blogger lelaki logo

Nama, Gelaran dan Pangkat

4 Komen
Orang Melayu ni sebenarnya penuh sopan santun dan rendah diri menghormati orang lain. Apatah lagi jika orang tersebut ada nama, gelaran dan pangkat.

Adat ini kita warisi sejak berzaman, tok nenek kita dulu pun macam ni jugak. Orang yang ada pangkat dan gelaran akan lebih dihormati dan dipandang tinggi. Pengaruh mereka lebih besar apabila berada dalam masyarakat.

Nama, Gelaran dan Pangkat

Jangankan kerabat diraja atau pembesar dan wakil rakyat. Orang dulu-dulu begitu menghormati kerjaya seorang cikgu dan juga pengawai kerajaan. Kalau dulu, di kampung-kampung ada cikgu yang memiliki pengaruh di kalangan penduduk, mereka begitu dihormati.

Zaman kolonial, orang dulu-dulu panggil 'orang putih' dengan 'Sir' atau 'Tuan'. Sebab kita hormat orang.

Tiada apa yang salahnya tentang semua ini, sehinggalah ada orang yang pergunakan gelaran dan pangkat untuk kepentingan sendiri.

Ya, itulah punca masalahnya. Ada sesetengah orang kita sendiri yang suka mengambil kesempatan dengan menggunakan gelaran dan pangkat.

Kini lebih teruk sebab ada yang sanggup beli dan tipu tentang gelaran dan pangkat mereka. Orang kita pula begitu hormat, tanpa unsur periksa dan selidik terus kita salam cium tangan.

Aku tak nak kecam siapa-siapa. Kita cuma kena selalu beringat. Jangan sampai kena tipu oleh bangsa kita sendiri.

Pengajaran daripada beberapa kisah yang berlaku di dalam masyarakat kita kebelakangan ini adalah jangan beri peluang kepada golongan ini mengunakan gelaran dan pangkat untuk terus menipu.

Salah tetap salah. Namum bukan hak kita untuk menghukum itu urusan dia dengan tuhan. Jika dia buat salah dengan orang sekalipun itupun bukan juga urusan kita, itu urusan dia dengan orang yang dia tipu.

Kita cuma perlu berhati-hati agar tidak terkena, itu sahaja.

4 Komen untuk "Nama, Gelaran dan Pangkat"

avatar

Singgah ptg selasa
bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

avatar

Matlamat tak menghalalkan cara ... Turunkan ego, akui kesilapan, mohon maaf ... Kena bertanggunjawab dengan ape yang telah dilakukan ...

avatar

sejujurnya aku seram ngan pangkat ni. kalau orang panggi aku encik pun aku dah rasa lain macam. panggil je la aku uncle, rasa humble tu ada :)

avatar

Saya menikmati membaca ini. Dan saya bersetuju dengan apa yang telah diberitahu. menyimpan berkongsi artikel bermaklumat dan menarik. Thanks :)


Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.