blogger lelaki logo

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

3 Komen
Sudahkah anda bersedia kepada calon-calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (PPT) untuk exam yang akan diadakan ada 5 disember 2016 nanti.

Tahniah kerana terpilih untuk mengambil exam online ini, kerana bukan semua orang bertuah mendapat panggilan peperiksaan.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh dapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 supaya anda dapat membuat diulangkaji sebagai langkah persediaan awal.

Nasihat saya, jangan ambil mudah tentang exam online ini kerana ramai juga calon-calon gagal pada sesi exam yang lepas. Salah satu puncanya adalah kerana mereka gagal dalam membuat persediaan awal.

Baiklah, marilah kita tengok dulu format peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29.

i) Seksyen A - Pengetahuan Am (8:00PM - 8:40PM)
ii) Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah (8:55PM - 9:40PM)

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk perhatian calon, nanti saya akan tunjukkan adalah sekadar contoh soalan dan bukannya soalan sebenar. Ianya bertujuan untuk dijadikan bahan rujukan kepada calon-calon exam online ini agar mendapat gambaran lebih dekat keadaan soalan.

Sebenarnya format soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 hampir sama dengan soalan untuk exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, cuma tahap kesukaran soalan yang membezakannya.

Seksyen A : Pengetahuan AM

Pada bahagian ini mempunyai 50 soalan yang perlu dijawab dalam masa 40 minit.

Soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dasar-dasar kerajaan yang terkini, hal ehwal dalam negara dan luar negara (seperti ASEAN dan PBB), bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara.

Contoh Soalan: 

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A. menangani kos sara hidup. 
B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan. 
C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman. 
D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.


2. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I. kanak-kanak. 
II. balu askar dan polis. 
III. orang kelainan upaya. 
IV. mangsa bencana alam. 

A. I, II dan III 
B. I, II dan IV 
C. I, III dan IV 
D. II, III dan IV


Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah


Pada bahagian ini pula terdapat 40 soalan dan calon diberikan masa selama 45 minit untuk menyelesaikan kesemua soalan yang diajukan.

Soalan-soalan pada seksyen ini ada bertujuan untuk mengujikepintara calon darisegi kemahiran logik, kemahiran menganalisa data dan konsep matematik.



Contoh Soalan: 


1. Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang


2. Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A. RM100
B. RM150
C. RM200
D. RM250


3. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29


Dapatkan Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Sekarang!

Anda boleh dapatkan lebih banyak tips serta info berkenaan peperiksaan online ini daripada ProfHariz.com secara percuma.

Ya, secara percuma, jadi sila rebut peluang ini. Anda akan diberikan tips dan panduan yang lengkap untuk memdudahkan anda menjawab soalan Pengetahuan AM dan Daya Menyelesaikan Masalah.

prof hariz


Testimoni Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir

Ramai sudah calon-calon yang berjaya LULUS selepas mendapatkan rujukan peperiksaan online daripada ProfHariz.com. Usah fikir panjang dapatkan bantuan daripada mereka yang sudah berpengalaman.

testimoni rujukan peperiksaan penolong pegawai tadbir n29

penolong pegawai tadbir n29

penolong pegawai tadbir n29

penolong pegawai tadbir n29

Jangan buang masa lagi! Segera dapatkan tips dan info terkini tentang persediaan menghadapi Peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 secara PERCUMA di http://profhariz.com/penolong-pegawai-tadbir/

3 Komen untuk "Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29"

avatar

wah...memang terbaik sekali panduan yang diberikan.. terima kasih untuk panduannya ya...

avatar

Dengar kata ramai juga calon yang akan turun padang. Persaingan yang sengit juga tu, kalau tak bersedia memang boleh jem otak dibuatnya..

avatar

Makin mudah dah sekrang untuk ambil exam..
Exam pun online je..

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.