Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Sudahkah anda membuat semakan maklumbalas mengenai Peperiksaan Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) gred 41 di laman web ‘http://e-semakanntt.spa.gov.my’ . Masukkan saja nombor kad pengenalan anda di dalam ruang yang disediakan (tanpa sempang). Klik butang hantar. Sekiranya berjaya status permohonan anda akan tertera seperti di atas.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41


Tahniah! Anda terpilih untuk menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Gred 41. Pada tahun ini peperiksaan tersebut akan dijalankan pada tarikh 20 September 2017. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini terdapat satu penambahan seksyen baru dalam peperiksaan tersebut. Ini bermakna soalan yang ditanyakan lebih mencabar dan benar-benar menguji kemampuan anda menjawabnya berbanding format terdahulu. Mengikut statistik, hanya 5 hingga 10% sahaja calon yang berjaya melepasi ujian ini. Adalah disarankan anda membuat ulangkaji dan persediaan awal agar nama anda termasuk dalam statistik ini.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI EKSEKUTIF LHDN GRED 41


Perlu diingat bagi anda yang bakal menduduki Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, terdapat tiga bahagian yang perlu dijawab dalam peperiksaan tersebut. Seksyen tersebut adalah seperti berikut;

Seksyen A – Pengetahuan Am

Soalan-soalan dalam seksyen ini adalah soalan yang menguji pengetahuan am anda mengenai negara Malaysia secara umum dan terperinci. Ia termasuk isu semasa yang berlaku di sekeliling anda. Format soalan adalah berbentuk objektif atau aneka pilihan jawapan.

Tempoh masa : 40 minit
Masa Peperiksaan : 8.00 malam
Masa peperiksaan tamat : 8.40 malam


Antara contoh soalan dalam Seksyen A – Pengetahuan Am dalam peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 adalah seperti berikut:


1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:

i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

(jawapannya adalah B. i dan iv)


2. Cukai Jualan diperkenalkan pada

A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972

(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)


3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)


4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?

A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Soalan dalam bahagian ini akan menguji kefahaman anda mengenalpasti masalah dan bagaimana kaedah penyelesaiannya. Untuk menjawab soalan sebegini anda perlu banyak menggunakan kemahiran analitik dan logik. Ini kerana kebiasaannya soalan yang diberi berasaskan pengiraan. Tujuannya tidak lain untuk menguji kemampuan anda menganalisa dan menyelesaikan masalah secara kreatif serta dapat membuat keputusan yang tepat berdasarkan masalah yang diberi.


Tempoh masa : 50 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.55 malam
Masa peperiksaan tamat : 9.45 malam


Antara contoh soalan dalam Sesyen B : Daya Menyelesaikan Masalah untuk peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41adalah seperti berikut:


1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah

A. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %

(jawapannya ialah: A. 1.33%)


2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.

MASALAH

A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan

(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)


3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah

18 27 36 45 54 63

A. 7
B. 8
C. 9
D. 10

(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)


Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Seksyen C adalah seksyen baru yang diperkenalkan bagi tahun 2017. Dalam seksyen ini anda akan diberi satu penyataan berbentuk satu situasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Anda akan ditanya mengenainya dan pemahaman anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang anda berikan. Kebiasaannya soalan yang diberi berbentuk subjektif.

Tempoh masa : 20 minit
Masa peperiksaan bermula : 10.00 malam
Masa peperiksaan tamat : 10.20 malam


Antara contoh soalan yang kebiasaannya berasaskan satu topik adalah seperti berikut (ini adalah contoh dalam Bahasa Inggeris):

  1. In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
  2. The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
  3. What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
  4. What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
  5. If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?


Kenapa Anda Wajib Lulus Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41?

Ada banyak sebab mengapa anda perlu lulus peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred41. Antara sebab utama adalah;

  • Kenaikan pangkat
  • Mendapat tangga gaji di gred yang baru.
  • Peluang mendapat elaun yang lebih tinggi.
  • Mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik.
  • Reputasi yang lebih tinggi sebagai penjawat awam.
  • Peluang berbakti kepada Negara



Kenapa Anda Perlu Bekerja Dengan Kerajaan Malaysia?

Mungkin anda akan tertanya-tanya mengapa anda perlu bekerja di sector kerajaan. Apakah kelebihan yang bakal anda perolehi sekiranya anda bekerja sebagai penjawat awam berbanding pekerja sektor swasta? Sedangkan lumrahnya gaji pekerja sektor swasta lebih tinggi berbanding kerja kerajaan. Mungkin anda tidak tahu walaupun dari segi gaji yang diterima penjawat awam secara relatifnya rendah berbanding swasta namun, anda mungkin tidak tahu bahawa peluang bekerja di sektor kerajaan sebenarnya begitu banyak keistimewaannya.


Antara Kelebihan Bekerja Di Sektor Kerajaan Berbanding Sektor Swasta.

Terdapat beberapa kelebihan yang anda perolehi sekiranya menjawat jawatan pegawai kerajaan berbanding di sektor swasta. Antaranya ialah;

1. Elaun rumah

Setiap penjawat awam akan menerima elaun rumah setiap bulan. Elaun ini dapat mengurangkan beban sewa rumah yang terpaksa ditanggung. Disamping itu gaji yang anda perolehi boleh diperuntukkan untuk tujuan membeli rumah. Manakala pekerja sektor swasta jarang-jarang diberi elaun rumah. Mereka terpaksa perlu menanggung sendiri sewa rumah dan bayaran ansuran rumah sekiranya ada.

2. Elaun sara hidup atau COLA (Cost of Living Allowance)

Elaun ini diberikan kepada penjawat awam agar dapat menyara kehidupan harian anda. Kadar yang diterima tidak sama untuk setiap penjawat awam bergantung kepada tempat dan lokasi pekerjaan. Pekerja sektor swasta tidak diberikan elaun ini sama sekali. Mereka terpaksa menggunakan gaji yang mereka terima setiap bulan untuk menampung kos sara hidup sendiri dan tanggunggan yang mereka ada.

3. Kenaikan gaji secara konsisten

Boleh dikatakan penjawat awam akan menerima kenaikan gaji mereka setiap tahun. Dengan adanya kenaikan gaji ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menampung dan mengurus perbelanjaan yang meningkat saban hari. bagi pekerja swasta pula kenaikan gaji diberi berdasarkan kepada keuntungan syarikat. Ada juga syarikat swasta yang mengaplikasikan konsep memberi kenaikan gaji pekerjanya melalui prestasi individu atau pencapaian kumpulan. Sekiranya syarikat mengalami kerugian maka tiada bonus dan kenaikan gaji yang diterima.

4. Faedah perubatan

Sebagai penjawat awam anda bukan saja layak mendapat faedah perubatan percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Malah sekiranya anda sudah berkahwin pasangan dan anak-anak anda juga berhak mendapat feedah perubatan ini. Menariknya, ibu bapa kandung anda juga boleh menikmati faedah ini. Sebaliknya bagi pekerja swasta kos rawatan yang diperuntukkan oleh majikan terhad untuk diri sendiri dalam jumlah yang sudah ditetapkan. Malah ada pekerja sektor swasta yang terpaksa mendahulukan duit mereka dahulu untuk mendapatkan rawatan ketika tidak sihat.

5. Simpanan hari tua

Sebagai penjawat awam anda akan diberi pilihan sama ada mahu mengambil pencen ataupun mencarum KWSP. Apa pun pilihan yang anda buat kedua-duanya mampu memberi jaminan untuk anda meneruskan kelangsungan hidup setelah bersara daripada perkhidmatan awam. Anda akan mendapat ketenangan minda. Tidak seperti pekerja swasta mereka tiada pilihan lain kecuali mencarum di KWSP sahaja.

6. Kemudahan pinjaman

Sebagai penjawat awam anda akan diberikan kemudahan mengambil pinjaman untuk membeli rumah atau kereta. Jumlah pinjaman yang diberikan berdasarkan gaji dan kelayakan masing-masing. Manakala pekerja swasta mereka terpaksa membuat pinjaman daripada bank untuk tujuan membeli rumah dan kereta. Kadar faedah yang dikenakan bank lebih tinggi daripada kadar faedah yang dikenakan oleh kerajaan.

7. Faedah Lain

Antara faedah lain yang diterima sebagai penawat awam ialah pemberian bonus pada hari raya, bantuan untuk anak sekolah dan seumpamanya. Selain daripada itu anda berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapat faedah lain daripadanya. Begitu juga peluang kenaikan pangkat dan seumpamanya. Apa pun yang lebih utama anda pasti akan merasa bangga kerana dapat memberikan khidmat kepada Negara tercinta.


Kenapa Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 Penting Kepada Malaysia?

Sepertimana yang semua maklum, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan salah satu agensi terpenting di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Fungsi utama Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah memungut dan mentadbir cukai langsung negara selain membuat penaksiran, penguatkuasaan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Oleh itu, tenaga kerja yang berdedikasi sangat diperlukan agar LHDN dapat menerajui visinya selama ini – Menjadi Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.
Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred

Adakah anda ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41


Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 anda.

TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA


Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41



TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail