blogger lelaki logo

Pengalaman Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

11 Komen
Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah salah satu peperiksaan tahap tertinggi untuk kemasukkan dalam perkhidmatan awam.

Exam PTD bukan biasa-biasa, ia bertujuan untuk menguji dan membuat penilaian terhadap calon yang memohon, samaada mereka layak atau tidak untuk jawatan tinggi ini.

Kepada calon exam PTD 2016 boleh lah kita baca pengalaman menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 daripada bekas calon pada tahun-tahun lepas, untuk dijadikan panduan dan teladan.

Sebenarnya calon sekarang beruntung sebab peperiksaan ini dibuat secara online, tak macam calon dulu-dulu yang akan pergi ke pusat peperiksaan untuk meduduki exam PTD.

Sebenarnya pada tahun 2014 barulah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menperkenalkan sistem peperiksaan online PTD ini. Lebih mudah kan.

Malah untuk calon exam PTD 2016 ini sudah tiada lagi seksyen esei, sekarang calon cuma kena berikan jawapan pilihan objektif sahaja, sudah semakin mudah sebenarnya.

Pengalaman Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Pengalaman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41


Tips paling utama untuk mana-mana peperiksaan adalah persediaan secukupnya. Ya, jangan pergi jawab soalan dengan tangan kosong. Melenggang kangkung, bukan laptop terus nak jawab soalan.

Tunggu sekejap! Jangan bazirkan peluang BESAR ini!

Tahu tak bertapa ramainya calon yang begitu mahukan jawatan PTD M41 ini. Jadi jangan sia-siakan peluang ini.

Kepada yang sudah ada pengalaman, pernah menjawab soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pasti akan tahu bagaimana bentuk soalannya.

Baca soalan pening, berpusing-pusing ayat dia, 'skroll' turun bawah pergi baca jawapan lagi bertambah pening sebab ayat dia berbelit-belit. Jawapan dia seakan-akan sama untuk semua pilihan, nak pilih jawapan yang mana satu?

Sebab itu penting kena buat persediaan awal untuk exam PTD ni. Bukan senang dik nak dapat jawatan yang menjadi rebutan ni, jawatan paling 'hot' dalam kerja Kerajaan la dikatakan.

Pastikan kita set jam awal-awal, tanda dekat kalendar tarikh dan waktu peperiksaan.

Berikut pula adalah format Soalan Peperiksaan PTD:

i) Seksyen A – Pengetahuan Am (08:00PM – 08:40PM)
ii) Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (08:55PM-09:40PM)

Penting juga nak kena pastikan talian internet pantas , tak sangkut sangkut semasa hendak menjawab soalan.


Tips Persediaan Peperiksaan PTD M41

Sejak zaman sekolah lagi, cikgu kita, pensyarah kita sering menekankan kepada kita untuk membuat persediaan awal sebelum menduduki peperiksaan. Kenapa? Sebab kita perlu benar-benar bersedia untuk berhadapan apa sahaja kemungkinan soalan yang akan ditanyakan didalam periksaan nanti.

Seksyen A -  Pengetahun AM

  • Tips untuk persediaan exam online PTD, antaranya aku sarankan untuk baca buku Sejarah Tingkatan 5. Cari balik buku rujukan sejarah zaman sekolah dulu, tak pun pinjam yang adik atau sedara mara.
  • Baca bab yang berkaitan Perlembagaan Malaysia dan juga Pentadbiran Tanah dan Negeri.
  • Apabila masuk bab pengetahuan am, sebenarnya agak sukar untuk kita target isu apa yang patut kita baca. 
  • Jadi sebagai persediaan, kita perbanyakkan tengok berita dan baca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  • Jangan lupa untuk baca hal-hal berkaitan dasar-dasar yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan pada masa kini.
  • Juga jangan lupa untuk ulangkaji berkenaan bidang tugas badan-badan tak berkanun dan seumpamanya.


Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

3 elemen yang menjadi intipati pada seksyen ini adalah Kemahiran Logik, Kemahiran Interprestasi Data dan Kaedah Matematik
  • Anda kena jawab soalan matematik. Jangan risau sebab sebenarnya ia tidak memerlukan anda ingat formula yang susah. Jangan panik kepada mereka yang trauma dengan nombor.
  • Sebenarnya soalan dia lebih kepada untuk menguji cara anda menyelesaikan masalah.
  • Lagi satu ia juga menuntut daya kreativiti yang tinggi daripada anda untuk menjawab soalan dengan berfikir di luar kotak. 
  • Tips yang aku boleh berikan adalah rajin-rajinlah main permain menguji IQ di telefon pintar anda, boleh download dekat play store.
  • Selain itu pada seksyen ini, ia memerlukan calon bijak menganalisis data, baik dalam bentuk graf, carta dan sebagainya.


Disebabkan ini bukan jawatan biasa-biasa, jadi soalan nya pun bukan biasa-biasa yang diajukan. Tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 adalah jawatan yang penting dalam Perkhidmatan Awam, jadi calon perlu ditapis dan hanya yang benar-benar layak sahaja akan terpilih untuk ke langkah yang seterusnya iaitu PAC sebelum di temuduga untuk peringkat akhir.

Jadi sebagai persedian awal anda bolehlah dapatkan contoah soalan peperiksaan PTD di http://profhariz.com/pegawai-tadbir-diplomatik-m41/

Jangan lupa baca juga entri berkenaanPeperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.

11 Komen untuk "Pengalaman Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41"

avatar

Isteri saya dah 3 kali hadir exam ni tak lepas2 jugak hmm...panduan dah beli tp soalan agak berbeza, entah bila rezeki nk lepas..

avatar

semoga berjaya semua calon

avatar

saya attend exam 4 kali kot. sekali sangkut kena join kem ke apa. tapi stop kat situ sbb fail. hahah

avatar

Alhamdulillah, saya terpilih utk menduduki exam PTD utk pertama kali pada 23 Nov ini. Thanks admin kongsikan tips. Saya ada juga tanya kawan2 yang dah lulus exam PTD ni, mereka kata boleh juga baca buku Pengajuan am Form 6. All da best semua yang bakal menduduki exam PTD nanti.

avatar

banyak kena membaca dan persiapan sangat penting.. matematik pun kena strong...

avatar

Betulkan niat kenapa nk jadi ptd.
Paling penting jangan niat kejar glamer.

Tapi obviously gaji ptd antara yg tertinggi.

avatar

Bestnya kalau dapat job ptd nie

avatar

mesti ramai yang dapat periksa online.. semoga ada rezeki. :D

avatar

kalau usaha sungguh-sungguh pasti boleh berjaya

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.