blogger lelaki logo

Jual Barangan Lama di Terpakai.my

5 Komen
Anda ada barang terpakai yang sudah tidak terpakai? Mungkin anda pun dah rasa semak dengan semua barangan yang tidak digunakan lagi tersebut.

Jadi apa kata anda jual semua barang lama itu di Terpakai.my.

Terpakai.my adalah laman web yang memberikan anda platform untuk menjual barangan lama dan terpakai anda.

Laman web ini adalah hasil usaha anak tempatan kita iaitu Tunnelbiz Online. Anda diberikan ruang untuk menjual barang lama dan terpakai.


Jual Barangan Lama di Terpakai.my


Mungkin laman web sebegini sudah tidak asing bagi orang Malaysia, sebab kita pernah tahu pasal Mudah kan? Tapi bagi aku tidak salah jika kita ada lebih banyak platform seperti ini untuk lebih memudahkan orang ramai membuat jualan dan kita ada banyak pilihan untuk membuat iklan.

Antara kategori barangan yang boleh anda iklankan di laman ini adalah barangan kelengkapan rumah, kereta, gajet, hartanah, gajet, elektrik, fesyen, permainan, perkhidmatan dan banyak lagi.

Anda boleh buat pengiklanan disini secara percuma tanpa ada sebarang bayaran, dan lebih mudah sebab anda tidak perlu pun untuk berdaftar membuat iklan.

Namum untuk mendapat kelebihan aku sarankan untuk anda daftar akaun di Terpakai.my. Nak tahu apa kelebihannya jom sambung baca dibawah.


Kelebihan Terpakai.my

Jadi apakah kelebihan yang ada pada Terpakai.my yang boleh memberikan kelebihan kepada kita untuk menjual disini.

Interaksi Antara Penjual Dan Pembeli

Terpakai.my menyediakan ruangan untuk pembeli memberikan komen dan berinteraksi dengan menggunakan id Facebook. Jadi jika pembeli ada persoalan yang ingin diajukan, dia boleh terus bertanyakan soalan di ruangan komen.

Disini pentingnya adalah pembeli akan mendapat maklumat yang lebih jelas tentang barangan yang ingin dibeli.

Iklan Tanpa Had

Sebagai penjual anda boleh beriklan di Terpakai.my tanpa ada had. Selain itu anda juga tidak perlu mendaftar untuk membuat iklan disini.

Lokasi Premis

Satu perkara yang penting juga bagi aku yang ada pada laman web jualan ini adalah penjual boleh memasukkan lokasi premis mereka, lebih sesuai jika penjual itu ada kedai. Ia akan lebih memudahkan untuk pelanggan mencari penjual.

Domain Akaun Percuma

Kelebihan yang Terpakai.my yang ini aku cukup suka, sebab mereka akan berikan domain akaun percuma kepada pengiklan. Ini akan memberikan kelebihan kepada penjual online untuk membuat promosi di media sosial.

Contoh sub-domain percuma : http://namapenjual.terpakai.my

Jadi apa tunggu lagi, jom beriklan di Terpakai.my untuk maklumat lanjut boleh ke Fan Page mereka di http://www.facebook.com/terpakai.my

5 Komen untuk "Jual Barangan Lama di Terpakai.my"

avatar

kira macam mudah.my la ni tapi ada kelebihan yang lain. Semakin banyak web menawarkan perkhidmatan ni. Satu persaingan ni. :D

avatar

bagus sangat ade web macam ni..sennag nak jual barang terpakai

avatar

terpakai plak dah..memacam deme ni nak fight dengan Mudah :D

avatar

persaingan yang sihat ianya bagus. lagipun terpakai.my memberi servis keseluruhan adalah percuma tanpa had. Foundernye juga bumiputera berbanding mudah berpusat di singapore

avatar

bolehlah nak coba join ni

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.