Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
blogger lelaki logo

Ramalan Suku Akhir Piala Malaysia 2015

1 Komen
Kini saingan Piala Malaysia 2015 sudah memasuki peringkat Suku Akhir. 8 pasukan bolasepak bakal berentap dipusingan kalah mati bagi melayakkan pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Saingan Piala Malaysia diteruskan lagi bagi edisi 2015. Piala yang bersejarah ini sekali lagi akan menjadi rebutan buat setiap pasukan bolasepak yang bertanding.

Walaupun ada ura-ura piala ini sudah lapuk dan ada pihak yang mahu ia dihentikan, namum kemeriahannya tetap mewarnai arena bolasepak Malaysia.

Berikut adalah pasukkan yang telah layak ke peringkat Suku Akhir Piala Malaysia 2015 iaitu Felda United FC, Johor Darul Ta'zim, Kedah FA, Lions XII, Pahang FA, PKNS FC, Selangor FA dan Sarawak.

Ramalan Suku Akhir Piala Malaysia 2015


Jadual dan Keputusan Suku Akhir Piala Malaysia 2015

Suku Akhir 1

Selasa, 24 November 2015


1. Pahang FA (4) vs (1) Lions Xii
8.45mlm

Stadium Darul Makmur

2. Felda United FC (1) vs (1) JDT
8.45mlm
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

3. Sarawak (1) vs (2) Selangor FA
.8.45mlm
Stdm Negeri, Sarawak

4. Kedah FA (1)  vs  (1) PKNS FC
8.45mlm


Stadium Darul Aman

Suku Akhir 2

Sabtu, 28 November 2015

1. Lions XII (2) vs (0) Pahang FA (Agg 3-4)
7.45mlm
Stadium Jalan Besar, Singapura

2. JDT (1) vs (2) Felda United FC (Agg 2-3)
8.45mlm
Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin

3. Selangor FA (1) vs (1) Sarawak (Agg 3-2)
8.45mlm
Stadium Shah Alam

4. PKNS (1) vs (3) Kedah FA (Agg 2-4)
8.45mlm
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Ramalan Suku Akhir Piala Malaysia 2015

Ini adalah pasukan pilihan aku yang aku rasa bakal layak ke pusingan Separuh Akhir. 
  1. Aku pilih Pahang FA akan terus mara untuk menpertahankan kejuaraan tahun lepas. 
  2. Selangor FA pula mungkin ingin meneruskan #misi33 mereka.
  3. Johor Darul Ta'zim aku pilih sebab prestasi mereka musim ini selaku Juara Liga Super serta Juara AFC Cup 2015.
  4. Kedah FA pula pasukan yang sedang meningkat naik, mungkin akan kembali mengegarkan saingan Piala Malaysia.
Selepas perlawanan suku akhir yang pertama semalam, pasukan pilihan aku nampaknya menunjukkan prestasi yang bagus untuk mara ke pusingan seterusnya.

Mungkin JDT FC masih kepenatan, peluang mereka terbuka luas di Larkin nanti. Felda United perlu bekerja keras untuk menembusi stadium keramat Johor.

Pahang pula membawa bekalan yang selesa ke Stadium Jalan Besar. Cuma mereka perlu berhati-hati agar peluang mereka ini tidak disia-siakan.

Selangor juga nampaknya berada dilandasan yang betul, cuma Kedah perlu bekerja lebih keras untuk merebut peluang ke slot separuh akhir nanti.


Nampaknya ramalan aku sedikit tersasar, agak mengejutkan apabila JDT rebah di kubu kuat mereka ditangan Felda United. Sekali lagi tahun ini Felda United mara ke pusingan separuh akhir.
blogger lelaki logo

Preview Final AFC Cup 2015 : FC Istiklol vs Johor Darul Ta'zim

2 Komen
Final AFC Cup 2015, telah  mencipta sejarah pada thun ini apabila Johor Darul ta'zim (JDT) menjadi pasukan Asia Tenggara pertama yang layak ke final untuk menentang FC Istiklol.

Final AFC Cup 2015 : FC Istiklol vs Johor Darul Ta'zim

Pertemuan kedua-dua pasukan ini boleh dianggap tuah, kerena mendapat kemenang percuma diperingkat sepatuh akhir. Selepas tindakan FIFA mengantung Kuwait FA, sekaligus kedua-dua pasukan kelab bolasepak negara itu juga hilang kelayakan untuk meneruskan persaingan dalam AFC Cup 2015, lebih-lebih lagi Qadsia FC yang gagal menpertahankan kejuaraan mereka pada tahun lepas.

Istiklol vs JDT

Perlawanan final ini adalah pertembungan sang juara, JDT yang turun selaku juara Liga Super 2015 manakala FC Istiklol pula kini sedang mendahului Tajik League dengan kelebihan 10 mata dan hanay memerlukan hanya 2 mata dalam 3 perlawana terakhir untuk menjulang kejuaraan liag pada tahun ini.

Mari kita lihat "road to the final" bagi kedua-dua pasukan dalam siangan AFC Cup 2015.

JDT menjadi juara bagi kumpulan F dengan mengumpul 15 mata, mnakala FC Istiklol pula merupakan juara kumpulan C dengan 11 mata.

Diperingkat Round of 16 : Pasukan JDT turun menentang Ayeywady united. JDY menang dengan 5 gol tanpa balas. Pasukan FC Istiklol pula berhempas pula menentang Al-Wahd, keputusan 1-1 dan FC Istiklol menang dengan penentuan sepakan penalti 4-2.

Mara ke peringkat Suku Akhir : Pasukan JDT menentang pasukan South China, JDT menang dengan aggregate 4-2. FC Istiklol pula turun menetang satu lagi wakil malaysia iaitu Pahang, ternayat mereka lebih hebat dengan menewaskan Pahang dengan aggregate 5-3.

Pada pusingan Separuh Akhir : DT turun menentang Qadsia SC, padan perlawanan fisrt leg JDT tewas 3-1. Pasukan FC Istiklol pula turun menentang Kuwait SC dan tewas 4-0. namum kedua-dua pasukan telah diberikan kemenangn percuma selepas pergantungan Kuwait FA.


Preview Final AFC CUP 2015 : FC Istiklol vs Johor Darul Ta'zim

Jika dilihat diatas kertas kekuatan kedua-dua pasukan agak seimbang. Bagi aku apa yang akan menbezakan Itiklol dan JDT hanya taktikal dan disiplin yang tinggi untuk menentukan juara AFC Cup 2015.

Bahagian Serangan

Tugas berat untuk digalas oleh Safiq Rahim. Kemahiran dan kreativi Safiq menjadi taruhan JDt untuk mengatasi jentera pertahanan Istiklol yang pantas. Safiq perlu bijak mengatur dan membuat hantaran untuk mengelirukan pertahanan dan memberi laluan untuk penyerang mencipta gol. Safiq Rahim perlu bergelut dengan rantaian Petro Kovalchuk.

Bahagian Tengah 

Pemain JDT pula perlu bijak mengawal flanker Istiklol yang rajin membuat larian laju. Pemain midfield JDT perlukan tonik lebih malam ini untuk menyekat kemaraan Dzhalilov, antara pemain Istiklol yang cukup berbahaya telah mencatat 18 gol dalam Tajik League dan 4 gol dalam AFC CUp.

Barisan pertahanan 

Jentera pertahanan JDT pula menuntut keserasian antara Marcos Antonio dan Aidil untuk merantai jentera serangan Istiklol yang lincah seperti Khurshed mMakhmudov yang gemar membuat percubaan jarak jauh.

Apapun, semua ini diatas kertas. Segala keputusan akan ditentukan diatas padang nanti. Cuma sedikit kelebihan buat FC Istiklol yang beraksi dilaman sendiri. Buat JDT semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menjulang AFC Cup 2015. Luaskan Kuasamu! Auuummmm!!!


Keputusan Final AFC Cup 2105


FC Istiklol (0) - (1) Johor Darul Ta'zim
Leandro 23" 


blogger lelaki logo

Bolasepak Malaysia Di Hujung Tanduk

26 Komen
Malang bolasepak Malaysia sememangnya bagai telur dihujung tanduk. Selepas di'unta'kan oleh pak arab U.A.E 10 gol tanpa balas dan tanpa rela bolasepak kita telah jadi barai.

Bolasepak Malaysia Di Hujung Tanduk

Apakah perubahan yang perlu dilakukan. Adakah cukup dengan Dollah Salleh letak jawatan dan digantikan dengan  Ong Kim Swee sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan.

Minta hulur nyawa untuk bolasepak Malaysia terus bernafas. Sudah pastinya masih ada harapan, jika ada perubahan drastik dilakukan.

Rombakkan besar ahli jemaah FAM

Sebab inilah badan utama yang menguruskan hal ehwal bolasepak Malaysia. Bukan sekadar tukarkan presiden daripada bapa kepada anak, bukannya jadi macam sistem monarki tampuk kuasa diturunkan kepada legasi keturunan. 

  • Dari awal aku sudah jangka, pertukaran tuan presiden FAM didalam pemilihan yang lepas itu tak memberi apa makna. dari awal pemilihan lagi kita sudah tahu siapa akan menang. Sebab orang yang memilih sudah sebati dengan legasi dalam FAM. Jadi perlu rombakan semuanya sekali, biar ia kembali segar.
  • Dalam FAM perlunya mereka yang pakar dalam bidang bolasepak. Orang yang nampak jalan untuk majukan lagi bolasepak negara. Kita tak perlukan mereka yang hanya nampak ringgit untuk masuk poket. 

Hari ini kita belum nampak apakah tindakan FAM yang benar-benar memberikan hasil.
Hantar anak muda ke Slovakia, apa suda jadi? Hantar wakil main di liga singapura, jadi ayam dekat sana. Masukkan pasukan singapura dalam liga Malaysia, piala kita kena ratah.

Liga M Meriah Tapi Skuad Kebangsaan Hambar

Pasti yang ramai rasa terkilan. Ketika kemeriahan saingan dalam Liga Malaysia. Namum ia tak mampu diterjemahkan oleh skuad kebangsaan. Dengan jumlah kehadiran penonton yang semakin ramai, bercambahnya Ultras digenap umbi pasukan.

Ada yang berikan komen, Liga M patut haramkan semula pemain import. Supaya pemain tempatan mendapat lebih banyak peluang. Mungkin ada benarnya, tetapi cuba fikirkan balik sebab dahulu liga kita pernah beraksi tanpa pemain import.

Bagi aku, tiada salahnya ada pemain import dalam liga kita. Sebabnya
  • Boleh memberikan pengalaman berguna kepada pemain kita. 
  • Dapat berikan sedikit cabaran kepada pemain tempatan.
  • Supaya pasukan kita dapat bersaing jikalau layak ke pertandingan AFC Cup atau ACL, sebabnya kelab lain di Asia juga menggunakan khidmat pemaian import. 
Buat sedikit penambahbaikkan dalam sistem Liga M, agar ia benar-benar menjadi kilang menghasilkan pemain negara yag berkualiti. Biar setiap pasukan berikan ruang untuk pemain muda untuk lebih kerap beraksi dalam saingan kompetitif. Supaya motif saingan Liga M tidak hanya untuk menjulang piala semata-mata.

Sejujurnya tiada harapan dan tak pula aku mengharapka keajaiba dalam pertemuan akan datang Malaysia menentang Arab Saudi dibawah kendalian OKS pula kali ini. Harimau Malaya tak perlu menang, cukup sekadar mempamerkan aksi yang lebih baik dan tidak dibelasah sekali lagi oleh pak arab.
blogger lelaki logo

Preview Final Piala FA 2015 : Kelantan vs Lions Xii

1 Komen
Aksi Piala FA 2015 kini tiba dipenhujungnya, 23 Mei nanti kita akan menyaksikan juara baru Piala FA bakal dinobatkan samaada pasukan Kelantan atau Lions Xii.

Final Piala FA 2015 : Kelantan vs Lions Xii

Kelantan yang kecundang di separuh akhir pada tahun lalu, tahun ini ingin menebus kembali kekecewaan. The Red Warriors sudah pastinya mahu membawa Piala FA pulang ke bumi Kelantan. Malah aku rasa seluruh rakyat Malaysia tak rela melihat trofi liga kita diusung menyeberang tambak.

Bagi Lions Xii pula ini adalah aksi final Piala FA yang pertama buat mereka. Jika sebelum ini mereka asyik tersingkir awal, pada kali ini mereka nyata lebih cemerlang.

Menariknya pertemuan aksi Final Piala FA pada tahun ini, ada yang menganggap seolah-olah pertemuan Malaysia vs Singapura.

Pemain Tumpuan Final Piala FA 2015

Khairul Amri - Penyerang Lions Xii ini memang perlu dikawal ketat oleh barisan pertahanan Kelantan. Dalam perlawanan separuh akhir yang lepas, beliau telah meledakkan dua gol. Pemain ini sangat lincah membuat larian off-ball yang mampu mengucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan serta bijak mencari peluang untuk membuat jaringan.

Austin Amutu - Penyerang import berbisa Kelantan. Pemain import baru ini begitu menyengat dan tak keterlaluan dikatakan harapan TRW terletak pada Amutu. Kelincahan pemain yang berasal daripada Nigeria ini sering memerangkap pertahanan lawan. Dengan larian yang lincah serta kawalan bola yang baik. Pada perlawanan separuh akhir yang lepas beliau juga meledakkan dua gol.

Gabriel Quak - Pemain sayap Lions Xii ini juga perlu di berikan perhatian. Beliau juga berkebolehan membawa bola dari tengah atau dari sayap, disampin itu dia juga mampu bertindak sebagai 'Inside-Forward'.

Wan Zaharulnizam (Kechik) - Pemain muda Kelantan ini yang juga bermain dibahagian sayap juga menunjukkan prestasi yang menberansangkan pada musim ini. Dengan kepantasan membuat larian, kini kawalan bola beliau juga semakin bagus. Beliau pernah bersama Wan Zack Haikal menyertai percubaan untuk bermain dengan Ryukyu F.C.

Rekod Pertemuan Kelantan vs Lions Xii

Bab kata orang kita menconggak keputusan diatas kertas. Mari kita lihat rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam beberapa perlawanan yang lepas. Menariknya dalam 7 pertemuan, pasukan Lions Xii hanya menang sekali keatas pasukan Kelantan, itupun kemenangan dilaman sendiri di Stadium Jalan Besar.

15/02/2015
Kelantan (2) - (0) Lions Xii

10/06/2014
Kelantan (2) - (1) Lions Xii

8/03/2014
Lions Xii (1) - 92) Kelantan

06/07/2013
Kelantan (2) - (0) Lions Xii

9/03/2013
Lions Xii (1) - (0) Kelantan

4/05/2012
Kelantan (3) - (0) Lions Xii

10/01/2012
Lions Xii (1) - (2) Kelantan

Malah dalam langkah sumbang pasukan Kelantan diawal musim ini, pertemuan kedua-dua pasukan di dalam saingan Liga Super juga telah memihak kepada pasukan Kelantan.

Mampukah pasukan Lions Xii membuang badi kalah kepada pasukan Kelantan pada aksi Final Piala FA 2015 kali ini.

Ramalan aku untuk perlawana Final Piala FA 2015 adalah Kelantan ( 2 ) - ( 0 ) Lions Xii.
blogger lelaki logo

Review : Separuh Akhir Piala FA 2015

1 Komen
Saingan Piala FA 2015 kini sudah memasuki pusingan Separuh Akhir. Dengan 4 pasukan yang layak adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Lions Xii. Tiga pasukan dari pantai timur dan satu pasukan singapura. Seperti biasa pusingan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik, dan gol ditempat lawan memberikan kelebihan kepada setiap pasukan. 

 

Separuh Akhir Pertama  Piala FA 2015 

(Semi final FA Cup 2015 first leg)


9 Mei 2015

Pahang vs Kelantan

8.45 mlm
Stdm Darul Makmur, Kuantan.

Lions XII FC vs Terengganu

7.45 mlm
Stdm Jalan Besar, Singapura

Separuh Akhir Kedua  Piala FA 2015 

(Semi final FA Cup 2015 second leg)


16 Mei 2015

Kelantan vs Pahang

8.45 mlm
Stdm Sultan Mohamad ke IV, Kota Bharu

Terengganu vs Lions Xii FC

5.45 mlm
Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Dan Perlawanan AKhir Piala FA 2015 dijadualkan berlansung pada 23 Mei 2015.


Pahang Vs Kelantan

Pertemuan dua pasukan pantai timur ini menjadi tumpuan aku. Sebab aku dengan jelas adalah penyokong The red Warrior.

Sebenarnya pasukan Kelantan beraksi pada musim ini agak tempang. Prestasi yang terumbang ambing. Pada saingan Liga Super keadaan Kelantan kini agak kritikal.

Pertemuan dengan Pahang adalah satu perlawanan yang agak sukar buat Kelantan.

Dalam pertemuan sebelum ini. Kelantan telah tewas di gelanggan sendiri. Namum itu ketika dibawah kendalian Goerge Boateng. Selepas abang pinky iaith Azraii Khor ambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih, corak permainan TRW telah banyak berubah.

Kunci utama untuk Kelantan menyekat kemaraan Pahang adalah perlu mengawal ketat Gopi dan Nwakamea. Dua pemain ini adalah yang sering mengorak serangan.

Jika Gopi berjaya disekat, jentera serangan belah kiri Pahang akan lumpuh. Kebiasaannya Nik Shahrul Azim akan menggalas tugas di bahagian pertahanan kiri Kelantan akan bekerja keras mengekang larian laju Gopi.

Nwakamea, gah dengan gelaran orang besi. Gelecekan beliau mampu melepasi sehingga 3 atau 4 pemain. Pertahanan tengah Kelantan perlu pastikan bola tidak sampai ke kaki Nwakamea. Jika tidak, gawang Kelantan akan dirobek.

Perlu di perhatikan juga adalah Azidan atau Hafiz yang rajin membuat lorongan berbahaya mencari Nwakamea. Pemain Kelantan perlu cepat panas enjin, membuat pressing awal di bahagian midfield agar bahagian tengah padang tidak dikuasai oleh pemain-pemain Pahang.

Prestasi Pahang musim ini agak konsisten. Lebih-lebih lagi kini mereka baru sahaja mengungguli tahkta Liga Super.

Selamat berjuang buat pasukan Kelantan. Cari kelebihan gol ditempat lawan, untuk pastikan kejuaraan Piala FA 2015 tidak terlepas dari dakapan pada musim ini.

#GomoKelateGomo
blogger lelaki logo

Siapa dalang Terowong Larkin?

9 Komen
Siapa dalang yang menimbul kekecohan dalam 'Terowong larkin' semasa perlawanan JDT beretemu T-Team pada 1 Februri lalu akan didedahkan oleh FAM.

Siapa dalang 'Terowong Larkin'?
Dalam insiden ini seorang pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah didakwan menumbuk Evlado Rodrigues, pemain import T-Team.

Siasatan telah dibuat dan FAM masih menunggu beberapa maklumat penting daripada Jawatankuasa Eksekutif FAM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kali ini kita akan dapat menyaksikan kewibawaan FAM dalam menangani kes yang melibatkan individu yang berprofil tinggi. FAM tidak boleh bias dalam isu ini, jika tidak ia akan merosakkan lagi bola sepak Malaysia.

Keadilan perlu ditegakkan, hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan. Harap tiada pihak yang tertindas. Supaya menjadi pengajaran tidak lagi berlaku insiden seperti ini.

Baru sahaja kita hendak merasa kemeriahan bola sepak Liga M musim ini, tetapi dihidangkan dengan insiden yang buruk macam ini.

Satu lagi perkara yang agak teruk aku tengok dalam senario bola sepak negara kita adalah dari segelintir penyokong yang terlalu beremosi. 

Penyokong setiap pasukan sepatutnya berfikiran lebih matang jangan kita jadi macam footbal hooligans seperti diluar negara. Apa juga sukan sepatutnya membawa kearah penyatuan.

Semoga ada cahaya dipenghujung lorong yang gelap. Siapa salah dalam isu 'Terowong Larkin' ini tidak penting, tetapi kita mencari kebenaran disebalik kisah ini.
blogger lelaki logo

Perlukah "Football Hooligans" Di Liga Malaysia?

1 Komen
Football Hooligans adalah gelaran yang diberikan kepada penyokong fanatik sesebuah pasukan bola sepak, mereka juga sering merusuh, melakukan provokasi terlampau kepada penyokong pasukan lawan serta vandalisma.

Budaya ini yang menjadi subculture di England di era 60-an, namum wajarkah budaya negatif ini dibawa masuk ke dalam bola sepak Malaysia. 

Semangat kesukanan dicampak keluar, diisi penuh dengan emosi kebencian, semangat kenegerian melampau dan caci maki pasukan lawan. Api yang marak merebak kepada pergaduhan yang lebih teruk. Apakah budaya bola sepak sebegini yang kita mahu? Budaya yang penuh keganasan.

Antara tingkah laku "Football Hooligans" yang sering mereka lakukan semasa perlawanan bola sepak adalah:
1. Mengejek pasukan lawan, mengeluarkan kata-kata kesat atau berbaur lucah.
2. Meludah.
3. Bertumbuk.
4. Membaling objek ke padang, sama ada dalam usaha untuk mencederakan pemain dan pegawai atau sebagai tanda penghinaan.
5. Membaling objek kearah penyokong lawan.
6. Menggunakan pyrotechnic seperti suar dan bom asap

Di sesetengah negara golongan "Football Hooligans" ini juga dikenali sebagai "Ultras", yang membawa unsur keganasan melampau dan taksub. Tapi tak termasuk Ultras Malaya yer..hu3
Walaupun kes samseng bolasepak dinegara kita tidak seteruk di luar negara. Namum ada juga beberapa kes kejadian yang tidak  diingini berlaku, semoga selepas ini tiada lagi insiden seperti ini berlaku. Ia langsung tidak membantu meningkatkan mutu bola sepak negara kita, malah ia akan lebih merosakkan lagi.

Bola sepak di negara kita kini sedang meningkat naik kembali, bukan sahaja diminati kaum lelaki sahaja, tetapi kini kaum wanita juga sudah ramai yang masuk ke stadium, tak ketinggalan juga kanak-kanak yang juga berada di dalam stadium. 

Memang amat tidak sesuai budaya bola sepak sebegini diamalkan di negara kita.

Sumber : Wikipedia