Showing posts with label Edisi Jumaat. Show all posts
blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Istidraj

32 Komen
Maksud Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Sebab itu kita jangan merasa pelik jika, ada orang yang malas beribadat akan tetapi rezeki dia melimpah ruah. Akan tetapi ada orang yang langsung tak hiraukan soal amal ibadah lebih kaya daripada kita.

Sedangkan kita selalu dengar ustaz cakap, kalau nak murah rezeki, solat 5 waktu jangan tinggal, ditambah pula dengan solat Dhuha.

Inilah dia Istidraj, pemberian nikmat untuk menyesatkan lagi orang tersebut. Biar mereka terus lalai dan alpha di dalam kemewahannya. Dan akhirnya mereka akan di balas akibat daripada kesilapan mereka sendiri.

Edisi Jumaat : Istidraj
Rasullulah s. a. w. bersabda :
”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Aku ada kisah benar, bukan untuk memburukkan orang tapi sebagai pengajaran. Ini cerita zaman aku masih bersekolah. Ada seorang kawan aku ini, dia memang rajin belajar, dia pun boleh dikatakan cemerlang di dalam pelajaran. Dialah orang yang selalu ada disebelah aku ketika waktu belajar ketika diasrama.

Pada mulanya aku tidak perasan, namum lama-kelamaan aku mulai tersedar yang dia ni tak solat. Setiap kali je aku dengan kawan aku lagi sorang pergi solat tak pernah nampak dia. 

Tetapi ketika waktu solat maghrib dengan solat Isyak dia ada sebab, itu wajib, kalau tak pergi solat berjemaah, kena hukum dengan ustaz la jawabnya. Tak kena rotan, kena jalan itik keliling tapak perhimpunan.

Kawan aku yang bernama Mamat ni suruh la aku pergi nasihatkan kawan aku yang tak suka solat ni. Sebab akulah yang paling rapat dengan dia. So dengan gentlemen nya aku pergi nasihatkan dia.

Masa tu cuaca agak mendung, sebelah petang angin sepoi-sepoi bahasa. Sedang kami lepak-lepak menikmati pemandangan ke arah padang bola, aku pun mulakan sesi tazkirah santai. Lama jugak aku ayat dia, dia tak banyak cakap, dia banyak diam je, tak macam selalu dia berborak dengan aku.

Aku tak sangka, selepas aku nasihatkan dia. Dia terus jadi dingin dengan aku, langsung tak bertegur dengan aku. Masa belajar pun dia dah tak duduk sebelah aku lagi. Sejak daripada hari itu, kami dah putus sahabat hingga kini.
blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : 7 Bahaya Lidah

26 Komen
Fungsi lidah adalah untuk bercakap, berkata-kata. Namum ada perpatah mengatakan lidah itu tajam umpama pedang dan lidah juga tidak bertulang.


Namum hari ini, bukan sahaja lidah yang perlu kita jaga, jari jemari pun ada fungsi yang sama juga. Apabila kita menaip atau menulis. Ia ibarat kata-kata yang ingin kita luahkan. 

Kedua-duanya kita perlu jaga, jangan mengeluarkan kata-kata yang boleh mendatang dosa, begitu juga dengan menulis. Semua itu akan dipertanggungjawabkan kelak.

Tambahan pula, dalam dunia yang serba canggih, sekali taip terus tersebar ke seluruh capaian internet. Macam man kia nak hitung tu, cuba bayangkan bertapa luasnya dunia maya ini.

Bagi aku, baik buruk percakapan atau penulisan semuanya datang dari hati. Hati adalah raja. Jadi kita kena jaga. Insyallah.

blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : 10 Solat yang Ditolak

17 Komen
Solat adalah tiang agama. Ibadah yang terpenting bagi muslim. Sudah tentu kita mahu ibadah kita di terima oleh ALLAH S.W.T. Namum ada juga solat yang tidak diterima. Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :

10 Solat yang Ditolak

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Solat adalah ibadah terpenting dalam menbentuk rukun Islam. Apakah yang akan terjadi jika kita tidak mampu memenuhi rukun yang kedua ini.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Dan sering kita dengar soalan ini, kita sembahyang tetapi masih lagi buat dosa, mengapa ya? Jangan tanya orang lain, lama dah nabi jawab soalan kita itu.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Kita sudah tahu solat itu penting. Jadi adalah wajib untuk kita pergi mencari ilmu pasal solat jika tiada halangan. Carilah ustaz yang mengajar kitab bab solat ni. Cari ustaz yang bacakan kitab Munyatul Musolli. Adab nak menadah kitab, kena dengar sambil baca kitab.

Dunia sekarang serba moden, tak perlu dah nak pergi surau atau masjid nak menadah kitab, cuba search dekat google, nak versi mana Ustaz Haron Din atau Ustaz Azhar Idrus yang bacakan kitab Munyatul Musolli. Namum adalah lebih baik jika kita pergi berguru secara berdepan, supaya dapat menjernihkan yang keroh di maat fikir kita.

p/s: nak belajar biar berguru, takut tersesat pulak nanti
blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Ada Baiknya Aku Diam

32 Komen
Ada Baiknya Aku Diam


Dosa mulut adalah dosa yang paling mudah dan dekat dengan kita. Jika kita tidak menjaga ketajaman lidah kita berbicara, mungkin tersembur dosa-dosa dari hamburan kata-kata yang kita lepaskan. Ringan dimulut tetapi berat timbangannya kelak.

Kita selalu anggap kita bercerita hal keburukan orang lain itu tidak berdosa, kerana kita bercakap perkara yang benar tentang buruknya orang itu. Malah kita hanya bercakap perkara yang benar tanpa ada tokok tambah atau membuat fitnah dalam cerita kita. Tapi kita telah bercakap hal yang tidak disukai oleh orang itu dan telah menyakiti hatinya.

Tanpa kita sedar itu sebenarnya juga termasuk di dalam salah satu dosa yang besar. 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” 

(Hadis riwayat Muslim)
Wahai sahabat sekalian, mulai hari ini, jagalah lidah kita berbicara daripada menyakiti hati orang lain. Memang seronok apabila kita dapat bergosip sakan, tapi adakah kita tahu, apa yang kita cakap itu akan menyakiti hati orang lain.

Alangkah aman dunia ini jika masing-masing dapat menjaga lidah mereka daripada menyakiti hati orang lain. Berhati-hati lah apabila kita berbicara.

blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Kelebihan Istighfar

30 Komen
Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”
(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

Semoga menjadi amalan kita semua, sebenarnya ada banyak lagi kelebihan istighfar ini. Beramal dengan seikhlas hati, semoga mendapat ganjaran yang besar daripada ALLAH S.W.T.

Kita memang digalakkan menperbanyakkan Istighfar ini, biar menjadi amalan kita untuk membasahi lidah memohon keampunan daripada ALLAH S.A.W. Tak kiralah diwaktu kita senang mahupun didalam keadaan musibah. Biar kita selalu mengingati bahwa ALLAH S.W.T itu ada bersama kita.

Kelebihan Istighfar


Marilah kita sama-sama menghayatinya dan mengamalkannya secara istiqamah.
blogger lelaki logo

Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada Suaminya

30 Komen
Salam di hari jumaat yang penuh berkat ini. Syukur sekali lagi aku dapat berkongsi cerita untuk renungan kita semua. Disebabkan tagline blog ini adalah bukan hanya untuk lelaki. Jadi kali ini ada kisah seorang wanita muslimah yang terbilang, Fatimah Az-Zahra.

Setiap manusia biasa pasti ada kelemahan dan pernah melakukan kesilapan, apa yang penting adalah kita peru menebus balik semula kesilapan kita, kalau kita berdosa dengan Allah, pohonlah keampunan-Nya. Jika berdosa dengan manusia, kita perlu meminta maaf dari orang itu. Ini dia kisah Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada Suaminya. Untuk renungan bersama...

Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada Suaminya


Intipati kisah Fatimah Az-Zahra ini.

ALLAH S.W.T telah mengangkat darjat Fatimah Az-Zahra oleh kerana ketaatan kepada suaminya Sayyidina Ali.

Beliau tidak pernah meminta-minta hingga menyusahkan suaminya. Walaupun begitu, kemiskinan tidak menghalang untuk beliau sentiasa bersedekah.

Beliau tidak sanggup perutnya kekenyangan, padahal ada orang lain pula sedang kelaparan. Beliau tidak rela hidup bahagia sedangkan ada orang lain sedang menderita.

Sifat terpuji Fatimah Az-Zahra adalah, beliau tidak pernah menbiarkan pengemis melepasi pintu rumahnya tanpa diberikan sesuatu, walaupun dirinya sendiri sedang kelaparan.

Fatimah Az-Zahra telah mengeluarkan kata-kata yang membuatkan Sayyidina Ali terasa hati. Setelah sedar akan kesalahannya, Fatimah Az-Zahra segera meminta maaf dengan Ali berulang kali.

Namum air muka Ali alngsung tidak berubah, lalu Fatimah Az-Zahra berlari-lari mengelilingi Ali.

70 kali Fatimah Az-Zahra 'tawaf' mengelilingi Ali sambil merayu-rayu memohan dimaafkan. Namum akhirnya, lembut juga hati Ali, meilaht tingkah laku Fatimah Az-Zahra itu membuat Ali tersenyum dan lantas memaafkan kesalahan isterinya.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedangkan suamimu Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyolatkankan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi nasihat kepada puterinya itu saat perkara ini sampai ke telinga Nabi SAW.

Ini adalah sebahagian kisah teladan untuk kita sama-sama contohi, bukan sahaj untuk sebelah pihak isteri tetapi untuk pihak suami juga perlu saling pandai menjaga hati pasangan masing-masing.

blogger lelaki logo

Edisi Jumaat : Berdosanya Seorang Lelaki Jika....

3 Komen
Berdosanya Seorang Lelaki Jika

Berdosanya seorang ayah jika...

dia tidak menjaga anak perempuannya, dia tidak menyuruh dan memberikan pendidikan agama secukupnya seperti solat, mengaji dan membiarkan anaknya mendedahkan aurat. Maka seorang ayah itu akan ditarik oleh anak perempuanya sendiri ke dalam neraka.


Berdosanya seorang suami jika...

dia tidak menjaga tingkahlaku isterinya, bergaul bebas dan tidak menjaga padangan dari lelaki yang bukan muhrimnya, dengan nyata berbuat maksiat, maka seorang suami itu akan ditarik oleh isterinya yang tersayang ke dalam neraka


Berdosanya seorang abang jika...

dia tidak menjalankan tanggungjawab selepas kematian ayahnya untuk menjaga adik beradik perempuannya. Dan menbiarkan adik beradiknya melakukan dosa dan tersesat dari ajaran Islam. Maka seorang abang itu akan ditarik oleh adik beradik perempuannya ke dalam neraka.


Berdosanya seorang anak lelaki jika...

Dia tidak menasihati ibunya supaya menutup aurat, suka mengumpat, menabur fitnah dan melakukan dosa-dosa lain. Maka seorang anak lelaki itu akan ditatik masuk ke dalam neraka oleh ibunya sendiri.

Jadi sama-samalah kita menjaga ahli keluarga kita agar, tidak terjerumus ke pintu neraka jahanam.