blogger lelaki logo

Apa Fungsi Terbaru Samsung Galaxy Note 7?

2 Komen
Samsung Galaxy Note 7 akhirnya dilancarkan. Terdapat banyak ciri-ciri dalamannya yang hampir sama dengan Galaxy S7 dan S7 Edge.

Namum apa fungsi terbaru yang Samsung tampilkan pada phablet terkini mereka? Note 7 adalah model eksklusif, jadi mana mungkin ia akan sama sepenuhnya dengan model S7.

Galaxy Note 7 dipertingkatkan ruangan penyimpanan yang lebih besar dengan 64GB.

Selain itu, terdapat ciri-ciri terbaru pada Galaxy Note 7 yang menjadikan model ini lebih kehadapan.

Ia adalah model Galaxy Note yang pertama didatangkan dengan ciri kalis air (IP68 rating). Ciri bukanlah yang terkini daripada Samsung, kerana ia sebenarnya sudah didatangkan pada model Galaxy S7 dan S7 Edge.

Apa Fungsi Terbaru Samsung Galaxy Note 7?


Apa Fungsi Terbaru Samsung Galaxy Note 7?


Dan inilah dia fungsi yang tidak ada pada model lain tapi ada pada Note 7.

Note 7 juga menjadi telefon pertama yang menggunakan Gorilla Glass 5 serta model pertama dalam siri Galaxy yang direka dengan port USB-C.

Istimewanya Note 7 adalah ia dimuatkan juga dengan 'iris scanner', munkin dari segi penggunaanya kini ia tidak dianggap penting sama seperti pengimbas cap jari namum ia ada pontensi untuk masa hadapan.


1. Gorilla Glass 5

Galaxy Note 7 Gorilla Glass 5


Selepas beberapa minggu Corning mengumumkan Gorilla Glass 5, ia terus dimuatkan pada badan Note 7.

Gorilla Glass 5 direka dengan lebih kuat berbanding versi sebelumnya, kekuatan kaca diperkuatkan lagi untuk mampu bertahan apabila jatuh ke lantai.

Corning mendakwa Gorilla Glass 5 mampu bertahan walaupun terjatuh daripada ketinggi 5 kaki diatas permukaan yang keras dan kasar, dengan kadar survival 80%.


2. USB-C Port

Galaxy Note 7 USB-C Port


Sebenarnya USB-C port ini sudah kedengaran semasa Galaxy S7 dikeluarkan, namum Samsung bertindak memasukkannya pada Note 7.


3. Iris Scanner

Galaxy Note 7 Iris Scanner


Daripada pengimbas cap jari, kini mereka setapak kehadapan dengan 'Iris Scanner' pula.

Pengimbas iris ini menggunakan kamera khusus yang berasingan daripada kamera hadapan biasa. Ketika Note 7 mahu mengimbas iris anda, lampu inframerah akan dipancarkan ke dalam mata anda dan kamera akan membaca corak iris anda.

Pengimbas iris ini masih belum lagi digunakan secara meluas seperti pengimbas cap jari. Setakat ini antara kegunaan pengimbas moden ini adalah :

a). Membuka kekunci skrin Galaxy Note 7.
b). Log in ke akaun Samsung
c). Membuka "secure folder"

Namum seperti pengimbas cap jari yang sebelum ini kegunaannya agak terhad, mungkin selepas ini pengimbas iris akan dimajukan dan digunakan sama penting seperti pengimbas cap jari.


4. Membuat Gambar GIF

Kini dengan Note 7, anda boleh membuat gambar bergerak, GIF, dengan mudah sekali.

Galaxy Note 7 Membuat Gambar GIF


Dengan menggunakan S Pen pada Note 7, tekan pada 'Smart Select' > tekan 'Animation'. Sekarang anda sudah sedia untuk merakam gambar bergerak anda.

Nak rakam GIF untuk video dalam Youtube pun boleh.

2 Komen untuk "Apa Fungsi Terbaru Samsung Galaxy Note 7?"

avatar

Tq for sharing. Samsung s7 teringin ank beli

avatar

wah ... banyak juga fitur fitur yang diberikan samsung note ni ya ???

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.