Showing posts with label Journal. Show all posts
blogger lelaki logo

Negara Paling Korup 2016

6 Komen
Kita semua tidak sukakan korupsi, satu perbuatan sampah yang kita mahu hapuskan daripada kalangan masyarakat kita. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Transparency International, mereka telah mengeluarkan senarai Corruption Perceptions Indes (CPI).

Berapakah CPI negara kita Malaysia? Nanti kita lihat sama-sama.

Negara Paling Korup 2016


Dalam index yang dikeluarkan untuk tahun 2016, negara paling korup adalah Somalia, malah ia mememang rekod ini selama 10 tahun berturut-turut. CPI yang diberikan kepada Somalia hanyalah 10 point sahaja.

Makin rendah point CPI maka makin teruk tahap korupsi di sesebuah negara tersebut. Ranking top 5 negara yang paling bersih pula didahuli oleh negara New Zealand (90 CPI), Denmark (90 CPI), Finland (89 CPI), Sweden (88 CPI) dan Switzerland (86 CPI).

Bagi negara kita pula, Malaysia diberikan 49 CPI dan berada di ranking ke 55 dunia. Mata CPI diberikan turun 1 mata berbanding tahun lalu dengan 50 CPI.

Negara Paling Korup 2016


Dalam kalangan negara serantau pula Singapura dianggap paling bersih di Asia Tenggara dengan 84 CPI berada di ranking ke 7 dunia. Dan negara paling kurop di Asia Tenggara pula adalah Kemboja dengan 21 mata sahaja diberikan.

Country CPI World Rank
1. Singapura 84 7
2. Brunei 58 41
3. Malaysia 40 55
4. Indonesia 37 90
5. Philines 35 101
6. Thailand 35 101
7. Timor-Leste 35 101
8. Vietnam 33 113
9. Loas 30 123
10. Myanmar 28 136
11. Cambodia 21 156


Negara besar seperti U.S.A pula dibeirkan 74 mata CPI, dan berada di ranking 18 dunia. Manakal negara China hanya diberikan sebanyak 40 mata dan berada di tangga 79. Russia lagi bawah dengan hanya 29 CPI, berada ditangga ke 131 dunia.

Berikut adalah senarai penuh ranking yang dikelaurkan oleh Corruption International bagi negara paling kurop 2016.

Negara Paling Korup 2016



blogger lelaki logo

Dua Ribu Tujuh Belas

10 Komen
Selamat tahun baru 2017. Aku rasa semua orang dah siap buat list azam tahun baru, masing-masing tak nak kalah bab nak buat azam baru.

Tahun ini kita nak jadi lebih baik daripada tahun lepas. Biar graf kita sentiasa menaik, walaupun mungkin ada pergerakan graf naik turun. Tak mengapa yang penting hujung tahun nanti, nak tutup akaun, graf kira mengatasi percapaian pada tahun lepas.


Bawa semangat tahun lepas terus 'tukar gear' untuk memecut pada tahun ini. Mungkin tahun lepas kita pecut 80km/j, harapnya tahun ini dapat buat pecutan 85km/j pun dah kira okey kan.

Orang kata biar kita bawa konsisten, asal selamat tiba ke destinasi. Itu yang penting. Buat apa kalau kita gelojoh nak pecut laju, akhirnya terbabas dipertengahan jalan.

Ada orang, dia cepat bangkit semula, ada orang ambil masa sedikit untuk mulakan langkah semula dan paling teruk bila jatuh terus patah hati langsung berputus asa.

Macam aku pula, lebih kepada yang akan ambil masa untuk 'move on'. Aku kena biarkan pergelutan dalaman aku reda sedikit untuk pujuk dia kembali ke landasan.

Iyalah, daya upaya setiap orang berbeza. Adalah silap jika kita cuba samakan diri kita dengan orang lain. Nak pasang cita-cita macam orang lain tiada masalah, cuma langkah perjalanan kita untuk capai apa yang orang itu capai pasti berbeza.

Jadi cara aku pula adalah dengan bergerak sendiri. Cuma dalam proses itu kita harus tahu bawa diri, tak tahu jangan malu nak tanya orang.

Tahun 2017, aku sudah 'setup' dalam kepala otak aku untuk cuba sesuatu yang baru. Ikut perkembangan zaman la kekononnya.

Semoga segala perjalanan pada tahun 2017 akan berjalan lancar, kalau nak ada masalah pun janganlah bagi sedebuk teruk sangat ye...Selamat Tahun Baru 2017 untuk semua.
blogger lelaki logo

Selamat Tinggal 2016 Yang Cemerlang

5 Komen
Selamat tinggal 2016, sepanjang tahun yang dijalani dengan tenaga dan usaha. Kini kita tiba di penghujungnya.

Aku nak berehat dulu beberapa hari sebelum mulakan buku baru di tahun 2017 nanti. Iyelah tahun baru azam pun mesti nak kena baru atau diperbaharukan dengan tenaga dan semangat baru.

Sepanjang tahun, pasti ada kisah suka dan duka, namum kita kena sentiasa positif dan buang jauh-jauh hal yang negatif. Bawa haruman positif sahaja untuk menempuh tahun 2017.

good bye 2016


Tahun 2016, secara peribadi aku anggap tahun paling cemerlang sepanjang aku buat blog sejak penghujung tahun 2013. Akaun pada tahun ini ditutup dengan jayanya.

Walaupun aku sebenarnya tidak suka untuk mengukur kejayaan sebuah blog berdasarkan jumlah pendapatan yang dijana, namum kejayaan bergantung pada matlamat masing-masing.

Pada awalnya aku mula buat blog bukan sebab duit. Namum sampai satu tahap kita diberikan jalan dan dipermudahkan untuk menikmati rezeki daripada hasil usaha kita. Bak orang kata daripada minat menjadi sumber rezeki.

Tahun ini, 2016 aku mula buat duit dengan blog secara lebih serius berbanding tahun-tahun sebelum ini. Dan nyata rezeki aku melimpah ruah tahun ini. Salah satu puncanya adalah daripada adsense dan kejatuhan matawang ringgit menjadikan rezeki masuk berlipat kali ganda.

Jadi tahun 2017 akan tiba beberapa hari lagi akan mebuka satu perjuangan baru. Pertama untuk mengekalkan apa yang sudah dicapai dan juga untuk meningkatkan lagi percapaian tahun 2016.

Dan dengan izin Allah S.W.T ada projek baru untuk tahun hadapan sudah direncana. Semoga ianya akan menepati sasaran awal.

Ianya projek untuk jangka masa panjang, jadi, pada tahun hadapan adalah untuk membina tapak dan mulakan langkah untuk terus berkembang.

Insyallah , maknanya aku kena usaha lebih pada tahun hadapan.
blogger lelaki logo

Skim Perumahan Mampu Milik

1 Komen
Semua orang sedar bertapa pentingnya memiliki rumah sendiri. Sampai bila kita hendak menjadi penyewa, apatah lagi apabila kita sudah bekerluarga. Memiliki rumah memang patut dijadikan matlamat utama setiap ketua keluarga.

Kita nampak sekeliling kita, banyak tapak perumahan baru dinaikkan. Namum semuanya kita hanya mampu tilik bukan mampu milik. Tak dinafikan harga sebuah rumah kini harga tersangat tinggi, dan ianya diluar kemampuan segenlintir daripada kita untuk membelinya.

Namum begitu satu usaha dilakukan dengan memperkenalkan Skim Perumahan agar ia mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Selain daripada itu wujudnya skim ini adalah untuk mengutamakan mereka yang belum memilik rumah membeli rumah pertama, jadi ianya bukan untuk pelabur hartanah. Jadi harga rumah yang disediakan dibawah skim tidak akan dimanipulasi.

Skim Perumahan Mampu Milik

8 Skim Perumahan Mampu Milik


Baiklah mari kita lihat beberapa skim perumahan yang mungkin boleh anda pertimbangkan untuk membuat permohonan rumah pertama anda.

1. Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia


Agensi : Perbadanan PR1MA Malaysia

Tujuan : Menyediakan dan membina rumah mampu milik kepada rakyat di kawasan bandar, khusus untuk golongan kelas pertengahan.

Sasaran Pemohon : Warganegara Malaysia

Harga : RM100,000 hingga RM400,000

Kelompok Pendapatan : RM2,500 hingga RM10,000

Cara Pemilihan : Cabutan Undi (Ballot)

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah diantara RM2,500 hingga RM10,000
  4. Tidak memiliki lebih dari satu rumah


Dokumen Diperlukan :

  1. Penyata EPF
  2. Nombor LHDN
  3. Maklumat Majikan
  4. Butiran pemilikan rumah (jika ada)
  5. Penyata gaji terkini
  6. Salinan kad pengelanan


Larangan :

  1. Tidak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun
  2. Tidak boleh disewakan


Laman Web : http://www.pr1ma.my


2. Skim Perumahan Mampi Milik Swasta (MyHome)


Agensi : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Tujuan : MyHome ini disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk sektor swasta

Sasaran Pemohon : Warganegara Malaysia

Harga :

1. Semenanjung :
MyHome1 : RM50,000 hingga RM90,000
MyHome2 : RM90,001 hingga RM170,000

2. Sabah dan Sarawak :
MyHome1 : RM60,000 hingga RM90,000
MyHome2 : RM90,001 hingga RM220,000


Kelompok Pendapatan :


  1. MyHome1 : RM3,000 hingga RM4,000
  2. MyHome2 : RM4,001 hingga RM6,000


Cara Pemilihan : Proses Pemilihan

Kelayakan : 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM6,000
  4. Pembeli kali pertama


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan slip gaji terkini
  2. Salinan kad pengelanan semua ahli keluarga


Larangan : Tidak boleh menjual semula rumah dalama tempoh 10 tahun

Laman Web : https://myhome.kpkt.gov.my/home


3. Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)


Agensi : Jabatan Perumahan Malaysia

Tujuan : Membina rumah yang berkualiti dan mampu milik khas untuk penjawat awam.

Sasaran Pemohon : Penjawat Awam

Harga : RM150,000 hingga RM300,000

Kelompok Pendapatan : Bawah RM10,000

Cara Pemilihan : Cabutan Undi (Ballots)

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Isi rumah dibawah RM10,000
  4. Pembeli kali pertama
  5. Tidak memiliki PPA1M di negeri lain


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan Slip gaji terkini
  2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga
  3. Borang PPA1M
  4. Pengesahan daripda majikan


Larangan : 

  1. Tidak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun
  2. Tidak boleh disewakan
  3. Tidak boleh diubahsuai


Laman Web : https://www.ppa1m.gov.my


4. Program Perumahan Rakyat (PPR)


Agensi : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Tujuan : Menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah

Sasaran Pemohon : Warganegara Malaysia

Harga :

1. Semenajung :
RM30,000 hingga RM35,000

2. Sabah dan Sarawak :
RM40,500

Kelompok Pendapatan : Bawah RM2,500

Cara Pemilihan : Proses Pemilihan

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pembeli berkeluarga (diutamakan)
  4. Pembeli kali pertama
  5. Pendapatan seisi rumah bawah RM2,500


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan slip gaji terkini
  2. Salinan kad pengelanan semua ahli keluarga
  3. Borang permohonan yang telah lengkap


Larangan : Todak boleh disewakan

Laman Web : https://sprn.kpkt.gov.my/



5. Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)


Agensi : Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan

Tujuan : Menyediakan rumah yang seleas kepada pemilik tanah yang berpendapatan renda seperti petani dan nelayan.

Sasaran Pemohon : Pemilik tanah yang berpendapatan rendah

Harga : RM45,000 hingga RM65,000

Kelompok Pendapatan : RM750 hingga RM3,000

Cara Pemilihan : Proses Pemilihan

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  3. Pendapatan isi ruamh di antara RM750 hingga RM3,000
  4. Tidak memiliki rumah sendiri
  5. Memiliki tanah sendiri tidak kurang dari 2,800 kaki per segi


Dokumen :

  1. Borang permohonan yang lengkap
  2. Akuan berkanun (statutory declaration)
  3. Sijil Pejabat Tanah


Larangan : Tiada

Laman Web : http://www.spnbmesra.com.my


6. Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)


Agensi : Kementerian Wilayah Persekutuan

Tujuan : Membina rumah yang mampu milik kepada golongan pendapatan sederhana, khasnya untuk menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.

Sasaran Pemohon : Penduduk Wilayah Persekutaan

Harga : RM52,000 hingga RM300,000

Kelompok Pendapatan : Bawah RM15,000

Cara Pemilihan : Cabutan Undi (ballots)

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 thaun ke atas
  3. Menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan
  4. Pendapatan isi rumah kurang daripada Rm15,000
  5. Rumah pertama di Wilayah Persekutuan


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  2. Slip gaji terkini pemohon dan pasangan
  3. Penyata EPF
  4. Salinan bil utiliti
  5. Akuan Berkanun (statutory declaration)


Larangan :

  1. Rumah tidak boleh dijual sebelum capai tempoh 10 tahun
  2. Tidak boleh disewakan


Laman Web : https://rumawip.kwp.gov.my/



7. Rumah Selangorku


Agensi : Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS)

Tujuan : Menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana yang menetap di negeri Selangor.

Sasaran Pemohon : Warganegara Malaysia

Harga : RM42,000 hingga RM250,000

Kelompok Pendapatan : RM3,000 hingga RM10,000

Cara Pemilihan : Proses Pemilihan

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Menetap di Selangor
  4. Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hinga RM10,000
  5. Tidak memiliki hartanah di Selangor


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan kad pengelanan pemohon dan pasangan
  2. Sijili Perkahwinan (Jika bujang, sila abaikan bahagian ini)
  3. Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Persuruhjaya Sumpah
  4. Akuan Berkanun (statutory declaration)
  5. Penyata EPF
  6. Salinan bil utiliti


Larangan :

  1. Rumah tidak boleh dijual sebelum capai tempoh 5 tahun
  2. Tidak boleh disewakan


Laman Web : http://lphs.selangor.gov.my/


8. Rumah Idaman Rakyat (RIR)


Agensi: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan

Tujuan : Menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan sederhana

Sasaran Pemohon : Warganegara Malaysia

Harga : Bawah RM300,000

Kelompok Pendapatan :

  1. Pendapatan bulanan bawah RM10,000
  2. Pendapatan peribadi bulanan bawah RM7,000


Cara Pemilihan : Proses Saringan

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Keutamaan kepada pembeli rumah pertama, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal


Dokumen Yang Diperlukan :

  1. Salinan kad pengelanan pemohon dan pasangan
  2. Sijil Perkahwinan (Jika Bujang sila abaikan)
  3. Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah
  4. Akuan Berkanun (statutory declaration)
  5. Penyata EPF
  6. Salinan bil utiliti


Larangan :

  1. Rumah tidak boleh dijual sebelum genap tempoh 5 tahun
  2. Tidak boleh disewakan


Laman Web : http://spnbidaman.com.my/my/

blogger lelaki logo

Kemeriahan MAHA 2016

2 Komen
MAHA 2016 dengar ceritanya mendapat sambutan hangat, ramai juga kawan aku dekat media sosial update status pergi ke sana. Bukan main syok lagi ye korang pergi tak ajak.

Pengajuran Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 kali ini dikatakan paling meriah. Salah satu sebabnya adalah aku rasa penganjurannya tepat dengan masa, sebab itu musim cuti sekolah.

Kemeriahan MAHA 2016


Tambahan pula penganjur MAHA 2016 kali ini lebih kreatif dengan buat beberapa aktiviti yang menarik seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik yang mungkin sedikti sebanyak menjadi tarikan kepada orang ramai untuk datang memeriahkan suasana di tapak pameran.

Mana mak ayah yang nak suruh anak-anak mereka kenal serba anika pokok, boleh terus bawa rombongan satu keluarga ke sana.

Boleh lah anak-anak kenal pokok durian macam mana, pokok nenas macam mana, rupa bentk kambing tu macam mana, jangan reti makan je.


MAHA 2016 Meriah : Catat 3.7 Juta Pengunjung

Aku baca dekat akhbar pengajuran kali ini paling berjaya sebab mencecah 3.7 juta pengunjung dalam masa 11 hari. Kau boleh bayangkanlah macam mana dia punya meriah, berpusu-pusu orang datang. Sebab itulah boleh dikatakan ini adalah kejayaan terbesar dalam sejarah penganjuran MAHA.

Tak percaya boleh tengok video dekat bawah ni.



Dengan kejayaan kali ini, kita boleh lihat bertapa rakyat Malaysia mula sedar pertanian tidak kurang pentingnya juga untuk negara ini. Mungkin boleh jadi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi petani moden, kita hasilkan produk pertanian dari dalam negara kita sendiri, tak perlu nak import daripada negara luar dah lepas ni.

MAHA di anjurkan setiap 2 tahun, jadi kalau anda nak merasa lagi selepas ini kena tunggu tahun 2018. Tahun ini ada lembu 'sado' silap-silap selepas ini ada kambing 'sado' pula.

Kemeriahan MAHA 2016


Kemeriahan MAHA 2016


Tahniah juga diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menjayakan MAHA 2016.

Jika anda nak tahu lebih lanjut pasal MAHA ni boleh usha dekat facebook mereka https://www.facebook.com/maha.gov.my
blogger lelaki logo

Top 15 Laman Jualan Online Popular Di Malaysia

15 Komen
Pembelian secara online sudah menjadi gaya hidup zaman kini. Ramai pengguna sudah tidak rasa kekok dan ragu-ragu untuk membeli barangan secara online.

Di Malaysia juga tidak ketinggalan dari segi pesatnya urusan jual beli secara online. Tahap kepercayaan orang Malaysia semakin meningkat untuk keluarkan duit mereka beli barang secara maya.

Disebabkan itu tumbuhlah peniaga-peniaga online bak cendawan tumbuh selepas hujan, baik secara kecil-kecilan dan juga bertapaknya syarikat besar.

Ada yang menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Instagram sebagai 'kedai' online mereka, dan ada juga yang membina lawan web jualan online secara mega untuk dijadikan gedung jualan mereka.

Top 15 Laman Jualan Online Popular Di Malaysia



Jadi inilah 15 laman jualan online yang paling popular di Malaysia 2016. Setakat bulan oktober 2016, laman jualan paling popular adalah Lazada.com.my. kemudiannya diikuti oleh Amazon.my dan Mudah.my.

Ketiga-tiga nama laman jualan online ini sudah tidak perlu kita perkenalkan lagi. Nama yang sudah cukup sinonim kepada kaki membeli belah online di Malaysia.

Top 15 Laman Jualan Online Popular Di Malaysia


Bil. Online Store Global Rank Malaysia Rank
1. Lazada.com.my 1,512 6
2. Amazon.com 7 4
3. Mudah.my 3,411 11
4. 11street.my 5,389 21
5. Lelong.com.my 5,368 25
6. Taobao.com 12 34
7. Aliexpress.com 50 52
8. Ebay.com 32 72
10. Alibaba.com 88 74
11. Shopee.com.my 24,032 100
12. Zalora.com.my 19,855 108
13. Ezbuy.my 27,456 116
14. Tmal.com 31 134
15. Youbeli.com 101,401 496

(Sumber berdasarkan ranking Alexa.com pada 28/09/2016, kedudukan ranking mungkin berubah dari semasa ke semasa.)
blogger lelaki logo

Nama, Gelaran dan Pangkat

4 Komen
Orang Melayu ni sebenarnya penuh sopan santun dan rendah diri menghormati orang lain. Apatah lagi jika orang tersebut ada nama, gelaran dan pangkat.

Adat ini kita warisi sejak berzaman, tok nenek kita dulu pun macam ni jugak. Orang yang ada pangkat dan gelaran akan lebih dihormati dan dipandang tinggi. Pengaruh mereka lebih besar apabila berada dalam masyarakat.

Nama, Gelaran dan Pangkat

Jangankan kerabat diraja atau pembesar dan wakil rakyat. Orang dulu-dulu begitu menghormati kerjaya seorang cikgu dan juga pengawai kerajaan. Kalau dulu, di kampung-kampung ada cikgu yang memiliki pengaruh di kalangan penduduk, mereka begitu dihormati.

Zaman kolonial, orang dulu-dulu panggil 'orang putih' dengan 'Sir' atau 'Tuan'. Sebab kita hormat orang.

Tiada apa yang salahnya tentang semua ini, sehinggalah ada orang yang pergunakan gelaran dan pangkat untuk kepentingan sendiri.

Ya, itulah punca masalahnya. Ada sesetengah orang kita sendiri yang suka mengambil kesempatan dengan menggunakan gelaran dan pangkat.

Kini lebih teruk sebab ada yang sanggup beli dan tipu tentang gelaran dan pangkat mereka. Orang kita pula begitu hormat, tanpa unsur periksa dan selidik terus kita salam cium tangan.

Aku tak nak kecam siapa-siapa. Kita cuma kena selalu beringat. Jangan sampai kena tipu oleh bangsa kita sendiri.

Pengajaran daripada beberapa kisah yang berlaku di dalam masyarakat kita kebelakangan ini adalah jangan beri peluang kepada golongan ini mengunakan gelaran dan pangkat untuk terus menipu.

Salah tetap salah. Namum bukan hak kita untuk menghukum itu urusan dia dengan tuhan. Jika dia buat salah dengan orang sekalipun itupun bukan juga urusan kita, itu urusan dia dengan orang yang dia tipu.

Kita cuma perlu berhati-hati agar tidak terkena, itu sahaja.
blogger lelaki logo

Penyakit Media Sosial

4 Komen
Penyakit media sosial, sudah lama aku nak tulis pasal ini. Sebab aku sudah lama perhatikan, semakin lama semakin tenat, seakan barah yang semakin parah.

Aku tak pasti kenapa wujud penyakit ini dekat media sosial, tapi pada pendapat aku ianya ada kaitan dengan masalah individu tersebut. Mungkin ada masalah mental atau apa yang aku sendiri tak pasti.

Walaupun aku boleh dikatakan sudah lama bergiat dalam media sosial ini, sejak dari zaman Myspace, Yahoo Massanger, Friendster hinggalah ke zaman Facebook, Twitter dan sebagainya. Aku perhatikan keadaan semakin teruk dengan cara orang menggunakan laman sosial.

Penyakit Media Sosial


Macam kes beberapa lepas, jadi viral Safee Sali meninggal dunia, padahal tuan empunya badan elok-elok sihat. Ini bukan kes yang pertama sudah banyak selebriti yang terkena. Namum orang yang suka buat cerita viral macam ini seperti tidak pernah insaf diatas perbuatannya.

Aku yakin, selepas ini akan ada lagi kes seperti ini. Aku tak pasti apa yang mereka dapat dengan membuat perkara seperti ini.

Laman sosial aku tak nafikan ada kebaikannya, ia bergantung kepada cara kita menggunakannya. Jika niat kita buruk maka ia akan menjadi keburukan.

Antara penyakit media sosial yang aku dapat kesan adalah seperti berikut :-

1. Tukang karang cerita/berita palsu untuk disebarkan di media sosial.
2. Suka sebar berita palsu, tidak tahu hujung pangkal terus like dan share.
3. Update status dan memberikan komen yang melampau-lampau, siap maki hamun, sumpah seranah cukup lengkap.
4. Update status dan beri komen yang melibatkan isu berkaitan agama dan perkauman.
5. Keyboard warrior yang sering jadikan media sosial untuk menghentam orang lain yang tidak sependapat atau sealiran.
6. Ada juga golongan yang add friend selepas itu dia add kita dekat bermacam-macam group, yang request main game pun ada.
7. Tak kurnag juga yang menggatal di media sosial, semua awek cun dia nak PM dan mengayat.
8. Malas dah aku nak tulis perkara-perkara negatif ni, kalau ada tambahan korang tambah sendiri dekat ruangan komen..k bai.
blogger lelaki logo

Nak Jadi Bloglist Ramadhan 1437H di Blog Hasrul Hassan

6 Komen
7 sebab kenapa aku nak jadi bloglist Ramadhan dalam blog Hasrulhassan.com?

1. Tersenarai dalam blog antara yang terhebat di Malaysia kot. Siapa yang tak nak. Bukan selalu sifu HH nak bagi peluang macam ni. Tengok aje la statistik blog HH untuk bulan April-Mei 2016, siapa yang nak taruk iklan dekat blog HH memang berbaloi dik.

2. Hasrul Hassan adalah idola gua dalam dunia blogging, khasnya dalam platform blogspot. Gua mendapat inspirasi daripada HH untuk terus guna blogspot, walaupun ramai yang ajak berhijrah ke wordpress. Tapi gua kental, terus 'stay' di blogspot.

3. Banyak tips dan panduan gua belajar daripada blog sifu HH ni masa mula bertatih nak buat blog dulu. Banyak ilmu yang aku praktikkan aku belajar daripada sifu HH. Jadi kepada blogger baru nak belajar, rajin-rajin la pergi melepas dekat blog HH banyak ilmu yang ada dekat sana.

Nak Jadi Bloglist Ramadhan 1437H di Blog Hasrul Hassan


4. Dan aku juga meletakkan blog HH sebagai benchmark untuk blog aku. Pada awal dahulu aku selalu kata "aku nak jadikan blog aku macam blog HH, hebat macam blog dia". Aku belajar SEO sebab aku nak cabar sifu HH, walaupun aku masih tak setanding HH dan perjalanan masih jauh. HH tunggu aku datang!

5. Sebab bro Hasrul Hassan kacak.

6. Rasa bangga apabila nama blog suam kuku macam blog aku ini dapat tersenarai dalam blog hebat bersama blog-blog hebat yang lain. Itu pun kalau sifu HH sudi taruk nama Bloggerlelaki dalam bloglist dia la.

7. Setinggi-tinggi trafik blog Hasrulhassan.com, tinggi lagi harapan gua nak jadi bloglist.

Sebulan pun jadi la dapat peluang macam ni. Sekian terima kasih.
blogger lelaki logo

Trafik Membeli Belah Online Musim Ramadhan Ini

Sila Komen
Bulan Ramadhan memang tak dinafikan lagi adalah musim membeli belah bagi orang kita. Tempat-tempat jualan juga banyak diwujudkan khas untuk bulan Ramadhan sahaja. Dan meriah juga dengan 'mega sale' sempena Ramadhan.

Kini satu fenomena juga adalah orang ramai lebih suka membeli belah secara online ketika di bulan Ramadhan.

Dalam satu analisis yang dibuat oleh sebuah syarikat pengiklanan digital iaitu Criteo mendapati pada bulan Ramadhan 2015 berjaya merekodkan 1.5 juta transaksi pembelian online 3 buah negara iaitu di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Trafik Membeli Belah Online Musim Ramadhan Ini

Pembelian lebih banyak dijangkakan akan dibuat oleh pembeli dalam minggu kedua dan ketiga Ramadhan, dalam unjuran tersebut menyaksikan peningkatan jualan sehingga 128% berbanding pada minggu pertama puasa yang hanya 39%.

Manakala dalam minggu terakhir puasa, menjelang hari raya jualan diunjurkan sedikit menurun kepada 50%.

Dalam kaji selidik itu juga telah mejangkakan lebih ramai yang menggunakan telefon pintar untuk membeli secara online, sekaligus menggantikan desktop dan laptop.

Kiranya di pertengahan bulan Ramadhan adalah waktu kemuncak orang ramai mula membeli belah secara online, mungkin disebabkan mereka mahu mengejar waktu dan juga faktor penghantaran barang yang mana mereka mahu ia sampai awal sebelum tibanya hari raya.

Menurut Criteo, antara barangan yang diramalkan akan menarik perhatian pembeli serta mendapat permintaan tinggi adalah peranti elektronik, jam tangan, barangan rumah dan pakaian.

Trafik Membeli Belah Online Musim Ramadhan Ini


blogger lelaki logo

Lazada Ramadhan Mega Sale 80% Discount

2 Komen
Tinggal beberapa hari lagi bulan Ramadhan bakal tiba, ramai orang akan mula membuat persiapan raya. Kini ramai orang sudah mula beralih kepada membeli-belah secara online.

Lazada selaku gedung jualan online terbesar dan popular juga untuk menawarkan pelbagai barangan untuk dibeli menjelang hari raya nanti.

Malah mereka ada tawaran hebat iaitu "Lazada Ramadhan Mega Sale Upto 80% Discount" <<== klik kalau nak kupon percuma.

Macam-macam produk yang anda boleh beli dekat Lazada sempena nak sambut Aidilfitri nanti, baju pun lawa-lawa aku tengok. Belum cerita pasal perkakas nak buat kek/kuih-muih serta barangan elektrik, pendek kata banyaklah barang yang boleh anda borong nanti.

Jawabnya serba barulah mak ngah beraya tahun ni.



Bagi aku antara faktor utama lebih ramai orang beralih kepada pembelian secara online adalah kerana mereka tidak mahu penat meronda-ronda pasaraya atau kedai-kedai, apatah lagi lebih penat ketika bulan puasa.

Tak perlu pandu kenderaan, melayan jalan raya yang sesak atau hendak berebut tempat parking kenderaan. Semuanya senang, hanya dihujung jari sahaja.

Urusan jual beli online kini sudah masuk era baru, orang ramai sudah mulai rasa selesa untuk membeli secara online menggunakan mobile telefon dan tablet.

Manusia sudah berevolusi daripada menggunakan internet di desktop / laptop, kini beralih kepada telefon pintar / tablet.

Sebab itu kini lebih banyak gedung jualan online sudah ada aplikasi membeli belah secara online sendiri.

Mereka mahu lebih rapat dengan hati pelanggan mereka.

Kenapa?

Sebab faktor utama untuk membeli secara online adalah internet, dan kini medium yang paling rapat dengan manusia adalah telefon pintar atau juga tablet.

Lagipun dengan aplikasi membeli belah di telefon pintar dan tablet.

Pengguna juga akan rasa lebih selesa untuk 'window shopping' sebab mereka boleh lakukan bila-bila masa tanpa perlu tunggu nak buka PC / laptop.

Iyalah zaman sekarang ini kan semuanya nak kena cepat.

Cerita pasal 'shopping', aku tak boleh lari daripada bincangkan pasal "jimat berbelanja".

Memanglah kita seronok nak menyambut raya, kita berbelanja sakan. Tapi kan lebih baik jika kita dapat berjimat cermat dan berbelanja secara berhemat.


Aku ada sedikit tips jimat berbelanja secara online.


1. Jangan beli ikut kemahuan tapi beli ikut kemampuan. Bukan apa, takut-takut nanti kita terbeli benda yang kita tak guna, kan dah jadi membazir.

2. Buat perbandingan harga. Lagipun lebih sennag hendak buat perbandingan jika kita membeli secara online. Ambil tempoh masa bertenang ketika 'window shopping' jangan tahu nak klik 'check out' je.

3. Cerita bab harga, sebenarnya anda boleh dapatkan voucher secara online untuk dapatkan diskaun setiap barangan yang anda beli di laman jualan seperti Lazada.


Diskaun! Ya ini adalah perkara yang semua orang suka apabila mereka membeli belah. Lebih jimat.

Dapatkan voucher diskaun untuk shopping online secara percuma. Nak tahu lebih lanjut boleh klik ==>> Money Saving Tips Malaysia.

Macam link Lazada Ramadhan Mega Sale yang aku berikan diatas, link itu akan berikan anda voucher sebenarnya. Jangan lupa klik tau.

Sebenarnya bukan voucher untuk Lazada sahaja yang ada, anda boleh dapatkan tawaran voucher daripada bermacam-macam lagi laman jualan online yang seperti EnSogo, Zalora, Go Shop dan Legoland pun ada tau.



blogger lelaki logo

Pesta Air Chenor Pahang 2016

4 Komen
Pesta Air Chenor Pahang 2016 yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 13-15 Mei ini bertempat di Jeti Lama Chenor, Chenor, Maran.

Banyak aktiviti menarik untuk disertai oleh pengunjung antaranya permainan tradisional, sukan rakyat, perlumbaan kayak dan lumba pe­rahu, pertandingan rakit cantik serta pertandingan masakan tradisional Pahang.

Bagi aku penganjuran Pesta Air Chenor pada tahun ini sangat signifikan dengan keadaan semasa, ketika El Nino melanda negara kita  rakyat Malaysia khasnya rakyat Pahang digemparkan dengan paras air sungai surut mendadak.

Rasa cinta dan sayang kepada sungai perlu di tanam didalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Ketika sungai surut, kita mulai sedar bertapa pentingnya sungai ini. Kita mulai tahu nikmat air yang kita rasai sekarang boleh 'ditarik balik'.

Pesta Air Chenor Pahang 2016


Dalam Pesta Air Chenor kali ini 49 aktiviti disediakan kepada orang ramai untuk turut serta memeriahkan, dengan melibatkan 34 acara di darat manakala selebih­nya di sungai.

Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur adalah :

Cabutan Bertuah - LCD TV, Basikal, Mesin Basuh, Peti Sejuk dan DVD.

  • Memanah
  • Makanan Tradisi
  • Kompang Formasi 
  • Demontrasi Cegah Jenayah Air
  • Wayang Pacak
  • Persembahan Kesenian
  • Sepak Raga Ratus
  • Galah Panjang
  • Seni Bela Diri
  • Gusti Lengan
  • Mewarna/Melukis
  • Teka Berat Ikan Patin
  • Kerbau Cantik
  • Masakan Chenor
  • Tarik Tali
  • Bola Sepak Kain Pelikat Di Pasir 
  • Busking 
  • Rakit Cantik
  • Lumba Rakit
  • Pukul Bantal
  • Kayak
  • Panjat Tiang Licin
  • Menjala Ikan
  • Mencari Kijeng
  • Bot Laju
  • Memancing Ikan
  • Mencari Etok
  • Larian Ke Puncak Bukit Kertau
  • Gasing Pangkah: Demo
  • Pameran Dan Jualan
  • Fotografi : Selfie Dan Keindahan Chenor

Selain itu lebih 32 agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijangka me­nyertai program khas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Tahun Melawat Pahang 2017.


blogger lelaki logo

Tahukah Anda Sisa Pepejal Boleh Menjana Tenaga?

3 Komen
Tahukah anda pasal sistem pengurusan sisa pepejal? Atau pernahkah anda ambi tahu pasal ini. Ia adalah hasil daripada apa yang kita buang daripada rumah setiap hari.

Dalam kajian pada tahun 2005, dianggarkan pada tahun 2020 negara akan menghasilkan 30,000 tan sehari sisa pepejal. Namum pada tahun 2012 sahaja sisa pepejal yang dihasilkan sudah mencapai 33,000 tan sehari.

Ya itulah jumlah sampah yang kita buang setiap hari, kita semua!

Bayangkan menjelang tahun 2020 berapa banyak sisa pepejal yang akan terkumpul.

Memanglah kita fikir tak penting pun untuk kita tahu pasal pelupusan sisa pepejal ini semua, tetapi adakah tak penting untuk kita menjaga alam sekitar, adakah ianya hanya tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja?

Tahukah Anda Sisa Pepejal Boleh Menjana Tenaga?


Tugas kita dalam perkara ini cukup mudah, iaitu kita cuma perlu asingkan sampah yang kita buang setiap hari. Asingkan mengikut jenis sisa, unttuk memudahkan tindakan pihak seterusnya.

Baca : Kenapa Kita Kena Asingkan Sampah Di Rumah?

Sistem Pengurusan Sisa Pepejal

Buat masa sekarang Sistem pelupusan sisa pepejal di Malaysia dibahagikan kepada 2 cara :-

1. Tapak Pelupusan Sanitari

Sisi pepejal diuruskan dengan sistematik. Dilengkapi dengan loji rawatan air larut resap (Leacheat), paip pengumpulan gas dan lain-lain. Sisa pepejal akan dirawat dan dikendalikan dengan betul dengan tujuan untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar.

2. Tapak Pelupusan Bukan Sanitari (Dumpsitez)

Tapak ini tidak diuruskan dengan sistematik dan bolah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. dengan pelepasan air larut resap dan gas metana.

Jadi walaupun kini kita sudah ada sistem pelupusan sisa pepejal, namum ia masih mampu mendatangkan pencemaran terhadap alam sekitar.

Menambahbaik Sistem Pelupusan Di Negara Kita

Disebabkan tidak mahu berterusan menbebankan Tapak pelupusan sampah, jadi salah sati inisiatif PBT adalah dengan menwujudkan Waste to Energy.

Tahukah Anda Sisa Pepejal Boleh Menjana Tenaga?

Pada masa yang sama kempen 3R masih diteruskan iaitu Reuse, Reduce dan Recycle. Cuma WTE perlu dilaksanakkan untuk memastikan isu sisa pepejal yang semakin bertambah dapat diselesaikan.

Kebaikan Waste To Energy (WTE).


  • Dengan proses WTE secara tak langsung dapat mengurangkan pencemaran bau di kawasan sekitar tapak pelupusan.
  • Dapat mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehinggan 85%, sekaligus dapat memanjangkan lagi hayat tapak pelupusan serta dapat menjimatkan penggunaan tanah.
  • Proses penguraian sampah dapat dipercepatkan lagi dengan proses rawatan.
  • Air larut resap dapat dikurangkan meresap ke dalam tanah.
  • Tiada perlepasan gas metana, yang juga peyumbang kepada pemanasan global. Walaupun begitu Loji WTE tetap melepaskan gas Dioxin dan furan. Namum gas ini hanya boleh menjejaskan kesihatan sekiranya seseorang itu terdedah bagi tempoh yang lama atas kepekatan yang tinggi.



Buat masa ini gerak kerja menguruskan sisa pepejal adalah :-

  • Penekanan 3R di peringkat penghasilan
  • Loji Wte di Peringkat Rawatan
  • Di peringkat akhir adalah Tapak Pelupusan

Sasaran buat masa ini adalah untuk mencapai 22% kadar kitar semula menjelang ahun 2020. Sekaligus akan mengurangkan 22% sisa pepejal dihantar ke tapak pelupusan.

Dengan WTE serta MRF disasarkan untuk mencapai pengurangan sehingga 40% sisa pepejal dihasilkan dilonggokkan di tapak pelupusan.

Kita ada misi.

Misi kita adalah untuk memastikan alam sekitar kita terjamin, bebas daripada pencemaran. Jika tidak ia akan terus dihimpit sisa pencemaran berpunca daripada kita sendiri.



NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTANAH)


Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong sampah beroda yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di sebelah tong pada hari kutipan yang telah ditetapkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Bungkusan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula yang bercampur dengan sisa baki akan ditanda dengan pelekat khas berwarna merah dan tidak akan dikutip oleh syarikat konsesi.

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM50.00;
Bagi kesalahan kedua – RM100.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.


NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT)

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut:
Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; dan
Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut:
Plastik;
Kertas; dan
Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik)

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:
Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016;
Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016:
Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
Bagi kesalahan kedua – RM200.00; dan
Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00.

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.
blogger lelaki logo

Membedah Filem P Ramlee

7 Komen
Aku antara peminat filem P Ramlee. Sejak dari kecil aku memang suka menonton filem-filem beliau.

Pada mulanya mungkin dipengaruhi oleh suka tiru apa orang yang lebih dewasa suka buat, orang suka P Ramlee kita pun sukalah.

Lagipun pada masa aku kecil, filem P Ramlee ada slot tayangan setiap minggu dikaca televisyen.

Tapi bila dah besar pun aku masih minat menonton filem lakonan dan arahan P Ramlee. Walaupun sekarang aku menonton tidak sekerap dahulu. Tapi banyak filem P Ramlee yang melekat dalam minda aku.

Filem-filem P Ramlee sangat dekat dihati rakyat Malaysia. Karyanya ada nilai dan mudah diterima oleh setiap orang.

P Ramlee sangat bijak menyelitkan perihal kehidupan masyarakat kita di dalam filem beliau, secara terus dan tersirat. Banyak juga masej yang disampaikan secara selingan di dalam filem. dan masej itu sangat kena dengan kehidupan kita.

Skrip perbualan dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, diantara Aloyah dengan Marjina.

"Marjina. Ada kau beli barang-barang aku pesan tadi." Kata Aloyah, selepas Marjina pulang daripada pasar.

"Dapat mak encik."

"Tapi hari ini semua harga barang-barang naik harga." Balas Marjina.

"Ntahlah, Apa mau jadi dengan dunia ini aku pun tak tahu, kadang-kadang naik, kadang turun" Balas Aloyah, sebelum Baba Kassim terpekit memangil Marjina

Nah, zaman 60-an pun orang kita sudah berbicara soal harga barang naik. Sama bukan dengan apa yang kita lalui hari ini? hehehe

Dalam filem Seniman Bujang Lapok pula, pergaduhan suami isteri, dari bilik sebelah pasal hantaran kahwin tinggi, sampai si suami terpaksa berhutang ceti. Selepas kahwin hidup merana angkara hutang, mana nak sara keluarga separuh lagi kena bayar hutang.

Memang kena sangat apa yang kita lihat pada hari ini. Perkara yang sama, dalam situasi dan nilai yang berbeza.

P Ramlee sudah lama bercerita dan memberi nasihat tentang perkara ini.

Ya, inilah realiti kehidupan yang beliau bawa di dalam filem arahannya yang diselindungkan dalam lawak-lawak untuk kita gelak, sebenarnya kita gelak pada siapa?

Jelas P Ramlee pada masa itu sangat kritis terhadap perbezaan diantara golongan atasan dan golongan bawahan, orang miskin dan orang kaya. Banyak filem beliau berkisar pertembungan dan perbezaan ini.

Dengan terang P Ramlee taruk nama Haji Bakhil pada watak orang kaya dalam filem Labu Labi. Sindiran yang jelas namum berkias dengan watak penuh kelucuan.

Membedah Filem P Ramlee

“Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan.”

-Daniyal Kadir, Penulis Membedah P.Ramlee.

Kepada peminat filem P Ramlee, jangan lupa untuk dapatkan buku tulisan tajam daripada Daniyal Kadir " Membedah P Ramlee", harganya cuma RM25.00

Klik Sini >>> untuk Beli Buku Membedah P Ramlee.
blogger lelaki logo

Menulis Adalah Terapi Minda

8 Komen
Bulan ini aku dilanda kesibukan, tiada amaran awal isteri aku bersalin awal 30 hari daripada tarikh jangka bersalin. 

Jadi blog aku terbengkalai, lama aku tak menulis.

Menulis adalah terapi minda, mungkin aku tiada fakta atau bukti saintifik untuk menguatkan kenyataan aku ini.

Namum ini hanyalah sekadar pendapat dari pengalaman sendiri.

Menulis atau lebih tepat membuat karangan tak kiralah di blog, media sosial , buku atau diari.

Apabila kita menulis dengan penuh penghayatan, menulis untuk meluahkan rasa itulah yang akan menjadi terapi minda.

Kau boleh rasa tenang dan relaks seketika selepas kau menulis.

Macam aku, apabila menulis aku akan tujahkan fikiran menerawang ke awangan untuk mengapai tahap imaginasi menyusun kata-kata.

Buat seketika itu kita lupakan semua hal yang merobek jiwa atau meresahkan otak kita.

Dengan daya penumpuan yang padu minda kita akan rasa lega selepas selesai menulis.

Namun, memanglah menulis itu terapi minda untuk diri aku tetapi jika aku menulis aku mahukan tumpuan sepenuhnya.

Jika ada sedikit gangguan selalunya penulisan aku tersekat ditengah jalan.

Mungkin mood aku sudah ke laut.



Menulis juga boleh hilangkan stress.

Jika kita sedang stress, cuba tuliskan apa masalah yang menjadi punca kita rasa stress. 

Ini bukan untuk menulis di blog atau laman sosial tau.

Tulislah untuk secara peribadi, tulis di note atau diari pada telefon atau buku catatan kita. Jangan duk tunjuk dekat orang awam pula.

Ini juga adalah salah satu terapi minda untuk merasai sedikit ketenangan ketika kita tidak tahu hendak meluahkan masalah kepada siapa.
blogger lelaki logo

Boboiboy The Movie Pecah Panggung!

8 Komen
Bukan senang sebenarnya untuk Filem Animasi Malaysia untuk membuat kutipan pecah panggung. Namum Boboiboy The Movie ternyata telah memberi impak yang besar apabila berjaya mencipta rekod dengan kutipan RM500,00 pada hari pertama tayangan.

Dalam info yang terkini, selepas 17 hari tayangan, Boboiboy The Movie (2016) telah berkaya mencatat kutipan hampir RM13 juta. Satu percapaian yang sungguh membanggakan bagi pihak Animonsta Studios bagi filem animasi pertama mereka ini.

Aku yakin kutipan filem animasi 3D ini akan bertambah selepas ini, faktor utama yang aku nampak adalah bermula musim cuti sekolah. Sudah pastinya ramai ibubapa yang akan bawa anak-anak pergi menonton filem ini di pawagam.

Boboiboy The Movie Pecah Panggung! RM4 juta 4 hari tayangan


Walaupun ini filem animasi, namum aku rasa orang dewasa pun akan tertarik untuk melayan filem ini kerana faktor jalan ceritanya yang menarik. Kiranya ia dah jadi macam filem animasi antarabangsa yang akan ditonton oleh ramai orang tidak mengira peringkat usia.

Ini adalah merupakan filem animasi kedua arahan Nizam Razak, pengarah muda yang cukup cemerlang bagi aku. Sebelum ini beliau muncul dengan filem animasi Geng : Pengembaraan Bermula (2009). Suara Papa Zola (versi Bahasa Melayu) dalam siri Boboiboy pun guna suara Nizam Razak ni la kalau nak tahu.

Aku amat yakin Boboiboy The Movie mampu mengatasi rekod kutipan filem Geng : Pengembaraan Bermula yang pada ketika berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 6.20juta.

Kos untuk menghasil filem ini telah menelan belanja hampir RM5 juta dengan jangka masa 2 tahun segala usaha dan tenaga digunakan untuk menyiapkan sebuah filem animasi terbaik kepada rakyat Malaysia. Aku rasa ianya cukup berbaloi dengan hasilnya sekarang.
blogger lelaki logo

Selamat Hari Wanita

2 Komen
Selamat Hari Wanita dari BloggerLekaki.com. Aku tak nafikan wanita adalah tulang belakang bagi seorang lelaki. Tangan yang menghayun buaian mampu mengegar dunia.

Sebagai lelaki aku berterima kasih buat wanita, 9 bulan aku menumpang jasad ibu.

Wanita sifatnya lembut, namum mereka kuat dari dalaman. 

Kini aku ada 3 wanita yang penting dalam hidup aku, merekalah punca kekuatan aku untuk teruskan hidup. Tanpa 3 wanita ini hidup aku akan kosong.

Selamat Hari Wanita


Satu. Orang paling aku sayangi, ibu aku sendiri. Dialah wanita yang sering berikan aku dorongan untuk berjaya. Jasanya amat besar, ambillah gunung sebesar mana sekalipun takkan terbanding jasa ibu pada aku.

Kedua. Isteri aku, wanita yang sudi menjadi peneman hidup. Masih setia disisi disaat senang dan susah.

Ketiga. Anak aku, cahaya mata yang memberi sinar dalam kehidupan. Menjadi penyeri hidup aku.

Aku pernah menyaksikan ketiga- tiga wanita ini bersusah payah dalam hidup dihadapan mata aku sendiri.

Walaupun anak aku baru berusia 2 tahun lebih, ketika masih belum mengerti akan kekalutan dunia. Dia sudah mengenal erti tabah untuk hidup.

Ketika lahir, dia tidak sepeti bayi lain yang selesa dalam pelukan seorang ibu. Tapi dia terlentang dalam inkubator di hospital selama 90 hari. Jarinya yang kecil comel sudah tak terkira ditusuk jarum. 

Ada kesannya lagi parut pengorbanan si kecil ini menjadi parut pengalaman hidup.

Andai dia meningkat dewasa nanti. Aku yakin dia akan jadi seorang wanita yang kuat dan tabah.

Isteri aku sentiasa disamping aku. Tak kira susah senang kami hadapi bersama. Aku tahu dia seorang yang kuat, tabah. Semoga kami akan terus tabah menjalani kehidupan.

Ibu aku sejak kecil lagi membesarkan aku. Aku tahu sangat jerit perih seorang ibu bergandingan dengan ayah untuk menyara kami adik beradik. Walaupun sukar, hanya perkata positif sahaja yang keluar daripada mulut ibu aku. Itu sumber inspirasi aku hari ini.

Selamat Hari Wanita kepada mereka yang selama ini gagah dalam kelembutan.
blogger lelaki logo

Filem Ola Bola - Cerita Kegemilangan Bola Sepak Negara

3 Komen
Dalam suasana bolasepak kita yang sedang meriah di peringkat liga walaupun prestasi hambar bagi skuad kebangsaan, hadirnya filem Ola Bola sudah pasti akan turut memeriahkan fenomena bolasepak negara.

Jika dahulu sudah ada beberapa filem yang berkaitan bolasepak dalam filem seperti Gila Bola, Gol dan Gincu, Bola kampung (animasi 3D) dan Jejak Warrior. Namum aku sangat yakin filem Ola Bola jauh berbeza dengan filem-filem bolasepak sebelum ini, dan sudahpasti sangat berbeza dengan filem-filem Malaysia yang pernah dihasilkan.

Menurut pengarah filem ini, Chiu Keng Guna 'Ola Bola' berinspirasikan kisah benar pemain bolasepak negara pada era 80-an yang menggambarkan semangat juang pemain bolasepak negara yang menaikkan nama Malaysia sehingga layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia 1980.

Ola Bola

Chui Keng Guan juga adalah pengarah filem box-office 'The Journey' yang berjaya mencatat sebanyak RM17.6 juta. Ramai yang ternanti-nanti hasil air tangan pengarah ini, adakah sekali lagi bakal pecah panggung dengan filem terbaru ini.

Filem Ola Bola diterbitkan oleh penerbit yang sama untuk filem 'Polis Evo' yang mencatat kutipan RM17.47 juta iaitu Astro Shaw. Malah sebelum itu mereka pernah mencatat kutipan tinggi dengan RM 10.90 juta untuk filem Ombak Rindu.

Sudah tentu untuk filem Ola Bola ini tinggi juga harapan Astro Shaw dan produksi Woo Hoo Pictures untuk membuat kutipan besar. Lagipun Astro Shaw cukup hebat dalam promosi mereka disamping kualiti filem yang mereka hasilkan.

Chui Keng Guan juga menjanjikan kualiti terbaik ditampilkan dalam filem Ola Bola. Dengan berlatarkan suasana tahun 70-an dan 80-an sudah pastinya akan mengamit memori perjalanan arena bolasepak negara.

Antara barisan pelakon yang menbintangi Ola Bola adalah JC Chee,Luqman Hafidz,Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan,Katrina Ho,Bront Palarae dan Frankie Lee.

Sinopsis

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.
Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.
Kehilangan Tauke yang mengundur diri gara-gara masalah kewangan juga menyukarkan skuad itu, namun, segala rintangan dapat diatasi terutamanya dengan kehadiran ‘pemain no. 12’ iaitu ribuan peminat yang tidak jemu-jemu menyokong skuad negara di stadium ketika berdepan lawan yang jauh lebih kuat pada waktu itu.

Filem ini akn ditayangkan di pawagam pada 28 Januari 2016. Bagi aku filem ini akan mengembalikan memori zaman kehebatan bolasepak negara.

Diharap juga bakal menyemarakkan semangat anak muda untuk bermain bolasepak dan mengharumkan nama negara kita.

Tak dapat masuk Piala Dunia atau Olimpik pun tak mengapa, tawan dahulu Piala Asia....dan Piala AFF Suzuki...dan Pingat Emas Sukan SEA juga....hmmmm..Ranking FIFA kasi up sikit...jangan main bola lambung lagi..bla..bla..tanduk bola jangan pejam mata.

Kutipan Filam Ola Bola

Nampaknya seperti yang dijangka filem "Ola Bola" mendapat sambutan hangat daripada penonton. Sejak ditayangkan pada 28 Jan di 126 pawagam, filem ini telah berjaya mengutip RM 8 juta dalam masa 13 hari tayangan.

Adakah filem ini bakal menjadi box office pada tahun ini?


Baca Juga :
blogger lelaki logo

Rayza Mukmin dan Maharaja Lawak Mega 2016

5 Komen
Pada tahun ini, Maharaja Lawak Mega 2016 nampaknya hadir tanpa kelibat Sepahtu, Zizan /Jozan, Kumpulan Shiro pula berpecah dengan Ajak sertai kumpulan lain malah Nabil pun dah merajuk kot. tapi okeylah ada peserta baru, sebab tiap-tiap tauhn tengok muka yang sam je bosan jugak. Manalah tahu tahun ini lawak lebih segar untuk digelakkan.

Antara peserta yang akan memeriahkan pentas Maharaja Lawak Mega 2016 ini adalah Kumpulan LOL ( gabungan Ajak Shiro, Tauke Jambu dan Angah Raja Lawak ), Joras ( Rahim R2, Shuk SYJ dan Joey Jalor ), Kumpulan Cham kembali bergabung ( Along dan Azrul ), Bos ( kumpulan Mamu dan Ezad Lazim ).

Selain itu ada beberapa kumpulan lagi yang menyertai MLM 2016 iaitu Kumpulan Puteh, Chilok, Bora, Xola, Shake, Enjen, Awok, Saywho dan Bocey. Nampaknya juara MLM yang lepas iaitu Zero tidka turut serta untuk menpertahankan kejuaraan mereka.

Tambahan lagi ada dua orang stand up comedian yang akan turut serta kali ini iatu Kavin Jay dan Reza.

Maharaja Lawak Mega 2016

Aku sebenarnya minat lawak, ya semua orang minat lawak. Tapi aku lebih minat dengan lawak Stand up comedi. Macam Harith Iskander tu memang jiwa aku kearah lawak yang macam tu. Tapi cara lawak Nabil aku kurang sikit, ada sesetangah lawak yang dia buat aku boleh terima.

Kali ini aku nak perhatikan si Reza Mukmin (Rayza Mukmin) tu. Nak tengok sejauh mana lawak dia boleh pergi. Tapi aku minta juga cara lawak dia yang bersahaja dan kadang-kadang memerlukan kita sebagai penonton berfikir.

Tapi ada masanya lawak si Reza ni hanya sesetengah orang je faham, dalam MLM ni dia kena buat lawak yang lebih universal biar semua orang dapat tangkpa dan gelak.

Pada aku untuk stand up comedy, mereka tak perlu buak lawak splastik, cukup dengan ayat-ayat yang padu untuk menggelikan hati perut. Mereka perlu cari input dan buatkan orang berfikir dan gelak. Cara stand up comedy ni, aku suka apabila mereka membuat lawak secara kritis dan sindiran dalam sesuatu isu.

reza mukmin

Tapi dekat Malaysia, aku perhati tak ramai orang yang minat lawak-lawak daripada stand up comedy nie. Sebab aku perhati ada masanya lawak yang disampaikan orang kita tak dapat tangkap dan langsung tak gelak. Padahal aku dengar lawak itu cukup kritis dalam sindiran lawak yang dilontarkan.

Semoga berjaya buat Reza membuatkan orang gelak, manalah tahu nanti dia pula bakal mengantikan Harith Iskander dalam lapangan stand up comedy di Malaysia.

p/s: Aku baru khatam buku penulisan Reza Mukmin hasil gabungan dengan Aloy Paradoks dan Bias iaitu "Burgermpak".

Saksikan Persembahan Reza Mukmin di Pentas Maharaja Lawak Mega 2016

Minggu 1


Minggu 2


Minggu 3


Minggu 4


Minggu 5


Minggu 6


 Minggu 7


Minggu 8
blogger lelaki logo

Kalau Nak Jadi Rashid Jadilah Macam Rashid Sidek

16 Komen
Ramai orang yang bernama Rashid ni sebenarnya bagus, dan memang boleh dijadikan contoh tauladan. Jadilah seperti Rashid. Kalau nak jadi macam Rashid jadilah macam Rashid Sidek.

Budak-budak yang membesar pada zaman tahun 90-an pasti kenal sangat dengan Rashid Sidek. Jaguh badminton pada zaman itu, kiranya macam Datuk Lee Chong Wei sekarang la.

Apa yang membezakan Rashid Sidek Dan Lee Chong Wei adalah Piala Thomas. Cuma yang lebihnya Lee Chong Wei adalah lebih banyak merangkul kejuaraan mungkin zaman Rashid Sidek dia kurang menyertai banyak kejohanan sama seperti Lee Chong Wei.

Boleh aku katakan pada zaman itu Rashid Sidek adalah idola kepada ramai budak-budak yang suka main badminton termasuk aku. Tapi secara peribadi aku mula menjadi Rashid sebaagai idola selepas kemenangan pasukan Malaysia menjluang Piala Thomas 1992.

Piala Thomas 1992


Pada kejohanan badminton berpasukan itu, Malaysia telah menewaskan Indonesia 3-2. Rashid Sidek turun selaku pemain perseorangan yang pertama dan  berjaya menewaskan pemain Indonesia, Ardy Wiranata. Dengan keputusan 2 - 1.

Memang kejayaan yang gemilang pada masa itu, tapi yang sedihnya pada Piala Thomas 1994 pasukan Malaysia kalah kepada Indonesia. Pemain perseorangan hebat Indonesia pada masa itu Hariyanto Arbi telah menewaskan Rashid 2-0.

Namum nama Rashid takkan padam dalam sejarah badminton Malaysia, sebab dia adalah salah seorang pemain yang hebat.

Rashid juga pernah jadi pelakon, tapi sekali aku tengok macam raket badminton Rashid berlakon, keras macma kayu. Memang Rashid tak ada bakat bab lakonan..sory terkutuk pulak.

Jadi kesimpulannya jadilah Rashid Sidek yang bermain badminton bukannya Rashid yang berlakon. Sekian, majulah sukan untuk negara.