Showing posts with label Contest. Show all posts
blogger lelaki logo

Penyakit Kulit Ekzema Pada Bayi Dan Psoriasis

4 Komen
Kita biasa dengar tentang penyakit kulit ekzema, iaitu sejenis penyakit kulit yang selalunya dihadapi oleh bayi, namum ia juga boleh terkena pada orang dewasa. Ekzema pada bayi akan menyebabkan pesakitnya berasa tidak selesa dan resah disebabkan kulit yang kering dan kegatalan.

Penyakit ekzema berlaku apabila kecacatan fungsi penghadang kulit sehingga boleh menyebabkan alahan senang meresap masuk ke lapisan kulit dan kemudiannya kulit menjadi kering dan kurang kelembapan.

Ekzema akan mengakibatkan kulit menjadi gatal yang teruk sehingga membuat pesakitnya ingin menggaru. Apabila kulit semakin kering makan akan meningkatkan lagi tahap kegatalan. Jika kulit yang gatal tadi digaru berulang kali, lapisan kulit akan terkoyak.

Penyakit Kulit Ekzema (Eczema)

Penyakit Kulit Ekzema


Penyakit kulit ekzema berlaku apabila kulit menjadi kemerahan, kekeringan, gata-gatal serta merekah. Setakat ini pakar masih belum menjumpai punca utama terjadinya ekzema.

Namum dalam kajian yang mendapati eczema boleh berlaku berpunca daripada pertalian darah, jika salah sseoarnag daripada ibu atau bapa penghidap ekzema maka ia berkemungkinan besar akan diwarisi oleh anak-anak.

Ekzema (eczema) atau nama lainnya adalah atopik dermatitis (eczema atopik) adalah sejenis penyakit kulit yang sering terkena kepada kanak-kanak dan warga tua.

Penyakit ulit ekzema boleh dibahagikan kepada 2 jenis :-

Acute Eczema

  • Erythem : pesakitnya akan merasa panas pada kulit, gatal dan keradangan
  • Papules : kulit pesakit eczema akan membentuk tompokan yang berwarna kemerahan

Eczema Kronik

  • Pada peringkat ini kulit pesakit akan menjadi terlampau kering, berair dan bersisik
  • Ada juga terjadi kulit pesakit akan menjadi tebal serta kasar dan berkedut

Ekzema Pada Bayi

Penyakit kulit ekzema pada bayi yang berumur diantara 2 hingga 6 bulan lebih dikenali sebagai Atopic Dermatitis. Walaupun Atopic ini akan mulai sembuh apabila bayi mencecah umur 6 bulan, namum ada kemungkinan masalah kulit ekzema ini akan kekal hingga dia dewasa.


ekzema pada bayi


Sehingga hari ini pakar masih belum menjumpai punca sebenar terjadinya penyakit kulit ekzema. namum terdapat beberapa punca yang dipercayai boleh menyebabkan ekzema terkena pada pesakit :

Faktor dalaman :

  • Sejarah ahli keluarga yang pernah terkena penyakit kulit ekzema, asma atau allergi rhintis.
  • Berlakunya perubaha emosi seperti keresahan dan stress.
  • Amalan permakanan seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor luaran :

  • Terdedah kepada asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlampau panas atau lembap.
  • Alahan kepada sabun, syampu, serbuk pencuci pakaian, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan, hama dalam rumah.


Penyakit Kulit Psoriasis

Penyakit Psoriasis pula adalah sejenis penyakit yang radang kulit yang berbeza. Psoriasis kita dapat lihat tompokan merah pada kulit dan diliputi dengan lapisan putih yang lain.

Walaupun penyakit kulit ekzema dan Psoriasis adalah dua penyakit berbeza, namum ia mempunyai gejala yang sama iaitu kulit menjadi terlalu kering dan kegatalan yang terlampau.

Oleh sebab itu cara merawat ekzema dan proriasis juga hampir sama. Saya syorkan kepada anda untuk mencuba guna Bedak Asma'.

bedak asmak

Bedak Asma' Merawat Ekzema Dan Psoriasis

Bedak Asma' ini diperbuat daripada tanah liat putih yang berkualiti dan dijamin 100% bahan semulajadi. Jadi ia selamat untuk digunakan oleh semua pesakit ekzema dan psoriasis pada semua peringkat umur.

Berikut adalah kegunaan lain Bedak Asma' iaitu merawat ekzema pada bayi, ruam, psoriasis, kudis buta, kurap, panau, kayap, gatal, cacar air, luka dan lain-lain.


Kelebihan Bedak Asma'

  1. Selain daripada itu ia juga boleh digunakan untuk mengecutkan jerawat, mencerahkan serta melicinkan kulit.
  2. Ia juga mempunyai kadar UVA yang tinggi iaitu 0.88. Dimana ia mampu mengelakkan kedutan pada kulit.
  3. Ia juga tidak akan membuatkan liang pori tersumbat.
  4. Memiliki tekstur yang sangat halus, jadi ia mudah diserap serta ia sejuk apabila dipakai.
  5. Bedak Asma' sememangnya sesuai digunakan untuk merawat pelbagai penyakit kulit.
  6. Sebenarnya bedak ini juga boleh dimakan untuk merawat masalah cirit birit dan untuk merawat penyakit gout.
  7. Bedak Asma' ini sememangnya produk mampu milik, harganya cuma RM38 sebotol dengan beratnya 150 gram.
bedak asmak merawat penyakit kulit ekzema dan psoriasis

Cara Merawat Ekzema dan Psoriasis : Guna Bedak Asma'

Anda boleh ikut kaedah berikut untuk cara merawat ekzema dan psoriasis. Caranya sangatlah mudah.
1. Sapu bedak asma' pada permukaan kulit yang bermasalah.

2. Bedak dipakai pada waktu pagi iaitu selepas mandi, pada waktu malam sebelum tidur.
Sapuan hendaklah dipakai sekerap yang mungkin dan konsisten sehinggalah kita dapat melihat kesan peruabahan.

3. Selepas disapu beberapa jam, jika didapati bedak semakin pudar atau kering. Maka anda perlu bersihkan dengan air, lap kulit hingga kering dan kemudiannya sapu semula Bedak Asma'.

cara merawat ekzema dan psoriasis




Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Instagram : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/


Facebook Page Produk :

Penawar Ruam Pada Bayi
https://www.facebook.com/bedakasma

Penawar Ekzema Mujarab Terkini
https://www.facebook.com/kulitcantiktanpaekzema

Album Testimonial Bedak Asmak page Penawar Ruam Pada Bayi:
https://www.facebook.com/1591204454498940/photos/?tab=album&album_id=1752651998354184


Info Bedak Asmak juga boleh didapati di facebook page :

Penawar Asma Mujarab:
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ:
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

ekzema pada bayi

blogger lelaki logo

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

11 Komen
Kerja dari rumah dengan iLancee, sesuai untuk mereka yang ingin mencari sumber pendapatan lebih. Jika anda ada kemahiran kenapa tidak anda menjadi freelancer dengan hanya membuat kerja dari rumah.

iLancee.com bukan laman baru, mereka sudah bermula sejak 2014. dan pada tahun ini mereka kembali dengan semangat baru untuk menyediakan satu tempat untuk orang buat duit secara online dan juga buat mereka yang perlukan servis tertentu seperti artikel, design grafik, edit video dan sebagainya.

iLancee diwujudkan untuk menolong usahwan digital kecil menjana pendapatan dengan mudah dan kos yang minima. Disamping itu, secara tidak langsung untuk pasaran Malaysia khususnya akan ada satu tempat untuk mereka yang perlukan khidmad freelancer.




Jika anda ada kemahiran seperti edit gambar guna photoshop, guna illustrator, mahir guna after effect, mampu menulis artikel dengan baik. Itu adalah sebahagian kemahiran yang diiklankan di iLancee, jangan sia-siakan bakat yang anda ada. Anda boleh jadikannya salah satu sumber pendapatan tambahan.

Maklumlah, kita faham zaman sekarang ekonomi semakin meruncing. Ramai orang perlu buat sampai 2 kerja atau lebih untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan. Jadi inilah satu satu jalan yang ada untuk anda buat duit kerja dari rumah dengan iLancee.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Untuk anda mula buat duit dengan iLancee, pertamanya anda perlu daftar akaun disana. proses pendaftaran tersangatlah mudah, cuma masukan alamat e-mail, kemudian masukkan nama dan password. Selepas anda membuat pengesahan melalui satu e-mail yang dihantar. Anda sudah boleh bermula.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Kembali ke laman iLancee, anda akan nampak satu butang "Jual Servis". Ya, klik disitu untuk mula menjual servis anda dan buat duit.

Selepas klik "Jual Servis" anda akan dibawa ke halaman 'Masukkan Job". Disini anda akan diberikan 3 pilihan pelan bisnes iaitu Standard Seller, Advance Seller dan Super Seller. 

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Ini langkah pertama yang perlu anda lakukan, jadi pilihlah pelan yang berbaloi dengan servis yang akan anda tawarkan.

Pada langkah kedua, anda perlu mengisi butiran lengkap berkenaan servis yang ingin anda tawarkan. Kepada mereka yang sudah biasa dengan Fiverr ini mungkin tidak menjadi masalah.

Pada bahagian ini anda dikehendaki memasukan tajuk servis anda, contohnya "Saya akan tulis artikel untuk anda dengan RM25". Pada bahagian tajuk memainkan peranan juga, tulis ayat promo yang menggoda untuk menarik perhatian pelanggan.

Selepas itu anda perlu menetapkan berapa kadar cas atau harga untuk servis anda. Bagi aku harga seharusnya diletakkan biar berpadan dengan servis dan juga tenaga yang akan kita gunakan nanti. Tidak guna kita letak harga tinggi jika servis kita tidak sepadan, begtu juga kalau kita letak harga terlalu murah adakah ia berbaloi dengan tenaga usaha kita nanti untuk menyiapka setiap order. Jadi letaklah harga yang kita rasa berbaloi.

Seterusnya kita perlu juga menetapkan tempoh masa yang akan kita ambil untuk menyiapkan satu-satu servis. Jika terlalu lama, mungkin pelanggan tidka tertarik, jika terlalu singkat mungkin akan menyeksakan kita pula terkejar-kejar masa untuk siapkan servis. jadi letak tampoh masa hantar biarlah mengikut kemampuan kita.

Kemudian anda pelu pilih kategori servis. Jangan pula anda buat servis menulis artikel, tetapi anda pergi pilih kategori grafik dan design.

Pada bahagian penerangan, tulis ayat yang mengancam dan terma servis yang anda tawarkan. Biar orang baca dia faham dengan jelas. Bukannya apa kita tidak mahu berlaku salah faham kelak.

Sediakan beberapa keping gambar promosi berkualiti yang "catch-eye" untuk menarik minat orang untuk klik dan melanggan servis kita. Bahagian ini penting jika anda ingin membuat servis grafik dan design, kiranya ini akan menjadi porfolio untuk hasil kerja anda.

Iyelah, takkanlah kita nak letak gambar serabai, orang nak minta kita buat design pun fikir sampai 17 kali.

Jangan lupa juga isi dibahagian "Servis tambahan", ini adalah untuk berikan pilihan dan tawaran kepada pelanggan.

Sebagai contohnya, kita buat servis menulis artikel. Pada servis asal kita letak harga 1 artikel dengan nilai harga RM 30.00. Pada "Servis tambahan" kita mungkin boleh letak 2 artikel dengan harga RM50.00.

Ia bergantung kepada strategi anda untuk memberi tambah nilai kepada servis anda.

Akhir sekali anda perlu isi pada bahagian tags dan mesej arahan. Dah siap, kita terus tekan butang "Simpan".

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Pada langkah ketiga, anda perlu membuat pembayaran mengikut harga pelan servis anda pilih pada awal tadi. Anda perlu membuat pembayaran dalam masa 24 jam, jika tidak servis anda akan dibatalkan selepas itu.

Kelebihan iLancee.com

Antara yang aku nampak kelebihan iLancee ini adalah:-

Seller tidak perlukan lakukan promosi, kerana buyer akan datang ke iLancee dan mencari anda. Tetapi bukanlah bermakna anda tidak perlu membuat promosi langsung, jika lebih promosi lebihlah duit masuk.

Buyer akan dilindungi, sebab segala urusan pembayaran akan masuk ke akaun iLancee terlebih dahulu. Ini adalah untuk keselamatan buyer itu sendiri. Jadi ini akan mengelakkan daripada buyer daripada ditipu oleh seller. Duit sudah bayar tapi seller senyap sampai sudah, ini yang kita tidak mahu berlaku.

Macam seller sendiri juga tidak perlu risau, kerja sudah siap tapi bayaran tidak dapat. Sebab buyer perlu membuat pembayaran telebih dahulu kepada pihak iLancee. Kerja sudah siap barulah bayaran akan dikreditkan ke akaun anda.

Kiranya ini adalah situasi menang-menang diantara seller dan buyer. Tidak akan timbul isu berbangkit dikemudian hari.

iLancee juga akan menjadi lubuk anda buat duit dengan kerja dari rumah. Jika servis anda bagus dan sering menarik perhatian pelanggan, tidak mustahul ia akan menjan pendapatan tambahan yang lumayan untuk anda sebagai seller.


Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio,Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog,Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas
blogger lelaki logo

Pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016"

11 Komen
Tahniah kepada pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016", anjuran blogger Akma Omar. Dalam kontest SEO kali ini, kami para peserta berlumba dengan menggunakan keyword "RF3 World Firmax3 Malaysia".

Akma Omar sememangnya antara blogger yang aku tahu kerap juga menganjurkan kontest besar. Pada 2014 aku juga pernah menyertai dan tersenarai sebagai salah seorang pemenang dalam "Contest Bonus Akhir Tahun 2014".

Alhamdulillah rezeki aku sertai contest anjuran AkmaOmar.com, sebanyak dua kali percubaan aku dan dua kali membuahkan hasil. Walaupun tak berjaya memang hadiah utama, itu sudah memadai dan berpuas hati sebab yang turun padang bertanding bukan calang-calang orang semuanya otai-otai yang power.

Kalau aku tak silap inilah contest SEO kedua yang aku sertai pada tahun ini, dalam satu lagi contest yang dianjurkan oleh Mrjocko.com, ia sedikit berbeza sebab contest SEO dilangsung dalam masa singkat iaitu cuma seminggu sahaja. Dan Alhamdulillah aku berjaya menang hadiah nombor satu melalui entri "Neffos C5 Live Fun".


Pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016"

Pemenang Kategori SEO

Sebenar agak suka nak kejar blogger hebat Bin Muhammad, sebab dia yang juga menjadi penaja mendapat backlink bertalu-talu daripada semua entri perserta yang lain. Entri aku berjaya lepak dekat ranking nombor satu buat seketika sahaja, sebaik sahaja bro BM masuk, entri dia terus gagah menerajui kontest.

Lagipun Bin Muhammad ni bukan calang-calang orang, teknik SEO dia memang power. Sebenarnya usia domain blog dia masih baru berbanding blog aku. Namum dalam masa yang singkat dia berjaya menaikkan blog baru dia jadi setanding blog lama dia dahulu.

Dalam hari-hari terakhir sebelum garisan pernamat, aku sebenarnya sedang berlumba dengan blogger muda yang hebat  teknik SEO iaitu Calrase Patrick.  Kalau ada yang perasan, sebenarnya dalam beberapa hari terakhir entri blog aku dan Calrase Patrick bersilih ganti menduduki tempat ke dua.

Tambahan pula, blogger otai Hasrul Hassan yang menyertai di penghujung kontest telah membuat SERP agak sedikit kacau. Berlaku beberapa perubahan ketara pada ranking SERP.

  1. Dammahumnib.com
  2. BloggerLelaki.com
  3. Calrasepatrick.blogspot.com
  4. KongsiBersamaNora.blogspot.com
  5. Mejuez.com
  6. HasrulHassan.com
  7. AderAkuKeysah.blogspot.com
  8. TopSeoFriendly.blogspot.my

Pemenang Bonus Facebook Share

Bahagian ini memang aku tak kacau, boleh kira dengan jari berapa kali aku share dekat media sosial. Dekat facebook pun aku jarang share. Sebab itu aku respek dekat blogger yang mendapat jumlah share yang banyak dekat media sosial. Aku nak kena menuntut ilmu dengan mereka ni.

  1. AderAkuKeysah.blogspot.com [2532 share]
  2. DillaAdilla12.blogspot.my [641 share]
  3. MommyFiqa.com [147 share]
  4. TopSeoFriendly.blogspot.my [123 share]
  5. MurniMohdYusof.blogspot.com [72 share]

Ribuan terima kasih diucapkan kepada AkmaOmar.com dan semua penaja yang sudi menyumbang. RF3 World,RF3Worldmy.wordpress.com, OmbakCreatives.com, BengkungOpah.com,AlphaLipid.my, dammahumnib.com, KongsiBersamaNora, Onlajer.com, Afiffuddin.com
blogger lelaki logo

10 Produk Lazada Yang Aku Nak Beli

1 Komen
Lazada, rasanya aku tidak perlu perkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia. Laman membeli belah online yang popular dikalangan kaki shopping online di Malaysia.
Apatah lagi kini Lazada sudah masuk 4 tahun beroperasi, terus unggul menjadi laman jualan online terkemuka di rantau ini. Ada banyak pilihan produk yang boleh kita beli dari Lazada, dari barangan elektronik sehinggalah barangan dalaman rumah dan untuk seisi keluarga.

Kadang-kala aku sendiri pun rambang mata duk melayari laman web Lazada. Sambil-sambil 'window shopping' boleh cair juga aku dibuatnya. Tanpa sedar dah tertekan butang 'check out'.

Sekarang ini, Lazada sedang membuat promosi hebat bersemperna dengan ulang tahun ke-4 mereka. Birthday Sale ini akan berlangsung dari 15 Mac - 18 Mac dengan tawaran hebat diskaun sehingga 90%.

Sebut pasal birthday atau orang kampung macam aku sebut hari lahir, memang tak lama lagi anak sulung aku akan menyambut hari lahir, dalam sebulan lebih je lagi. Bila sudah jadi seorang bapa, dapat melihat anak gembira itu sudah cukup untuk buatkan kita rasa bahagia.

10 Produk Terbaik Lazada Untuk Harijadi

Alisya Nadhirah, anak aku ini baru berusia 3 tahun. Sesaja aku gi usha laman Lazada, manalah tahu kalau ada hadiah yang sesuai untuk dia. Jom baca idea-idea hadiah untuk Alisya.

1. Cute Cartoon Baby Toy Rattles Soft Comfort Plush Toy Animals

Cute Cartoon Baby Toy Rattles Soft Comfort Plush Toy Animals
Biasalah budak perempuan, memang suka main dengan anak patung. Sekarang memang dia dah ada teddy bear, dah busuk aku tengok teddy bear tiap-tiap hari Alisya kerjakan. Aku yakin, kalau dapat hadiah anak patung yang baru ini, tak tidur malam aku rasa dia main dengan anak patung.


2. Teaching Math Number Wood Board

Teaching Math Number Wood Board

Kanak-kanak yang sedang membesar meman suka bermain permainan. Tapi lagi bagus jika Alisya bermain permainan yang boleh mendidik dia, sambil bermain dia boleh belajar. Dah lama aku ajar dia belajar mengira. Setakat ini dia boleh la kira sampai 1,2,3,5,7,.....Sepuluhhhh. Besar harapan seorang bapa nak lihat anak pandai matematik, biar dia dari sejak kecil suka pada nombor.


3. Water Drawing Painting Writing Mat Board and Magic Pen Doodle Toy Gift 

Water Drawing Painting Writing Mat Board and Magic Pen Doodle Toy Gift
Bagi yang sduah bergelar ibubapa, pasti tahu. Budak-budak ini suka menconteng. Anak aku pun sama juga, sejak dia kenal pensil habis buku dia conteng, tak cukup buku, sampai ke lantai mozek dan dinding sekali dia conteng. Nak marah, tu anak kita...sabor ajelah. Sebab itu aku rasa hadiah ini memang bagus untuk anak aku, supaya dinding rumah aku tak ada lagi karya seni anak aku.

4. Sworld Kids Children Kitchen Pretend Play Cook Cooking Cabinet Stove Cookware Toy 

Sworld Kids Children Kitchen Pretend Play Cook Cooking Cabinet Stove Cookware Toy
Main masak-masak, memang kegemaran Alisya. Akulah yang selalu kena rasa masakan fantasi anak aku ni. Layankan ajelah budak-budak main kan. Tapi aku sangat yakin, kalau dia dapat pemainan macam ni, memang senyum lebar dia. Tak adalah nak kacau ummi dia dekat dapur selalu.


Dah 4 barang aku usha untuk Alisya je ni, bagilah dekat orang lain pulak kak long oi. Sementara Alisya kian membesar, beberapa minggu selepas hari lahir Alisya, insyallah aku akan menyambut ahli baru, adik kepada Alisya. Rasanya tak salah kalau aku usha juga barangan untuk dia.


5. Philips Avent Classic Plus Essentials Gift Set

Philips Avent Classic Plus Essentials Gift Set
Bayi baru lahir, apalah sangat benda yang kita bagi dia boleh rasa gembira. Aku 100% yakin walaupun dia tak boleh bercakap lagi, tapi dia akan suka kalau dapat hadiah botol susu ni. Hadiah yang sunnguh bermakna buat si comel yang baru hendak mengenal dunia.


6. LEGO Town Plan B000WLW3WU/ship from USA / Flyingcoco

LEGO Town Plan B000WLW3WU/ship from USA / Flyingcoco

Aku tak pasti anak aku yang bakall lahir ini, lelaki atau perempuan. Tempoh hari sudah scan tapi tak dapat pastikan jantina. Tak kisahlah lelaki atau perempuan. Lego ni semua budak-budak boleh main. Kalau anak-anak tak nak main, biar bapa dia yang main...hehehe...aku sendiri pun dah lama tak main Lego ni.


7. Women's and Maternity's 3 in 1 Postpartum Support - Recovery Belly/Waist/Pelvis Belt (Strip)

Women's and Maternity's 3 in 1 Postpartum Support
Tak payah nak cerita banyak, selepas isteri aku bersalin. Memang kena pakai bengkung, masa bersalin anak pertama, pernah sekali aku pakaikan bengkung untuk isteri aku. Punyalah berbelit, susah bebenor nak pakaikan bengkung tu. Aku tengok bengkung yang dijual dekat Lazada ni macam bagus dan senang untuk dipakaikan, cuma perlu strip aje tak perlu berbelit-belit tali nak ikat bagai.


8. Elba Egh-8022-BK Gas Stove Glass with 3 Hobs

Elba Egh-8022-BK Gas Stove Glass with 3 Hobs
Selepas naik rumah baru tempoh hari lagi memang aku dan isteri bercadang nak beli Gas Stove Glass, 'table top' dah siap tapi masih belum lagi dapat beli dapur yang sesuai untuk diletakkan dekat table top tu, rasanya ini bini aku mesti suka. Makin sedap kot dia masak selepas ini.


9. GoPro Hero4 Black

GoPro Hero4 Black
Sudah lama sebenarnya aku duk berangan nak beli Gp Pro Hero4 ni, mesti gempak kalau aku dapat ambil gambar guna kamera action ni.


10. Apple Watch Sport 42mm

Apple Watch Sport 42mm
Okey, aku sebenarnya ada satu lagi benda yang aku nak sangat. Apple Watch ni memang dah lama aku usha, tapi belum ada kemampuan untuk beli, maklumlah nak kena utamakan untuk perkara-perkara yang lebih penting. Mesti makin handsome selepas pakai jam tangan canggih ni.

Okey dah cukup, mata aku pun nak berpinar dari tadi duk 'window shopping' dekat Lazada. Silap gaya, boleh tergugat poket aku nanti. Sebelum keadaan melarat baik aku berhenti dulu.


Kalau korang yang suka shopping online, jangan ketinggalan untuk melayari Lazada sampai lebam 15 hingga 18 Mac nanti, tawaran hebat diskaun 90% Birthday Sale memang gempak.

lazada birthday sale


This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Cash and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.
blogger lelaki logo

RF3 World Firmax3 Malaysia

15 Komen
RF3 World Firmax3 Malaysia. Produk berasaskan kesihatan dan kecantikkan bagus untuk penjagaan luaran serta dalaman yang sesuai untuk diamalkan oleh kaum wanita dan lelaki. ia sudah berada di pasaran sejak tahun 2013 lagi.

Firmax3 adalah salah satu antara 4 produk utama yang dihasilkan oleh RF3World berada dipasaran selian itu mereka juga mengeluarkan produk seperti Soulmax3, O2max3 dan Slimax3.

Produk yang dihasilkan oleh RF3 World ini telah mendapat kelulusan daripada  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga sijil HALAL daripada JAKIM. Mereka juga memiliki pelesenan bagi pengeluaran dan penjualan makanan, produk ubat, dan produk farmaseutikal iaitu Good manufacturing practices (GMP).

Produk kecantikkan ini mendapat sambutan hangat serta sedang berkembang ke peringkat yang lebih tinggi sehingga ke luar negara, Frimax3 sudah diterima ramai.

Bukan sahaja menumpukan pasaran di Malaysia. Syarikat e-dagang milik bumiputera ini, kini sedang melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa dan sudah menjelajahi pasaran dirantau asia tenggara meliputi Thailand, Indonesia, Brunei dan juga Singapura.


RF3 World Firmax3 Malaysia


Produk RF3 World Firmax3 Malaysia

Produk RF3 World iaitu Firmax3 antara yang laris di pasaran Malaysia. Produk telah terjual sebanyak 60 hingga 70 ribu di pasaran Malaysia dan dalam masa 6 bulan sahaja  produk ini telah menembusi pasaran di sembilan buah negara. Ini menunjukkan bertapa produk ini telah diterima dan mendapat sambutan.

Bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat telah di kisar menjadi "Super Halus" dan formulasinya diadunkan menjadi krim yang mana apabila ia disapu pada kulit ia menyerap dengan pantas, meresap masuk ke dalam peredaran darah.

Firmax3 adalah produk berasaskan krim pertama di Malaysia yang menggunakan kaedah terapi daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi. ia diproses dengan menggunakan teknologi Nano yang mampu menengangkan kulit dan membaiki sel-sel kulit.

Firmax3 akan memulihkan hormon dalaman, ianya adalah untuk merawat bermacam-macam penyakit yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon seperti tekanan, menguruskan badan, menegangkan payudara dan banyak lagi kelebihan yang Firmax3 tawarkan.

Kandungan RF3 World Firmax 3

Krim RF3 World Firmax3 Malaysia telah diadun dengan bahan-bahan semulajadi yang sangat berkhasiat antaranya Pegaga, Tongkat Ali, Manjakani, Aloe Vera dan pelbagai lagi bahan yang sudah terbukti khasiatnya serta kaya dengan vitamin.

Kandungan RF3 World Firmax 3



1. Kigelia Africana Extract
Khasiatnya adalah untuk menegang dan melembutkan kulit. Ia juga berupaya mengurangkan kesan parut pada kulit.

2. Manjakani  
Sememangnya sudah terkenal dan terbukti khasiatnya, amat sesuai untuk para wanita serta mampu pencegah jangkitan.

3. Pegaga (Centella Asiatica) 
Sangat kaya dengan Vitamin A dan C. Berupaya membantu proses penyembuhan. Selain itu ia juga menggalakkan sintesis kolagen secara semulajadi.

4. Yam Liar (Dioscorea Villosa) 
Mampu meningkatkan metabolisma, Antioksida serta merehatkan otot. Melalui kandungan aktfinya, diosgenin akan ditukarkan kepada phytohormone melalui aktiviti progesterone.
 
5. Aloe Vera 
Sanagat berkesan bertindak sebagai agen pelembap dalam kebanyakkan produk penjagaan kulit. Ia dapat menegang, merangsang dan membaharui kulit untuk kelihatan awet muda.

6. Sel Asas Epal 
Epal mengandungi sel asas yang amat tinggi. Sepertimana sel asas manusia, sel asas tumbuhan juga berupaya membentuk sel yang baru.

7. Tongkat Ali 
Nama santifiknya adalah Eurycoma longifolia pula akan membantu untuk proses pembentukan testosterone, kegunaannya adalah untuk merawat erectile dysfunction dan pulmonary arterial.

8. Ekstrak Soya 
Kandungan soya memiliki persamaan dengan hormon wanita, kandungan aktif isoflavones berupaya ditukarkan kepada pytohormone oleh estrogen. Membantu menambahkan estrogen dalam badan. Malah ia juga juga membantu dalam masalah endocrine, sintesis collagen, juga sebagai agen pemutih dan pelembap.

9. Kollagen
Keupayaan kollagen dalam proses pengantian 'soft tissue' dan kartilage yang sudah rosak serta menggantikan sel-sel kulti yang berparut dengan sel yang baru dan sihat.

10. Vitamin A 
Vitamin A ini mudah larut dalam lemak, sangat bagus untuk membantu pembentukkan sel kulit yang baru. ia juga membantu kulit melawan kerosakkan akibat daripada radikal bebas.

11. Vitamin B3
Vitamin B3 pula perlu untuk pernafasan sel, menghasilkan tenaga dan metabolisma karbohidrat, lemak dan protien, peredaran darah yang lebih sempurna dan kulit yang sihat.

12. Vitamin E
Kegunaannya adalah untuk mengurangkan kesan-kesan 'stretch arks' serta mampu menghalang kesan 'age spots'. Juga berupaya mengimbangkan minyak pada kulit, cegah kelembapan hilang daripada kulit dan menguatkan lagi fungsi yang melindungi kulit.

13. Vitamin B5 
Vitamin B5 memainkan peranan dalam mengawal kandungan kolesterol jenis LDL dan HDL dalam saluran darah. Selain itu ia juga digunakan untuk proses memecahkan karbohidrat dan protien kepada tenaga. Boleh merawat dan mencegah jerawat.


Kelebihan RF3 World Firmax3

Secara khususnya Firmax3 ini bagus untuk para wanita yang selalu mementingkan soal kecantikkan. Mana-mana bahagian yang kendur akan kembali tegang dengan krim istimewa Firmax3.
  • Mampu menegang dan menaikkan payudara yang kendur.
  • Juga boleh mengurangkan bawah lengan yang kendur.
  • Membantu menegangkan perut dan membentuk pinggang.
  • Mengurangkan kedutan, kedutuan bawah mata (eyebag) pun boleh hilang.
  • Membantu mereka yang mahu membentuk peha dan punggung yang cantik.

Firmax3 akan memberi kesan yang pantas kepada penggunanya. Kesannya akan mulai rasai perubahan seperti kulit yang semakin gebu dan tegang, serta kedutan-kedutan pada kulit akan mulai hilang dalam tempoh 1-3 hari selepas menggunakan produk ini.

Berikut adalah antara kelebihan yang mampu Firmax3 lakukan pada pemakainya:
  • Membuat kawalan minyak pada kulit wajah
  • Menyembuhkan dan mengurangkan jerawat pada muka
  • Kedut-kedutan di dahi dapat dhilangkan
  • 'Eye bag' atau kesan lebam bawah mata dapat di atasi
  • Menaikkan seri wajah muka
  • 'Double chin' atau dagu berlapis dua pun akan dapat diatasi
  • Bawah lengan yang kendur juga akan kembali tegang
  • Simptom-simptom menopos dapat dikurangkan
  • Kedutan pada kulit dapt dikurangkan
  • Hormon thyroxin dapat dikawal
  • Menghasilkan bentukpunggung dan paha yang cantik
  • Mampu membuatkan faraj kembali ketat
  • Masalah resdung juga boleh diatasi
  • Mampu meningkatkan selera seks


Bukan sahaja ia sesuai untuk wanita, namum Firmax3 juga bagus untuk diamalkan oleh pengguna lelaki :
  • Membantu pembentukkan semula tisu lelaki seperti testis dan prostat.
  • Mampu membentuk ciri-ciri seksual lelaki serta dapat memulihkan sekunder termasuk otot kasar dan tulang.
  • Membantu dalam pertumbuhan misai dan bulu.
  • Berupaya mengekalkan kesihatan dan tubuh serta mampu mencegah osteoporosis
  • Mampu memberikan kesan untuk meningkatkan nafsu seks.
  • Berupaya untuk menguatkan tenaga dalaman dan daya tumpuan seseorang.

Cara Penggunaan RF3 World Firmax3 Malaysia

Cara menggunakan Krim Firmax3 agar ianya bertindak dengan berkesan. Pastikan tangan atau jari jemari anda dalam keadaan bersih sebelum menggunakan krim ini.


1. Seeloknya bahagian badan yang ingin disapu Firmax3 dalam keadaan lembap (dibasahi dengan air) sebelum sapuan dilakukan, terutamanya selepas mandi.

2. Ambil sedikit sahaja krim Firmax3, hanya dengan hujung jari sahaja atau boleh menggunakan stick roller.

Cara Penggunaan RF3 World Firmax3


3. Sapukan Firmax3 pada bahagian kulit (dengan cara disapukan sambil membentuk corak pusingan berlawanan dengan arah jarum jam), 

Cara Penggunaan RF3 World Firmax3

kecuali pada bahagian tertentu seperti leher, firmax3 disapukan dari bawah keatas.

Cara Penggunaan RF3 World Firmax3


4. Ulangi penggunaan Firmax3, dua kali sehari atau lebih, namun demikian jumlah yang digunakan hanya sedikit sahaja seperti yang dinyatakan diatas.

5. Pastikan anda meminum air 3-4 liter sehari.

Untuk keterangan lebih lanjut tentang cara-cara pemakaian atau menggunakan krim Firmax3  ini. Anda boleh tonton video dibawah.





Harga Frimax3

Harga bukan ahli :
Frimax3 = RM150.00 untuk 1 Kotak (15ml)
Soulmax3 = RM170
O2max3 = RM170
Slimax3 = RM170

(tidak termasuk kos penghantaran)

Nak lagi murah, anda perlau menjadi ahli.

Harga Ahli
3 unit Firmax3 15ml = RM250
2 unit antara O2max3/Soulmax3/Slimax3 = RM250 (Boleh Campur Produk)


Peluang Menjadi Usahawan Bersama RF3 World Malaysia

RF3 World syarikat pengeluar produk yang khusus untuk kesihatan dalaman dan luaran. Terdapat empat (4) produk terbaik yang sering mendapat permintaan tinggi, iaitu:

  1. SOULMAX3
  2. FIRMAX3
  3. O2MAX3
  4. SLIMAX3

RF3 World juga membuka peluang keusahawanan kepada mereka yang minat untuk menjadi usahawan. Anda dapat menjadi usahawan sebuah syarikat produk hebat, tanpa modal yang tinggi dan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Untuk sebarang informasi tentang produk boleh hubungi Team Agen RF3 World yang merupakan pengedar sah RF3 World.

Facebook Page: RF3 World
Nor Jannah: 017 344 8876
Yuli: 019 302 5099
Mahani: 011 3124 8158
Faezah: 012 906 3849
RF3 World menawarkan produk yang boleh menolong orang ramai untuk berjaya dan maju dalam perniagaan. Peluang kepada mereka yang mahu menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan yang begitu mudah. Perniagaan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.


Contest ini dianjurkan oleh: AkmaOmar.com ditaja bersama RF3 World,RF3Worldmy.wordpress.com, OmbakCreatives.com, BengkungOpah.com,AlphaLipid.my, dammahumnib.com, KongsiBersamaNora, Onlajer.com, Afiffuddin.com


Jangan lupa untuk baca entri terbaru :
blogger lelaki logo

Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

5 Komen
IWK? Apa tu? IWK adalah singkatan bagi Indah Water Konsortium Sdn Bhd. Ini adalah sebuah syarikat pembentungan di Malaysia.

IWK adalah syarikat milik kerajaan yang menjalankan kerja-kerja untuk membangunkan dan menyelenggara sistem pembentungan.

Menjadi tanggungjawab IWK untuk memastikan sistem pembentungan teratur dan efisien diselenggara dengan baik, supaya kita semua menikmati persekitaran yang bersih dan sihat.

Sistem pembentungan adalah penting bagi negara kita, sebab kita kena pastikan air sisa yang dilepaskan dari rumah/premis kita ke sungai adalah air yang bersih dan sudah dirawat. Jadi sungai kita tidak tercemar.

Bayangkan jika sungai kita tercemar, bagaimana keadaannya? Kita semua tahu air adalah nikmat besar kepada kita.

Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015


Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Kini IWK sedang menganjurkan satu contest, dalam usaha untuk rakyat lebih dekat dengan IWK. Saru peraduan mudah iaitu IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015 sedang berlangsung. Jadi kepada semua kaki selfie, bolehlah turut serta dalam contest ini.

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan syarat-syaratnya adalah seperti di bawah.

Terma & Syarat IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Pertandingan ini khas buat seluruh rakyat Malaysia kecuali kakitangan Indah Water. Dengan bertemakan ‘IWK & I’ peserta dikehendaki ‘selfie’ atau ‘wefie’ di mana-mana bangunan IWK atau bersama kakitangan IWK yang bertugas.

Gambar penyertaan haruslah menggambarkan imej dan mesej yang positif sesuai dengan IWK.

Tempoh Contest

1 Disember sehingga 28 Disember 2015

Week 1 : 1 – 7 Disember 2015
Week 2 : 8 – 14 Disember 2015
Week 3 : 15 – 21 Disember 2015
Week 4 : 22 – 28 Disember 2015

Peraduan IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Pemilihan Pemenang IWK Selfie & Wefie Photo Contest 2015

Pemenang mingguan akan dipilih dan seorang pemenang bertuah daripada empat pemenang mingguan akan dinobatkan sebagai pemenang ‘People Choice Award’

Cara Penyertaan

Penyertaan hendaklah dihantar melalui email dan sertakan bersama :
Nama 
Nombor Telefon 
Alamat 
Lokasi gambar 
Email dan ‘Caption’ yang bersesuaian dengan gambar yang diambil

Hadiah Peraduan

1) Pemenang Mingguan – Voucher AEON RM300
2) People Choice Award – Nikon Waterproof Compact Camera

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hantar ke [email protected].

Maklumat lanjut peraduan boleh anda layari di laman web rasmi Indah Water Konsortium atau Fanpage Indah Water Konsortium dan Twitter @iwkcomms


Jadi marilah kita bersama Indah Water Konsortium (IWK) dalam memastikan kelestarian alam sekitar kita terjamin.

#iwkselfie2015 #iwkcleantheunseen
blogger lelaki logo

Contest Review Lynk.my 2015

70 Komen
Hebat penangan Contest Review Lynk.my 2015 yang sedang berlangsung. Ramai otai-otai blogger yang turut serta memeriahkan contest kali ini. Bukan senang nak tengok otai-otai berentap dalam contest macam ni.

Contest ini menpertaruhkan 3 kategori dan 1 slot hadiah istimewa untuk direbut oleh para peserta yang bertanding. Dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM4000, bukan main meriah contest yang dianjurkan oleh Lynk.my untuk tahun 2015 ini.

Kepada yang masih belum hantar penyertaan, contest review ini layak untuk semua blogger-blogger Warganegara Malaysia. Cuba cek kad pengenalan masing-masing. Akan berlangsung selama 2 bulan iaitu bermula 27 Oktober 2015 sehingga 27 Disember 2015. Dan keputusan akan diumumkan pada 29 Disember.

Contest Review Lynk.my 2015

Antara syarat utama contest review lynk.my 2015 ini adalah mesti daftar akaun di Lynk.my dan isi maklumat peribadi dengan selengkapnya, sebab nanti kalu menang senang penganjur nak bagi hadiah.

Artikel penyertaan boleh ditulis samaada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Tulis artikel lawa-lawa yang penting jangan ciplak, jangan tiru artikel orang lain.

Sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahalu dengan laman web Lynk.my ini.

Apa itu Lynk.my?

Lynk.my adalah laman yang menawarkan servis URL Shortener / pemendek URL. Mungkin ramia yang sudah tahu akan servis URL shortening ini, tapi yang ini berbeza sebab Lynk.my bertapak di Malaysia.

Masih tak faham pasal sistem Lynk.my? Baiklah aku berikan contoh:

Ambil contoh macam link ini : http://www.bloggerlelaki.com/2015/10/contest-review-lynk-my-2015.html

Uniform Resource Locators (URL) ini panjang berjela, susah nak ingat dan juga banyak aksara.

Jadi dengan Lynk.my kita akan ubah struktur URL ini menjadi : http://lynk.my/QvQ

URL yang asal mempunyai 68 aksara, selepas ia dipendekkan URL itu hanya ada 19 aksara. Sudah banyak ruang yang dapat kita jimatkan.

Jangan risau, walaupun struktur link telah berubah 100% tetapi apabila ia diklik tetap akan redirect terus ke laman asalnya.

Contest Review Lynk.my 2015



5 Kelebihan Lynk.my sebagai URL Shortener

1). Apabila kita menggunakan servis memendekkan link ini, ia akan memudahkan kita untuk memantau aktivti URL seperti jumlah klik serta lokasi geografi. Ianya sangat berguna jika kita menjual produk atau servis, dengan analitik yang lengkap kita dapat memantau statistik dan merangka gerak kerja promosi kita.

Dengan itu Lynk.my ada menyediakan data statistik yang dikelaskan mengikut negeri-negeri di Malaysia. Jauh berbeza berbanding kita cuma share di media sosial, kita cuma dapat tahu jumlah like, comment serta share. Tetapi dengan servis ini, analisis kita lebih tepat kepada sasaran, kerana kita tahu berapa orang yang telah klik dan baca laman ayat jualan kita.

Contest Review Lynk.my 2015

2). URL pendek juga lebih mudah untuk kita share di media sosial, e-mail dalam rangka promosi kita. Dengan aksara yang lebih pendek, lebih banyak ruang untuk kita menulis ayat jualan. Selain itu dengan URL yang pendek lebih senang untuk kita ingat.

Lebih-lebih lagi apabila ada sesetengah pihak yang menghadkan jumlah aksara.

Kepada yang suka buat promosi melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram pasti sukakan link yang pendek comel macam ini.

3). Kita juga boleh untuk menguruskan URL link promosi kita yang banyak. Faham-faham sahajalah apabila makin banyak link kita nak promosi, semakin pening kita dibuatnya. Kita boleh edit semula link, melihat statistik dan juga share dengan mudah.

4). Orang lebih senang nampak URL yang pendek di media sosial, jadi dengan itu ia mampu meningkatkan click through rat (CTR). Jadi gerak kerja promosi kita menjadi lebih efektif di media sosial.

5). Urusan pembayaran di Lynk.my menggunakan bank-bank utama di Malaysia. Boleh guna Maybank, CIMB, BSN dan Bank Rakyat.

Jadi memang sesuailah untuk kita orang Malaysia guna servis ini. Segala urusan akan lebih mudah dan lancar, samaada untuk publisher atau advertiser.


Peluang Menjana Wang Melalui Lynk.my


Publisher

Lynk.my juga akan membayar setiap link kita yang diklik. Tapi kita kena daftar terlebih dahulu dengan Lynk.my. Kita akan dibayar sebayak RM5 setiap 1000UV (CPM).

Kita cuma perlu rajin mencari dan membuat URL yang menarik untuk menjadi viral di media sosial, semakin banayak jumlah klik yang kita dapat semakin banyak duit yang kita kumpul. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit bang.

Kena gaya dan strategi yang betul memang kita boleh buat duit dengan Lynk.my.

Ada beberapa tool yang berguna untuk para Publisher iaitu Easy Shrink, Page Shrink, Mass Shrinker dan Bookmark Script.

a). Easy Shrink - Kita tak perlu pergi sistem Lynk untuk mengubah url, cuma perlu taip ID dan setiap url akan menjadi Lynk.

b). Page Shrink - Ini pula khas buat pemilik blog / website yang ada banyak url, kita boleh guna javascript untuk ubah url asal menjadi lynk.

c). Mass Shrinker - Jika kita ada banyak url yang hendak diubah, tool ini akan menbantu mengubah url menjadi Lynk sekaligus.

d). Bookmark Script - Fungsi ini hanya perlukan kita drag and drop untuk mengubah url kepada Lynk.


Advertiser

Peluang juga kepada usahawan online untuk beriklan dengan Lynk.my. Buat campaign untuk tujuan promosi produk kita.

Hanya dengan bayaran serendah RM10 kita sudah boleh melayarkan iklan kita, TANPA yuran pendaftaran.

Harga setiap iklan ditetapkan RM15 (CPM), jadi setiap klik adalah berharga RM0.015. Boleh tahan murah pengiklanan dengan Lynk.my.

Lynk.my juga terbaik sebab kita boleh gunakan keyword kita sendiri agar iklan kita tepat ke sasaran.

Iklan kita akan dpaparkan kepada orang ramai, apabila mereka klik link yang telah dipendekkan. Link itu akan singgah seketika di iklan kita sebelum redirect terus ke laman sumber asal link tersebut.

Lynk.my akan menapis agar iklan yang dipaparkan benar-benar dilihat oleh manusia, bukanya web spider. Jadi, jangan risau duit pengiklanan kita rugi begitu sahaja.

Ada juga fungsi yang kita boleh setting bajet harian iklan kita.

Malah kita juga akan dapat melihat statistik mengikut negeri-negeri di Malaysia dan juga dapat referring website.


Hadiah Contest Review Lynk.my 2015

Seperti yang aku cakap diawal tadi, contest review ini ada 3 kategori utama. Namum cukup dengan hanya satu artikel penyertaan sahaj sudah cukup untuk melayakkan peserta merebut hadiah bagi kesemua kategori.

Kategori yang dipertandingkan di dalam "contest review lynk.my 2015" adalah seperti berikut :-

Top SEO

Ini adalah bagi kategori contest SEO. Buat satu entri yang disukai oleh enjin carian Google. Pemenang akan ditentukan apabila artikel tersebut berada pada ranking paling tinggi di enjin carian www.google.com.my

Hadiah :
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100

Top LynkUNDI

Selepas artikel penyertaan kita disahkan oleh penganjur, kita akan diberikan COntest ID. Undi akan dikira apabila ada orang klik pada link COntest ID tersebut. Jumlah undi yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang. Link Contest ID hanya akan diambil kira referral daripada blog penyertaan sahaja.

Hadiah :
  • Tempat Pertama - RM500
  • Tempat Kedua - RM300
  • Tempat Ketiga - RM100

Top Creative

Artikel penyertaan review Lynk.my kita akan dinilai oleh pihak juri, wakil daripada HEXA COOPERATION SDN BHD. Dari segi permarkahan akan diambil  kira dari segi kreativiti penulisan, grafik yang menarik. Kepada yang memang ada bakat seni penulisan yang baik berpeluang merebut hadiah bagi kategori ini.

Hadiah :
  • Tempat Pertama - RM1000
  • Tempat Kedua - RM500
  • Tempat Ketiga - RM200


Untuk syarat-syarat penyertaan, anda boleh terus ke laman web penganjur untuk maklumat lanjut berkenaan contest review Lynk.my 2015 ini. Klik sini ==> http://lynk.my/aS6

Undilah saya di Contest Review Lynk.My 2015

Aku bukan nak paksa, kalau korang rasa artikel aku layak untuk diundi maka undilah dengan penuh ikhlas. Tak nak undi pun kena undi jugak.

Macam mana nak undi?

Boleh klik link ini ==> http://lynk.my/tnt
blogger lelaki logo

Pengalaman Bersama ONEXOX

21 Komen
Aku nak cerita sikit pasal pengalaman bersama Onexox yang aku sudah guna sejak satu tahun lebih, apa kelebihan yang ada pada simkad jimat ini sehingga aku sanggup bertukar daripada telco yang lama.

Selepas aku teliti pasal simkad Onexox, aku terus ambil keputusan untuk tukar nombor lama (MNP) kepada Onexox. Pada mulanya aku hanya niat untuk mencuba, tapi tak sangka pula aku boleh melekat terus dengan telco baru ini.

Semua berpunca daripada 3 sebab utama. Masalah yang selalu menbelenggu aku semasa menggunakan simkad telco lama.

  • Setiap minggu kredit hilang tiba-tiba.
  • Kena caj voicemail yang mahal, padahal aku tak sempat bercakap pun dah kena caj.
  • Pay-Per-Used. Beberapa kali kredit habis sebab terlupa nak melanggan data, sekali on data terus lesap kredit.

Dah asyik aku sahaja yang terkena, mana nak tahan. Jadi selepas berkenalan dengan Onexox, aku mula rasa tertarik dan terus buat keputusan drastik. Memang aku jenis yang tak suka banyak telefon dan banyak nombor telefon. Itulah satu-satunya nombor telefon yang aku guna sejak awal lagi.

Pada mulanya aku pening juga, sebab selepas MNP nombor lama kepada Onexox aku terlupa nak pergi update nombor telefon dekat ATM. Sebab pada masa itu aku tak boleh nak dapat TAC untuk urusan Online Banking.

Tetapi itu perkara kecil sahaja. Sebab TIGA masalah utama aku tadi sudah selesai.

Pengalaman Bersama ONEXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

Dalam kesempatan ini, biarlah aku bongkarkan pengalaman bersama Onexox yang membuat aku terus kekal bersama simkad terbaik ini.

Sebab utama sudah tentulah jimat. Apa benda pun kita nak belanja hari ini yang kita utamakan adalah penjimatan, dan itu yang ada pada Onexox.

Kedua apa yang sering kita mahukan adalah kelebihan buat pengguna. Kita sebagai pengguna sudah semestinya mahukan apa-apa ganjaran atau tawaran yang bagus untuk kita. Sebab kita keluarkan duit.



Pakej Internet ONEXOX Berkelajuan Tinggi

Salah satu kelebihan Onexox adalah pakej internet berkelajuan tinggi. Kalau nak layan video dekat youtube memang lancar.

Malah ada juga pakej data internet yang jimat bagi aku. Sebab setakat ini tak ada lagi telco yang buat pakej sama macam Onexox iaitu pakej internet 1.5 GB, dengan harga cuma RM 29.90/sebulan.

Aku memang akan melanggan pakej internet ini, memang sudah cukup untuk aku guna selama sebulan. Lagipun dekat rumah aku ada wifi.

MNP Nombor Lama, Tempoh Sah Sehingga 28 Bulan

Macam aku cakap tadi, sebelum ini pengguna simkad telco lain. Selepas itu aku bertukar kepada telco ONEXOX. Sebab masih sayangkan nombor telefon lama aku, jadi aku pilih untuk MNP.

Lagi satu sebab utama kenapa aku pilih untuk MNP, kekalkan nombor lama aku adalah kerana tempoh sah kedit akaun aku akan dilanjutkan sehingga 28 bulan.

Bukan itu sahaja, setiap kali aku topup tempoh sah akan dilanjutkan lagi. Jika aku topup RM10 maka akan bertambah lagi 10 hari tempah sah.

Jadi walaupun aku tidak topup bulan depan, aku tidak lagi risau akan tarikh luput setiap bulan.

Kepada mereka yang tak mahu MNP, jangan risau, anda juga boleh menikmati tempah saha dilanjutkan sehingga 28 bulan. Dengan syarat anda perlu tambah nilai sekaligus rm50 dalam masa 30 hari selepas pengaktifan nombor baru.

Untung bukan?

Liputan Talian Yang Meluas

Dan juga coverage Onexox juga cukup meluas, setakat ini aku masih belum ada masalah dengan liputan talian, di setiap tempat yang aku pergi.

Jadi tak perlu risaukan soal tak ada line kalau dengan Onexox, kalau dah pendalaman sangat memanglah. Dekat kampung aku pun ada line Onexox ni, jadi aku memang tak pernah risau pasal hal ini.

Menjana Keuntungan, User Get User (UGU)

Satu lagi kelebihan simkad ONEXOX ini adalah anda boleh berjimat sambil menjana duit secara mudah.

Caranya cukup mudah, anada cuma perlu membawa kawan-kawan, datang bawa dokumen pengenalan terus pergi kepada mana-mana PENGEDAR ONEXOX yang sah untuk mendaftar langganan.

Pastikan pengedar tadi masukkan nombor telefon anda ketika proses pendaftaran.

Ganjarannya, anda akan dapar 6% daripada nilai topup kawan anda tadi.


Kelebihan Simkad ONEXOX Yang Lain

Ada banyak lagi kelebihan simkad Onexox ini, pengalaman aku semasa menggunakan simkad lama adalah seringkali kredit aku kena tolak. Aku pun tak pasti kenapa, seminggu dalam RM 1 - RM 2 kerdit hilang, walaupun aku tak melanggan apa-apa promo daripada SMS.

Tapi dengan simkad Onexox, jiwa sangat tenang sebab aku dah tak lagi terima SMS mengarut suruh langgan itu langgan ini, kredit pula tak pernah lagi kena potong tanpa pengetahuan aku.

Onexox menawarkan caj 7 sen untuk panggilan sesama Onexox. Manakala caj 6 sen untuk panggilan dalam senarai Family & Friends dan untuk lain-lain telco caj panggilan adalah 9 sen.

Family & Friends ini membolehkan anda mendaftar 10 nombor favourite untuk semua telco.

Ganjaran 150 SMS percuma untuk sesama rangkaian diberikan setiap bulan, setahun jadi 1800 SMS percuma diberikan. Zaman sekarang rasanya keperluan SMS tidaklah sama seperti dahulu yang aman kini ramai orang lebih suka menggunakan Whatsapp dan sebagainya.

Pelan internet yang murah dengan kadar kelajuan yang tinggi serta liputan yang meluas. Dan tiada juga Pay-Per-Used yang sering menjadi jerat kepada pengguna apabila lupa untuk melanggan Plan Internet.

Dalam pada itu Onexox ini diusahakan oleh 100% milik Bumiputera.


Jadi apa kita nak tunggu lagi, jom rasai pengalaman bersama Onexox.

Jom dapatkan simkad ONEXOX sekarang --->> Klik Sini


Penaja Contest SEO OneXOX

Pengalaman Bersama ONEXOX

blogger lelaki logo

Nak Simkad ONEXOX PERCUMA

4 Komen
Nak simkad ONEXOX percuma? Siapa yang tak nak bila ada orang nak bagi benda percuma kan. Sebenarnya ini ada satu contest terbaru anjuran blog Coretan Anuar. Blog ini memang rajin buat contest SEO dan selalunya hadiah yang ditawarkan pun memang lumayan.

Dalam contest ini peserta perlu membuat satu artikel yang bertajuk "Pengalaman Bersama Onexox". Mungkin bagi aku tak susah sebab aku memang pengguna simkad Onexox.

Jika anda ingin mencuba simkad terbaik ini, bolehlah turut serta contest ini. Simkad akan diberikan secara percuma, cuma dengan syarat anda perlu ada blog dan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. Nak tahu lebih lanjut pergilah terjah blog penganjur.

Contest SEO ini akan berlangsung agak panjang, keputusan akan ditentukan pada 21 Januari 2016 nanti. Entri penyertaan pula perlu berkisarkan pengalaman kita menggunakan simkad Onexox.

contest SEO onexox

Aku sendiri sebenar adalah pengguna telco Onexox, aku MNP nombor lama aku sejak penhujung tahun lepas. Ada banyak sebab sebenarnya kenapa bertukar kepada Onexox....

Tunggulah sambungan entri aku nanti. Malas nak tulis panjang-panjang dekat sini...hahahaa.

Kepada rakan-rakan blogger yang lain jom sertai kontest terbaik 2015 ini. Hadiah pun menarik tu. Kepada yang nak jadi penaja pun boleh, masih terbuka slot yang turut sama menyumbang kepada kejayaan contest ini.
blogger lelaki logo

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

25 Komen
Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah sudah diumumkan setelah 30 buah blog bertarung selama satu bulan setengah untuk merebut hadiah bagi kategori SEO dan Artikel Terbaik.

Pemenang Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Kontest ini dianjurkan sendiri oleh otai blogger Hasrul Hassan. Selalunya jika ada kontest SEO pasti aku kena bersaing dengan bro HH, tapi kali ini dia jadi penganjur. Maka kuranglah seorang persaing yang hebat.

Tahniah juga kepada semua blogger yang turut serta dalam kontest ini entri penyertaan rakan lain juga hebat-hebat. Bukan senang nak anjurkan kontest dan mendapat penaja dengan hadiah yang besar.

Jadi dengan sertai kontest juga boleh jadi salah satu sokongan buat rakan-rakan blogger yang anjurkan kontest, manalah tahu jika ada rezeki akan ada kontest besar seperti ini lagi dimasa akan datang.

Pemenang Kategori SEO

1 - http://www.bloggerlelaki.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
2 - http://murnimohdyusof.blogspot.my/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
3 - http://nad-lifeisfun.blogspot.my/2015/09/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html
4 - http://www.anakulucheka.com/telekung-reehans-pilihan-muslimah/
5 - http://www.hajarshikin.com/2015/08/telekung-reehans-pilihan-muslimah.html

Pemenang bagi kategori artikel terbaik pula akan diumumkan kemudian oleh penganjur tak lama lagi, pening kepala agaknya Bro HH nak pilih artikel yang terbaik diantara yang terbaik. Kita tunggu dan lihat artikel siapa akan terpilih sebagai artikel terbaik.

Jutaan terima kasih buat semua penaja kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah iaitu Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.
blogger lelaki logo

Telekung Reehans Pilihan Muslimah

37 Komen
Telekung Reehans Pilihan Muslimah - Tampil dengan hasrat ingin memenuhi keperluan muslimah moden agar dapat beribadah selesa bagi menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu mendirikan solat. Misi Reehans Telekung adalah mahu  menghasilkan Pakaian Solat yang amat Praktikal, Selesa, Diyakini. Amat bersesuaian dengan moto yang dibawa oleh mereka iaitu "Ibadah Selesa, In Sha Allah Hidup Ceria".

Penghasilan Telekung Reehans dibuat dengan begitu teliti, kualiti diutamakan agar mencapai matlamat supaya bakal pemilik telekung ini nanti akan merasa sungguh selesa ketika bersolat. Material dalam penghasilan telekung ini adalah diperbuat daripada English Cotton dan Italian Valentro yang terbaik. Sudah pastinya ia akan menjadi telekung pilihan muslimah.

telekung reehans pilihan muslimah

Etika Pemakaian Telekung Di Dalam Solat

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)."
- surah Al-A'raf ayat 31

Aku masih ingat kata-kata pesanan daripada Ustaz yang mengajar bab solat. Katanya apabila kita hendak bersolat, kita perlu persiapkan diri. Biar diri kita bersih, suci daripada najis serta harum wangi. Penampilan juga perlu kemas.

Kerana kita sekarang akan mengadap Allah Yang Maha Besar. Sedangkan jika kita dipanggil mengadap Raja/Sultan sudah pastinya kita akan berpakaian kemas, bersih dan cantik. Inikan pula ketika hendak bertemu dengan Allah S.W.T. - Raja segala raja.

Secara asasnya, antara salah satu syarat sah solat ialah kita perlu menutup aurat. Aurat bagi wanita,seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Disebabkan itu adalah digalakkan adalah memakai telekung bagi muslimah.

Telekung adalah kain selubung yang dipakai oleh muslimah ketika menunaikan solat.

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin ada menyatakan beberapa syarat pakaian yang dikenakan dalam solat. Ringkasnya adalah sebagai berikut:

1. Tidak menampakkan kulit tubuh yang ada di balik pakaian
2. Bersih dari najis
3. Bukan pakaian yang haram untuk dikenakan seperti sutera bagi laki-laki, atau pakaian yang melampaui/ melebihi mata kaki bagi lelaki (isbal).
4. Pakaian tersebut tidak membuat bahaya bagi pemakainya. (Lihat pembahasan dan dalil-dalil masalah ini dalam Asy-Syarhul Mumti‘, 2/148-151)


Hukum Memakai Telekung Berwarna

Sebenarnya tidaklah menjadi isu besar berkaitan warna telekung, selagi pakaian itu mengukiti etika menutup aurat yang ditetapkan syarak. Pakailah telekung warna apa sekalipun ia tidak menjadi masalah. Asalkan ianya tidak melampau sehingga boleh menganggu tumpuan orang lain yang hendak bersolat.

Namum ada pendapat yang menyatakan Rasulullah menyukai pakaian berwarna putih, jadi ianya menjadi sunnah jika kita pun memakai baju berwarna putih. namum tiada halangn untuk menggunakan warna lain.


Koleksi Telekung Reehans Pilihan Muslimah

Reehans Telekung ada menawarkan 3 rekaan utama telekung mengikut selera dan citarasa pilihan muslimah moden iaitu Reehans Balqis, Reehans Nur dan Reehans Rania. Setiap rekaannya ada ciri-ciri tersendiri dan sudah pastinya ia dihasilkan bagi menepati kualiti yang ditetapkan. Agar ianya selesa dipakai ketika bersolat oleh muslimah.

Selain untuk dipakai oleh diri sendiri. Telekung Reehans juga amat sesuai jika ingin dijadikan barang hantaran majlis perkahwinan. Rekaannya yang esklusif sudah pastinya akan memberi makna yang cukup besar kepada pasangan.

Juga boleh diberikan sebagai pemberian hadiah yang istimewa kepada yang insan tersayang, kepada isteri, ibu, adik atau sahabat akrab. Sesungguhnya takkan sia-sia pemberian hadiah kita ini, kerana hadiah kita digunakan oleh mereka untuk beribadah.

Lebih bermakna jika kita membeli telekung untuk dijadikan wakaf, diletakkan di masjid atau surau untuk kegunaan muslimah lain bersolat. Ini mungkin salah satu usaha kecil kita untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menunaikan ibadah yang besar.


Reehans Balqis


telekung Reehans Balqis


Reehans Balqis amat sesuai buat muslimah moden. Telekung yang cantik ini direka dengan pelbagai corak bungaan, ada 24 jenis corak untuk pilihan muslimah. Antaranya Balqis in Flower Blue Brown, Balqis in Flower Blue Green, Balqis in Flower Lavender Purple dan banyak lagi pilihan corak.

Ia dihasilkan dengan fabrik English Cotton yang berkualiti tinggi.  Ianya sangat selesa untuk dipakai, lembut dan tidak panas.

Reehans Balqis cuma ada 2 saiz iaitu saiz M dan saiz L.

Saiz M untuk muslimah yang berketinggian diantar 140com - 160com. Saiz L untuk muslimah berketinggian 150cm - 175cm.


Reehans Nur


telekung Reehans Nur


Reehans Nur pula rekaan telekungnya 'plain' dengan 7 pilihan warna yang berlainan. Antar warna yang boleh dijadikan pilihan adalah Reehans Nur eksklusif in Dusty Pink, Grey, Light White, Mint Blue, Purple Violet, Vanilla Cream dan Green Ocean.

Ciri istimewa telekung ini ialah mempunyai ropol di bahagian bawah telekung.

Material bagi telekung ini adalah daripada fabrik Italian Valentro yang berkualiti tinggi dan menepati kualiti selesa, lembut dan tidak panas.


Reehans Rania


telekung Reehans Rania


Reehans Rania sebenarnya sama dengan Reehans Nur dari segi material fabrik juga menggunakan Italian Valentro. Bezanya adalah cuma rekaan ini tidak mempunyai ropol.

Variasi Reehans Rania ini sesuai untuk mereka yang ingin sentuhan esklusif dengan 2 pilihan warna iaitu Dusty Pink dan Vanila Cream.



reehans telekung

Info Lanjut dan Tempahan:

WhatsApp/Tel: +6011-14481591
Email: [email protected]
Facebook: Reehans Telekung
Website: www.reehans.com


Kontest Telekung Reehans Pilihan Muslimah dianjurkan oleh HasrulHassan.com, ditaja utama oleh Reehans Telekung Muslimah Eksklusif Istimewa serta tajaan bersama Lyssa Faizureen, Pakej Percutian Murah, serta Cheap and Budget Car Rental Kuala Lumpur.


blogger lelaki logo

Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

26 Komen
Setelah berhempas pula selama 3 bulan, pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 akhirnya telah dinobatkan tepat jam 10 malam 31/3/2015. Dan contest SEO kali ini telah dimenangi oleh sahabat blogger bro Saimi Ramlan melalui blog beliau BlogInspired.com sekaligus membawa pulang wang tunai RM1500.

Dalam penyertaan aku dalam contest SEO 2015 kali ini, blog aku cuma mampu bertahan di tempat ke-2. Mungkin ada faktor nasib juga disitu yang membuatkan entri penyertaan aku sempat buat pendakian satu anak tangga memotong bro Hasrul Hassan di saat-saat akhir.

Di dalam contest kali ini aku dapat aku fahamkan backlinks masih penting menjadi salah satu faktor SEO untuk menaikkan ranking di SERP. Sebab sebelum ini ada juga yang cakap faktor backlinks sudah tak penting. Tapi backlink itu perlulah dalam "kuantiti yang berkualiti".

Faktor lain yang aku nampak adalah kekerapan kemaskini artikel. Boleh aku katakan peserta yang berada di TOP 10 ada membuat kemaskini entri. Dan aku tunggu dan lihat dengan kekalkan entri sejak dari mula sehingga ke garisan penamat, tanpa ada perubahan pada entri. Dari sini aku faham, Google juga menyukai entri yang ada kemaskini terbaru, biar entri lama sentiasa "segar".

Pemenang Contest SEO

Senarai Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Pemenang Utama Wang Tunai RM1500:

1.  http://www.blogginspired.com/malaysia-best-blog-2015.html

Pemenang Wang Tunai RM50:

2.  http://www.bloggerlelaki.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

3. http://www.hasrulhassan.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

4. http://calrasepatrick.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

5. http://syahrilhafiz.com/blog/malaysia-best-blog.html

6. http://rahsiakuasaminda.com/yang-mana-satu-malaysia-best-blog-2015/

7. http://lamansesawang.com/contest/malaysia-best-blog-2015.html

8. http://www.bloggerwanita.com/malaysia-best-blog-2015/

9. http://panduanpercuma.info/malaysia-best-blog-2015/6619/malaysia-best-blog-2015/

10. http://www.sensasi2020.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html


Tahniah diucapkan kepada pemenag hadiah utama dan pemenang Top 10 yang lain. Jutaan terima kasih juga kepada tuan penganjur OhDuit.com, semoga lain kali tak serik lagi nak anjurkan contest besar seperti ini.
blogger lelaki logo

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

9 Komen
Sebelum ini aku pernah menulis pasal Jepun sebagi destinasi pelancongan utama. Jepun, negara matahari terbit  adalah antara destinasi pilihan aku. Tetapi apabila sebut Jepun pasti ramai fikir tentang kos yang tinggi untuk bercuti disana.

Pada orang yang berpendapatan sederhana seperti aku pastinya fikir 22 kali untuk pergi ke Jepun, soal kos sudah tentu boleh buat orang pening kepala. Tapi Dengan Japan Budget Trip (JBT) ada jalan penyelesaian, kerana mereka ada sediakan pakej bajet untuk pergi bercuti ke Jepun dengan harga yang berpatutan.

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun

Mengapa anda perlu memilih JBT sebagai Pakej Pelancongan pilihan ke Jepun? Sedangkan kita tahu memang ada banyak agensi pelancongan yang lain kita boleh pilih. Meh aku nak cerita sikit.

Pengalaman JBT Sejak 2010

Aku tak pernah pergi ke Jepun dan tak pernah mengikut rombongan bersama JBT. Jadi aku korek balik entri lama di blog AyahArif. Rupanya sebelum JBT diwujudkan, Tuan Rafidi sudah pergi ke Jepun sejak tahun 2010, dan tahun-tahun berikutnya 2011, 2012 dan 2013.

JBT buat trip pertama berkunjung ke Jepun pada penghujung Januari 2014. Jadi dengan pengalaman sudah banyak kali beliau pergi ke Jepun, sudah pasti tuan Rafidi sudah arif dan tahu mana tempat yang menarik untuk dilawati.

Lagi satu, sebab kita tahu Jepun bukan negara Islam, bagi kita orang Islam antara cabran utama melancong adalah untuk mencari restoran makanan halal. Apabila kita pergi dengan orang yang sudah biasa pergi ke sana, soal mencari makanan halal sudah tentu tiada banyak masalah.

Servis JBT yang Tip Top

Ini bukan aku buat reka cerita, atau cerekarama. Tapi ini fakta hasil pembacaan aku terhadap review yang diberikan oleh mereka yang telah mengikuti trip ke Jepun bersama JBT. Referen pertama ini juga adalah seorang blogger, dengan nama manjanya Imaa penulis di blog TheRafim.com .

Antara review yang diberikan oleh Imaa adalah :-

  • Tour Guide yang turut serta bersama rombongan amat fasih berbahasa jepun, jadi faham-fahamlah kalau kaki shopping tu nak tawar menawar harga memang tak ada masalah. Perempuan suka la tue.
  • Harga yang berpatutan, memang agak murah berbanding pakej yang ditawarkan oleh trip yang lain ke Jepun.
  • Servis yang pantas dan berkesan, siap ada sesi briefing day -  dimana kita akan diberi penerangan terperinci berkenaan dari hari pertamam trip sehinggan ke hari yang terakhir. Ini semua supaya rombongan cik kiah berjalan lancar dan mendapat gambaran awal keadaan disana nanti.
  • Toleransi, menurut Imaa semasa dia dekat Karuizawa. Biasalah perempuan bila shopping, tak ingat dunia. Namum JBT berikan masa tambahan untuk Imaa dan rakan rombongan terus shopping. Kiranya trip ini agak fleksibel -mudah dibawa berbincang.

JBT Sebagai Pakej Pelancongan Pilihan Ke Jepun


Ada satu lagi review baik punya di Facebook JBT dari Syahrul Nadwani, juga salah seorang yang pernah menyertai rombongan JBT. Mari kita baca apa yang dia cakap tentang trip JBT :-

  • Pengalaman yang berbeza sepanjang 6D5N di Jepun, dapat merasai sendiri kehidupan masyarakat jepun. Boleh merasa naik bullet train, bas dan teksi.
  • Sekali lagi dia berikan review, Tour Guide JBT memang fasih berbahasa Jepun, sebab Tuor Guide pernah tinggal di Jepun lebih kurang 4 atau 5 tahun.

Penutup

Jadi apa tunggu lagi, pengalaman JBT memang tiptop, review servis mereka juga tiptop. Aku rasa inilah antara pakej pelancongan ke Jepun dengan harga bajet yang terbaik.


Penaja Utama : Japan Budget Trip

Penaja Bulanan/Saguhati

Travelog.my
Azeni Ahmad
Hawwa Firdaus
Sitizan
eXplorasa
Travel And Foods Blog
Kisahtatie


Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT

Hadiah Bulanan :-

Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30