blogger lelaki logo

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus

16 Komen
Pemilihan template blog bagi aku ada antara perkara penting ketika kita membina blog. Bukan soal cantik atau tak, tapi ada beberapa perkara yang perlu kita pertimbangkan ketika memilih untuk dapatkan template blog yang bagus.

Template blog bagi aku sentiasa bergerak kehadapan, sebab enjin carian seperti Google kerap kali juga membuat kemaskini, dan aku perasan ada blog yang masih menggunakan template versi lama yang tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini.

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus


Template blog juga akan memberikan identiti kepada blog kita, baik dari segi rekaan dan susun atur serta pemilihan warna, itu semua boleh memberi identiti kepada blog kita.

Jika kita mahu pergi lebih jauh dalam dunia blogging, blog kita haruslah tampil nampak professional.

Sebab itulah pemilihan template blog yang bagus adalah sangat penting ketika kita dalam proses membina blog serta penting untuk blog sedia ada untuk diberikan nafas baru.

Cantik dan kemas itu sudah semestinya menjadi ciri utama yang akan menjadi pilihan kita. Orang kata biar sedap mata memandang.

Tetapi disebabkan mahu nampak cantik kita telah tersalah memilih tempalate yang boleh merosakkan blog kita.

5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus

Baiklah kita teruskan kepada 5 Tips memilih template blog yang bagus.

1. Ringan

Ringan bukan pada timbangan kilo, tapi ianya adalah ringan ketika loading. Jadi ia tidak menyusahkan pelawat untuk menunggu terlalu lama disebabkan blog kita loading terlalu berat dan lembap.

Malah kepantasan dan kelajuan loading blog dikatakan menjadi salah satu faktor SEO. Ia akan membantu blog kita ranking dengan baik di enjin carian.

Sebenarnya anda perlu pastikan blog anda super ringan untuk pengguna mobile dan desktop.

Anda boleh menyemak tahap kelajuan loading blog anda dengan menggunakan beberapa tool seperti Google pagespeed insigh dan GTMetrix

Kenapa aku suka guna 2 tool ini, sebab kedua-duanya akan berikan info lebih lanjut apakah punca yang menyebabkan blog aku jadi perlahan.

Jadi daripada info yang kita dapat itulah akan kita perbaiki untuk menjadikan template kita lebih bagus.


2. SEO Friendly

Rasanya tidak perlu lagi aku perjelaskan betapa pentingnya teknik SEO kepada blog. Jadi ketika memilih template baru, pastikan ia lulus dan menepati ciri-ciri SEO Friendly.

Rasanya sekarang begitu banyak template yang mesra SEO dan tidak menjadi masalah kepada blogger baru untuk mencarinya.

Antara tool yang popular digunakan untuk memastikan template blog mesra SEO, kita boleh semak di chkme.com.

Untuk lebih mantap, anda perlulah juga aplikasikan teknik optimasi gambar dalam blog untuk mendapat score SEO yang lebih baik.


3. Responsive

Paparan blog perlu sesuai dilihat dan dibaca untuk semua jenis ukuran skrin disebabkan kini ada pelbagai ukuran skrin yang telah dikeluarkan, ada kecil ada yang besar.

Apabila blog kita responsive, pengguna mobile tidak perlu scroll ke kiri dan ke kanan atau zoom perbesarkan laman blog untuk membaca artikel.

Antara tool yang boleh digunakan untuk kita semak samaada template itu responsive atau tidak kita boleh guna responsinator.com.


4. Mobile Friendly

Hari ini ramai orang lebih suka untuk gunakan smartphone/mobile untuk melayari internet. Jadi tersangatlah rugi jika blog kita tidak mesra mobile.

Blog yang mesra mobile akan mudah dilayari menerusi url mobile iaitu http://www/bloggerlelaki.com?m=1 ketika blog dibuka melalui mobile.

Juga ada tool yang boleh anda gunakan untuk menguji template anda samaada menepati mobile friendly atau tidak, boleh pergi ke https://www.google.com/webmasters/tools/mobile-friendly/


5. Struktur Data (Schema Markup) yang baik

Schema markup adalah kod yang dimuatkan dalam template blog untuk membantu enjin carian mengenalpasti apa kandungan yang ada dalam blog kita.

Jadi sila pastikan template blog anda tidak ada error atau kesalahan schema markup.

Anda boleh semak schema markup blog menggunakan tool https://search.google.com/structured-data/testing-tool


Rasanya 5 ini sudah cukup untuk dijadikan panduan ketika kita memilih template untuk blog. Buat blog biar puas hati, jangan main belasah dan syok sendiri.

Ada juga ciri-ciri blog yang aku tidak suka, kalau jumpa memang aku klik [x].

Antara ciri template yang aku tidak suka ada pada sesebuah blog adalah seperti berikut:-

a). Terlalu berat untuk loading
b). Kena klik iklan bersepah
c). Ada iklan pop up
d). Ada muzik, tertiba terkejut abang!
e). Korang tambahlah sendiri...

16 Komen untuk "5 Ciri Penting Memilih Template Blog Yang Bagus"

avatar

nanti nak minta tolong cari template untuk blog cik akak...hihi

avatar

Wah, thannks bang infonya. Dulu pernah salah milih tema blog dan fatal banget akibatnua

avatar

Nak jadi 'king' kat google template kne power seo.. kan?

avatar

terima kasih boh kerana sudi berkongsi tip yang sangat berguna kepada newbie macam saya.

avatar

dedlu masa blogging, tukar theme 5-6 kali sebulan..ahaah

avatar

TApi kalau blog tu berserabut (macam2 ada) tak pro jugah,

avatar

Blog tak kemas! Reen kurang suka blog yang nampak berserabut. Uhuhu terlalu banyak gadget, iklan!

Harap blog Reen tak terlalu berat waktu load..

avatar

Blog tak kemas! Reen kurang suka blog yang nampak berserabut. Uhuhu terlalu banyak gadget, iklan!

Harap blog Reen tak terlalu berat waktu load..

avatar

dok berasa nak kena tukaq template blog jugak.. tapi nak kena mintak tolong pakar laa..

avatar

template mmg main peranan penting. first impression tuu

avatar

nah ini terima kasih banget yah, tips memilih template ini yang sedang aku cari-cari, soalnya denger-denger harus hati-hati juga kalo milih template, kalo sampai salah bisa kena hack deh web kita, trima kasih dan salam kenal

avatar

satu tips dan info yang sangat bagus.. banyak lagi kena blajar pasal blog ni.. tq tau.. ce check blog yanieyusuf.com ok tak hihih

avatar

check dekat GTMetrix dapat score E (51%), page load time 4.1 second kalau boleh ejas bagi bawah 2 second.

Heading tag H1 ada 2, sepatutnya ada 1 sahaja pada satu laman, jadi kena ubah biar H1 ada satu sahaja.

avatar

betul tu boss pemilihan template memainkan peranan yg sangat penting

avatar

lagi teruk ada blog paksa like fb page dulu baru boleh view...

avatar

terima kasih sudi bgatau info baru utk saya yg newbie lg

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.