkah pertama untuk terus berjaya dan seterusnya mungkin anda bakal menjadi blog hebat setaraf dengan 'Malaysia Best Blog 2015'.

Tampil Dengan Idea Baru

Di Malaysia sahaja, sudah ada beribu blog, memang teruk juga nak bersaingan dengan blog yang sudah lama bertapak. Lebih-lebih lagi blogger lama memang sudah ada pengaruh mereka tersendiri.

Jadi sebagai blogger baru, anda perlu tampil dengan idea baru, idea yang segar dari ladang. Lagipun orang akan lebih suka jika kita hasilkan satu idea baru yang bernas.

Macam lada tadi la, pedas barulah ada 'kick!'.

Cari kelainan berbanding blog lain. Walaupun mungkin anda buat blog 'niche' yang sama, tapi cuba kreatif sikit, pecahkan kepala fikirkan apa kelainan yang ingin anda bawa.

Sebagai contoh anda mahu buat blog pasal sukan bolasepak, dan sudah ada banyak blog yang menulis pasal bolasepak. Anda perlu cari kekurangan yang ada blog persaingan, dan anda tawarkan apa yang tak ada pada blog persaing di dalam blog anda.

Jadi untuk anda bersaing, anda perlu maju kehadapan atau setara dengan blog yang sedia ada. Supaya blog anda boleh pergi jauh.

Tapi ingat pastikan anda cari idea baru yang bernas, jangan cari idea baru yang merosakkan.

Strategi Lautan Biru

Jarang aku dengar blogger guna ayat ini, Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam buat blog. Faham ke tak faham? Blue Ocean Strategy - sebuah buku yang ditulis oleh W. Chan Kim and Renée Mauborgne.

Strategi Lautan Biru ini dalam bahasa ringkasnya adalah mencipta pasaran baru yang tiada pesaing. Lawan kepada Lautan Biru adalah Lautan Merah, yang mana ianya lautan yang telah tepu, padat dan begitu banyak persaingan.

Dalm dunia blogging, lebih kurang juga dengan cari idea baru, tapi melalui strategi ini kita membuat kajian yang lebih mendalam terhadap idea kita.

Baiklah, aku berikan sedikit 'point' konsep Strategi Lautan Biru ini untuk blogging.
1. Cari satu idea yang belum diketahui ramai orang.
2. Cari peluang yang belum ada ramai pesaing.
3. Anda mencipta 'permintaan', bukan anda merebut permintaan.
4. Cuba menaik perhatian pembaca baru.
5. Melakukan inovasi terkini.

Nampak susah kan? abis tue siapa cakap nak berjaya itu senang. Tapi tak mustahil, jika kita ada usaha. Nak buat sesuatu yang gempak dan hebat, kita perlu ada idea yang terlampau hebat.

Tips Buat Blogger Baru

Buru Matlamat Capai Kejayaan

Aku ada satu teka-teki. Dalam hidup kita, apa yang kita pandang dan apa yang orang lain pandang? Cer teka, cer teka.

3...2....1...Masa dah tamat.

Jawapan aku ialah orang lain akan pandang pada kejayaan kita. Manakala kita pula memandang pada matlamat kita. Kalau setuju dengan jawapan aku sila anggukkan kepala.

Aku lihat perkara ini daripada kehidupan aku sendiri. Orang lain tidak tahu apa matlamat hidup kita, apa yang kita ingin capai dalam hidup kita. Tapi mereka akan pandang kita, dengan penilaian setakat mana kejayaan kita.

Jadi jangan dengar cakap orang lain, buru matlamat diri kita sendiri. Jika kita sudah berjaya capai matlamat kita, itu adalah satu kejayaan buat diri kita. Prinsip aku adalah kita tak perlu dengar penilaian orang lain tentang diri kita, jika dia tak kenal rapat atau tahu pasal diri kita.

Kepada blogger baru, sila tetapkan matlamat anda, apa yang ingin anda capai dengan blog anda. Nasihat aku, jangan letakkan matlamat yang terlalu tinggi, sehinggakan diluar kemampuan. Kita yang nak buat jadi kita tahulah sejauh mana kita boleh buat.

Cara aku letakkan matlamat pula, biarlah ia melebihi sedikit kemampuan aku sendiri, biar aku dapat belajar sesuatu yang baru.

Rumusan

Rasanya sudah agak panjang lebar aku membebel. Aku tulis dengan harapan orang yang membaca faham, kalau tak faham jangan segan nak bertanya kepada blogger otai. Ada ramai blogger yang hebat yang tak lokek ilmu.

Yang penting kita kena sentiasa belajar, dan tak mengharapkan ilmu datang dengan sendiri. Nak berjaya buat blog sebenarnya ada banyak aspek yang kita perlu belajar dan mahir, bukan sekadar menulis atau 'copy-paste' semata-mata.
blogger lelaki logo

Malaysia Best Blog 2015

204 Komen
Ini adalah senarai Malaysia best blog 2015, yang sesuai untuk dibaca kerana bagi aku isi kandungan blognya yang berkualiti dan bermanfaat. Blog ini juga aku anggap boleh dijadikan sumber inspirasi kepada blogger baru.

Namum senarai best blog ini hanyalah berdasarkan pendapat aku secara peribadi, yang aku rasa seronok untuk baca dan menambah ilmu pengetahuan. Jadi apa salahnya aku kongsikan blog-blog yang menjadi kegemaran aku.

Dalam pada itu, jika nak lihat best blogger Malaysia beraksi boleh saksikan di Contest Cari Duit Raya 2016 yang mempertaruhkan keyword 'RF3 World Firmax Malaysia'.

Walaupun ini adalah blog kegemaran aku, tetapi tidaklah aku senaraikan blog-blog ini secara sembrono. Ada kriteria yang perlu ada blog tersebut yang menarik minat aku untuk menjadi pembaca setia.

Malaysia Best Blog 2015

Kriteria Malaysia Best Blog 2015

Aku berpendapat blog yang bagus bukan sahaja dari segi populariti tetapi ia juga perlu ada kualiti. Ada beberapa perkara yang 'istimewa' blog tersebut dimata aku adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:

a) Content is king - Ya, isi kandungan blog adalah raja. Kerana blog adalah medium penulisan. Aku suka dengan blog yang ada gaya penulisan yang bermutu, bermanfaat serta penuh info-info yang berguna.

b) Kerap update - Blog yang bagus bagi aku adalah yang sentiasa ada entri terbaru. Walaupun aku tahu adakalanya kita tak dapat update entri setiap hari. Kalau boleh janganlah biar terlalu lama tak update blog itu sehingga bersawang. Kesian dekat pembaca setia ternanti-nati entri baru.

c) Mesra pembaca - Bab ini juga penting, sebab kita buat blog, menulis untuk orang baca, jika blog kita menyusahkan pembaca apa guna kita buat blog? Pada pendapat aku blog mesra pembaca adalah blog yang loading laju, mudah digelintar entri lama dan pembaca dapat baca entri dengan jelas.

Senarai  Malaysia Best Blog 2015.

Seperti yang dijanjikan aku akan kongsikan senarai blog kegemaran aku, serta yang aku boleh anggap semua blog ini sebagai "Malaysia Best Blog 2015".

1. Kujie2.com - Antara blogger wanita yang aku kagumi, dekat blog beliau ada banyak info-info yang sangat berguna. Blog akak ini juga ada gaya penulisan yang aku suka baca. Sebab aku mudah faham apa yang dia tulis. Info pasal kucing pun banyak di blog beliau ini.

2. Hasrulhassan.com - Aku dah anggap bro Hasrul Hassan sebagai sifu aku - walaupun secara tak formal. Sebenarnya aku banyak membaca panduan blogging di blog beliau. Banyak tips yang dia tulis aku praktikkan, malah aku juga sering bertanya kepada beliau secara terus melalui facebook tentang tips blogging. Beliau juga ada teknik SEO yang bagus.

3. Denaihati.com - Blog yang terkenal ini tak perlu aku perkenalkan lagi, blog nombor 1 Malaysia. Aku suka baca kisah pengembaraan Denaihati ke tempat-tempat menarik. Yang paling aku tertarik adalah dalam entri blog DH pasal Dome of Rock.

4. Ahmadfaizal.com - Cendol, itu sudah cukup untuk orang teringatkan blog ini. Salah seorang blogger yang begitu cemerlang dalam Affiliate. Malah beliau juga pengarang ebook "Kitab Teknik SEO Merah Jambu". Dan banyak juga tips yang sering beliau kongsikan di blog beliau.

5. Hidupringkas.com - Aku suka blog ini sebab ada banyak info pasal dunia perniagaan. Aku suka baca penulisan blog ini yang selalu memberikan motivasi untuk berjaya di dalam perniagaan. Orang baru yang nak mula berniaga sesuai baca blog ini.

6. Eizil.com - Satu lagi blog hebat, dekat blog ini juga aku banyak pelajari tips blogging. Malah blog aku pernah di review oleh bro Eizil sendiri, satu perhargaan buat blog aku sebenarnya. Lagipun Eizil juga salah seorang blogger otai, ada banyak pengalaman mengenai blog. Jadi kepada blogger baru bolehlah pergi korek ilmu dari blog ini

7. Sabreehussin.com - Blog ini banyak berkongsi pasal buat duit. Macam-macam jalan yang tuan punya blog ini lakukan untuk menjana pendapatan. Blog ini memang sesuai dijadikan bahan bacaan bermanfaat juga.

8. Permatacintaku.com - Blog ini antara blog yang baru aku kenali, blog ini bertemakan kesihatan. Ada banyak tips pasal kesihatan di blog ini. Info yang disampaikan pun mudah difahami serta amat berguna kepada para pembaca.

9. Mohdfairiz.com - Satu lagi blog yang hebat dalam dunia Affiliate. Beliau uga sudah hasilkan ebook sendiri yang berjudul "Rahsia Klikjer". Blog ini juga suka berkongsi pasal buat duit, dan antara top Affiliate untuk tahun 2014

10. Abangensem.com - Blogger yang paling ensem, banyak menulis pasal hartanah. Banyak tips pasal hartanah beliau tulis di blognya. Disebabkan selalu baca blog beliau jugalah, aku telah termotivasi untuk membeli rumah sendiri.

11. Ohduit.com - Antara blogger yang suka berkongsi panduan blogging, blog ini sudah beroperasi sejak 2009 lagi, dan sudah semestinya banyak pengalaman beliau dalam dunia blogging yang boleh dijadikan panduan oleh blogger baru.


Susunan aku ini bukanlah ikut ranking, tapi ikut suka hati aku yang susun macam ini. Kesemua blog ini ada keunikkan dan kualiti tersendiri, berdasarkan pengamatan aku disepanjang tahun 2014.

Kalau ada yang pernah baca dalam entri aku sebelum ini Blogger Yang Dikagumi, beberapa blog ini pernah tersenarai. Harapan aku kepada semua blogger ini, agar akan terus menulis dan berikan kami info yang berguna untuk semua pembaca.


Baca juga :