blogger lelaki logo

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

8 Komen
Hard Disk Drive (HDD) merupakan komponen penting bagi sebuah komputer. Tidak berguna sebuah komputer jika hard disk tiada ataupun rosak. HDD fungsinya adalah untuk menyimpan data komputer.

Hard disk ada beberapa jenis diantaranya adalah IDE, SATA, SAS dan SCSI.

Pada awal kewujudannya, kapasiti HDD hanyalah 3.75 megabytes(MB), namum kini ia berkembang berkali ganda, setakat tahun 2016 kapasiti sesebuah hard disk telah mencecah 10 terabytes(TB). Kita boleh lihat bertapa kini manusia memerlukan lebih kapasiti untuk mengisi maklumat untuk keperluan kerja atau kegunaan sendiri.

Kini HDD boleh dipecahkan kepada dua, iaitu "internal HDD" dan juga "external HDD". Internal HDD digunakan untuk menjalan sistem komputer kita, manakala external HDD selalunya digunakan untuk menyimpan pelbagai data digital seperti gambar, muzik, movies, fail dokumen dan sebagainya.

Ada mereka yang menggunakan HDD lama dengan kapasiti kecil, sudah pastinya mereka akan mencari HDD baru untuk menaiktaraf ruang penyimpanan data mereka. Jadi apakah ciri hard disk terbaik untuk kita pilih sesuai dengan pengunaan kita.

Apakah Ciri Hard Disk Terbaik

Kapasiti Penyimpanan (Storage Capacity)

Apabila kita sebut sahaja pasal hard disk, kita tidak boleh lari daripada menbincangkan berkenaan kemampuan ruang penyimpanannya. Lagi besar 'storage capacity' semakin bagus, sebab kita boleh simpan bermacam-macam data di dalamnya.

Setakat ini kapasiti penyimpanan hard disk antara yang besar adalah HGST Ultrastar berkapasiti 10TB dengan harganya USD480, biasalah semakin besar ruang semakin tinggi harganya.

Hard disk juga berfungsi untuk menyimpan 'page file', yang juga dikenali sebagai ' virtual memory'. Dimana ia akan berikan sokongan kepada RAM. Lebih besar kapasiti hard disk maka ia juga akan mampu menampung 'page file' yang besar.


Transfer Speeds

Ketika anda membelek-belek hard disk untuk dipilih, lihat juga kelajuan yang mampu dicapai oleh HDD tersebut. Transfer speed HDD dikira dengan revolution per minute (RPM). Semakin tinggi nilai RPM bermakna ia lebih cepat menjalankan proses pemindahan data.

Kadar putaran HDD yang akan kita jumpa biasa dalam lingkungan 4,000 RPM hingga 15,000 RPM.


Cache Space

Ketika hard disk bekerja, semasa proses pemindahan data dari satu bahagian ke bahagian yang lain, ia akan menggunakan satu ruangan khas yang panggil 'cache' atau 'buffer'.

Ruangan cache yang lebih akan membolehkan data dapat dipindahkan dengan lebih pantas. Kini HDD kebiasaannya memiliki saiz cache diantara 8 MB hingga 128 MB.


Kini lebih ramai yang memilih untuk gunakan SSD berbanding hard disk jenis lama. kerana SSD mampu melakukan kerja dengan lebih pantas, malah ada yang menyatakan ia lebih pantas 50% berbanding HDD.

Jika anda sedang berkira-kira hendak membeli hard disk baru, bolehlah pergi usha dekat ADATA ONLINE STORE.

8 Komen untuk "Apakah Ciri Hard Disk Terbaik"

avatar

tumpang baca nice info and goodluck

avatar

aku dah 3 kali beli harddisk semuanya rosak berlainan jenama. Last2x semua gambar masuk cloud storage je..

avatar

Setuju dengan tuan bahrain. Saya lebih suka simpan segala fail dalam cloud storage. Setakat ini yang saya gunakan ialah google drive. Saya gunakan untuk simpan database pesakit-pesakit sihir yang mendapatkan rawatan dari saya.

avatar

Perkongsian yang bagus sekali tuan..

avatar

Dulu komputer saya alami kerosakan. Alhamdulillah ada external hard disk drive untuk transfer data. Harganya cuma RM20 shj.

avatar

OO baru faham..rupanya hard disc ada 4 jenis. Info IT yang cukup berguna, banyak lagi tak tau..jenis2 storage.

avatar

Info inilah yang saya cari selama ini. Terima kasih ya atas info ini.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.