Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Belajar Buat Blog Sendiri

Bagi mereka yang baru nak belajar buat blog, sudah pastinya kita akan cuba mencari sumber rujukan untuk kita mendalami ilmu blogging contohnya dengan baca ebook tutorial buat blog dan sebagainya.

Sebenarnya tidak susah untuk kita mencari cara buat blog, sebab ada banyak otai-otai blogger yang berkongsi tips dan buat tutorial baik dari dalam negara dan juga luar negara. malah anda bleh belajar buat blog percuma.

Jika anda serius mahu belajar, saya boleh cadangkan ebook yang sesuai untuk anda baca dan hadam. Bukan setakat baca sebenarnya, tapi kita kena praktikan apa yang kita belajar.

Sebab setiap perkara yang kita tahu kita perlu amalkan untuk pastikan perkara yang kita belajar tidak menjadi sia-sia, begitulah juga dengan ilmu  buat blog.

belajar buat blog

Belajar Buat Blog

Aku dulu pun belajar buat blog dengan cara sendiri, aku banyak mencari info dan tutorial di merata tempat. Mana yang aku tak faham tak boleh hadam aku tebalkan mukabuku untuk bertanya kepada blogger otai.

Jadi aku belajar main belasah semuanya. Boleh untuk belajar macam aku buat, tapi ia perlukan usaha yang lebih gigih. Kalau jiwa tak cukup kental, maknanya awal-awal lagi aku sudah bungkus.

Sebab itulah aku sarankan blogger baru untuk dapatkan ebook atau apa sahaja pembelajaran buat blog yang lebih tersusun supaya lebih mudah faham.

Macam ebook yang aku tunjukkan dekat atas, ia boleh dijadikan satu panduan kepada blogger baru untuk belajar.

Baiklah dalam ebook ini, anda akan diberikan info lebih lanjut, ianya sebagai panduan untuk anda memulakan blog pertama anda. Jika anda ada ebook ini, maka mudahlah untuk anda jadikan ia sebagai rujukan untuk buat blog cara yang betul.

Dalam ebook 'Belajar Buat Blog' ini akan diberi kefahaman tentang perkara-perkara seperti berikut :-


Bab 1 : Nak buat blog tentang apa? 

Ya, point ini penting buat mereka yang baru hendak bermula buat blog. Kita perlu jelas dengan idea dan matlamat yang ingin kita terjemahkan pada blog kita.

Kita perlu tahu apa hendak ditulis, apa gaya penulisan kita dan sebagainya. Kerana inilah nanti yang akan memberi gambaran tentang blog kita, atau lebih tepat kita boleh sebut sebagai penjenamaan untuk blog kita.

Jika kita kabur pada peringkat awal ini, kita seolah berjalan tanpa haluan, lagu tanpa irama.


Bab 2 : Langkah-langkah buat blog dengan blogspot

Bagi blogger baru, kita perlu faham apakah langkah yang sepatutnya kita buat untuk 'setup' blog kita yang pertama.

Bab 3 : SEO Nadi Kekuatan Blog

Tak dinafikan SEO menjadi nadi kepada sesebuah blog untuk jangka masa panjang. Walaupun sumber trafik boleh datang daripada pelbagai sumber lain seperti media sosial.

Namum trafik daripada enjin carian akan menjadikan blog kita lebih padu.

Bab 4 : Buat duit dengan blog

Buat duit dengan blog bukan lagi perkara rahsia, sudah ramai yang tahu. Jadi kepada blogger baru yang baca ebook ini mendapat pakej dengan mendapat tip buat duit melalui blog.

Bab 5 : Rahsia Buat Duit Dengan Affiliate
Bab 6 : Rahsia buat duit melebihi 4 angka diinternet
Bab 7 : Rumusan dan penutup

Berdasarkan tajuk-tajuk yang penulis ebook ini senaraikan, pastinya ia padat dengan informasi dan tip berguna untuk anda praktikkan sehingga blog anda berjaya. Lagipun ia siap dengan tip buat duit, itu adalah ilmu emas dalam dunia blogging. Bukan semua orang akan tunjukkan lubuk nak buat duit dengan blog.

Tip Belajar Buat Blog Baru

Saya ada beberapa tip untuk blogger baru yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging. Buat blog sebenarnya tidak sudah, cuma untuk lebih maju kehadapan kita perlu pastikan kita buat sesuatu itu dengan serius serta bersungguh-sungguh.


Terlalu Asyik Mengejar Trafik

Trafik sememangnya penting bagi sesebuah blog, kepentingan trafik pula bergantung kepada tujuan blog kita.

Jika kita buat blog untuk perniagaan, jual produk. Jadi kita perlukan trafik yang boleh bertukar menjadi pelanggan kita. Barulah trafik yang masuk itu bermakna.

Jika kita nak buat duit di blog guna adsense atau pengiklanan, Sememangnya kita perlukan trafik yang banyak, dan juga mampu menghasilkan 'klik'.

Namum ada juga blogger baru yang terlalu terburu-buru mengejar trafik. Mereka jadi penganut 'matlamat halalkan cara'. Mereka buat apa sahaja untuk dapatkan trafik yang banyak ke blog mereka.

Benda ini aku perhati dan bagi aku ia adalah SALAH. Ada yang sanggup viralkan isu yang tidak sepatutnya, malah sampai ke tahap menipu. Buat misleading headline, tajuk bukan main gempak. Apabila klik, link dibawa ke laman yang bukan seperti yang pembaca mahukan.

Lebih teruk ada yang sanggup buat tajuk melibatkan kematian selebriti terkenal. Apa hal ni bro, dengan guru mana lu belajar semua benda ni.

Aku ulang, ini benda salah. Kepada blogger baru jangan terlalu mengejar trafik sehinggakan kita buat perkara yang tidak sepatutnya.


Bawa Bersabar Dan Konsisten

Sebabkan kita tidak sabar taidlah buatkan kita sanggup buat apa sahaja untuk naikkan blog kita. Jangan begitu kawan, kita ada cara kita.

Buat blog kita tidak boleh dapat lihat hasilkan dalam masa yang singkat apatah lagi bagi kita yang baru belajar buat blog. Mereka yang sudah berjaya ambil masa yang panjang untuk berdiri gah seperti hari ini.

Bagi aku tiada jalan singkat untuk berjaya, kita perlukan lakukan kerja dengan betul dan bersungguh-sungguh. Sebab itu buat kerja kena konsisten, jangan buat kejap dan jemu, malas. Inilah punca kita gagal, sebabnya kita MALAS.

Untuk pastikan blog kita terus maju, kita kena tulis artikel secara konsisten. Sebaiknya kita dapat tulis 1 artikel setiap hari, paling tidak pun 3 artikel seminggu, dan paling malas kita tulis 1 artikel seminggu. Dan kalau paling malas, tutup blog buat benda lain, macam main guli ke apa...


Etika Sebagai Blogger

Nak buat blog, nasihat aku buatlah secara serius. Bina kredibiliti dengan blog anda, jadikan ia satu jenama yang mampu membantu anda untuk buat duit online dengan blog. Sebab itulah kita perlu ada etika.

Jangan sesuka hati buat entri copy & paste, jikalau terpaksa sangat sangat kena copy & paste juga. paling tidak kita bagilah credit dan backlink kepada penulis asal artikel itu.

Hargai hasil karya orang lain, jangan main sebat hasil penulisan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Itu adalah ciri-ciri blogger yang tidak ada etika.

Lagipun pihak Google sendiri tidak suka kepada entri copy & paste, sebab ia dah termasuk dalam melanggar hak cipta orang lain. Ibaratnya kau curi hak orang lain.


Belajar, Belajar Dan Belajar

Ilmu blogging bagi aku sentiasa berkembang, sentiasa akan ada perkara baru yang perlu kita belajar. Walaupun sehebat mana kita, jangan berhenti belajar. Lagipun tak rugi jika kita belajar perkara yang baru. Teramatlah rugi juga jika kita belajar tapi tidak mengamalkannya umpama "pokok subur yang tidak berbuah".

Apabila sebut bab belajar, bagi blogger baru aku nasihatkan belajar ikut aturan. Belajar terlebih dahulu perkara yang asas barulah kita belajar ilmu lanjutan yang lebih mendalam. Bukan apa, kita belajar dan tambah ilmu untuk kita faham dan praktik.

Jadi kita kenalah rajin mencari ilmu dengan baca ebook tutorial belajar membuat blog. Ada banyak ebook berkenaan blogging yang ada.

Jikalau kita cari ilmu banyak-banyak, tapi sepatah haram pun kita tidak faham, itupun tak guna juga. Sebab itulah orang tua pesan "kalau tak tahu...tanya". Ramai otai blogger yang tak lokek ilmu dan suka berkongsi ilmu, oleh itu jangan segan nak P.M. tepi otai-otai.

Aku pelik apabila ada blogger baru yang begitu takut dengan SEO. Apabila sebut SEO mulalah mereka gelabah, cakap tak reti. Sebab tak pandailah kita kena belajar, belajar sampai faham, faham dan amalkan.


Rasanya sudah puas aku membebel, lagi panjang lagi merapu aku tulis. Pesan kau kepada mereka yang baru nak belajar buat blog. Buatlah betul-betul sebab tak rugi siap kita boleh buat duit dengan blog.


belajar buat blog


Contest ini turut disertai oleh: calrasepatrick.blogspot.com, nonasani.blogspot.my, missobsesi.blogspot.my, sayidahnapisah.com, mommyfiqa.com, bloggerlelaki.com, ciklapunyabelog.blogspot.my, dianarashid.com, susahsenangblogger.com, at-tarmizi.blogspot.my, myideakini.com, amirkhalis.blogspot.my, sayabukancikgu.com, messarah.blogspot.my, jangan-bukak.blogspot.my, fadzirazak.com, heroborneo.com, nikkhazami.com, misztrex.blogspot.my, ummizarra.com, infopelajar2u.com, sabreehussin.com, topseofriendly.blogspot.my, ummiseri.com, saidila.com, qiyasaad.com, kataubaid.com, belajarbuatblogpercuma.wordpress.com, iuzira.com, hiburansabah.com, nasitambah.com, aynorablogs.com, ohtiptop.com, jebengotai.com, sensasi2020.com, sayaazieera.blogspot.my, jambubatublog.com, adibsite.com, sishawa.blogspot.my, cikilamenari.blogspot.myalongxp.com, elihjapahar.com, jiesusanos.comsianangbumaya.combagiblogger.blogspot.comvitamin-cerdik.com

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail