Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Perjalanan Blog 4 Tahun

Assalamualaikum, sudah lama aku tidak menulis disini. Dah macam orang kahwin dua. Bila dapat yang muda, yang tua terus diabaikan. Rasanya aku tiada bakat untuk poligami. Tak adil.

Usia blog ini sudah capai 4 tahun, tahun depan dah boleh masuk tadika. Banyak aku belajar tentang dunia blogging bermula dengan blog ini. Si tua yang banyak berjasa.

Kejayaan sebuah blog, aku pernah mengeluh. Duit bukan ukuran kejayaan sebuah blog. Sebab sepanjang 4 tahun ini, aku boleh lihat bertapa ada yang sanggup buat apa sahaja untuk duit.

Ramai blogger tahu yang ada blogger yang main sebat, asalkan boleh buat duit. Sebab itulah aku tidak suka untuk letak kejayaan blog dengan duit.

blogging


Memang ramai yang buat blog sebab nak buat duit, jadi kerja sampingan di rumah. Sumber pendapatan kedua. Tetapi apabila sifat tamak menguasai diri, maka muncullah setan yang akan halalkan cara untuk capai matlamat.

Rasa sakit itu ada sebab aku pun terkena kesan daripada perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini. Namum aku ada prinsip. Rezeki itu datang daripada Allah. Jadi selagi kita berusaha, kita tak perlu risau akan ancaman lain.

Tahun 2013 aku mula buat blog ini, pada bulan pertama aku  berusaha mencari ilmu tetang blog. Sedikit demi sedikit kita belajar cara untuk dapatkan trafik. Semuanya aku belajar daripada Google dan Youtube. Bila keliru aku akan bertanya kepada otai-ptai blogger yang tak kedekut berkongsi ilmu.

Pada tahun 2015 aku mohon akaun Adsense. Pada masa itu Adsense masih belum menyokong Bahasa Melayu. Pada tahun berikutnya aku mula menjana duit daripada blog, dengan Adsense.

Jadi kita terus berusaha, dengan berbekalkan ilmu SEO yang cetek, aku terus belaajr pula tentang keyword.

Tak guna kita belajar SEO tapi tidak belajar juga cara yang buat keyword research. Ibarat ada senapang tapi tidak tahu mana nak cari tempat berburu.

Tahun 2017, tahun ini semakin stabil dengan pendapatan 4 angka sebulan daripada Adsense.

Nampak kejayaannya macam mudah, tapi ia tak senang juga tak susah. Susah pada yang tak tahu. Kita tahu sebab kita belajar.

Sebenarnya dengan belajar sahaja tidak cukup, kita kena fokus dengan apa yang kita buat. Orang berjaya adalah mereka yang fokus.

Pada tahun ini, aku ingin mencuba sesuatu yang baru pula, mungkin sudah agak lambat berbanding orang lain. Tapi tak apa 'butter late than never" kata Butterfinggers.

Dah jadi sifat semulajadi aku yang suka mencari cabaran dan cuba benda baru. Aku sudah mulakan langkah untuk membina aplikasi Android. Ini projek untuk tahun depan, tapi aku bermula awal. Masih menrangkak untuk hadam. Semoga ianya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Mungkin selepas ini boleh cuba App untuk IOS pula, siapa tahu ini pula akan jadi sumber pendapatan yang baru.

Insyallah aku juga sedang menunggu e-mail daripada Taboola. Sudah sign kontrak dan masih menunggu untuk proses seterusnya. Taboola ini bukan mudah, sebab syarat minima dia pun cukup tinggi. Jadi harap aku layak untuk proses seterusnya ini.

Jadi kepada blogger baru, jangan pernah berputusa asa dan sentiasa berani untuk mencuba benda baru.

Jika ada yang perasan blog ini sudah berubah wajah. Sebenarnya aku sudah menukar template blog ini untuk menyokong AMP. Ia masih dalam eksperimen, mungkin ambil masa pula untuk naik kembali ke permukaan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail