Cetak T-Shirt Murah Online

Cetak T-Shirt Murah Online

Adakah anda sedang mencari Servis Printing Baju, Cetak T Shirt Murah atau sticker dengan harga murah. Dengan Custom.my anda boleh dapatkan servis cetak T Shirt secara online dengan design anda sendiri.

Memang sesuai untuk mereka yang nak cetak T Shirt untuk baju kelas, reunion, rewang dan macam-macam lagilah. Sebab dekat Custom.my mereka tidak ada minimum order. Jadi anda boleh buat tempahan walaupun cuma sehelai T Shirt.






Bukan sahaja untuk servis cetak T Shirt, Custom.my juga ada sediakan servis untuk printing topi, jeris, seluar, skirt, tudung, beg, sticker, sarung bantal, kotak tisu, jaket. Memang ada bermacam pilihan dengan kualiti yang tinggi.

Jenis-jenis printing yang Custom.my buat pula adalah seperti Direct To Garment (DTG), silkscreen, sublimation dan heatpress.

Jadi boleh pilih jenis printing yang sesuai dengan kehendak kita. Jika anda biasa dengan servis cetak baju, harga untuk setiap jenis printing adalah berbeza mengikut material yang digunakan.

Mari kita lihat lebih lanjut beberapa servis printing murah yang dtawarkan oleh Custom.my ini.

Cetak T-Shirt Dan Polo




Jika anda nak cetak T Shirt murah dan berkualiti, sememangnya Custom.my adalah pilihan yang tepat. Antara cetakkan T Shirt yang ditawarkan adalah:

Gildan T-Shirt - Gildan merupakan T Shirt yang dikeluarkan oleh syarikat pakaian antarabangsa. Ia merupakan salah satu jenama T Shirt kosong yang berkualiti.

Antara jenis-jenis T Shirt Gildan adalah seperti Gildan Soft Style, Gildan Premium Cotton, Gildan Premium Cotton Ladies, Gildan Ultra Cotton, Gildan Premium Cotton Kids dan banyak lagi anda boleh lihat sendiri di laman Custom.my

Selain daripada itu ada lagi jenis servis printing lain seperti Polo, Raglan, Fullprint, Crop Top, Tank Top Men dan Tank Top Women.

Harga yang ditawarkan adalah diantara Rm20.00 hingga RM41.00, harga berbeza mengikut jenis kain, ukuran saiz design dan juga jenis teknik cetakan.

Berikut adalah antara beberapa jenis cetakkan T Shirt yang perlu anda tahu iaitu:

Direct To Garmnet (DTG) 

Cetakkan DTG adalah jenis dakwat yang menyerap ke dalam kain, ianya mampu bertahan walaupun dibasuh berulang kali. Jika design baju anda mempunyai banyak warna, jadi cetak DTG memang sesuai seperti nak cetak gambar keluarga pada T Shirt dengan warna penuh.

Neo-pigment non White - ini adalah untuk cetakkan jenis DTG pada T Shirt yang berwarna putih.

Neo-pigment + White - ini pula untuk cetakkan jenis DTG pada T Shirt berwarna gelap seperti baju berwarna hitam, biru gelap, kelabu dan seumpamanya.


Cetak Sticker




Servis cetak sticker antara servis yang suka untuk aku war-warkan. Sticker kini menjadi pilihan peniaga samaada untuk dilekatkan pada produk mereka, ada juga yang gunakan sticker untuk tujuan promosi dan sebagainya.

Jadi dengan Custom.my ada disediakan servis printing sticker seperti Sticker Product, Sticker Sheet, Sticker Marketing, Sticker Outdoor, Transparent Sticker dan Sticker label kertas.

Jom Jadi Agen Custom.my

Satu lagi yang aku nak cerita tentang Custom.my adalah program reseller mereka. Ini sesuai untuk mereka yang berminat nak buat bisnes printing tapi hanya sebagai agen.

Tak payah nak kotor tangan buat kerja cetak, kerja anda hanyalah cari pelanggan dan submit order kepada Custom.my. Dengan yuran pendaftaran yang semurah RM50 anda sudah boleh buat bisnes printing.

Jika anda berminat nak cetak T Shirt murah, sticker, topi atau nak jadi agen. Segala maklumat lanjut anda boleh lihat sendiri di http://custom.my/

Share this:

Disqus Comments