blogger lelaki logo

Untung Rugi Buat Blog

13 Komen
the Untung rugi buat blog bergantung pada matlamat kita sendiri. Ketika kita mula-mula nak ketik daftar blog dulu mesti kita sudah pasang niat sebab apa wujudnya blog kita.



Pada aku jika memang niat kita nak buat duit dengan blog, langkah pertama kita sudah semestinya berada dilandasan yang betul untuk menghasilkan wang.

Hala tuju dan gerak kerja perlu kearah untuk menjana duit melalui blog. Kita sudah tahu celah mana, lubang mana yang hendak kita gali.

Takkanlah kita nak cari emas tapi pergi gali lombong bijih timah. Itu maknanya kita sudah silap langkah atau tiada perancangan awal sebelum kita memulakan sebarang kerja.

Oleh sebab itu, kita kena buat perancangan awal. Jika kita tersesat jalan sekalipun kita boleh bertanyakan kepada yang pakar. Pendek kata kita perlu tahu apa yang kita nak.

Kita dengar orang buat duit banyak dengan blog, kita nak buat juga. Tapi kita tak tahu mana hala yang hendak kita tuju, ia akan jadi satu kerja yang sia-sia dan tak hairan jika ia akan terhenti sekerat jalan.

Bila sampai satu masa kita tidak dapat tengok hasil macam yang orang lain dapat mulalah kita patah semangat, berputus asa.

Jadi nak buat sesuatu kena ada matlamat, cari ilmu berkaitan walaupun sekadar asas. Biasalah kita baru nak mula memang banyak kekurangan, sebab itu apa yang kita tidak tahu kita jangan malu nak tanya orang yang tahu.

Buat blog memang untung kalau kena dengan caranya. Tapi perlu ingat kita sebagai orang Islam, rezeki nak kena cari yang halal.

Bila dengar sahaja bab duit, kita terus gelap mata. Buat perkara menghalalkan cara demi duit.

Kini sumber pendapatan utama blog aku adalah melalui adsense. Nak jana duit melalui adsense kita perlu jana trafik masuk ke blog kita.

Nak dapatkan trafik aku tarik daripada enjin carian google. Caranya adalah melalui teknik SEO. Walaupun tak 'terrer' macam otai-otai SEO tapi alhamdulillah ia  berjaya mendatangkan hasil.

13 Komen untuk "Untung Rugi Buat Blog"

avatar

hihii..betul sangat apa anda katakan ni...kena byk berkorban laa sikit :)
jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com

avatar

emang macam tu lah. tapi worth it kok..

avatar

memang untung lebih berbanding rugi sebenarnya kan

This comment has been removed by the author. - Delete
avatar

Alhamdulillah, tahniah admin sebab mencapai matlamat. Tunjuk ajarku sifu untuk ilmu seo. Saya baru bertatih dalam ilmu seo. Apa2 pun, kita jangan putus asa, inshaAllah setiap orang ada rezeki tersendiri. Teruskan berusaha dan cari guru yang betul.

avatar

ohhhh macammane nie blog sebenarnya

avatar

Interestinggg thingss

http://kedaistickerdotcom.blogspot.my/

avatar

Saya saja suka2 isi masa lapang, so xde lah stress sangat...

avatar

Banyak makan tahun kalau nak trafik banyak ngan kena caranya, kalau nak cepat trafik laju buat tajuk org mninggal tpi contentnya lain. haha

avatar

best je tengok orang lain ada adsense huhu

avatar

buat duit dengan blog ni kena tahan sabar dulu..:D

avatar

Perkongsian yang menarik tentang blog. Matlamat saya mewujudkan blog saya adalah untuk menonjolkan kemahiran saya dalam bidang perubatan Islam. Bagi saya, kepercayaan adalah perkara pertama. Bila orang percaya, duit akan datang kemudian.

Itulah apa yang saya lihat ketika saya merawat di pusat rawatan Islam. Apabila pesakit percaya dan yakin dengan kebolehan kita, cadangkanlah apa sahaja produk, komfem mereka akan beli. Jadi, matlamat saya membina blog adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna internet tentang kemahiran saya.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.