Rancang Perjalanan CatchThatBus - Beli Tiket Bas Online

Rancang Perjalanan CatchThatBus - Beli Tiket Bas Online

Rancang Perjalanan Menggunakan CatchThatBus

Boleh dikatakan semua lapisan masyarakat pernah menggunakan perkhidmatan bas. Ketika saya masih belajar di universiti tak lama dulu, saya dan rakan-rakan terpaksa pergi ke terminal bas untuk mendapatkan tiket balik kampung atau ke mana saja destinasi kami ketika itu. Malah adakalanya kami meminta pertolongan rakan sekelas yang memandu kereta untuk menumpangkan kami atau memesan kepada rakan yang kebetulan pergi ke kaunter tiket bas untuk membelikan tiket kami. Almaklumlah, zaman belajar mana ada banyak duit kan?




Namun kini walaupun sudah bekerja dan mempunyai gaji yang mencukupi, saya masih memilih untuk menggunakan bas sekiranya ingin pulang ke kampung. Bukan sahaja ia tidak memenatkan, malah saya dapat menjimatkan lebih kurang separuh daripada kos keseluruhan perjalanan iaitu perbelanjaan tol dan petrol. Malah sebagai seorang wanita selalu bergerak solo, saya juga rasa sedikit selamat dikelilingi orang di kawasan awam dan sepanjang perjalanan. Kebiasaannya saya akan memandu ke terminal bas sejurus selepas waktu kerja untuk membeli tiket bas awal. Jika saya terlampau sibuk atau kepenatan, saya hanya mencuba nasib ke terminal bas pada hari saya bercadang untuk pulang dan mendapatkan mana-mana tiket bas yang sesuai. Adakalanya nasib tidak menyebelahi saya dan saya mungkin terpaksa tunggu lama untuk mendapatkan tiket yang sesuai, ataupun tiket untuk hari itu sudah habis.

Pembelian Tiket Bas Online: Kemajuan Teknologi

Zaman sekarang, kemajuan teknologi telah mengubah cara kehidupan kita. Saat-saat sukar untuk mendapatkan tiket bas telah pun berlalu. Saya sangat suka perkhidmatan pembelian tiket bas online kerana pelbagai sebab. Pertama, saya tak perlu beratur panjang di kaunter tiket bas atau terminal bas. Kedua, saya tak perlu berjalan jauh untuk membandingkan harga-harga di kaunter yang berbeza; saya hanya perlu melihat senarai yang tersedia di dalam laman web atau aplikasi yang berkenaan. Ketiga, saya tak perlu menempuh kesesakan lalu lintas semata-mata hanya untuk membeli tiket bas. Dan yang terakhir, saya tak perlu bersusah-payah mencari parkir atau risau tentang saman ketika saya berkejar ke kaunter untuk beberapa minit.

Pembelian Tiket Bas Online: Mengapa guna CatchThatBus?






Antara banyak-banyak laman web yang menawarkan tiket bas online, saya paling suka dengan CatchThatBus. Mengapa? Muat turun saja aplikasi tiket bas tersebut dalam telefon bimbit anda dan anda akan terus menerima diskaun untuk pembelian tiket bas pertama anda. Adakalanya CatchThatBus mempunyai promosi dan diskaun untuk tiket bas anda tanpa mengira waktu. Selain itu, layanan perkhidmatan pelanggan mereka sangat tip top! Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, hubungi sahaja mereka menggunakan butang chat atau talian hotline dan perkhidmatan pelanggan CatchThatBus sedia membantu. Harga tiket bas online di CatchThatBus juga sama atau adakalanya lebih rendah daripada harga yang ditawarkan di kaunter tiket bas. Pendek kata, CatchThatBus memang terbaik! Anda juga boleh dapatkan tiket bas online anda di laman web mereka – www.catchthatbus.com – atau dengan memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda. Perkhidmatan CatchThatBus tersedia untuk iOS, Android dan juga Windows Phone.

Pembelian Tiket Bas Online: Bagaimana menggunakan CatchThatBus?

Nak beli tiket bas online ni sangat mudah, cuba tengok cara-cara nak beli di laman web CatchThatBus ni:

Langkah 1: Mestilah kena pergi ke laman web www.catchthatbus.com kan? Hehe.

Langkah 2: Laman web CatchThatBus ni sangat user friendly. Taip saja maklumat yang diperlukan untuk perjalanan anda seperti jenis perjalanan, tempat berlepas dan ketibaan, bilangan penumpang, dan tarikh perjalanan.



Langkah 3: Anda akan nampak pelbagai pilihan perjalanan daripada senarai operator bas yang ada pada hari tersebut. Pilih saja yang bersesuaian dengan anda. Laman web ini juga memudahkan proses carian anda dengan fungsi filter untuk harga, tempat berlepas, dan tempat ketibaan di bahagian kanan seperti dalam gambar di bawah.



Langkah 4: Bila dah buat pilihan bas, anda boleh pilih tempat duduk, tempat berlepas, dan tempat ketibaan (bergantung pada operator bas dan jika ada).



Langkah 5: Masukkan maklumat mengenai penumpang yang diperlukan, dan anda boleh terus membuat pembayaran. Di CatchThatBus, anda tidak perlu risau kerana pembayaran dibuat dengan cara yang selamat melalui kad debit, kad kredit, online banking, dan Paypal.




Langkah 6: Periksa emel dimana anda akan menerima e-tiket. Jangan lupa cetak dan bawa e-tiket itu sewaktu menaiki bas.



Proses pembelian tiket bas online menerusi telefon bimbit anda juga senang. Anda hanya perlu klik beberapa kali untuk mendapatkan tiket bas online anda.

Klik 1: Cari perjalanan anda.

Klik 2: Pilih tempat berlepas dan tempat ketibaan.

Klik 3: Pilih tempat duduk.

Klik 4: Pilih jenis harga.

Klik 5: Buat pembayaran melalui cara yang selamat, tersedia di CatchThatBus: kad debit, kad kredit, online banking, atau Paypal.


Sama seperti di laman web, anda juga akan terima e-tiket melalui emel. Jangan lupa untuk mencetaknya dan bawa sekali sewaktu nak menaiki bas. Ataupun, tiket boleh didapatkan di kaunter menggunakan ID pengesahan tempahan.

Jangan tunggu lagi, rancang perjalanan anda dengan bijak. Layari laman web www.catchthatbus.com atau muat turun app CatchThatBus melalui Android, iOS, atau Windows Phone untuk mendapatkan tiket bas online anda. Ianya sungguh mudah dan selamat!

Share this:

Disqus Comments