blogger lelaki logo

Minyak Herba Asmak Penawar Asma

12 Komen
Adakah ahli keluarga anda mempunyai masalah penyakit asma, lelah atau batuk? Jika ada marilah luangkan masa untuk kenal dan baca tentang kelebihan Minyak Herba Asmak yang boleh dijadikan sebagai salah satu altenatif penawar asma.

Kita tahu penyakit asma (asthma) sememangnya sukar untuk diubati, malah pengidap asma juga sukar untuk melakukan aktiviti harian yang terbatas disebabkan penyakit yang dihidapinya.
Jadi selain daripada pesakit bergantung kepada ubatan kimia dan inhaler untuk meredakan penyakit asma, sebolehnya kita cuba sembuhkannya secara semulajadi.

Ya, kita tahu, ubatan kimia mungkin akan berikan kesan kepada tubuh badan pesakit untuk jangka masa panjang. Dan oleh itu syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (1189521-H) mengeluarkan produk ini untuk membantu pengidap asma.

Kontent
1 - Penyakit Asma
2 - Minyak Herba Asmak
     2.1 - Kandungan Bahan-Bahan Minyak Herba Asmak
     2.2 - Kegunaan Minyak Asmak
     2.3 - Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak
3 - Harga Minyak Herba Asmak
4 - Cara Guna Minyak Herba Asmak
     4.1 - Cara Guna Untuk Mengubati Penyakit Asma
     4.2 - Minyak Asmak Penawar Asma Pada Bayi
5 - Bedak Asma'
6 - Agen Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Minyak Herba Asmak - Penawar Asma pada bayi

Penyakit Asma


Penyakit asma bermula daripada keradangan pada tiub saluran pernafasan atau dikenali sebagai bronchial yang menjadi bengkak. Kesannya akan menghasilkan lendir pekat yang akan menyempitkan saluran pernafasan dan inilah yang akan menyebabkan pengidap asma menjadi sesak nafas.

Pesakit asma juga sangat peka terhadap ransangan seperti debu-debu, bulu haiwan, debunga, asap rokok, udara yang tercemar dan juga keadaan udara persekitaran yang sejuk.

Sebab itulah bagi ahli keluarga yang ada pengidap asma perlu dijaga kebersihan dalam rumah terutamanya dengan membersihkan habuk atau debu, supaya udara dalam rumah sentiasa bersih dan segar.

Bagi ahli keluarga yang ada sejarah pengidap asma, besar kemungkinan untuk penyakit asma turut dihidapi oleh bayi atau anak-anaknya pula.


Tanpa berlegah masa, mari kita kenal dengan Minyak Asmak dengan lebih lanjut lagi.

Minyak Herba Asmak


Produk minyak ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi seperti Minyak Zaitun, Minyak Kelapa Dara, Habatussauda, Pati Gamat dan beberapa herba terpilih.

Formulasi minyak ini diadun dengan menggunakan teknologi nano, ia dijamin 100% selamat untuk digunakan oleh pesakit asma tanpa ada sebarang kesan sampingan. Minyak ini tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi yang boleh menyebabkan mudarat kepada pemakainya.

Bukan sahaja sesuai digunakan untuk kegunaan orang dewasa, minyak ini juga sangat untuk digunakan dan menjadi penawar asma pada bayi atau kanak-kanak. Ini kerana minyak ini jenis berangin dan bukannya minyak panas.

Kandungan Bahan-Bahan Minyak Herba Asmak


Minyak ini dihasilkan dengan campuran bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan khasiat. Ia telah melalui proses R&D yang lama untuk memastikan ia benar-benar berkualiti dan berkesan untuk merawat penyakit.

Antara kandungan bahan-bahang yang terdapat dalam Minyak Asma adalah :-

1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai sifat anti-radang. Ia akan berfungsi untuk menjaga kelinciran membran sel yang bertugas membawa nutrien ke seluruh badan dan membuang toksin dalam badan.

Minyak zaitun juga mengandungi antioksidan yang mampu bertindak dalam mencegah penyakit.

2. Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara kaya dengan 9 jenis asid lemak seperti asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic, dalam kajian sains yang dijalankan mendapati ia sangat bagus untuk tubuh manusia.

Minyak Kelapa Dara juga memiliki sifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-protozoa semulajadi dan juga mengandungi antioksidan. 

3. Habatussauda

Habbatussauda mempunyai efek brokodilator. Iaitu melebarkan permukaan bronkus dan bronkiolus pada paru-paru.

Habbatussauda mengandungi Nigellone, ia mampu bertindak sebagai bronkodilator, menghalang pembebasan histamin oleh sel mast

Selain daripada itu Minyak Asmak ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang sememangnya sudah terbukti kaya dengan pelbagai khasiat seperti pati gamat, akar kayu dan ramuan herba-herba terpilih.

kelebihan minyak herba asmak

Kegunaan Minyak Asmak


Mungkin ada yang terfikir minyak ini hanyalah untuk mengubati pesakit asma sahaja, sebenarnya tidak. Minyak istimewa ini ada pelbagai khasiat dan kegunaan yang juga boleh digunakan untuk merawat masalah kesihatan yang lain juga, seperti:-

  • Asma, semput dan lelah
  • Menghilangkan batuk
  • Mencairkan lendir kahak
  • Melegakan Selsema
  • Kegatalan akibat terkena gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya
  • Menyembuh kuka
  • Terkena api/benda panas
  • Melegakan sakit perut
  • Menghilangkan bengkak
  • Lenguh-lenguh badan
  • Masalah Buasir
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Melegakan senggugut bagi wanita
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melegakan sakit kepala dan juga migrain
  • Sesuai juga untuk merawat Resdung
  • Merawat sakit gigi
  • Untuk rawat penyakit strok
  • Juga sesuai untuk merawat ulser

Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak

  1. 100% bahan semulajadi digunakan dalam penghasilan minyak ini.
  2. Minyak ini dijamin suci dan selamat untuk digunakan tanpa was-was.
  3. Minyak asmak ini telah melalui proses R&D yang cukup teliti dalam tempoh yang lama, supaya ia selamat dan juga berkesan kepada penggunanya.
  4. Dengan menggunakan teknologi nano, setiap sapuan minyak ini akan lebih cepat meresap pada kulit pemakainya. Oleh ini ia akan memberikan kesan penyembuhan yang lebih pantas.
  5. Minyak ini sangat mesra terhadap kulit penggunanya, dimana ia tidak akan memberikan kesan sampingan dan juga tidak akan menyebabkan alahan pada kulit.
  6. Pembeli minyak ini melalui pengedar yang sah akan mendapat nasihat cara penggunaan mengikut apa masalah yang dihadapinya dan juga akan mendapat pemantauan.
  7. Sangat sesuai untuk dijadikan penawar asma pada bayi.
  8. Sebenarnya minyak ini bukan minyak panas, cuma ia berangin oleh sebab itu ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Harga Minyak Herba Asmak


Harga sebotol Minyak Asmak ini adalah RM39.00, isi kandungannya adalah 30ml. Boleh didapati daripada agen atu pengedar-pengedar MHAMSB yang sah.

testimoni minyak herba asmak

Cara Guna Minyak Herba Asmak

Disini saya juga akan kongsikan cara guna atau pakai minyak asmak ini. Caranya penggunaannya sama sahaja dengan minyak-minyak yang lain, cuma cara dan tempat sapuan itu berbeza mengikut keadaan masalah dihadapi oleh pengguna.

Sama seperti mana-mana ubat yang lain, pastikan anda goncang botol terlebih dahulu sebelum guna.

Bagi rawatan mengubati penyakit asma atau lelah


Sapu minyak asmak tadi pada bahagian leher hingga ke dada. Sapu juga pada tengkuk ke belakang. Akhir sekali sapu minyak pada telapak kaki dan juga labu betis.

Sapuan haruslah konsisten dan sekerap yang mungkin terutamanya selepas mandi. Jika didapati kurang nampak perubahannya, sapuan haruslah dilakukan dengan lebih kerap untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab.

Sapuan seeloknya dibuat selepas mandi, sebelum tidur dan ketika waktu subuh.
Untuk rawatan sakit-sakit lain, sapuan dilakukan berbeza mengikut keadaan dan tempat yang berkenaan.

Minyak Asmak Penawar Asma Pada Bayi


Seperti mana yang saya nyatakan diatas tadi minyak herba asmak ini sesuai juga untuk dijadikan penawar asma pada bayi dan kanak-kanak.

Cara sapuan untuk bayi juga sama seperti cara penggunaan diatas tadi, cuma ibu bapa perlu beri perhatian dengan mengamalkan menepuk belakang badan bayi (bahagian kiri dan kanan) dengan membuat tangan membentuk c-cup.

Langkah ini bertujuan untuk memudahkan kahak atau hingus dikeluarkan daripada tempat berkumpulnya kahak atau hingus.

Bedak Asma'

bedak asma

Selain daripada Minyak Herba Asmak syarikat ini juga ada mengeluarkan produk Bedak Asma'. Bedak ini bagus digunakan untuk merawat ekzema, psoriasis, ruam, kudis buta, kurap, panau dan lain-lain.

Bedak istimewa ini diperbuat daripada tanah liat putih yang dijamin 100% bahan semulajadi, jadi ianya selamat untuk kegunaan semua peringkat umur.

Bedak Asma' juga sesuai untuk merawat masalah kulit seperti jerawat, untuk menjaga kecantikkan kulit serta mencerahkan kulit.

Agen Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd

Syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd juga membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjadi agen atau pengedar yang sah.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

whatsapp icon Hotline HQ : 019 - 970 8897


web icon Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my/

instagram icon Instagram : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

 Facebook Page : Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ:
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

youtube logo Youtube :
https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

12 Komen untuk "Minyak Herba Asmak Penawar Asma"

avatar

Di Indo ada gak agennya gan??

avatar

Ikhtiar untuk merawat tradisional selain perubatan moden tidak boleh dilupakan.

avatar

saya pun sudah menggunakannya, ikhtiar insha allah berkesan

avatar

Assalamualaikum BL, Good luck untuk kontest blog. Belum lagi BM & HH join....Mesti diorg akan join last minit...Persaingan hebat walaupun ianya percuma... Anyway jemput singgah blog MYiDEAKiNi yer. Terima kasih :)

avatar

terima kasih atas perkongsiannya.

avatar

Terbaik artikel minyak herba asmak..

avatar

Aku ingin sekali minyak herba asma itu kak

avatar

Kekayaan sumber alam serta seni perubatan traditional kita memang tersangat kaya.. cuma pasaran produk sebegini selalu dianak tirikan berbanding perubatan moden yang dijajakan westerners...

avatar

mantap deh, terima kasih info obat asmanya kak, sangat bermanfaat

avatar

As'salamualaikum bro
Good info.. Nina pun guna minyak herba asmak ni.
Jemput singgah blog Nina.. kita pun join sama contest:)
www.ninamirza.com

avatar

bagus nih.

leh try gak nanti.

avatar

Auck. kita jaga keshatan kita. karena tubuh sehat akan membantu aktifitas kita sehari-hari, dan sehat merupakan nikmat... jagaah kesehatan ya...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.