Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 SPA kini bersedia untuk pengambilan pegawai tadbir dan diplomatic. Ia berikutan keperluan pertambahan pegawai di semua agensi dan kementerian kerajaan Malaysia. Pegawai PTD merupakan kunci kepada pentadbiran negara. Mereka adalah penentu kepada perjalanan negara ini. Mereka adalah ketua pegawai kepada kebanyakan agensi yang ada di suluruh negara. Tarikh bagi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41adalah 03hb November 2017.

SMS Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Bagi calon yang dipanggil, jangan risau kerana pihak kami ada menyediakan rujukan untuk anda bersiap sedia dalam peperiksaan ini. Pihak IKR telah membantu lebih daripada 65,000 orang calon peperiksaan SPA sejak tahun 2009 lagi malah mempunyai record yang sangat cemerlang dalam membantu calon-calon yang terlibat.

Semakan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik


Calon-calon boleh menyemak sama ada terpilih atau tidak untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik DISINI

Semakan PTD

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sebaiknya kita mengetahui dahulu sedikit sebanyak mengenai Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang menjadi rebutan ramai graduasi Malaysia.


Pengenalan Pegawai Tadbir Diplomatik


Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 merupakan penjawat awam yang bertugas di jabatan-jabatan perkidmatan awam seluruh Malaysia. Jawatan ini antara yang paling popular setiap tahun.

Secara ringkasnya, Pegawai Tadbir Diplomatik bertanggungjawab dalam merancang, menggubal, dan melaksanakan dasar-dasar awam merangkumi ekonomi, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri.


Syarat Lantikan Dan Kemasukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

a) warganegara Malaysia;

b) telah berkhidmat sekurang-kurangnya lima (5) tahun di skim perkhidmatan semasa;

c) memperolehi Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terkini 90% dan ke atas ATAU penilaian kompetensi yang setara;

d) sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memperoleh CGPA sekurang-kurangnya 3.00 atau setara;

e) bebas dari sebarang tindakan tatatertib;

f) memiliki tahap kecergasan fizikal, mental dan tingkahlaku (karakter) yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan;

g) mendapat perakuan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan; dan

h) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).


Prosedur Pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik

Tidak semudah yang disangka untuk memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik yang menjadi idaman semua graduasi. Memandangkan jawatan ini adalah jawatan yang popular, cabaran untuk mendapatkan Peperiksaan ini juga adalah sukar dengan persaingan daripada rakyat Malaysia yang lain.

Pegawai-Tadbir-Diplomatik-M41


Dibawah adalah beberapa saringan dan prosedur yang bakal di lalui oleh setiap bakal-bakal Pegawai Tadbir Diplomatik.


Saringan 1

Lulus ujian Pra-ELPA (secara atas talian) sebelum dipertimbangkan untuk saringan dan penilaian seterusnya.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Saringan 2

Lulus Ujian English Language Proficiency Assessment (ELPA) sekurang-kurangnya Band 4.

ELPA21 Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Lulus Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) dan Saringan Inventori Diagnostik Personaliti.

UKJK Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Memiliki tahap kesihatan yang baik sebagaimana yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cemerlang (Band 5) dalam penilaian Leadership Development and Assessment Programme (LEAP) yang berkenaan.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Saringan 3

Lulus temuduga kemasukan khas PTD.

Proses-Lantikan-PTD

Hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Persediaan PTD selama sepuluh (10) bulan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Pegawai lantikan tetap akan diberikan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) semasa menghadiri kursus.

kelebihan penjawat awam

Pegawai lantikan kontrak akan diberikan kemudahan Elaun Pra Perkhidmatan, Elaun Buku, Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek dan Elaun Latihan Amali.


Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Panduan beserta contoh soalan yang diberikan ini dibangunkan oleh beberapa orang pengkaji yang membangunkan satu nota dan rujukan yang dapat membantu calon peperiksaan SPA membuat persediaan.

Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 merupakan antara jawatan penting dalam pentadbiran negara kita. Hanya mereka yang berlayakan akan mengisi jawatan penting ini.

Kerjaya PTD


Nak Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41?

Pihak IKR memberikan contoh soalan berdasarkan format soalan SPA. Jadi nota-nota yang diberikan sangat penting untuk anda khatam dan fahami. Ia akan menguji keupayaan calon calon menyelesaikan masalah yang diberikan. Ia bukan soalan bocor sebagaimana dakwaan sesetengah pihak. Ia juga bukan soalan ramalan peperiksaan. Ia hanya satu rujukan untuk anda membuat persediaan. Mohon jangan terkeliru.

Selain itu ada juga soalan berkenaan isu semasa dan sebagainya. Jadi calon kena ambil peduli dengan keadaan semasa di Malaysia dan juga beberapa isu semasa yang terjadi secara Global.

Siapa yang membangunkan Pakej Rujukan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 ini?

Mereka adalah pengkaji yang membangunkan panduan peperiksaan besar negara sebelum ini seperti Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Teknologi Maklumat, Penguasa Kastam,Pegawai Arkib, JuruAudit ,Bomba dan banyak lagi. Jadi track rekod mereka memang sangat bagus kerana ramai calon berjaya dengan mengunakan panduan peperiksaan mereka ini. Jadi, saya boleh jaminan, calon yang membeli pakej ini dapat dibantu dengan baik dalam membuat persediaan menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41.


FORMAT SOALAN :


Ujian ini mengadungi tiga seksyen iaitu:

(i) Seksyen A – Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling

(ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah



SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa: 40 minit
Bilangan Soalan: 50

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai diploma dalam pelbagai bidang akademik. Calon-calon sering mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan-soalan ini. Antara perkara yang kerap ditanya ialah berkenaan GTP, NKRA dan banyak lagi.


Contoh Soalan:

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B


2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I kanak-kanak.
II balu askar dan polis.
III orang kelainan upaya.
IV mangsa bencana alam.

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: A


SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH



Masa: 45 minit
Bilangan Soalan: 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;


(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

Contoh Soalan:

1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41


2. Apakah nilai paling sesuai bagi X?

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41


(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Calon boleh mengunakan graf, jadual dan sebagainya agar mudah untuk calon memberi jawapan.


Contoh Soalan:

1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41


Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A 20 orang
B 40 orang
C 60 orang
D 80 orang

Jawapan: B

Teknik menjawab:

Pelancong luar negara = 40/100 x 400 = 160
= 400 – 160 = 240

Pelancong tempatan = 1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April  = 240 – 200 = 40



2. Rajah di bawah menunjukkan bilangan telefon bimbit yang dijual pada tahun 2010 dan 2011. Sebanyak 290 telefon bimbit telah dijual dari tahun 2010 hingga 2013 dengan nisbah pada tahun 2012:2013 adalah 3:4.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Bilangan telefon bimbit yang dijual dalam tahun 2012 ialah

A 30
B 60
C 80
D 140

Jawapan: B

Teknik menjawab:

Jumlah kamera digital yang dijual = 290 buah

Jumlah kamera digital pada tahun 2010/2011 = 150 buah

Jumlah kamera digital pada tahun 2012/2013 = 290 – 150

Oleh yg demikian, = 140 buah

3:4 = 140 buah
1 buah = 140/7 = 20
dan 3 buah = 3 x 20 = 60 buah


Oleh itu jualan telefon bimbit pada tahun 2012 ialah sebanyak 60 buah.


(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon. Calon-calon dalam jurusan Matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep Matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).


Contoh Soalan:
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Jawapan: B

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Pakej panduan ini dibangunkan oleh sepasukan pengkaji yang telah banyak membantu ramai calon dalam peperiksaan utama seperti PTD, KASTAM, AKAUNTAN dan banyak lagi sebelum ini. Mereka sememang telah menolong ramai calon untuk lulus dengan jayanya.

Sebab itulah kami boleh memberi jaminan bahawa anda tidak akan rugi langsung jika mendapatkan panduan ini. Anda akan didedahkan dengan panduan yang dikhususkan untuk membantu anda menjawab soalan peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan ini.

Dengan sedikit pelaburan yang anda buat ini, ia akan membantu dan bakal mengubah hidup anda untuk menghadapi cabaran dan soalan peperiksaan bertulis ini.


Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41 Sudah Hampir

Masa untuk anda membuat persediaan juga semakin singkat. Dengan membuat persediaan awal, anda boleh membuat persediaan dengan lebih terancang dan tenang. Tiada tekanan untuk anda menjawab soalan soalan yang bakal diajukan kepada anda.

Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Untuk mendapatkan lebih banyak contoh soalan gambaran jelas mengenai Peperiksaan pegawai tadbir diplomatik, calon boleh dapatkan panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang dikeluarkan dalam masa terdekat

Panduan ini lengkap dengan contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan sekma jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Walaupun banyak maklumat yang berkaitan dengan contoh peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 di carian google, di dalam EBOOK ini terkumpulnya semua maklumat yang akan membantu calon membuat persediaan awal lebih tersusun dan terperinci.

Apa Yang Terkandung Dalam Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Segala ilmu serta info yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang real yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41.


Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41


Tekan Link Ekslusif Ini Untuk DAFTAR Segera dengan Prof Hariz

Jika anda mencari-cari buku rujukan untuk dibaca di kedai-kedai buku, anda tidak akan menjumpai sebarang buku khas untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik ini. Ini adalah kerana, skop soalan peperiksaan yang sangat luas dan melibatkan isu semasa. Isu semasa pula berubah-ubah. Jadi, tiada satu pun buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.

Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Testimoni Calon Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA :


Testimoni Calon

Tekan Link Ekslusif Ini Untuk DAFTAR Segera dengan Prof Hariz 

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail