blogger lelaki logo

Dua Ribu Tujuh Belas

10 Komen
Selamat tahun baru 2017. Aku rasa semua orang dah siap buat list azam tahun baru, masing-masing tak nak kalah bab nak buat azam baru.

Tahun ini kita nak jadi lebih baik daripada tahun lepas. Biar graf kita sentiasa menaik, walaupun mungkin ada pergerakan graf naik turun. Tak mengapa yang penting hujung tahun nanti, nak tutup akaun, graf kira mengatasi percapaian pada tahun lepas.


Bawa semangat tahun lepas terus 'tukar gear' untuk memecut pada tahun ini. Mungkin tahun lepas kita pecut 80km/j, harapnya tahun ini dapat buat pecutan 85km/j pun dah kira okey kan.

Orang kata biar kita bawa konsisten, asal selamat tiba ke destinasi. Itu yang penting. Buat apa kalau kita gelojoh nak pecut laju, akhirnya terbabas dipertengahan jalan.

Ada orang, dia cepat bangkit semula, ada orang ambil masa sedikit untuk mulakan langkah semula dan paling teruk bila jatuh terus patah hati langsung berputus asa.

Macam aku pula, lebih kepada yang akan ambil masa untuk 'move on'. Aku kena biarkan pergelutan dalaman aku reda sedikit untuk pujuk dia kembali ke landasan.

Iyalah, daya upaya setiap orang berbeza. Adalah silap jika kita cuba samakan diri kita dengan orang lain. Nak pasang cita-cita macam orang lain tiada masalah, cuma langkah perjalanan kita untuk capai apa yang orang itu capai pasti berbeza.

Jadi cara aku pula adalah dengan bergerak sendiri. Cuma dalam proses itu kita harus tahu bawa diri, tak tahu jangan malu nak tanya orang.

Tahun 2017, aku sudah 'setup' dalam kepala otak aku untuk cuba sesuatu yang baru. Ikut perkembangan zaman la kekononnya.

Semoga segala perjalanan pada tahun 2017 akan berjalan lancar, kalau nak ada masalah pun janganlah bagi sedebuk teruk sangat ye...Selamat Tahun Baru 2017 untuk semua.

10 Komen untuk "Dua Ribu Tujuh Belas"

avatar

Semoga azam tahun 2017 tercapai hendaknya..amin.

avatar

Selamat Tahun Baru dan semoga apa yang dirancang untuk tahun ini akan dipermudahkan.

avatar

Selamat Tahun Baru Tuan. Moga tahun 2017 lebih cemerlang dari tahun sebelumya. Azam saya nak perbaiki 'attitude' diri supaya lebih proaktif supaya target mudah dicapai. InshaAllah

avatar

selamat tahun baru 2017 dan moga semua azam akan tercapai ye

avatar

Betul tu..harap-harap berjaya dalam tahun 2017 ni

avatar

Biar konsisten dan bijak.. haha.. baru la sampai ke destinasi dengan selamat dan cepat...

avatar

Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik ... Semoga kita semua lebih berjaya tahun nie...

avatar

happy new year everyone

avatar

semoga azammm akann tercapai 2017 niee

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.