Showing posts with label Kereta. Show all posts
blogger lelaki logo

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)

8 Komen
Ketiga-tiga model ini berada dalam persaingan segmen kelas yang sama, aku akan buat perbandingan diantara model Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (20016), Nissan Almera 1.5 VL AT (2016) dan Proton Persona 1.6 Premium CVT (2016.

Diantara tiga model ini, harga kereta yang paling mahal adalah Vios TRD Sportivo dengan RM 93,530.65, diikuti dengan Almera VL  AT dengan RM 82,000.00 dan Persona Premium CVT dengan RM 57,472.81.

Almera pula direka lebih panjang dengan 4,425 mm, manakala Vios dengan 4.410 mm dan yang paling pendek adalah Persona dengan hanya 4,387 mm.

Namum disebaliknya bagi kelebaran Persona paling lebar dengan 1,722 mm, kemudiannya Vios dnegan 1,700 mm dan Almera 1,695 mm.

Untuk isian penuh tangki minyak pula Vios paling tinggi kapasiti dengan 42 liter, Almera 41 liter dan Persona 40 Liter. Tidak jauh berbeza sebenarnya.

Ruang 'Boot' belakang pula kelebihan berpihak kepada Persona dengan 510 liter, Vios dengan 506 liter dan Almera cuma 490 liter.

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)

Toyota Vios (2016) vs Nissan Almera (2016) Vs Proton Persona (2016)


Spec Toyota Vios Nissan Almera Proton Persona
POWERTRAIN
Engine 2NR-FBE 1.5 litre, 16-valve DOHC, naturally-aspirated with variable valve timing (Dual VVT-i) 1.5L (HR15DE), 16-valve DOHC, naturally-aspirated, variable valve timing 16-valve DOHC Naturally Aspirated with Variable Valve Timing
Total Displacement (cc) 1496 1,498 1,597
Bore x Stroke (mm x mm) 72 x 91.8 78.0 x 78.4 76 x 88
Compression Ratio 10:1 10.1:1 10:1
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 106 (-) /6000 102 (75) / 6,000 107 (-) / 5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 140/4200 139 / 4,000 150 / 4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 42 41 40
PERFORMANCE
Transmission CVT Automatic Conventional Automatic CVT Automatic
Maximum Speed (km/h) - 10.9 seconds
Acceleration (0-100km/h) -
Fuel Consumption 6.7 L/100 km (Internal) 6.1 L/100 km @90km/h
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 15" TRD Alloy 15” Y-Spoke Alloy 15" Alloy (Silver)
Overall L x W x H (mm) 4410 X 1700 X 1475 4425 x 1695 x 1500 4387 x 1722 X 1554
Wheelbase (mm) 2550 2600 2555
Kerb Weight (kg) 1095 1045 1210
Luggage capacity (l) 506 490 510
PRICE - ON THE ROAD (OTR) - METALLIC
Price (RM) RM 93,530.65 RM 82,000.00 RM 57,472.81
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP Not tested 4 bintang 5 Bintang
ANCAP Not tested Not tested Not tested
EuroNCAP Not tested Not tested Not tested


Toyota Vios 1.5L TRD Sportivo (2016)

Dari segi reka bentuk luaran model ini adalah sama dengan model keluaran terdahulu. Cuma model kali ini dikuasakan oleh enjin baru iaitu enjin 4 silinder 2NRFE 1.5 liter Dual VVT-i yang menggantikan enjin 1NZ-FE VVT-i pada model sebelum ini.

Beza diantara kedua-dua enjin ini adalah dengan dimasukkan sistem VVT-i pada injap kemasukan dan injap ekzos. Enjin sebelum ini hanya ada pada injap kemasukan sahaja.

Dikatakan juga model terbaru ini berupaya mencapai penjimatan minyak sehingga 18% berbanding model lama. Kesan daripada penggantian kotak gear 4 kelajuan automatik kepada kotak gear CVT yang memiliki mod 7-kelajuan maya.

Gambar Pandangan Depan

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (2016)
Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Nissan Almera 1.5 (Nismo Performance Package)

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Proton Persona 1.6 Premium (2016)

Gambar Pandangan Belakang

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (2016).
Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Nissan Almera 1.5 (Nismo Performance Package).
Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Proton Persona 1.6 Premium (2016)

Pandangan Dalaman


Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Toyota Vios 1.5L TRD Sportivo (2016)

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Nissan Almera 1.5 (Nismo Performance Package).

Toyota Vios Vs Nissan Almera Vs Proton Persona (2016)
Proton Persona 1.6 Premium (2016)


blogger lelaki logo

Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

8 Komen
Proton meneruskan persaingan mereka apabila model baru Proton Saga 1.3 (2016) dilancarkan, kini persaingan terdekatnya adalah Perodua Bezza.

Kedua-dua model ini berada dalam segmen yang sama, jadi tersangatlah adil kita membuat perbandingan diantara kedua-dua model kereta sedan ini yang dikuasakan dengan enjin 1.3 liter.

Model mana yang lebih mengancam jiwa untuk dipandu dijalanraya? Jom kita lihat perbezaan spesifikasi diantara Proton Saga Premium (2016) dan Perodua Bezza Advance (2016).

Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

Perbandingan : Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance

Sebelum ini aku ada membuat perbandingan diantara Proton Saga Plus (2015) dengan Bezza, dan kini aku update perbandingan untuk model yang lebih terkini.

Spec Proton Saga Premium (2016) Perodua Bezza (2016) Proton Saga Plus (2015)
POWERTRAIN
Engine 1.3L VVT, I4 DOHC 16V 1NR-VE with Dual VVT-i CamPro IAFM, 4-cylinder, DOHC 16V
Total Displacement (cc) 1,332 1329 1332
Bore x Stroke (mm x mm) 76.0 x 73.4 72.5 x 80.5 76.0 x 73.4
Compression Ratio 10:01 11.5 : 1 10:01
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 94(70)/5750 94 (70)/6000 94 (70)/5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 120/4000 121/4000 120/4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 40 36 40
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 155 km/h 155
Acceleration (0-100km/h) 13.1 saat 14.5
Fuel Consumption 5.7L/100km (with ECO Drive Assist ) 4.5L/100km (with 'Eco Idle' system) 6 (at 90km/h)
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 185/55R15 Silverstone Kruizer1 NS800 tyres 175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke) 185/60R14 - Alloy
Overall L x W x H (mm) 4331/1689/1491 4150/1620/1510 4278 x 1680 x 1520
Wheelbase (mm) 2465 2455 2465
Track Front/Rear (mm) 1410 / 1405 1446 / 1446
Kerb Weight (kg) 1075 930 1055
Luggage capacity (l) 420 508 413
PRICE - ON THE ROAD (OTR)
Peninsular RM45,800.00 RM50,800.00 RM38,080.00
East Malaysia RM47,800.00 RM53,000.00 RM40,940.00
Labuan RM44,470.00 RM48,771.01 RM38,360.00
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP
4 star rating
5 star rating
3 star rating
ANCAP Not tested Not tested
3 star rating
EuroNCAP Not tested Not tested Not tested




Proton Saga Vs Perodua Bezza

Proton Saga adalah kesinambungan daripada model pertama keluaran Proton. Jadi nama Saga sendiri sudah lama meniti dibibir rakyat Malaysia sejak 1985.

Namum begitu bagi aku Proton telah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembangkan model ini. Sepatutnya sudah lama Proton menghasilkan Saga yang baharu untuk terus bersaing. Kini mereka sudah tenggelam dan mencuba untuk bangkit.

Manakala Bezza adalah model sedan pertama keluaran Perodua bermula 2016. Kenapa Perodua begitu berani untuk mencuba pasaran sedan, aku anggap kejayaan Myvi telah memberi keyakinan kepada mereka.

Proton Saga baru keluaran 2016 adalah generasi ke-3 dalam keluarga Saga. Dan model ini pada awal kemunculannya dulu pernah menbanggakan Proton, namum sejak kebelakangan ini jualan Proton berada dibawah Perodua.

Proton sudah pastinya meletakkan harapan besar kepada Saga baru untuk kembali bersaingan dalam pasaran tempatan. Pada aku lebih penting adalah untuk Proton kembalikan keyakinan pengguna untuk membeli kereta Proton.

Aku cuma buat pembandingan untuk model 'full spec' iaitu antara Proton Saga Premium dan Perodua Bezza Advance.

Enjin : Proton Saga vs Perodua Bezza

Perodua Bezza menggunakan enjin 1NR-VE. Manakala Saga (2016) guna Enjin 1.3 VVT (menggantikan IAFM+). Dari segi keupayaan enjin pula hampir setara antara model ini, tidak jauh berbeza.

Berikut pula adalah antara beberapa perbezaan diantara model kereta ini adalah :-

1. Proton Saga Premium hanya mengunakan 'manual key' berbanding Perodua Bezza Advance yang guna 'Keyless Push Button'. Sepatutnya Proton meneruskan apa yang telah dibuat pada Iriz dan Persona.

2. Ruang boot belakang Saga (420 liter) lebih kecil berbanding Bezza (508 liter). Perbezaan sebanyak 88 liter untuk mengisi barang. Namum tempat duduk belakang Saga boleh dilipat untuk mengisi lebih muatan.

3. Tangki minyak Saga dengan 40 liter berbanding Bezza dengan kapasiti 36 liter. Perbezaan yang sangat tipis, namum jika dalam keadaan mendesak ketika minyak hampir nak habis dan stesen minyak berada jauh mungkin ia sedikit membantu.

4. Saga menggunakan 'Timing Belt', manakala Bezza guna 'Timing Chain'.

5. Proton Saga didatangkan dengan 2-DIN Radio CD, manakala Bezza dengan Touchscreen Radio DVD/MP3.

6. Kedua-dua model ada 'reverse camera', tetapi Saga Premium menggunakan reverse camera yang di muatkan pada cermin pandang-belakang. Ianya sama yang ada pada Proton Exora high spec.

7. Proton Saga memiliki 'Stereng Tilt', dimana kita boleh laras kecondongan stereng untuk keselesaan pemanduan untuk disesuaikan dengan ketinggian pemadu. Manakala Bezza pula tidak boleh dilaraskan.

8. Beza Harga Proton Saga Premium dengan Perodua Bezza Advance adalah sebanyak RM5000. Tidaklah jauh sangat perbezaan harga ini. Apa yang sepatutnya menjadi penilaian adalah model kereta yang mana memiliki spesifikasi yang lebih berbaloi untuk dibeli, jadilah pembeli yang bijak.

9. Proton Saga (2016) lebih panjang sedikit berbanding Saga FLX dan juga Perodua Bezza.

10. Bumbung Saga (2016) juga direka berasaskan konsep bumbung pagoda, dengan rekaannya mempunyai lekuk pada bahagian tengah sama seperti yang ada pada Toyota 86 dan Vios.



Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Nampaknya Proton Saga gagal menandingi rating yang dicapai oleh Bezza. Proton hanya mampu mencapai 4 bintang untuk ujian pelanggaran. Namum begitu ia berjaya mengatasi rating yang dicapai untuk model Saga FLX.

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Safety Test Result - ASEAN NCAP


Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.
Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP
blogger lelaki logo

Harga Proton Saga 2016

4 Komen
Nampaknya Proton bergerak aktif sejak kebelakangan ini dengan mengeluarkan model kereta Proton terkini, model Proton Saga baru 2016 pula akan dilancarkan selepas hadirnya model baru Persona dan Perdana.

Kini akan muncullah persaing sebenarnya buat Perodua Bezza yang dilancarkan lebih awal. Adakah Proton Saga mampu mengatasi pesaingannya ini?

Harga Proton Saga 2016

Proton Saga Baru 2016

Proton Saga baru 2016 dilancarkan dengan dua transmisi iaitu automatik dan manual. Dan Saga 2016 juga didatangkan dengan 3 variant iaitu Proton Saga Standard (MT/AT), Executive (AT) dan Premium (AT).

Model kali ini juga telah didatang dengan penambahbaikkan berbanding model terdahulu, kesemua varian model Saga 2016 menggunakan engina yang sama digunakan oleh Proton Iriz, dengan enjin 1.3 liter VVT (mengantikan enjin CamPro IAFM)

Transmisi manual didatangkan dengan 5-kelajuan dan CVT untuk semua varian.

Untuk varian Proton Standard (Manual) kelajuan maksimum 12.2 saat untuk 100km/h, manakala dari segi penggunaan bahan api pula dianggarkan 5.4L/100 km dengan purata kelajuan 90 km/h.

Untuk CVT, kadar pecutan juga berjaya ditingkatkan dengan 13.1 saat untuk 100km/h. Manakala penggunaan bahan api (Fuel Consumption) dianggarkan 5.6L/100 km pada kelajuan 90 km/h.

Dari segi reka bentuk ramai yang memberikan respon yang positif, model Saga terbaru ini memang antara yang memiliki rekabentuk yang paling menarik diantara semua generasi.


Harga Proton Saga 2016 (OTR)

Harga bagi setiap varian Proton Saga 2016 adalah dalam anggaran RM 37,000 hinggan RM 47,000.


Peninsular (RM) East Malaysia (RM)
1.3 Standard (MT) 37,800.00 39,800.00
1.3 Standard (CVT) 40,800.00 42,800.00
1.3 Executive (CVT) 43,800.00 45,800.00
1.3 Premium (CVT) 46,800.00 48,800.00


Perincian Spec Bagi Setiap Varian Proton Saga

Berikut adalah info lebih terperinci bagi sfesifikasi untuk 3 varian Proton Saga 2016 untuk dijadikan panduan oleh bakal pembeli.

Untuk semua variasi model berikut adalah senarai penambahbaikkan yang telah dilakukan oleh Proton untuk Saga versi baru.

  • Enjin 1.3 VVT yang menggantikan CamPro IAFM+
  • 3-point engine mounts
  • Retuned ECU untuk CVT throttle
  • Pemanduan dan kawalan yang ditambahbaik
  • 4-Bintang ASEAN NCAP untuk keselamatan perlanggaran
  • Quicker, more direct steering rack (16:1 ratio, from 20:1)
  • Tighter turning radius (5.1 m, from 5.3 m)
  • Lighter door closing effort (15 kgf, from 25 kgf)
  • Lighter steering effort (2.75 kgf, from 3.0 kgf)
  • Improved torsional stiffness (12,000 Nm/deg, from 10,000 Nm/deg)


Proton Saga (2016) 1.3L Standard MT/CVT


Proton Saga (2016) 1.3L Standard MT/CVT
1.3 litre VVT engine
94 hp at 5,750 rpm, 120 Nm at 4,000 rpm
Ecodrive Assist
Reflector halogen headlamps
Rear fog lamp
Front and rear parking sensors
13-inch steel wheels (with 175/70R13 Silverstone Synergy M3 tyres)
Unpainted side mirrors, door handles and rear garnish
Manually-adjustable side mirrors
Body-coloured B-pillars
Black interior
Tilt-adjustable steering wheel
Single-DIN headunit with Bluetooth, USB and AUX input
USB charging ports
Fabric seats – plain black upholstery
Height-adjustable driver’s seat
420-litre boot with space saver spare tyre
Folding rear bench seat
Isofix child seat anchors with top tether
Two airbags
Front disc brakes, rear drums


Proton Saga (2016) 1.3L Executive CVT


Proton Saga (2016) 1.3L Executive CVT
Adds on:
Front fog lamps
14-inch snowflake Y-spoke alloy wheels (with 185/60R14 Silverstone Kruizer1 NS800 tyres)
Body-coloured side mirrors, door handles and rear garnish
Power-adjustable side mirrors
Black B-pillars
Rear bootlid spoiler
Gloss grey trim on outer air-con vents and steering wheel
Fabric seats – mesh pattern upholstery
Front seat back pockets
ABS with EBD and BA


Proton Saga 2016 1.3L Premium CVT


Proton Saga (2016) 1.3L Premium CVT
Adds on:
15-inch turbine split-spoke alloy wheels (with 185/55R15 Silverstone Kruizer1 NS800
tyres)
Electronic Stability Control (ESC)
Hill-hold assist
Double-DIN headunit with Bluetooth, USB and AUX input
Reverse camera (with integrated rearview mirror display)
Steering wheel audio controls
Gloss grey trim on gear lever and surrounds
Fabric seats – wavy pattern upholstery


Gambar Perincian Proton Saga 2016


Harga Proton Saga 2016


Harga Proton Saga 2016


Harga Proton Saga 2016


Harga Proton Saga 2016

Harga Proton Saga 2016

Jangan lupa untuk baca entri terbaru :
blogger lelaki logo

Harga Proton Persona Baru 2016

15 Komen
Proton dijangka akan melancarkan model Proton Persona baru pada 23 Ogos 2016. Model Persona kali ini dibangunkan berasaskan model Proton Iriz. Ia menjadi antara salah satu model kereta Proton yang dikhabarkan akan dilancarkan untuk tahun 2016.

Model Persona baru ini akan ditampil dengan 4 variasi iaitu Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT, Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT, Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT dan Proton Persona 2016 1.6 Premium SE CVT.

Proton Persona Baru 2016

Proton Persona Baru 2016

Proton Persona model sambungan daripada model Proton Gen-2, dimana ia menjadi pengganti kepada model Proton Wira. Ia diperkenalkan pada tahun 2007 dengan enjin Campro.

Dan pada tahun 2008, Proton Persona SE dikeluarkan. Disusuli Persona Elegance pada tahu 2010 dan Persona SV pada 2013.

Sebelum ia dilancarkan sudah banyak kali tersebar gambar model Persona baru ini yang digelar Iriz Sedan.

Enjin Proton Persona 2016

Enjin Proton Persona 2016


Spesifikasi Persona 2016 baru ini menggunakan enjin 1.6 VVT petrol. Enjin yang digunakan oleh Proton Persona 2016 secara mekanikalnya adalah sama seperti enjin Proton Iriz 1.6 liter.

Cuma ada penambahbaikkan iaitu ia menggunakan Unit komputer ECU jenis terbaharu, bagi transmisi CVT pula dilengkapi varian automatik yang semakin lancar dan bertambah linear.

Persona baru ini enjinnya diikat pada 3 engine mount. Ia mampu menyerap lebih gegeran dan mampu mengurangkan kadar kebisingan sekitar 6 db didalam ruang kabin.

Pretasi enjinnya pula mampu membuat pecutan 0-100 km.j dalam masa hanya 10.9 saat.

Proton mendakawa model baru ini enjinnya dibangunkan untuk mampu memberikan penjimatan dari segi penggunaan bahan api sekitar 10% untuk model automatik dan 13% bagi manual (untuk pemanduan 90 km/j secara purata) berbanding model Persona lama.

Fuel consumption (FC) atau pengguna bahan api diunjurakan mampu mencapai 5.6 liter/100km bagi model manual. Manakala bagi transmisi CVT pula adalah 6.1 liter/100km.


Apa Yang Baru Ada Pada Persoan 2016?


Antara penambahbaikkan lain yang dilakukan oleh Proton terhadap model baru ini adalah ruang but belakang diperbesarkan kepada 510 liter berbanding model lama hanya 470 liter sahaja.

Persona 2016 But Belakang


Jarak membrek juga dipertingkatkan. kadar keupayaan memberhentikan kereta bagi Persona 2016 adalah 41.4 meter berbanding model lama dengan jarak 44.6 meter untuk berhenti.

Sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC) di muatkan pada semua jenis model Persona 2016.



Harga Proton Persona 2016

Tempahan untuk model ini sudah dibukan dengan kadar RM300.

Kadar harga Proton Persona 2016 bagi semenanjung Malaysia adalah diantara RM46,350 hingga RM 59,800.

1.6 Standard 5MT – RM46,350 (solid), RM46,800 (metallic)
1.6 Standard CVT – RM49,350 (solid), RM49,800 (metallic)
1.6 Executive CVT – RM55,350 (solid), RM55,800 (metallic)
1.6 Premium CVT – RM59,350 (solid), RM59,800 (metallic), optional bodykit is RM1,000 extra

Spesifikasi Proton Persona 2016



Spesifikasi Umum Bagi Semua Varian Persona 2016
Enjin 1.6 liter VVT
Max Output 107 hp at 5,750 rpm
Max Torque 150 Nm at 4,000 rpm
Pecutan (0-100 km/j) 10.9 saat
Dimensi 4,387mm x 1,722mm x 1,554mm
Jarak Roda 2,555mm
Sistem Break Vebtilated Disc (Front) & Drum (Rear)
Suspension McPherson Strut (Front) & Torsion Beam (Rear)
Tangki Minyak 40 Liter
Fuel Consumption 5.6 liter-Manual & 6.1 liter-Automatik CVT
Keluasan But Belakang 510 Liter
Variasi Warna Midnight Black, Silver Moon Dust, Fire Red, Camelian Brown (warna baharu), Cotton White dan Sterling Silver


Proton Persona 1.6 2016 Standard 

Ia didatangkan dengan 2 pilihan transmisi iaitu manual dan CVT. Untuk model ini ia tidak disediakan lampu kabus.



Proton Persona 1.6 2016 Standard MT/CVT
Enjin 1.6 liter VVT
107 hp pada 5,750 rpm, 150 Nm pada 4,000 rpm
5.6 l/100 km bagi 5MT (90 km/j)
6.1 l/100 km bagi CVT (90 km/j)
Ecodrive Assist
Lampu utama Reflector halogen (tinggi boleh laras)
Lampu kabus belakang
Sensor parkir depan dan belakang
Rim 15-incikelabu (dengan tayar Silverstone Kruizer)
Cermin sisi dan pemegang pintu tidak dicat
Cermin sisi elektrik
B-pillar warna badan
Kunci Remote dan penghidup enjin dengan kunci
Unit audio Single-DIN & Bluetooth
Tempat duduk fabrik
Tempat duduk boleh dinaikkan
Kapasiti but belakang 510 liter
Tempat duduk kanak-kanak Isofix
2 beg udara
ABS dengan EBD dan BA
Vehicle Stability Control (VSC)
Hill-hold assist
Brek cakera depan, brek dram belakang


Proton Persona 1.6 Executive

Model kedua ini cuma dilengkapi dengan radio biasa, b-pillar dengan warna badan. Untuk model ini cuma trasmisi CVT sahaja yang disediakan.



Proton Persona 2016 1.6 Executive CVT
Tambahan :
Lampu kabus depan
Cermin sisi dan pemegang pintu warna badan
Spoiler but belakang
Unit audio Double-DIN & Bluetooth
Konsol tengah warna kelabu berkilat
Port mengecaj USB
60:40 lipatan kerusi belakang
Trim pintu fabrik


Proton Persona 1.6 Premium

Juga cuma dikeluarkan transmisi CVT. Cuma ia ditambah dengan ciri keselamatan iaitu dimuatkan 6 beg udara. Tempat duduk diperkemaskan dengan material kulit.

Persona 2016 Touchscreen


Ia juga turut dilengkapi dengan paparan skirn sentuh, keyless entry serta body kit.



Proton Persona 2016 1.6 Premium CVT
Tambahan :
Rim 15 inci warna perak (dengan tayar Goodyear Assurance)
B-pillar hitam
Keyless dengan butang penghidup
Unit skrin sentuh (Android) dengan Bluetooth dan kamera undur
Tempat duduk dan stereng kulit
Trim pintu kulit
Cermin sisi berkuasa dan boleh lipat
6 beg udara


Proton Persona 1.6 Premium SE

Pada model ini ianya sama dengan model Premium cuma ia dibezakan adalah aksesori bodykit penuh termasuk spoiler pada but belakang.



Proton Persona 2016 1.6 PremiumSE CVT
Tambahan :
Bodykit dwi tona menyeluruh


Gambar Proton Persona Baru 2016

Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016

Harga Proton Persona Baru 2016


Kredit semua gambar : Paultan.org
blogger lelaki logo

Perodua Bezza vs Proton Saga

25 Komen
Apa yang membezakan Perodua Bezza dan Proton Saga? Mungkin ada yang dalam dilema tak tahu hendak memilih kereta mana yang berbaloi untuk dibeli.

Untuk baca perbandingan model terbaru boleh pergi ke entri Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance.

Walaupun ada yang berpesan jangan beli Perodua Bezza lagi, sebab tak lama lagi Proton akan keluarkan model terbaharu Proton Saga.

Namum belum ada berita sahih lagi. Bilakah model baru pengganti Saga FLX akan dilancarkan oleh Proton.

Jadi buat masa ini, kita bandingkan terlebih dahulu kedua-dua model Perodua Bezza Advance dan Proton Saga Plus CVT. Untuk perhatian pembaca juga, perbandingan ini dibuat berdasarkan model yang tersedia dalam laman web rasmi kedua-dua syarikat pemotoron ini.

Bukan kita nak cerita kereta mana lagi bagus, aku cuma tulis untuk perbandingan supaya memudahkan mereka yang pening tak tahu nak beli model yang mana satu. Sama macam entri Proton Iriz vs Perodua Myvi sebelum ini, korang komen duk bergaduh dekat situ dah kenapa?


Perodua Bezza vs Proton Saga



Perbandingan : Perodua Bezza vs Proton Saga



Spec Perodua Bezza Proton Saga
POWERTRAIN
Engine 1NR-VE with Dual VVT-i CamPro IAFM, 4-cylinder, DOHC 16V
Total Displacement (cc) 1329 1332
Bore x Stroke (mm x mm) 72.5 x 80.5 76.0 x 73.4
Compression Ratio 11.5 : 1 10:1
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 70/6000 94 (70) / 5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 121/4000 120 / 4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 36 40
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 155
Acceleration (0-100km/h) 14.5
Fuel Consumption 22.0 (with 'Eco Idle' system) 6 (at 90km/h)
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke) 185/60R14 - Alloy
Overall L x W x H (mm) 4150/1620/1510 4278 x 1680 x 1520
Wheelbase (mm) 2455 2465
Track Front/Rear (mm) 1410 / 1405 1446 / 1446
Kerb Weight (kg) 930 1075
Luggage capacity (l) 508 413
PRICE - ON THE ROAD (OTR) - METALLIC
Peninsular RM 50,800.00 RM 38,080.00
East Malaysia RM 53,000.00 RM 40,940.00
Labuan RM 48,771.01 RM 38,360.00
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP
star rating
star rating
ANCAP Not tested
star rating
EuroNCAP Not tested Not tested



Jika dilihat secara kasar kedua-dua model ini ada beza yang agak ketara sebenarnya. Lagipun kedua-dua model begitu ketara tarikh keluaran mereka.

Selain itu kita semua tahu, model Proton Saga menggunakan Timing Belt, manakala Perodua Bezza Advance pula menggunakan Timing Chain.

Bagi drivetrain pula Perodua Bezza menggunakan Transmisi Conventional Automatic 4-kelajuan, yang dibuat oleh kilang Akashi Kikai. Manakala Proton Saga pula menggunakan CVT Automatic with SAT function yang dibuat oleh Punch Powertrain.


Safety

Ini bahagian paling utama aku rasa untuk sebuah kereta. Jadi isu keselamatan sememangnya patut diambil berat oleh semua pengeluar kenderaan diatas muka bumi ini.

Baiklah , kedua-dua model ini menyediakan 2 Beg Udara untuk pemandu dan penumpang. Serta dilengkapkan dengan alarma dan immobilizer.

Namum apa yang lebih Perodua Bezza adalah ia dilengkapi dengan ABS/EBD dan stability control.

Baiklah berikut adalah keputusan ujian keselamatan bagi kedua-dua model.

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.
Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Berikut adalah keputusan penuh bagi kedua-da ujian ini, Asean NCAP dan ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Miscellaneous

Sistem audio, bab ini memang nampak ketara Perodua Bezza  memiliki kelebihan. Bezza didatang lengkap dengan Toucscreen radio DVD/MP3 player serta mirrorlink, bluetooth, navigasi GPS dan 4 speaker. Manakala Proton Saga hanya dilengkapi dengan VAPS/Radio CD/MP3/WMA.

Perodua sekali dihadapan dengan memperkenalkan Keyless Push Button dengan auto start/stop. Sedangkan Proton Saga menggunakan kunci manual. Mungkin ia akan dimasukkan dalam model Saga yang akan datang, sebab Proton Iriz pun ada menggunakan Push Start Button.

Perodua Bezza juga memiliki parking sensor 2 dibahagian depan dan 2 dibahagian belakang, manakala Proton Saga hanya ada 2 sensor dibahagian belakang sahaja.


Aku sebenarnya teruja untuk saksikan apakah yang bakal dibawa oleh Proton untuk model Saga terbaharu nanti, adakah ia akan dilancarkan dengan penuh gaya mengatasi spesifikasi Bezza.

Jangan lupa juga untuk baca "Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir"
blogger lelaki logo

Harga Perodua Bezza (Sedan) 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

18 Komen
Perodua Bezza , kereta sedan baru keluaran Perodua ini tampil dengan variasi Standard G 1.0L MT, Standard G 1.0L AT, Premium X 1.3L MT, Premium X 1.3L AT dan Advance 1.3L AT.

Apakah model ini bakal menjadi kegilaan seperti mana model Perodua Myvi sebelum ini. dan mungkinkah ia mampu menyaingi model kereta keluaran Proton 1.3L.

Perodua dijangka akan melancarkan model sedan terbaru ini pada 21 Julai 2016 nanti. Sekali gus ia akan menjadi model kereta sedan pertama yang dilancarkan oleh Perodua yang sebelum mereka menghasilkan kereta compact sahaja.

Lagi satu, Perodua Bezza ini menjadi kereta keluaran Perodua yang pertama mendapat sentuhan anak tempatan anak tempatan.


Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza Standard G

Untuk variasi Perodua Bezza Standard G adalah model 1.0 liter menggunakan enjin jenis 1KR-VE with VTT-i dengan Maksimum torque 91Nm/4400rpm. Enjin 1.0l yang digunakan pada model adalah tidak sama dengan enjin yang digunakan oleh model Perodua Axia.

Kereta sedan model 1.0 liter ini hadir pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan transmisi automatik 4-kelajuan.

Namum untuk model ini tidak disediakan push start/stop button.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza Premium X

Perodua Bezza Premium X pula adalah modle untuk 1.3 Liter yang dikuasakan dengan enjin 1NR-VE with Dual VVT-i, maksimum torque 121Nm/ 4000rpm. Enjin 1.3 Perdua Bezza juga tidak sama dengan enjin yang digunakan pada Myvi 1.3 liter (K3-VE).

Juga tersedia dengan dua pilihan untuk transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

Fuel consumption dengan Eco-driving di unjurkan 21.7km/l untuk manual, manakala 21.0km/l untuk transmissi auto.

Model ini dilengkapi dengan Smart key untuk fungsi Push Start/Stop Button serta sistem audio disekalikan dengan USB dan Bluetooth.

Untuk model Bezza Standard G dan Premium X tidak ada Vehicle Stability Control (VSC) dan sistem Eco idle.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Advance

Perodua Advance adalah model full spec, masih lagi dengan 1.3 liter yang dikuasakan dengan enjin 1NR-VE with Dula VVT-i.

Cuma untuk model ini hanya disediakan transmisi automatik 4-kelajuan sahaja.

Kelebihan model ini adalah ia dilengkapi dengan  sistem 'Eco Idle', Vehicle Stability Control (VSC) dan juga sistem multimedia dengan navigasi GPS dan 'Smart Link' siap dengan kamera reverse.

Model Advance ini juga mendapat pengiktirafan ASEAN NCAP 5 bintang.




Spesifikasi Perodua Bezza

Berikut adalah spesifikasi lengkap untuk Perodua Bezza.

Perodua Bezza spec

Harga Perodua Bezza


Baiklah kita lihat pula dari segi harga, Perodua Bezza dijual dengan harga On the Road (OTR) diantara RM37,000 hingga RM53,000.

Perodua Bezza Price
On The Road (OTR)
1.0 liter 1.3 Liter
Standard G Premium X Advance
Manual Auto Manual Auto Auto
Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic
Semenanjung Malaysia RM37,300 RM39,300 RM42,800 RM44,800 RM50,800
Malaysia Timur RM39,500 RM41,500 Rm45,000 RM47,000 RM53,000


Anggaran Bayaran Bulanan


Bezza Standard G 1.0L MT
OTR: RM37,300.00
LOAN: RM33,500.00
D/P: RM3,800.00
MONTHLY: RM402

Bezza Standard G 1.0L AT
OTR: RM39,300.00
LOAN: RM35,300.00
D/P: RM4,000.00
MONTHLY: RM423

Bezza Premium X 1.3L MT
OTR: RM42,800.00
LOAN: RM38,500.00
D/P: RM4,300.00
MONTHLY: RM462

Bezza Premium X 1.3L AT
OTR: RM44,800.00
LOAN: RM40,300.00
D/P: RM4,500.00
MONTHLY: RM483

Bezza Advance 1.3L AT
OTR: RM50,800.00
LOAN: RM45,700.00
D/P: RM5,100.00
MONTHLY: RM548


Gambar kereta baru Perodua Bezza

Jom usha, cuci mata tengok kereta model sedan pertama Perodua ini, aku harap selepas ini Perodua Bezza akan dikeluarkan pula untuk versi model enjin 1.5 Liter.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Kredit gambar : Paultan.org