Bagaimana SEO Membantu Bisnes Online

Bagaimana SEO Membantu Bisnes Online

Zaman dah canggih sekarang, orang berjual beli hanya diatas talian. Pembeli hanya perlu duduk sila panggung dekat rumah tunggu barang dibeli sampai depan pintu pagar rumah.

Aku sebut bisnes online ini kiranya termasuk semua sekali urusan jual beli di internet, tak kiralah produk fizikal atau produk digital.

Apabila kita sebut bisnes, benda paling penting adalah barangan kita jual laku keras. Pelanggan order tak putus-putus, sampai tak tidur malam nak melayan pelanggan..hahaha

Sebenarnya banyak cabang yang digunakan oleh peniaga online untuk menjual produk mereka ada yang guna Facebook, Blog / laman web, Instagram dan bermacam-macam lagi.

Tapi aku nak fokus kepada buat blog untuk bisnes. Bisnes online yang dijalankan menerusi blog tak kiralah guna platform blogger.com ataupun wordpress.





Untuk buat duit melalui blog, kita perlukan trafik. Trafik yang masuk itu adalah kebarangkalian akan ditukarkan menjadi duit. Jadi formula mudahnya, semakin banyak trafik semakin banyak duit.

Sumber trafik pula kini datang daripada pelbagai cabang, ada melalui enjin carian seperti Google.com, ada juga trafik dari laman sosial seperti facebook.

Untuk jangka masa panjang, adalah lebih baik kita menarik trafik daripada enjin carian. Kerana tersangat ramai orang akan mencara jalan penyelesaian masalah mereka di enjin carian.

Jadi apa yang perlu kita buat adalah untuk menempatkan artikel berada di halaman pertama enjin carian. Ia adalah untuk bertujuan meningkatkan kebarangkalian orang masuk ke blog kita dan seterusnya tertarik untuk beli produk kita.

Inilah yang aku sebutkan pasal teknik SEO. Ia adalah singkatan bagi Search Engine Optimization. Dimana kita optimumkan blog kita agar ia lebih mesra dengan enjin carian, dan seterusnya robot enjin carian akan membawa blog kita ke halaman pertama enjin carian.

Sebenarnya SEO lebih kepada perkara teknikal dalam blogging. Untuk menjual pula kita perlukan ayat jualan (copy writing) yang meleleh untuk memikat bakal pelanggan kita.

Sebab itu dengan kemahiran SEO semata-mata, itu tidak menjamin produk kita akan terjual melainkan produk yang kita jual itu semmangnya sudah memiliki pengaruh yang kuat.

Jika ada yang tanya adakah SEO ini penting untuk peniaga online? Aku jawab ya, sebabnya dengan teknik SEO kita dapat menyerang terus kepada sasaran kita.

Bagaimana?

Contohnya kita jual pasal minyak herba asmak. Jadi orang yang akan taip di enjin carian sudah semestinya dengan menggunakan keyword "Minyak Herba Asmak".

Oleh sebab itu kita perlu mengatasi pesaing kita untuk berada di halaman pertama untuk berada paling hadapan bertemu dengan pelanggan.

Lebih kurang kata perpatah "siapa cepat dia dapat".

Nak cerita pasal SEO ini sebenarnya panjang lebar. Banyak step yang pelru kita buat untuk pastikan segala usaha kita itu tidak sia-sia. Kepada yang hendak belajar tentang SEO boleh cari siapa pakar SEO Malaysia dan korek ilmu daripada mereka.

Share this:

Disqus Comments