Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Apple iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7

Beberapa hari lepas Apple telah menperkenalkan smartphone terbaru mereka iaitu iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

iPhone 7 Plus yang kesinambungan model yang dimulai oleh 6 Plus yang diperkenalkan pada tahun 2014, dan ia menjadi persaing terdekat kepada Samsung Galaxy Note 7. Jadi jom kita lihat perbandingan iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7.

Apple iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7


Performance : iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7

iPhone 7 hadir dengan chip A10 Fusion quad-core dengan M10 motion processor.

Sebelum ini, chip A9 yang digunakan pada model 6 Plus dikatakan 50%-70% lebih pantas berbanding A8.

Kini chip A10  yang memiliki quad-core dikatakan 30%-40% lebih baik berbanding A9. Ia juga 2 kali ganda lebih efisien untuk membantu ketahanan bateri.

Galaxy Note 7 pula menggunakan Exynos 8890 octa-core chipset. Chip yang sama juga digunakan pada Galaxy S7 edge.

Berikut adalah laporan yang dikeluarkan oleh pihak AnTuTu bagi bulan Ogos 2016, masih lagi menunggu laporan baru selepas kemasukkan iPhone 7 Plus. [Sumber]

antutu bechmark august 2016


Display : iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7


Paparan bagi kedua-dua smartphone ini sangat berbeza. iPhone 7 Plus didatangkan dengan 5.5 inci LED-backlit IPS LCD capacitive touchscreen dengan resolusi skrin 1080 x 1920 dan 401 pixel per inch.

Paparan skrin Note 7 pula ialah 5.7 inci Super AMOLED capacitive touchscreen dengan resolusi skrin 1440 x 2560 dan 515 pixel per inch.

Skrin iPhone 7 Plus diperbuat daripada kaca Ion-strengthened dan salutan oleophobic untuk lebih perlindungan. Manakala Note 7 menggunakan Corning Gorilla Glass 5.

Camera : iPhone 7 Plus vs Galaxy Note 7


iPhone 7 Plus maju setapak kehadapan dengan ciri baru iaitu dual-camera dengan dua sensor 12-megapixel bagi kamera belakang. Ia memiliki aperture yang lebih luas dan sensor yang lebih besar.

Kamera iPhone 7 Plus juga kini mempunyai 2x zoom optik. Satunya adalah wide angle dengan kanta 28mm, manakala satu lagi adalah lensa telephoto untuk membolehkan zoom optik.

Wide-angle: ƒ/1.8 aperture
Telephoto: ƒ/2.8 aperture
Optical zoom at 2x; digital zoom up to 10x


Kamera belakang iPhone ini juga menyokong live photo dan rakaman video 4K.

Bagi kamera hadapan pula, ia menggunakan kamera 7 megapisel yang sama digunakan pada iPhone 6s. Namum ia diberikan penambaikkan untuk gambar selfie yang lebih baik, dengan teknologi baru deep trench isolation dan wide color.

Pada Note 7, Samsung menggunakan kamera yang sama digunakan pada Galaxy S7 dengan 12 megapiksel dengan kanta 26mm dan aperture f/1.7, ia juga mampu merakam video 4K.

Miscellaneous



Antara ciri menarik lain yang ada pada iPhone 7 Plus adalah 3D Touch untuk butang 'Home', mendapat perakuan IPX7 dengan ketahanan kalis air pada kedalaman 1 meter dan tidak melebihi 30 minit.

Note 7 pula mendapat perakuan IP68 dengan ketahanan kalis air pada kedalaman 1.5 meter selama 30 minit.

iphone 7 plus new earpod

Apple mengambil langkah berani dengan membuang 3.5mm headphone jack, jadi earpod akan disambungkan pada Lightning connector. Ada yang menyatakan kualiti audio yang akan dihasilkan nanti lebih bagus berbanding DAC lama yang digunakan oleh Note 7.

iPhone 7 juga dinaik taraf dengan menggunakan stereo speaker yang dikatakan menghasilkan audio yang lebih kuat berbanding iPhone 6s dan di lebih baik berbanding single speaker yang digunapakai oleh Note 7.

iPhone 7 Plus tampil dengan Apple Pay (Visa, MasterCard, AMEX certified), manakala Note 7 dengan Samsung Pay (Visa, MasterCard certified)

Itulah perbandingan secara ringkas antara kedua-dua model phablet yang boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelas mereka. Untuk spefisikasi iPhone 7 Plus yang penuh boleh ke laman Apple.com

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail