blogger lelaki logo

Penyakit Media Sosial

4 Komen
Penyakit media sosial, sudah lama aku nak tulis pasal ini. Sebab aku sudah lama perhatikan, semakin lama semakin tenat, seakan barah yang semakin parah.

Aku tak pasti kenapa wujud penyakit ini dekat media sosial, tapi pada pendapat aku ianya ada kaitan dengan masalah individu tersebut. Mungkin ada masalah mental atau apa yang aku sendiri tak pasti.

Walaupun aku boleh dikatakan sudah lama bergiat dalam media sosial ini, sejak dari zaman Myspace, Yahoo Massanger, Friendster hinggalah ke zaman Facebook, Twitter dan sebagainya. Aku perhatikan keadaan semakin teruk dengan cara orang menggunakan laman sosial.

Penyakit Media Sosial


Macam kes beberapa lepas, jadi viral Safee Sali meninggal dunia, padahal tuan empunya badan elok-elok sihat. Ini bukan kes yang pertama sudah banyak selebriti yang terkena. Namum orang yang suka buat cerita viral macam ini seperti tidak pernah insaf diatas perbuatannya.

Aku yakin, selepas ini akan ada lagi kes seperti ini. Aku tak pasti apa yang mereka dapat dengan membuat perkara seperti ini.

Laman sosial aku tak nafikan ada kebaikannya, ia bergantung kepada cara kita menggunakannya. Jika niat kita buruk maka ia akan menjadi keburukan.

Antara penyakit media sosial yang aku dapat kesan adalah seperti berikut :-

1. Tukang karang cerita/berita palsu untuk disebarkan di media sosial.
2. Suka sebar berita palsu, tidak tahu hujung pangkal terus like dan share.
3. Update status dan memberikan komen yang melampau-lampau, siap maki hamun, sumpah seranah cukup lengkap.
4. Update status dan beri komen yang melibatkan isu berkaitan agama dan perkauman.
5. Keyboard warrior yang sering jadikan media sosial untuk menghentam orang lain yang tidak sependapat atau sealiran.
6. Ada juga golongan yang add friend selepas itu dia add kita dekat bermacam-macam group, yang request main game pun ada.
7. Tak kurnag juga yang menggatal di media sosial, semua awek cun dia nak PM dan mengayat.
8. Malas dah aku nak tulis perkara-perkara negatif ni, kalau ada tambahan korang tambah sendiri dekat ruangan komen..k bai.

4 Komen untuk "Penyakit Media Sosial"

avatar

loni banyak blogger SAMPAH tak ramai yang ikhlas dalam penulisan hanya mengejar $$ semata-mata.

avatar

Betul la media sosial digunakan untuk perkara negatif

avatar

Bukan takat awek je dia ngayat..bini orang pun dia ayat..kalau depan mata memang kena telan dah ..erm..macam2 manusia sekarang ni..terlalu mengikut nafsu dan amarah..

avatar

sekarang media sosial disalahgunakan untuk yang tidak berguna bahkan saling fitnah

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.