Showing posts with label Blogging. Show all posts
blogger lelaki logo

Belajar Buat Blog Sendiri

26 Komen
Bagi mereka yang baru nak belajar buat blog, sudah pastinya kita akan cuba mencari sumber rujukan untuk kita mendalami ilmu blogging contohnya dengan baca ebook tutorial buat blog dan sebagainya.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mencari cara buat blog, sebab ada banyak otai-otai blogger yang berkongsi tips dan buat tutorial baik dari dalam negara dan juga luar negara.

Jika anda serius mahu belajar, saya boleh cadangkan ebook yang sesuai untuk anda baca dan hadam. Bukan setakat baca sebenarnya, tapi kita kena praktikan apa yang kita belajar.

Sebab setiap perkara yang kita tahu kita perlu amalkan untuk pastikan perkara yang kita belajar tidak menjadi sia-sia, begitulah juga dengan ilmu  buat blog.


Belajar Buat Blog Sendiri

Baiklah dalam ebook ini, anda akan diberikan info lebih lanjut, ianya sebagai panduan untuk anda memulakan blog pertama anda.

Dalam ebook 'Belajar Buat Blog' ini akan diberi kefahaman tentang perkara-perkara seperti berikut :-


Bab 1 : Nak buat blog tentang apa? 

Ya, point ini penting buat mereka yang baru hendak bermula buat blog. Kita perlu jelas dengan idea dan matlamat yang ingin kita terjemahkan pada blog kita.

Kita perlu tahu apa hendak ditulis, apa gaya penulisan kita dan sebagainya. Kerana inilah nanti yang akan memberi gambaran tentang blog kita, atau lebih tepat kita boleh sebut sebagai penjenamaan untuk blog kita.

Jika kita kabur pada peringkat awal ini, kita seolah berjalan tanpa haluan, lagu tanpa irama.


Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot

Bagi blogger baru, kita perlu faham apakah langkah yang sepatutnya kita buat untuk 'setup' blog kita yang pertama.

Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog

Tak dinafikan SEO menjadi nadi kepada sesebuah blog untuk jangka masa panjang. Walaupun sumber trafik boleh datang daripada pelbagai sumber lain seperti media sosial.

Namum trafik daripada enjin carian akan menjadikan blog kita lebih padu.

Bab 4 : Buat duit dengan blog

Buat duit dengan blog bukan lagi perkara rahsia, sudah ramai yang tahu. Jadi kepada blogger baru yang baca ebook ini mendapat pakej dengan mendapat tip buat duit melalui blog.

Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7 : Rumusan dan penutup

Berdasarkan tajuk-tajuk yang penulis ebook ini senaraikan, pastinya ia padat dengan informasi dan tip berguna untuk anda praktikkan sehingga blog anda berjaya. Lagipun ia siap dengan tip buat duit, itu adalah ilmu emas dalam dunia blogging. Bukan semua orang akan tunjukkan lubuk nak buat duit dengan blog.

Tip Belajar Buat Blog Baru

Saya ada beberapa tip untuk blogger baru yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging. Buat blog sebenarnya tidak sudah, cuma untuk lebih maju kehadapan kita perlu pastikan kita buat sesuatu itu dengan serius serta bersungguh-sungguh.


Terlalu Asyik Mengejar Trafik

Trafik sememangnya penting bagi sesebuah blog, kepentingan trafik pula bergantung kepada tujuan blog kita.

Jika kita buat blog untuk perniagaan, jual produk. Jadi kita perlukan trafik yang boleh bertukar menjadi pelanggan kita. Barulah trafik yang masuk itu bermakna.

Jika kita nak buat duit di blog guna adsense atau pengiklanan, Sememangnya kita perlukan trafik yang banyak, dan juga mampu menghasilkan 'klik'.

Namum ada juga blogger baru yang terlalu terburu-buru mengejar trafik. Mereka jadi penganut 'matlamat halalkan cara'. Mereka buat apa sahaja untuk dapatkan trafik yang banyak ke blog mereka.

Benda ini aku perhati dan bagi aku ia adalah SALAH. Ada yang sanggup viralkan isu yang tidak sepatutnya, malah sampai ke tahap menipu. Buat misleading headline, tajuk bukan main gempak. Apabila klik, link dibawa ke laman yang bukan seperti yang pembaca mahukan.

Lebih teruk ada yang sanggup buat tajuk melibatkan kematian selebriti terkenal. Apa hal ni bro, dengan guru mana lu belajar semua benda ni.

Aku ulang, ini benda salah. Kepada blogger baru jangan terlalu mengejar trafik sehinggakan kita buat perkara yang tidak sepatutnya.


Bawa Bersabar Dan Konsisten

Sebabkan kita tidak sabar taidlah buatkan kita sanggup buat apa sahaja untuk naikkan blog kita. Jangan begitu kawan, kita ada cara kita.

Buat blog kita tidak boleh dapat lihat hasilkan dalam masa yang singkat apatah lagi bagi kita yang baru belajar buat blog. Mereka yang sudah berjaya ambil masa yang panjang untuk berdiri gah seperti hari ini.

Bagi aku tiada jalan singkat untuk berjaya, kita perlukan lakukan kerja dengan betul dan bersungguh-sungguh. Sebab itu buat kerja kena konsisten, jangan buat kejap dan jemu, malas. Inilah punca kita gagal, sebabnya kita MALAS.

Untuk pastikan blog kita terus maju, kita kena tulis artikel secara konsisten. Sebaiknya kita dapat tulis 1 artikel setiap hari, paling tidak pun 3 artikel seminggu, dan paling malas kita tulis 1 artikel seminggu. Dan kalau paling malas, tutup blog buat benda lain, macam main guli ke apa...


Etika Sebagai Blogger

Nak buat blog, nasihat aku buatlah secara serius. Bina kredibiliti dengan blog anda, jadikan ia satu jenama yang mampu membantu anda untuk buat duit online dengan blog. Sebab itulah kita perlu ada etika.

Jangan sesuka hati buat entri copy & paste, jikalau terpaksa sangat sangat kena copy & paste juga. paling tidak kita bagilah credit dan backlink kepada penulis asal artikel itu.

Hargai hasil karya orang lain, jangan main sebat hasil penulisan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Itu adalah ciri-ciri blogger yang tidak ada etika.

Lagipun pihak Google sendiri tidak suka kepada entri copy & paste, sebab ia dah termasuk dalam melanggar hak cipta orang lain. Ibaratnya kau curi hak orang lain.


Belajar, Belajar Dan Belajar

Ilmu blogging bagi aku sentiasa berkembang, sentiasa akan ada perkara baru yang perlu kita belajar. Walaupun sehebat mana kita, jangan berhenti belajar. Lagipun tak rugi jika kita belajar perkara yang baru. Teramatlah rugi juga jika kita belajar tapi tidak mengamalkannya umpama "pokok subur yang tidak berbuah".

Apabila sebut bab belajar, bagi blogger baru aku nasihatkan belajar ikut aturan. Belajar terlebih dahulu perkara yang asas barulah kita belajar ilmu lanjutan yang lebih mendalam. Bukan apa, kita belajar dan tambah ilmu untuk kita faham dan praktik.

Jadi kita kenalah rajin mencari ilmu dengan baca ebook tutorial belajar membuat blog. Ada banyak ebook berkenaan blogging yang ada.

Jikalau kita cari ilmu banyak-banyak, tapi sepatah haram pun kita tidak faham, itupun tak guna juga. Sebab itulah orang tua pesan "kalau tak tahu...tanya". Ramai otai blogger yang tak lokek ilmu dan suka berkongsi ilmu, oleh itu jangan segan nak P.M. tepi otai-otai.

Aku pelik apabila ada blogger baru yang begitu takut dengan SEO. Apabila sebut SEO mulalah mereka gelabah, cakap tak reti. Sebab tak pandailah kita kena belajar, belajar sampai faham, faham dan amalkan.


Rasanya sudah puas aku membebel, lagi panjang lagi merapu aku tulis. Pesan kau kepada mereka yang baru nak belajar buat blog. Buatlah betul-betul sebab tak rugi siap kita boleh buat duit dengan blog.


Contest ini turut disertai oleh: calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.myalongxp.com
blogger lelaki logo

Untung Rugi Buat Blog

13 Komen
the Untung rugi buat blog bergantung pada matlamat kita sendiri. Ketika kita mula-mula nak ketik daftar blog dulu mesti kita sudah pasang niat sebab apa wujudnya blog kita.



Pada aku jika memang niat kita nak buat duit dengan blog, langkah pertama kita sudah semestinya berada dilandasan yang betul untuk menghasilkan wang.

Hala tuju dan gerak kerja perlu kearah untuk menjana duit melalui blog. Kita sudah tahu celah mana, lubang mana yang hendak kita gali.

Takkanlah kita nak cari emas tapi pergi gali lombong bijih timah. Itu maknanya kita sudah silap langkah atau tiada perancangan awal sebelum kita memulakan sebarang kerja.

Oleh sebab itu, kita kena buat perancangan awal. Jika kita tersesat jalan sekalipun kita boleh bertanyakan kepada yang pakar. Pendek kata kita perlu tahu apa yang kita nak.

Kita dengar orang buat duit banyak dengan blog, kita nak buat juga. Tapi kita tak tahu mana hala yang hendak kita tuju, ia akan jadi satu kerja yang sia-sia dan tak hairan jika ia akan terhenti sekerat jalan.

Bila sampai satu masa kita tidak dapat tengok hasil macam yang orang lain dapat mulalah kita patah semangat, berputus asa.

Jadi nak buat sesuatu kena ada matlamat, cari ilmu berkaitan walaupun sekadar asas. Biasalah kita baru nak mula memang banyak kekurangan, sebab itu apa yang kita tidak tahu kita jangan malu nak tanya orang yang tahu.

Buat blog memang untung kalau kena dengan caranya. Tapi perlu ingat kita sebagai orang Islam, rezeki nak kena cari yang halal.

Bila dengar sahaja bab duit, kita terus gelap mata. Buat perkara menghalalkan cara demi duit.

Kini sumber pendapatan utama blog aku adalah melalui adsense. Nak jana duit melalui adsense kita perlu jana trafik masuk ke blog kita.

Nak dapatkan trafik aku tarik daripada enjin carian google. Caranya adalah melalui teknik SEO. Walaupun tak 'terrer' macam otai-otai SEO tapi alhamdulillah ia  berjaya mendatangkan hasil.
blogger lelaki logo

Bagaimana SEO Membantu Bisnes Online

5 Komen
Zaman dah canggih sekarang, orang berjual beli hanya diatas talian. Pembeli hanya perlu duduk sila panggung dekat rumah tunggu barang dibeli sampai depan pintu pagar rumah.

Aku sebut bisnes online ini kiranya termasuk semua sekali urusan jual beli di internet, tak kiralah produk fizikal atau produk digital.

Apabila kita sebut bisnes, benda paling penting adalah barangan kita jual laku keras. Pelanggan order tak putus-putus, sampai tak tidur malam nak melayan pelanggan..hahaha

Sebenarnya banyak cabang yang digunakan oleh peniaga online untuk menjual produk mereka ada yang guna Facebook, Blog / laman web, Instagram dan bermacam-macam lagi.

Tapi aku nak fokus kepada blog, bisnes online yang dijalankan menerusi blog tak kiralah guna platform blogger.com ataupun wordpress.

Bagaimana SEO Membantu Bisnes Online


Untuk buat duit melalui blog, kita perlukan trafik. Trafik yang masuk itu adalah kebarangkalian akan ditukarkan menjadi duit. Jadi formula mudahnya, semakin banyak trafik semakin banyak duit.

Sumber trafik pula kini datang daripada pelbagai cabang, ada melalui enjin carian seperti Google.com, ada juga trafik dari laman sosial seperti facebook.

Untuk jangka masa panjang, adalah lebih baik kita menarik trafik daripada enjin carian. Kerana tersangat ramai orang akan mencara jalan penyelesaian masalah mereka di enjin carian.

Jadi apa yang perlu kita buat adalah untuk menempatkan artikel berada di halaman pertama enjin carian. Ia adalah untuk bertujuan meningkatkan kebarangkalian orang masuk ke blog kita dan seterusnya tertarik untuk beli produk kita.

Inilah yang aku sebutkan pasal teknik SEO. Ia adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Dimana kita optimumkan blog kita agar ia lebih mesra dengan enjin carian, dan seterusnya robot enjin carian akan membawa blog kita ke halaman pertama enjin carian.

Sebenarnya SEO lebih kepada perkara teknikal dalam blogging. Untuk menjual pula kita perlukan ayat jualan (copy writing) yang meleleh untuk memikat bakal pelanggan kita.

Sebab itu dengan kemahiran SEO semata-mata, itu tidak menjamin produk kita akan terjual melainkan produk yang kita jual itu semmangnya sudah memiliki pengaruh yang kuat.

Jika ada yang tanya adakah SEO ini penting untuk peniaga online? Aku jawab ya, sebabnya dengan teknik SEO kita dapat menyerang terus kepada sasaran kita.

Bagaimana?

Contohnya kita jual pasal minyak herba asmak. Jadi orang yang akan taip di enjin carian sudah semestinya dengan menggunakan keyword "Minyak Herba Asmak".

Oleh sebab itu kita perlu mengatasi pesaing kita untuk berada di halaman pertama untuk berada paling hadapan bertemu dengan pelanggan.

Lebih kurang kata perpatah "siapa cepat dia dapat".

Nak cerita pasal SEO ini sebenarnya panjang lebar. Banyak step yang pelru kita buat untuk pastikan segala usaha kita itu tidak sia-sia. Kepada yang hendak belajar tentang SEO boleh cari siapa pakar SEO Malaysia dan korek ilmu daripada mereka.
blogger lelaki logo

Keghairahan Adsense Kembali

6 Komen
Nampaknya kemeriahan adsense kembali dikalangan blogger Malaysia. Kita boleh lihat banyak perbincangan mengenai pengiklanan ini di media sosial dan forum.

Adsense boleh dikatakan sebagai antara syarikat pengiklanan online terbaik. Dan ianya masih relevan sehingga ke hari ini dan ramai yang menjana duit online melalui adsense.

Bagi pemain di Malaysia, kemeriahan mula dirasai apabila Adsense mengumumkan sokongan terhadap Bahasa Melayu. Kalau tak silap aku pada tahun 2014 atau 2015, pada masa itu ramai yang ambil kesempatan apply akaun adsense, termasuk aku.

Apply akaun memang senang, tapi nak approve domain yang susah. Aku sendiri pun kena apply banyak kali, seingat aku dalam 5 ke 6 kali aku terus bertabah untuk dapatkan full akaun.

Dan akhirnya sebelum penghujung tahun 2015, rezeki aku dan blog ini apabila pihak Adsense sudi terima untuk paparkan iklan mereka.

Keghairahan Adsense Kembali

Jual Beli Akaun Adsense

Sejak kebelakangan ini aku lihat ada aktiviti jual beli akaun adsense sudah kembali rancak. Ada 4 jenis akaun yang aku perhatikan yang sering dijual beli, iaitu :

Non-Hosted Account - Ini akaun yang mahal, sebab ramai yang sangkut dekat sini, inilah yang aku cakap sampai kena apply banyak kali tu. Adsense memang letakan polisi yang ketat sebelum approve setiap permohonan.

Selepas dah approve tunggu sehingga dapat USD10, Adsense akan hantar pula no PIN untuk verify alamat kita.


Akaun AdsenseUnited State (US) - Saya ada ternampak orang jual akaun US, yang siap verify alamat sana pun ada. Saya pun tak tahu apa kelebihannya, kena tanya otai-otai ni.


Hosted Account - akaun ini pula memang senang dapat, sebab kita apply melalui partners site Google seperti Blogspot/Blogger, Youtube, HubPages dan lain-lain. Namun begitu kita boleh upgrade akaun ini jadi Non-Hosted account.


Bug Account -  Ini antara perkara yang baru bagi aku, sangat meriah dikalangan pemain Adsense daripada seberang. Tapi ada yang komen akaun ini tersangatlah mudah kena ban. Aku juga tidak pasti tentang akaun ini. Bagi aku jika anda mahu beli akaun jenis ini, silalah pertimbang terlebiha dahulu sebab ianya boleh dibuat percuma, malah ia juga tidak terjamin. Sebelum buang duit baik berhati-hati.

Lagi satu kepada yang PM aku dekat facebook, duk tanya aku ada jual akaun adsense. Ini jawapan aku, sebenarnya aku tidak buat servis jual akaun adsense. Maaf kepada yang PM tu.

Dan aku nka pesan juga supaya berhati-hati apabila hendak beli akaun Adsense. Jangan sampai kena tipu sudahlah.

Antara tips yang aku boleh berikan adalah sila buat semakan terlebih dahulu untuk pastikan samaada itu akaun palsu atau tidak.

Caranya adalah seperti berikut :-

1. Pergi ke Dashboard Adsense > Setting > Account Information
2. Lihta pada Active products Content :68% publisher revenue share. Jika bukan 68% maka itu adalah akaun palsu.



Main Adsense Cara Baik

Sebab apa aku cakap macam ni, sebab bukan main susah permohonan kita untuk diterima oleh Adsense. Apatah lagi jikalau kita terpaksa beli akaun tersebut.

Jadi gunakan manfaat dan peluang ini dengan sebaik-baiknya. Adsense ada banyak pantang larangnya. Jadi jangan sesekali cuba melanggar polisi yang telah mereka tetapkan, jika tidak akaun anda berada dalam bahaya.

Ramai diantara kita yang tidak sabar, mahu cashout cepat, berkepuk duit masuk akaun setiap bulan. Tapi harus diingat sedangkan aku yang masih bersih pun masih ada bahagian yang kena tolak oleh adsense.

Setiap awal bulan Adsense akan buka buku kira-kira baru, disaat itu barulah pendapatan sebenar kita akan di dikira. Sudah menjadi adap, setiap bulan itulah ada sejumlah pendapatan aku yang ditolak. Dan bakinya sahaja akan dikredit ke akaun bank kita pada setiap 21hb, tapi selalu 23hb barulah masuk ke akaun maybank aku.

Nasihat aku, carilah trafik daripada enjin carian kerana itulah cara yang terbaik untuk buat duit dengan Adsense. Kalau dapat cari trafik daripada media sosial pun tak mengapa asalkan jangan SPAM sudahlah.

Balckhat atau greyhat sememangnya aku elakkan. Walaupun aku tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lakukan. Cuma aku selalu ingatkan diri aku untuk carilah rezeki yang bersih, begitu juga dengan pendapatan daripada blog.

Jadi cuba elakkan daripda aktiviti seperti berikut :-

  1. Klik iklan sendiri,
  2. Suruh orang lain klik iklan diblog kita,
  3. Jangan buat iklan floating,
  4. Jangan beli klik,
  5. Jangan beli trafik,
  6. Blog porno jangan sesekali,
  7. Elakkan iklan popup,
  8. Iklan jenis interstitial pun elakkan,
  9. Jika nak copy paste pastikan ada sumber (link),
  10. Nak tahu lebih pergi la baca Adsense program policies dan Adsense Term


Aku memang gembira tengok ramai yang begitu ghairah hendak menjana duit online melalui Adsense. Ada otai-otai pun kembali aktif, dan tak kurangnya yang sudah menjana berpuluh-puluh ribu dengan Adsense. Jadi rebutlah peluang ini untuk buat duit. Kepada yang belum approve, teruskan berusaha dan jangan putus asa untuk mencuba sehingga berjaya.
blogger lelaki logo

Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot

2 Komen
Aku sering berkongsi tips-tips blogging, tetapi aku terlupa tentang perkara paling asas dalam blogging. Jadi ini jawapan kepada orang yang bertanyakan macam mana cara nak belajar buat blog baru.

Nak buat blog anda perlu tahu ada banyak platform yang membolehkan anda buat blog seperti blogger.com (blogspot) , wordpress, tumblr, medium, wix, squarespace dan sebagainya yang mungkin aku sendiri tidak pernah dengar.

Sebenarnya caranya tidak susah, ini hanyalah perkara asas dan tidak perlu anda pening kepala dan memikirkan perkara terlalu kompleks. Tidak serumit apa yang aku tulis dalam aritkel sebelum ini iaitu cara buat blog terindex lebih cepat di Google.

Namum selepas ini anda perlu belajar satu persatu teknik blogging untuk jadikan blog anda lebih bagus.

Hari ini aku akan tunjukan contoh buat blog untuk platform blogspot. Mungkin ada masa dilain hari aku akan tunjukkan cara buat blog di wordpress pula.

Sebab apa guna blogspot?

Sebab bagi aku ianya produk Google. Lagipun ia adalah percuma anda tidak perlu bayar satu sen pun, kecuali jika anda ingin gunakan domain sendiri (macam aku bloggerlelaki.com, tak ada blablabla.blogspot.com). Ianya juga senang dan mudah untuk diuruskan.

Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot


Cara Nak Buat Blog Sendiri Blogspot


1. Buat akaun e-mail gmail.

Buat satu akaun email gmail baru (jika belum ada). Pergi ke mail.google.com. Isikan maklumat serta butiran diri selengkapnya.

Aku lebih suka buat email berlainan untuk blog sebab tak mahu ia ganggu e-mail peribadi, tapi jika nak guna email sedia ada pun tidak menjadi masalah.

Sebenarnya untuk buat blog, anda tidak boleh menggunakan akaun email yang lain seperti yahoo.com, hotmail.com dan sebagainya. Hanya akaun email menggunakan gmail.com sahaja yang diterima.

Lagipun email gmail ini nanti akan berguna untuk anda menjalankan blog anda di tahap yang lebih advance. Nanti anda perlu juga buka akaun di Google Analytics, Google Webmasters dan menggunakan Google Plus (G+).

Cara buat email gmail Buat Blog



2. Daftar di www.blogger.com

Pergi ke blogger.com, untuk daftar akaun blog anda. Selepas itu anda akan diberikan pilihan samaada untuk gunakan profile G+ atau profile blogger. Aku sarankan guna profile G+ sebab ianya lebih meluas dan tidak terhad seperti profil blogger.

Selepas itu anda akan dibawa kepada dashbord blog anda. Disinilah nanti anda akan mengawal segala aktiviti dunia blogging anda. Namum anda masih belum memiliki blog lagi sekarang.

Cara Buat Blog Sendiri


4. Buat blog baru anda di blosgpot.

Klik "New Blog" pada kotak atas sebelah kiri. Akan keluar paparan seperi gambar dibawah ini. Anda perlu mengisi di ruangan "Title", "Address" dan pilih "Template" anda.

Cara Buat Blog Di Blogspot



a). Title - Ini adalah merupakan nama blog anda. Macam blog aku namanya adalah "Blogger Lelaki". Tetapi pada bahagina ini anda boleh ubah semula kemudian nanti

b). Address (URLs) - Bahagian ini pula akan menjadi alamat kepada blog anda, atau orang panggil sebagai URLs atau link. Ia adalah bahagian penting, jangan sila eja atau pilih tajuk yang tidak sesuai. Sebab selepas siap setting ini, nam URLs ini sudah tidak boleh diubahlagi.

Pada bahagian ini sebenarnya agak mencabar, jika nama yang kita pilih itu sudah ornag lain guna. Jadi pasti anda pilih nama yang benar-benar unik.

Jadi pastikan anda baca terlebih dahulu Tips memilih nama blog.

c). Template - Apa yang ada pada rungan ini adalah template yang disediakan oleh blogger, bukan tak bagus cuma nanti aku akan ceritakan pasal mencari "template" yang bagus dan sesuai untuk blog anda agar blog anda nampak lebih menarik dan yang penting ia mesra SEO.

d). Akhir sekali klik pada "Create Blog!".


Siap! kini anda sudah memiliki sebuah blogspot hasil buatan anda sendiri. Sekarang anda sudah boleh membuat entri pertama anda.


5. Menulis entri blog pertama

Blog anda kini masih kosong, dan anda perlu menulis artikel atau entri pada blog anda.

Pada dashboard anda perlu pergi ke "Post" dan klik "Create a new post".


Sekarang apa yang perlu anda pelajari pula adalah untuk menulis artikel entri yang bagus, cara menarik trafik yang banyak masuk ke blog anda dan mungkin anda boleh buat duit dengan blog anda.


Tips Memilih Nama Blog

Ini sedikit tip buat anda yang mungkin sedang mencari idea untuk namakan blog anda. Berikut adalah beberapa tips yang sering diberikan oleh pakar untuk menetapkan nama blog. Namum ianya tidak wajib, tetapi ianya menjadi penting jika anda ingin lebih serius dalam buat blog ini.

  • Pilih nama yang 'catchy' senang orang ingat.
  • Pastikan ejaannya senang dibaca, dan mudah orang faham.
  • Jangan terlalu panjang. Ada pakar yang mencadangkan nama yang bagus untuk blog adalah cuma guna 3 suku kata sahaja.
  • Ada kaitan dengan niche blog kita.
  • Jangan masukkan nombor pada URLs, seperti blog123.blogspot.com
  • Jangan gunakan simbol padaq URLs, seperti blog-teknik.blogspot.com

Back To Top

Tips Untuk Buat Blog Yang Berjaya

Sebenarnya nak buat blog tidak susah, yang susahnya adalah cara untuk menjadikan blog anda berjaya, dapat trafik yang tinggi dan mampu membuat duit.

Berdasarkan pengalaman aku, dalam dunia blogging ini anda perlu ada minat. Mungkin cara aku ini berbeza dengan cara orang buat blog untuk bisnes, sebab mereka selalunya mahukan hasil yang cepat dan pastinya mampu membuat duit.

Bagi aku minat yang mendalam akan memacu anda untuk terus belajar teknik-teknik baru untuk memajukan blog anda. Kita akan mendapat motivasi automatik bukannya secara paksa.

Selain minat, sifat sabar juga perlu. Sebab tidak ada jalan pintas dan segera untuk berjaya. Kalau ada pun anggaplah itu sebagai rezeki terpijak. Namum jalan untuk menuju kejayaan selalunya tak mudah dan banyak suka duka.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, pada mula-mula aku buat blog. Aku betul-betul fokus pada 3 bulan pertama. Aku buat banyak-banyak entri, hampir setiap hari ada entri, malah sehari aku buat 2 entri atau lebih. Usaha aku berganda untuk menarik trafik ke blog baru aku ketika itu.

Kita perlu berusaha keras pada peringkat awal ini untuk memastikan semangat blogging kita konsisten dan mahu melihat usaha kita menampakkan hasil.

Tips awal yang aku aku boleh berikan kepada blogger baru adalah dua sumber trafik iaitu enjin carian  - google dan media sosial - facebook.

Selamat maju jaya  dan semoga tips blogging aku kali ini tentang cara buat blog sendiri di blogspot ini memberi manfaat kepada semua orang.

Jangan lupa untuk baca juga Pengalaman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
blogger lelaki logo

Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

6 Komen
Apabila kita cerita pasal SEO, kita takkan boleh lari daripada cerita pasal "index". Dimana enjin carian masuk dan mengambil data pada blog kita untuk disenaraikan dalam SERP (Search Engine Result Page).

Kita mahu posting artikel kita cepat di index oleh google dan enjin carian agar blog kita dapat bersaingan dan mendapat lebih banyak pengunjung.

Malah lebih bagus jika kita dapat buat artikel blog kita muncul dihalaman pertama google lebih cepat, kerana ia akan memberi kita lebih peluang untuk mendapat banyak organik trafik daripada enjin carian kerana blog kita mudah ditemui oleh ramai orang.

Sebenarnya, kadar kepantasan blog kita di indeks oleh google juga adalah bergantung kepada tahap 'kesukaran' sesuatu keyword. Semakin tinggi persaingannya semakin sukar untuk kita sasarkan artikel blog kita berada di halaman pertama enijin carian.

Sebab itulah ramai yang lebih suka cari keyword yang rendah persaingannya. Jika kita nak juga guna keyword yang tinggi persaingan tersebut, maka kita perlu lebih usaha dan masa.

Namum apa yang lebih penting adalah kita perlu pastikan artikel blog kita di index terlebih dahulu, biarpun ia berada di halaman terkebelakang. Pelan-pelan kita kayuh bagi dia naik ke halaman pertama.


Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

Macam Mana Google Melakukan "Index"?

Ada banyak laman web atau blog yang ada di alam internet. Jadi mereka perlukan robot yang mereka gelar "spiders" untuk melakuakn kerja-kerja renyah ini.

Spiders ini akan "crawl" daripada satu laman ke laman yang lain untuk mengumpul data, ambil informasi dan simpan di dalam "Google Index".

Proses ini di panggil "fetching".

Disebabkan informasi di laman web bukan sikit, jadi spiders tadi tidak akan semak semua sekaligus. Mereka akan pergi beberapa maklumat penting terlebih dahulu.

Informasi apa yang akan spiders tadi analisa terlebih dahulu adalah :-

  • URLs -Alamat sesuatu laman. Tnapa alamat macam mana kita nak cari laman tersebut. Sebab itulah orang suruh kita masukkan keyword pada URLs.
  • Title tags - Ini adalah nama untuk laman web tersebut.
  • Metadata - "Description" untuk sesuatu laman yang ada keyword yang relevan.


Jangan risau ini baru asas. Kita belum cerita bab faktor nak ranking SEO lagi..ada banyak lagi aku nak cerita pasal blog agar ia muncul di enjian carian.


Cara Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

1. Buat Sitemap

Sitemap adalah satu dokumen dalam bentuk format XML, crawler akan menganalisis pada halaman ini untuk lihat apa yang ada pada blog kita, apa isi kandungan blog kita.

Tujuan kita buat sitemap ini adalah untuk mengurangkan masa "spiders" crawling blog kita. Lebih kurang macam kita nak tolong mudahkan kerja si "spiders" tadilah.

Tapi bagi pengguna platform blogspot, kita tak perlu risau sebab, pihak blogger.com sudah buatkan sitemap.xml blog kita secara automatik.

Sitemap adalah satu dokumen dalam bentuk format XML, crawler akan menganalisis pada halaman ini untuk lihat apa yang ada pada blog kita, apa isi kandungan blog kita.

Tujuan kita buat sitemap ini adalah untuk mengurangkan masa "spiders" crawling blog kita. Lebih kurang macam kita nak tolong mudahkan kerja si "spiders" tadilah.

Tapi bagi pengguna platform blogspot, kita tak perlu risau sebab, pihak blogger.com sudah buatkan sitemap blog kita secara automatik.

Jadi tugas kita sekarang adalah untuk "submit sitemap" tadi di Google Search COnsole (GSC).

Untuk langkah ini aku beranggapan anda semua sudah ada akaun GSC masing-masing.


  1. Bukan GSC dan pilih blog anda.
  2. Lihat pada sidebar belah kiri, dan cari "Crawl" > Sitemaps
  3. Kemudian anda cari butang Add/Test Sitemap.
  4. Isikan "sitemap.xml" pada ruangan kotak dan klik "Submit".

Cara submit sitemap untuk Di Index Lebih Cepat Oleh Google

2. Submit Blog Anda Ke Enjin Carian

Aku selalu juga guna cara ini, setiap kali selepas siap buat artikel baru aku akan submit url artikel tadi disini.

Caranya cukup mudah iaitu
  1. Pergi ke Submit URL.
  2. Copy & Paste link URLs artikel yang kita hendak submit.
  3. Selepas itu klik "Submit Request".
Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

3. Fetch As Google

Sebenarnya teknik ini sama seperti dengan cara point no.2 diatas.

Dan ia juga adalah untuk kita re-crawl semula entri-entri lama pada blog dan kita sudah buat kemaskini, jadi lakukan cara ini untuk suruh googlebots re-crawl semula entri lama kita itu. IA juga bagus untuk SEO.

a). Buka Dashboard Google Search Console (GSC), klik pada nama blog anda.
b). Klik pada "crawl" > Klik "Fetch As Google"

Anda boleh "fetch as google" pada homepage blog anda, anda mana-mana entri dalam blog yang anda ingin crawl.

Anda juga boleh memilih untuk fungsi fecth pada 
  • dekstop
  • mobile : smartphone
  • mobile : xhtml/WML
  • mobile : cHTML
fetch as google blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google


c). Selepas klik pada "Fetch" atau "Fetch and Render". Aku lebih suka untuk pilih "Fetch and Render". Sekarang kita sudah siap tahu bagaimana spider/google bots melihat blog kita.

d). Akhir sekali, pada URLs yang kita mahu fetch tadi klik pada butang untuk "Submit to Index".

Anda dibenarkan buat 'Fetch As Google" sebanyak 500 URLs / seminggu.


4. Buat Internal Link

Pastikan anda hubungkan internal link dalam blog anda dengan baik. Ia akan membina jaringan untuk memudahkan kerja "spider" menelusuri laman blog anda. Ia akan membawa spider tadi daripada satu laman ke laman yang lain.

Pastikan anda membuat struktur organisasi link yang baik, ia menyambungkan daripada satu artikel kepada artikel yang lain.

Buat Internal Link untuk index google lebih cepat


5. Perkongsian di Media Sosial

Pastikan artikel anda di "share" di media sosial, lebih bagus jika ia di'viral'kan secara natural. Ia akan menjadi signal bagus untuk SEO blog anda. Malah ia akan turut membantu blog anda di indeks lebih cepat.


6. Semak Crawl Errors

Sebab itu adalah penting untuk kita daftarkan blog kita di Google Search Console (GSC) atau Google Webmaster.

Banyak perkara yang kita boleh setup untuk membantu kelancaran blog kita.

Untuk langkah ini, anda perlu :-
  1. Pergi ke GSC dan pilih nama blog kita.
  2. Klik pada "Crawl.
  3. Dan seterusnya klik "Errors".

Untuk keterangan lanjut pasal langkah ini anda boleh baca artikel ini, Cara Memperbaiki Broken External Link di WEBMASTER TOOLS


Adapun beberapa lagi cara yang anda boleh lakukan adalah seperti 
Sekian dahulu untuk sedikit perkongsian kali ini, artikel adalah kesinambungan daripada artikel terdahulu iaitu Jom Audit SEO Blog.
blogger lelaki logo

Cara Mudah Mencari LSI Keywords

4 Komen
Belajar tentang SEO ni banyak benda yang kita nak kena hadam, macam aku sendiri pun tak sampai separuh pun lagi ilmu SEO yang ada aku belajar dan praktikkan.

Makin banyak kita belajar, makin banyak benda kita tak tahu.

Hari ini aku nak belajar dan berkongsi dengan korang tentang LSI Keywords. LSI adalah singkatan untuk Latent Semantic Indexing. Aku akan kongsikan beberapa cara nak cari LSI Keyword cara mudah.

Kini bukan lagi zaman keyword stuffing - tabur keyword banyak-banyak dalam entri. Sebab itulah aku nak cuba hadam dan praktikkan teknik ini pulak.

Lagipun ini buknalah teknik yang baru, sudah lama. Cuma aku yang ketinggalan zaman, tapi atuk aku pernah pesan "Butter Late Than Never". Jadi aku pegang ungkapan itu untuk terus belajar benda baru.

Dalam bahasa yang lebih mudah, LSI keywords adalah satu frasa yang relevan dengan keyword utama.

Ianya boleh jadi kata sinonim, kata ganti atau apa sahaja perkataan yang berkaitan/relevan.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Contoh paling mudah untuk LSI keywords adalah, katakan anda buat satu entri pasal "Windows. Jadi dalam entri anda itu sepatutnya ada kata kunci seperti "Bill gate", "Microsoft", "Windows 7 dan perkataan yang berkaitan dengan "Windows" tadi.

Dengan LSI keyword inilah akan membantu Google membezakan entri anda dengan keyword seperti "Luxury window locks" atau "wooden windows grills".

Window satu perkataan dengan dua maksud yang berbeza.


Kelebihan LSI Keywords

Baiklah, apa yang buat aku tertatik untuk belajar lebih lanjut pasal LSI Keyword adalah disebabkan ada komen yang menyatakan bahawa LSI Keyword mampu:-

  1. Mengelakkan entri anda dilabelkan sebagai 'SPAM'
  2. Merendahkan 'Bounce Rate'
  3. Meningkatkan On-Page Time Spent By Visitor
  4. Menaikkan ranking di SERP
  5. Meningkatkan Blog Authority


Dan, jangan pula keliru antara LSI Keyword dengan Long Tail Keywords. Ianya adalah sama tapi tak serupa.

Apa yang membezakan kedua-duanya adalah Long Tail Keyword mengecilkan skop carian, manakala LSI Keyword pula akan meluaskan skop carian dengan keyword yang berkaitan.

Enjin carian akan menggunakan LSI Keyword untuk mengukur tahap informasi dalam sesuatu artikel mengenai sesuatu topik yang ditulis, dan ia akan memberi kesan kepada ranking di SERP.

Jika anda sering menyemak keyword yang masuk melalui trafik organik, jika ada keyword yang masuk datangnya daripada keyword yang bukan kita sasarkan, itulah datang daripada LSI Keyword.


Cara Mudah Mencari LSI Keywords

Sekarang kita faham LSI Keywords penting untuk SEO, dan apabial makin bagus SEO kita makin senanglah kita nak tarik trafik ke blog kita.

Baiklah,


Cara paling senang untuk mencari kata kunci LSI adalah menggunakan enjin carian Google.

Pergi ke laman carian google, tapi keyword utama anda

Contohnya macam dibawah ini.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Anda perlu skroll ke bahagian bawah, dan anda akan jumpa "Searches related to...". Disini anda akan jumpa 8-10 LSI Keywords.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords




Namum ini hanya teknik asas, untuk mendapatkan keyword yang lebih mantap ia perlu digabungkan dengan beberapa tool lain.

Hasil carian aku dekat Google, antara tool untuk cari LSI Keywords adalah seperti berikut :-

  1. Google Keyword Planner​
  2. LSI Graph
  3. Keyword Shitter
  4. Soovle
  5. SEMrush
  6. Mondovo
  7. SEOPressor
  8. KeywordTool.io

Tapi cuma nak fokus kepada 3 tools utama sahaja, sebab kita nak belajar biarlah benda yang kita nak praktikkan nanti. Sebab ada juga tool yang tak sesuia untuk cari keyword Bahasa Melayu.


1. Google Keyword Planner

Rasanya cara ini sudah ramai guna juga untuk mencari Long Tail Keywords. Namum ia juga berkesan untuk mencari LSI Keywords.

Cara Mencari LSI Keywords


2. Keyword Shitter

Tool ini akan berikan anda senarai panjang kata kunci yang relevan dengan apa yang anda cari. Malah anda boleh download senarai kata kunci yang mungkin anda akan gunakan nanti.

Ya, ia juga boleh digunakan untuk mencari Long Tail Keyword. Malah mungkin anda akan jumpa idea baru untuk menulis entri baru dengan menggunakan senarai kata kunci yang dijana oleh Keyword Shitter ini.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


3. Soovle 

Tool mencari kata knci terbaik pada pandangan aku, sebab ia akan tolong kita cari kata kunci daripada 10 enjin carian yang lain selain daripada Google seperti Wikipedia, Amazon, Bing, Yahoo, YouTube and Answers.com.

Cara Mudah Mencari LSI Keywords


Cara Menggunakan LSI Keywords Untuk SEO

Punyalah panjang aku tulis dekat atas, itu baru cara nak cari kata kunci LSI. Kalau dah jumpa tapi tak guna itupun tak guna juga.

Jadi bagaimana hendak gunakan LSI Keywords agar ia bermanfaat untuk meningkatkan SEO blog kita.

Kita kena pastikan kita gunakan cara yang betul, jangan buang masa duk buat kajian cari keyword bagai tapi akhirnya kita gunakan dengan cara yang salah. itu kerja sia-sia.


1. Pilih keyword yang betul.

Kebanyakkan LSI Keyword yang dijana oleh tools adalah bukannya hasil daripada manusia, ia adalah kerja robot dan algorithma.

Jadi kita kena tapis terlebih dahulu dan cari keywords yang ktia hendak guna adalah relevan.


2. Gunakan secara natural.

Cara masukkan keyword dalam entri perlulah secara natural, bukan main taruk sana sini situ sesuka hati. 

Aku pun ada buat juga dulu, main taruk je keyword..hehehe

Jika anda jumpa banyak LSI Keywords, ianya tak perlu digunakan semua sekali dalam satu entri. Simpan ia untuk entri yang baru pula.


3. Mana nak letak LSI Keywords

Keyword kita boleh letak dekat tajuk entri, title tags, permalinks, anchor text untuk internal link dan juga mungkin dibahagian penutup entri.

Mungkin juga boleh digunakan pada anchor text disaat mencari backlink daripada luar.

Aku cakap ni bukan taruk semua sekali dalam satu entri, cuma anda boleh pilih dibahagian mana nak letak keyword tersebut.

Baiklah anda boleh belajar daripada otai Neil Patel, bagaimana dia manfaatkan LSI Keywords dalam entri dia.

Neil Patel LSI Keyword



Rujukan :
http://www.bloggertipstricks.com/lsi-keywords.html
http://www.computergeekblog.com/lsi-keywords/

blogger lelaki logo

5 Ciri Blog User Friendly

6 Komen
Adakah blog atau website kita user friendly (mesra pengguna)?

Kenapa penting kita perlu memastikan blog kita mesra pengguna?

Jawapan aku mudah, sebab yang nak baca blog tu nanti adalah pengguna, bukanya diri sendiri sahaja yang nak baca. Pendek kata jangan buat orang rasa menyampah dengan kita blog kita.

Lagipun kita tak nak lah buat blog syok sendiri. Kita buat deko blog lawa-lawa tapi bila orang nak baca blog punyalah seksa.

Baiklah, jom kita tengok apakah faktor yang perlu kita pertimbangkan agar blog kita tergolong dalam blog yang User Friendly.

10 Ciri Blog User Friendly

5 Ciri Blog User Friendly

1. Kelajuan Loading

Ini sudah lama menjadi isu, semua orang sukakan kepantasan. Jika blog kita perlahan 'gila', jadi itu memang dah tak menepati syarat untuk user friendly.

Jadi kena usahakan juga macam mana nak buat, biar blog loading jadi laju, berdesup macam blog aku ni..hahaha

Antara tool yang aku boleh cadangkan untuk semka kelajuan blog adalah :

Semasa semak, pastikan anda semak, pada laman homepage dan juga pada halaman entri. Ini kerana kelajuan kedua-dua halaman ini mungkin berbeza. Aku lebih utamakan kelajuan pada halaman entri, sebab itu lebih bagus.


2. Berfungsi dengan baik pada semua peranti

Bagi aku, ini adalah juga ciri penting yang perlu ada pada blog hari ini. Sebab pengguna ada banyak pilihan untuk melayari internet. Ada orang yang guna laptop, desktop, tablets, smartphone. Smartphone pula ada berlainan saiz skrin (resolution).

Jadi kita perlu pastikan blog kita kelihatan baik untuk semua jenis peranti ini. Ini orang putih panggil sebagai 'responsive'.

Biarpun blog kita dibuka menerusi pernati yang kecil skrinnya, namum tulisan kelihatan jelas tanpa perlu di'zoom'.


3. Teks dan ayat mudah untuk dibaca

Saiz teks perlulah bersesuaian, tidak terlalu kecil atau terlalu besar. Teks juga perlulah yang senang dibaca, tak perlu car fonts yang pelik-pelik sehinggakan orang nak baca pun susah. Warna teks, pastikan ia mudah dilihat oleh pembaca.

Kita kena pastikan pengguna dapat membaca bog kita dengan baik, dan tidak menganggu tumpuan pembaca.

Ayat pula kena ikut tatabahasa dan ejaan yang betul. Titik noktah, koma perlu digunakan ditempat yang sepatutnya. Jangan buat karangan tanpa titik noktah, tercungap orang nak baca nanti.

Lagi satu apa yang aku cuba praktikkan sekarang adalah penulisan untuk lebih mesra pembaca di mobile. Sebab itu aku lebih banyak menulis ayat dengan perenggan yang pendek.

Sebab bagi aku, perenggan yang terlalu panjang menyebabkan pembaca di mobile rasa tak selesa dan hilang tumpuan.

Jadi dengan ayat dan perenggan yang pendek, mereka dapat baca dengan teliti setiap point yang kita tulis.


4. Bukan untuk tujuan iklan semata-mata

Ya, memang ramai yang buat blog untuk duit. Salah satu cara nak buat duit melalui blog adakah pasang banner iklan.

Kita faham blogger pun perlukan duit untuk bayar bil internet, yang pakai domain perlukan duit nak bayar domain dan hosting bagai.

Tapi kena pastikan juga pengiklanan diblog kita tidak menganggu pembaca.

Paling aku menyampah adalah yang jenis keluar iklan popup. Banner iklan keluar menutup artikel kita nak baca.

Apa ni, tak salah pun letak iklan cuma janganlah over sangat. Orang lain pun ada blog jugak, ada pasang iklan juga.

5. Kontent berkualiti

Tiada penilaian yang tepat, atau markah untuk kontent berkualiti. Ini bukan macam buat karangan zaman sekolah dulu-dulu. Pada pendapat aku kontent berkualiti ini adalah kita menulis tentang perkara yang pembca ingin baca.

Macam kita tulis tajuk entri pasal 'keputusan perlawanan bolasepak' kita shere dekat Facebook. Tapi apabila orang klik link enri kita, baca dalam tu tak ada sepatah pun ayat berkenaan bolasepak.

Jadilah penulis yang baik dengan berikan maklumat yang tepat dan dapat membantu pembaca. Itulah erti kualiti pada sesuatu kontent pada aku.


Mungkin korang ada pendapat lain, jadi kita boleh berkongsi idea dalam ruangan komentar dibawah. Sekian, terima kasih.

blogger lelaki logo

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

5 Komen
Domain authority (DA), aku baru perasan kini ramai pihak-pihak yang mencari blog untuk buat advertorial akan tanya berapa score DA?

Jika dulu ramai yang akan tanya berapa PR? tapi selepas Google sudah hentikan (Page Rank) PR, kini DA pula jadi kayu pengukur.

DA kini menjadi pengukur kekuatan nama domain blog kita. Ia berbeza dengan PR, DA skornya dikira pada skala 100 point. Semakin tingi skor semakin bagus.

DA bukanlah datang daripada Google, ia adalah milik syarikat MOZ. Sebab itu tak ramai yang ambil kisah pasal Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA).

Namum seolah menjadi keperluan apabila ada pula sesetengah pihak yang mahu buat kerja sama untk pengiklanan di blog akan cari blog yang mempunyai skor DA yang bagus.

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

Faktor Domain Authority (DA)

Domain authority cara pengiraannya adalah berdasarkan banyak faktor yang memainkan peranan.

a). Linking Root Domain

DA sangat bergantung pada berapa jumlah bilangan domain (Laman web) yang backlink (pautan) kepada blog kita. Jadi jika blog kita mendapat 50 pautan daripada 50 domain berbeza adalah lebih baik daripada 100 pautan daripada hanya satu domain sahaja.


b). MOZ Rank

Mozrank adalah berasaskan profik link dengan skor 0-10, lebih tinggi skor adalah lebih baik. Mozrank pula adalah pengukur kualiti backlink yang blog kita dapat. Dimana kualiti backlink adalah bukannya dikira daripada kuantiti semata-mata. Kita perlu pastikan backlink itu datang daripada laman yang berkualiti juga.


c). MOZ Trust

Moztrust adalah untuk mengukur tahap kepercayaan sesuatu laman blog. Malah banclink daripada 'Safe Site' juga diambil kira, jika ada backlink daripada laman-lama negatif ia akan memberi kesan.


d). Kualiti Konten

Isi kandungan blog yang berkualiti memang sering diperkatakan sebagai 'Raja' kepada ranking dalam SEO. Menulis kandungan yang berkualiti akan menaikkan ranking, namum macam mana enjin carian menentukan kualiti sesuatu konten?


e). Social Signal

Media sosial ramai yang menperkatakan ia akan berikan nilai tambha kepada laman blog kita, malah ia juga boleh meningkatkan domain authority. Social Signal adalah mengambil kira jumlah 'shares' dan 'like' pada artikel blog kita.

Konsepnya sangat mudah, apabila ada orang share artikel blog kita di media sosial, itu memberikan makna orang suka artikel kita, mungkin ia sangat membantu. Dan itulah yang akan memberikan authority.


f). Mesra Enjin Carian

Atau orang lebih suka sebut sebagai SEO, laman blog yang muncul di SERP untuk sesuatu carian 'kata kunci' di ranking yang bagus bermakna ramai orang yang membacanya dan artikel itu mendapat authority.


Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)


Aku akan cuba buat beberapa tips ini untuk meningkat DA blog aku, kiranya ini akan jadi bahan eksperimen aku. Harap-harap makin naiklah skor DA blog aku selepas ini.


a). Cari Banyak Backlink ke Blog Anda

Ini adalah salah satu cara yang utama untuk mendapatkan skor DA yang bagus. Carilah backlink semampu yang boleh, namum harus dijaga adalah kualiti backlink.

Elakkan daripada aktiviti SEO yang songsang seperti lama iklan link, beli backlink, dan backlink daripada laman-laman tak berkualiti. Jadi buatlah blogwalking secara berhemah.

Inilah aktiviti yang sudah lama kau tak buat, sebab nak cari backlink banyak masa yang perlu kita luangkan.


b). Pelbagaikan Sumber Backlink

Ketika anda mencari backlink yang banyak, ia perlu datang daripada sumber link yang pelbagai. Biarlah ia datang daripada domain extensions, geo-locations dan sumber-sumber yangtak saling berkait.


c). Internal Link Structure

Membina struktur pautan dalaman adalah sesuatu yang tak kurang pentingnya juga. Cuba masukkan 2-4 link kepada artikel blog anda yang lain. Buat artikel baru dan masukan link ke artikel yang dipublish sebelumnya.

Berhati-hati juga dalam pengguna 'anchor text', pasti anda pelbagaikan penggunaan 'anchor text'.


d). Buang 'Bad Link'

'Bad link' adalah sesuatu yang tidak patut menuju kepada blog kita. Semak samaada ada bad link yang menuju ke blog kita. Gunakan Google Disavow untuk membersihkan pautan negatif ini.

Aku pun masih mencari tip untuk buang 'bad link', jika aku jumpa tips nanti aku akan kongsikan.


e). Social media optimization

Ramai yang bincangkan, media sosial menjadi antara faktor untuk mengukuhkan ranking blog anda di enjin carian Google. Cuba galakkan pembaca anda untuk 'share' artikel dalam blog anda.


f). Jadikan Blog Mesra Pembaca

Kini enjin carian lebih utamakan keselesaan pengguna untuk melayari sesuatu laman. Kelajuan blog, mudah untuk dibaca, tiada serabut dengan iklan dan sebagainya.


Cara Semak Domain Authority (DA) dan Page Authority (PA).

Ada beberapa tool yang boleh kita guna untuk semak berapa skor DA dan PA pada blog kita. Aku lebih suka pergi terus kepada lama MOZ untuk membuat semakan. MOZ Open Site Explorer.

Cara Meningkatkan Domain Authority (DA)

Berapa Skor DA Yang Bagus?


Bgai aku konsep dia mudah. Makin tinggi skor, makin bagus.

Macam blog aku sekarang skor DA adalah 31/100. Ini tidak cukup bagus sebab kau mahu ia naik lagi jadi 50/100.

Namum begitu sudah pastinya ramai yang mahu menikmati skor DA 70 keatas, namum ada yang menyatakan ia memerlukan domain itu berusia 8-10 tahun.

Tapi untuk pengetahuan anda, bagi mereka yang guna domain blogspot, skor DA mereka adalah tinggi. Jadi adakah mengambil kira skor DA ini relevan?
blogger lelaki logo

Jom Audit SEO Blog Anda

5 Komen
Teknik SEO, adalah salah satu cara buat blogger mencari trafik melalui medium enjin carian. Mungkin zaman ini sudah ramai yang sudah beralih kepada SMO, iaitu mencari trafik di Media Sosial tapi bagi aku Teknik SEO lebih menarik.

SEO atau SMO, yang mana lebih bagus? Itu bukan persoalan bagi aku, yang penting kedua-dua teknik perlu di lakukan untuk tujuan yang betul. Jangan buat blog durjana yang menyebarkan perkara-perkara buruk.

Matlamat tak menghalalkan cara. Cerita yang benar sahaja.

Jika anda ada blog, tak kisahlah blog baru atau blog lama pernah tak kita terfikir untuk audit SEO blog kita?

Jika anda utamakan SEO pada blog anda ia sememangnya perlu untuk pastikan blog anda sentiasa sihat dan kuat.

Jom Audit SEO Blog Anda

Jom Audit SEO Blog Anda

Seperti yang kita tahu SEO dibahagikan kepada Teknikal SEO, On-Page SEO dan Off-Page SEO. Jadi sebagai permulaan adalah lebih baik kita muhasabah Teknikal SEO blog kita terlebih dahulu.

Dan dibawah ini adalah senarai perkara yang anda perlu semak pada blog anda. Mungkin senarai ini tidak sehebat audit yang dibuat oleh pakar-pakar SEO. Namum sekurang-kurangnya kita dapat lakukan perkara asas terlebih dahulu.

Perbetulkan jasad blog kita agar ia berada dijalan yang lurus, dan bukan menjadi blog yang menuju jalan kegelapan.


1. Indeks

Peraturan paling penting dalam teknik SEO adalah indeks. Jika halaman blog kita tidak diindeks oleh enjin carian maka blog kita memang adalah masalah dengan enjin carian.

Cara nak semak senang sahaja. Pergi ke enjin carian dan taip "site:domain.com" , seterusnya klik search.

Selepas itu enjin carian akan paparkan jumlah entri blog kita yang telah berjaya diindeks.

Cuba anda perhatikan, jika halaman utama blog anda atau laman utama tidak berada di ranking yang tinggi, ini bermakna blog anda mungkin dikenakan penalti oleh enjin carian atau mungkin juga internal link structure blog anda lemah dan tidak memberi keutamaan kepada halaman yang lebih penting.

Anda juga boleh guna beberapa software untuk memudahkan kerja audit SEO blog anda antaranya

  • Xenu - Boleh download secara percuma, Namum ia tidak akan berikan jumlah halaman, tetapi ia akan buat satu sitemap akan anda perlu 'paste' ke dalam Excel.
  • Screaming Frog - Percuma untuk 500URL dan langganan £99.00 setahun untuk unlimited.

Boleh baca juga artikel : Cara Buat Blog Di Index Lebih Cepat Oleh Google

2. Robots.txt

Setelah anda semak jumlah halaman blog anda yang berjaya diindeks dan anda rasa ia adalah masalah. Jadi langkah seterusnya anda perlu semak fail robots.txt.

Cara nak semak, juga sangat senang. Taip "domainanda.com/robots.txt" pada browse anda.

Disini anda perlu lihat samaada ia tidak menyekat crawler enjin carian untuk mengindeks halaman tertentu di blog anda. Selalunya jika anda tidak mengubah bahagian ini ia tidak menpunyai masalah.

Untuk lebih tepat anda boleh menyemak robot.txt di Google Search Console.


3. Preferred Domain

Cuba anda semak adakah blog anda boleh diakses dengan WWW dan Non-WWW. Taip http://domainanda.com/ dan juga http://www.domainanda.com/

Adakah kedua-duanya boleh diakses dengan jayanya?

Jika salah satu gagal diakses anda perlu setting untuk 301 redirecting. Agar blog anda menghala ke satu laman sahaja.


4. Sitemaps

Ramai juga sebenarnya yang tidak mengutamakan sitemap ini dahulu, dan hanya submit XML sitemap menerusi Google Search Console.

Namum dalam update terkini Webmaster Guidelines telah menyatakan bahawa unutk membantu Google mencari halaman blog anda salah satunya adalah dengan adanya 'sitemaps' yang boleh dibaca oleh manusia.


5. Broken Internal Links

Broken link adalah perkara yang tidak disukai oleh manusia dan SEO. Iyalah, kita klik link nak baca isi kandungan tapi link dah mati, tidak menghala ke halaman yang sepatutnya. Rasa sakit hati beb.

Jika kita biarkan broken link ini sebenarnya ia adalah satu perbuatan yang sia-sia. Kerana ia sebenarnya adalah punca trafik blog kita hilang.

Jika anda nak buat semakan 'broken internal links' anda boleh gunakan software seperti :

  • Google Search Console
  • Xenu
  • Screaming Frog


6. Mobile-Friendly


Kenapa Google kini begitu mementikan Mobile-Friendly? Sebab ramai orang sudah mula selesa menggunakan telefon bimbit untuk membuat carian di internet.

Jika blog kita tidak menyediakan blog kita dengan Mobile-Friendly, itu adalah satu perkara yang tidak bagus, malah ia boleh memberi kesan kepada 'mobile ranking'.

Anda boleh semak blog anda di Google Mobile-Friendly Test tool. Jika gagal pergilah ubah cepat-cepat sebelum terlambat..hahaha


7. Google PageSpeed

Kelajuan loading laman blog akan memberikan nilai kepada blog anda di mata Google.

Google telah menyediakan tool untuk menyemak kelajuan blog kita iaitu dengan PageSpeed Insights. Dengan tools ini ia memberikan skor (pada skala 1 -100) dan juga memberitahu apa masalah pada blog kita yang menyebabkan ia lembap.

Jika mendapat skor 65 sudah "OK", namum lebih "Good" adalah pada skor 85. Lebih tinggi skor adalah lebih bagus.

PageSpeed Insights ini ada dua bahagian iaitu  untuk "mobile" dan "Desktop". Jadi kena pastikan anda mendapat skor yang bagus untuk kedua-duanya.

Satu lagi tiap daripada aku. Jangan hanya semak guna link homepage, semak juga link halaman entri. Cara aku adalah aku utamakan kelajuan loading pada halaman setiap entri blog aku.


8. Kelajuan Sebenar Halaman Blog

Selain daripada kita pastikan skor Google PageSpeed berada ditahap yang baik. Kita juga perlu pastikan blog kita benar-benar laju di dunia sebenar.

Antara tool yang kita boleh guna untuk membuat semakan kelajuan blog anda adalah Test web Page, GTmetrix dan Pingdom Tools. Selepas semakan anda akan dipaparkan eleman pada blog yang yang menyebabkan ia lambat loading, dan perlukan tindakan segera.


9. Struktur Puatan Dalaman


Pautan dalaman (internal link) juga adalah antara elemen penting pada blog. Namum pautan pada halaman akan mengurangkan nilai lain. Jadi pautan dalaman perlu dilakukan dengan cara sepatutnya, dengan mengutamakan halaman yang paling penting.

Cuba untuk unutk buat pautan dalam supaya ia fokus untuk menyalurkan trafik kepada halaman sasaran yang lebih penting.

Dan kena pastikan point nombor 5 tadi iaitu pasti tiada broken internal link.


10. Broken External Link

External link adalah pautan luar yang masuk ke link kita dan juga boleh jadi pautan daripada blog kita ke blog luar. Namum yang selalu menjadi masalah adalah pautan daripada luar yang masuk ke laman blog kita mendapat 404 error (not found).

Aku lebih suka semak broken external link di Google Search Console. Caranya mudah sahaj unutk membuat semakan iaitu dengan pergi GSC > Crawl> Crawl Errors. Dan akan terpapar pada ruangan 404 error.

Antara cara untuk mengatasi broken link ini adalah :

11. Duplicate Titles & Descriptions

Duplicate titles & descriptions juga tidak bagus untuk SEO blog anda. Blog aku juga ada masalah ini, dan aku baru sahaja lakukan kerja-kerja pembaikan. 

Cara nak semak masalah ini juga aku gunakan Google Search Console. Pergi ke Search Appearance > HTML Improvements. Disitu anda akan dapat lihat berapa jumlah dan jenis error yang keluar.

Disebabkan blog aku juga masik dalam proses pembaikkan ini, jika berjaya nanti aku akan kongsikan tips dan cara untuk membaiki Duplicata Titles & Descriptions.


blogger lelaki logo

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

12 Komen
Apabila kita buat blog, dalam kata yang lebih tepat kita menulis artikel untuk orang baca. Tapi adakah apa yang kita tulis itu ada orang baca?

Ada orang baca ke tidak? Itulah kayu pengukur sebenar yang adakah blog itu berjaya atau tidak.

Sebabnya, buat apa kita tulis panjang-pajang tapi kita sendiri tidak pasti adakah apa yang kita tulis itu berjaya menarik minat orang untuk membaca sehingga habis.

Kenapa nak suruh orang baca? Iyalah dah kita tulis artikel mestilah nak suruh orang baca. Jika kita buat blog untuk suka-suka, atau menulis blog untuk dijadikan diari mungkin perkara ini tersangatlah tidak penting.

Ia menjadi perkara penting apabila kita menulis entri untuk menjual atau untuk promosi sesuatu produk. Takkan kita nak tulis saja-saja, mestilah kita nak orang baca dan orang beli produk yang kita jual di artikel kita itu.

Disitulah pentingnya kita perlu mengenalpasti apa yang kita tulis itu sampai kepada pembaca. Lebih penting adalah ia dibaca oleh pembaca sasaran. Pembaca yang akan membeli produk kita jual.

Prospek !

Jikalau kita tidak menulis artikel promosi sekalipun, adakalanya kita mahu apa yang kita suarakan dalam artikel dibaca oleh pembaca.

Disitulah nikmatnya menjadi penulis apabila apa yang kita tulis dibaca oleh orang lain. Entahlah, sebab aku tak rasa tak 'syok' bila kita hanya mementingkan trafik semata-mata apabila menulis. Setiap orang ada pendapat masing-masing.

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

Bagaimana Kita nak Tahu Orang Baca ke Tak Blog Kita?

Macam aku sendiri ada beberapa cara dan data yang kita lihat untuk melihat adakah artikel yang aku tulis itu telah dibaca. Lebih-lebih lagi jika ia adalah artikel penting.

1. Melihat pada trafik. Ya trafik itulah pengunjung blog kita. Tapi trafik yang masuk itu tak menjaminkan bahawa artikel kita telah dibaca sepenuhnya. Sebab ada orang yang masuk, tapi terus keluar tanpa membaca (boleh baca pasal bounce rate), ada juga jenis pembaca yang mencari maklumat hanya akan "skimming" sahaja maklumat-maklumat penting.

2. Daripada komentar di artikel tersebut. Selalunya yang berikan komen berkualiti dia akan membaca artikel kita. Namum perlu diasingkan juga rakan-rakan blogger yang rajin blogwalking, kadang-kadang ada yang tak baca habis pun dah tinggalkan komen..hahaha. Namum tidak semua orang yang baca artikel di blog suka berikan komen.

3. Melihat statistik purata masa yang pembaca tadi berada di sesuatu artikel. Ini akan memberikan gambaran lebih tepat sebab sudah semestinya pembaca akan mengambil sedikit masa untuk membaca. Takkanlah cepat sangat otak dia scan apa yang kita tulis.

Itu adalah beberapa cara aku, mungkin korang ada cara lain yang lebih advance boleh kongsikan pendapat dengan aku yang baru nak belajar ni.



blogger lelaki logo

Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Anda Bermasalah?

11 Komen
Bagi blogger yang sering buka Google Analytics, antara statistik yang kita lihat adalah kadar Bounce Rate. Mungkin ramai yang tak ambil kisah, dan ada juga yang ambil berat untuk merendahkan Bounce Rate blog.

Bounce Rate ini secara ringkasnya adalah kadar ratio pengunjung yang masuk ke website/blog kita dan pergi ke halaman/entri lain pada website/blog kita.

Macam ni contohnya, jika Bounce Rate blog kita adalah 75%. Maknanya 75% pengunjung masuk ke blog kita dah terus keluar tanpa pergi ke halaman/entri blog kita yang lain.

Dan ada baki 25% lagi sahaja yang terus berminat untuk pergi ke halaman/entri blog kita yang lain-lain.

Mungkin ada blogger yang risau akan kadar Bounce Rate yang tinggi, sebab seolah ia menggambarkan pembaca tidak berminat untuk terus membaca entri-entri blog kita yang lain. Tunggu dulu,  Adakah ini bermakna blog kita bermasalah?

Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Saya Bermasalah

Analisis Data Bounce Rate Ikut Keperluan

Dalam ebook Panduan Asas Google Analytics PERCUMA yang bro Eizil.com berikan, beliau ada menjelaskan dengan ringkas bagaimana kaedah untuk kita menganalisis data Bounce Rate.

Menurut Bro Eizil keperluan Bounce Rate rendah adalah bergantung pada tujuan blog/website kita.




Contoh #1 - bounce rate vs laman jualan:

Lazimnya, ramai yang akan menyatakan bounce rate yang tinggi adalah tidak baik, namun begitu, ini adalah tidak benar sekiranya halaman yang mereka lawat itu adalah halaman jualan yang tidak memerlukan mereka ke halaman lain.
Dalam skop ini, kita perlu menilai conversion rate berbanding melihat bounce rate tersebut.



Contoh #2 - bounce rate vs avg. session duration:

Dalam kes berlainan, bounce rate mungkin sangat rendah, namun begitu, purata tempoh seseorang pelawat yang hadir hanya kurang 10 saat. Ini bermaksud pelawat hanya klik pelbagai link dalam blog tersebut, tanpa mengambil masa untuk membaca setiap halaman yang mereka klik.
Dalam analisa keseluruhan, ini bukanlah kesan yang baik untuk bounce rate yang rendah tersebut.



Contoh #3 - avg. session duration vs content:

Kes seterusnya melibatkan avg. session duration yang sangat lama tempohnya, namun begitu artikel yang mereka lawati itu hanyalah artikel pendek yang tidak memerlukan tempoh yang lama untuk di baca.
Ada kemungkinan mereka buka halaman tersebut tanpa berbuat apa-apa tindakan lanjutan.



Jadi berdasarkan info diatas kita faham bahawa cara untuk kita menganalisis Bounce Rate bukanlah kita hanya melihat pada kadar peratusan Bounce Rate tinggi atau rendah semata-mata.

Kita perlu semak Bounce rate di entri blog kita kita menganalisa data yang lebih tepat.


Bounce Rate Tinggi? Adakah Blog Saya Bermasalah


Perhatikan 2 entri diatas, satu entri dengan kadar Bounce Rate yang rendah (5.23%) dan satu lagi entri kadar Bounce Rate yang tinggi (88.48%).

Namum ada entri kedua itu walaupun Bounce Rate yang tinggi tetapi Avarage Time On Page pula lama (00:03:46) berbanding entri pertama cuma 00:00:43. Ini memberi makna, pembaca berada disitu membaca entri kedua tadi lebih lama.

Disebabkan itu kita perlu bezakan cara analisis Bounce Rate untuk setiap entri blog kita, bergantung kepada tujuan entri tersebut diterbit. Adakah untuk menjual, memberi maklumat, memberi kesedaran dan sebagainya.

Sekian dahulu perkongsian kali ini, semoga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca untuk bertukar-tukar pendapat.
blogger lelaki logo

Marilah Mengundi MSMW2016

5 Komen
Sudahkah anda mengundi untuk MSMW2016 ? Antara anugerah untuk menghargai kerja-kerja blogger di Malaysia. Malah ia juga boleh menjadi ruang untuk menjenamakan blog.

Disebabkan ada rakan-rakan blogger yang menjadi calon, jadi aku ringankan jari untuk klik "Undi" pada blog rakan-rakan yang buat aku serba salah nak undi. Blog mana aku dah undi tahun lepas tu rilek dulu, tahun ini aku undi rakan yang lain pula ye ...hehehe..bagi adil naaa.

Nak tahu aku undi siapa? Itu rahsia. Kita tunggu aje siapa yang bakal bawa pulang MSMW2016 bagi kategori masing-masing.

Pada tahun ini nampaknya ada perubahan lagi dari segi kategori yang dipertandingkan. Dan ada beberapa blog ternama dan hebat turut menjadi calon pada tahun ini. Pada aku memang susah nak jangka siapa yang akan menang dalam setiap kategori.

Marilah Mengundi MSMW2016

Kategori MSMW2016:-
  • Best Foodie Blog
  • Best Lifestyle Blog
  • Best Travel Blog
  • Best Content Blog
  • Best Video Blog
  • Most Engaging Blog
  • Most Entertaining Blog
  • Promising Blogger of the Year
  • Best Blog of the Year

Malah ada juga blog yang pernah menjadi pemenang tahun-tahun lepas juga tercalon pada tahun ini. Adakah blog ini akan menjulang trofi anugerah sekali lagi tahun ini.

Pemenang MSMW2015 adalah seperti berikut :-
  • BEST NEWS BLOG - http://cgkaunseling.blogspot.com/
  • BEST FOODIE BLOG - http://squallcuisine.com/
  • BEST GADGET & TECHNOLOGY BLOG - http://www.ohsem.me/
  • BEST GOSSIP & ENTERTAINMENT BLOG - http://www.spinorbinmusic.com/
  • BEST LIFESTYLE BLOG - http://www.akupenghibur.com/
  • BEST COMICS BLOG - Tiada pemenang
  • BEST PHOTOGRAPHY BLOG - http://tarmizishukri.com/
  • BEST SHOPPING BLOG - http://telekung.com.my/
  • BEST SPORTS BLOG - http://www.motorsportroom.my/ <<== blog milik Melastik Bintang..
  • BEST TRAVEL BLOG - http://timetravelafif.blogspot.com/

Jadi jomlah mengundi blog-blog kesayangan korang, disini => MSMW2016

p/s: Jangan cari blog aku sebab blog aku tak masuk bertanding...hahaha
blogger lelaki logo

Tips Menulis Artikel Unik

14 Komen
Tips menulis artikel unik bagi aku cukup senang. Sebab 'Unik' itu pada aku makna dia lain daripada yang lain. Lebih tepat aku boleh cakap adalah kita tak buat aktivitas "Copy & Paste".

Nak cerita bab copy & paste ini memang dah lama dan ramai blogger lain yang cerita. Kalau kena artikel sendiri yang di "copy & paste" adalah sikit rasa nak marah tu.

Lebih-lebih lagi jika kita yang berjam-jam mengarang dan cari info, orang dengan slumber ...klik..klik..klik tak sampai 5 saat dah siap dia punya entri blog.

Macam aku cerita la dalam entri terdahulu pasal Teknik Menulis Entri Copy & Paste, dalam entri itupun sudah ada tips untuk korang menulis artikel yang unik, lain daripada orang lain.

Tips ini aku tujukan buat blogger-blogger baru terjebak buat blog. Kalau boleh bina blog dengan kredibiliti sendiri dengan menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti daripada hasil tangan sendiri. Barulah nampak kita punya blog ada kredibiliti.

Bukan sekadar mengejar trafik semata-mata untuk buat duit. Lagipun sudah bersepah diruang legar alam maya dengan blog-blog yang suka copy & paste artikel orang lain. Lama-lama orang pun naik menyampah juga dengan entri dan isi blog banyak yang sama.

Teringat kata blogger otai "blog copy & paste takkan kekal lama"

Tips Menulis Artikel Unik

Tips Menulis Artikel Unik

1. Membuat artikel atau karangan bagi aku kita perlu ada gaya penulisan kita tersendiri. Secara automatik kita akan menulis artikel yang unik dan takkan sama dengan artikel orang lain walaupun tajuknya sama.

Selain itu jika gaya penulisan kita menarik, kita secara tak langsung akan dikenali dengan cara olah bahasa yang sering terap dalam penulisan kita.


2. Kreatif dan kritis dalam mengolah sesuatu topik. Kita menlontarkan pendapat kita sendiri berdasarkan pengetahuan kita. Sudah tentunya ia takkan sama dengan pendapat orang lain dan artikel yang terhasil pun takkan sama dengan orang lain tulis.


3. Mencari banyak info sebagai rujukan ketika menulis. Fakta bro fakta. Kita kalau nak menulis sesuatu yang perlukan fakta, kita perlu cari info yang tepat dari pelbagai sumber. Satu lagi apabila kita ada banyak fakta, kita takkan kering idea untuk menulis, dan mungkin artikel kita lebih fakta berbanding artikel yang lain. Kan artikel dah jadi unik disitu.


4. Menulis berdasarkan pengalaman. Setiap manusia itu berbeza pengalaman dan citarasa. Jadi apabila kita menulis dari hati yang tulus murni, peratusan untuk sama dengan artikel orang lain itu mengecil. Kita berkongsi rasa dengan orang lain. 

Lebih bagus kalau dapat buat artikel yang menusuk qalbu pembaca. Penulisan yang ada roh sudah pastinya akan boleh menakluk hati pembaca.

Bak kata blogger otai " menulis dengan jiwa ".


5. Jangan copy & paste artikel orang!


blogger lelaki logo

Cara Memperbaiki Broken External Link di WEBMASTER TOOLS

8 Komen
Jika anda rajin membuka Webmaster Tools (Google Search Console) jangan lupa untuk semak pada bahagian Crawl Errors. Pada aku setiap blogger yang serius perlu rajin masuk Google Search Console  (GSC) untuk memantaukan keadaan blog kita.

Penting untuk kita pastikan blog kita sifar masalah Not Found Crawl Errors, ianya adalah gejala tidak sihat untuk blog kita, lebih-lebih lagi ia juga turut akan memberi kesan kepada entri kita di SERP.

Kebiasaannya punca utama yang menyebabkan  Not Found Crawl Errors adalah apabila link yang sudah diindeks oleh google namum link itu tidak aktif atau telah berubah struktur link tersebut atau kita telah padam entri tersebut. Selalunya apabila link tiakda aktif tadi diklik ia akan memaparkan 404 error.

Ia juga dikenali sebagai masalah broken External link.

Jika entri itu masih kita perlukan, jadi kita perlu rawat broken  Not Found link error 404 tersebut. Caranya cukup mudah, cuma memerlukan kerajinan kita jika terlalu banyak Crawl Errors.

Cara Memperbaiki URL Crawl Error di WEBMASTER TOOLS

Aku akan bahagian kaedah membaiki kepada dua bahagian, sebab kita perlu membuka kedua-duanya secara serentak untuk memudahkan tugas-tugas kita membaiki link crawl error tadi.

Aku andaikan semuanya sudah mendaftar blog mereka di Google Webmaster Tools, kalau belum cepat-cepat pergi daftar.

Semak Crawl Errors di Webmaster Tools.

1. Buka dashboard Google Webmaster Tools > Crawl > Crawl Errors. Selepas itu kan dipaparkan data URL Errors. Kita fokus pada bahagian "Not Found".

Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error


2. Klik pada Not Found. Kita akan dapat lihat senarai URL blog kita yag bermasalah.

Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

3. Klik pada URL link yang kita mahu baiki.
Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

4. Selepas itu kita akan dapat pastikan apakah punca masalah URL tadi. Macam contoh gambr diatas, URL errors adalah disebabkan link tersebut tidak lengkap, mungkin disebabkan aku telah emnukar struktur link tersebut.

5. Sekarang anda buka blog anda dan cari URL sebenarnya link yang bermasalah ini.

6. Salin link yang bermasalah atau URL error tadi dan juga link yang sebenar atau yang masih aktif, ataupun link yang kita mahu URL ini redirect nanti.

Jangan tutup lagi tab Google Webmaster Tools ini, kerana anda perlu kembali ke laman ini di langkah akhir nanti.

Membaiki URL Not Found di Blogger.com

1. Buka ke dashboard blogger > Setting > Search Preferences > Lihat pada bahagian "Errors and redirections" > Custom redirect .

2. Klik "edit".

Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

3. Selepas itu klik " New Redirect".
Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

4. Akan keluar dua kotak untuk anda isi. Pada ruangan "From" anda perlu isi link yang bermasalah/ URL errors. Dan pada kota "To" anda perlu isi link aktif/asal atau link yang anda mahu redirect.
Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

Untuk mengisi pada ruangan ini anda perlu isi denagn cermat agar tidak tersilap. Ikut contoh seperti dibawah:

Pastikan link yang diisi diawali dengan " / ".

From: "/2016/01/tajuk-entri-anda
To : "/2016/01/tajuk-entri-anda-sebenar.html

5. Selepas itu anda perlu tick pada kotak "Permanent".

6. Akhir sekali anda klik "Save Changes"


Sekali lagi anda perlu buka kembali Google Webmaster Tools, dan anda perlu klik pada "Mark as Fixed".

Cara Memperbaiki URL Not Found Crawl Error

Sekian dahalu entri tutorial kalini, semoga bermanfaat kepada semua blogger diluar sana. Jangan lupa baca entri saya yang sebelum ini iaitu : Cara Semak dan Baiki Broken Links / Dead Links