blogger lelaki logo

Perodua Bezza vs Proton Saga

25 Komen
Apa yang membezakan Perodua Bezza dan Proton Saga? Mungkin ada yang dalam dilema tak tahu hendak memilih kereta mana yang berbaloi untuk dibeli.

Untuk baca perbandingan model terbaru boleh pergi ke entri Proton Saga Premium (2016) Vs Perodua Bezza Advance.

Walaupun ada yang berpesan jangan beli Perodua Bezza lagi, sebab tak lama lagi Proton akan keluarkan model terbaharu Proton Saga.

Namum belum ada berita sahih lagi. Bilakah model baru pengganti Saga FLX akan dilancarkan oleh Proton.

Jadi buat masa ini, kita bandingkan terlebih dahulu kedua-dua model Perodua Bezza Advance dan Proton Saga Plus CVT. Untuk perhatian pembaca juga, perbandingan ini dibuat berdasarkan model yang tersedia dalam laman web rasmi kedua-dua syarikat pemotoron ini.

Bukan kita nak cerita kereta mana lagi bagus, aku cuma tulis untuk perbandingan supaya memudahkan mereka yang pening tak tahu nak beli model yang mana satu. Sama macam entri Proton Iriz vs Perodua Myvi sebelum ini, korang komen duk bergaduh dekat situ dah kenapa?


Perodua Bezza vs Proton Saga



Perbandingan : Perodua Bezza vs Proton Saga



Spec Perodua Bezza Proton Saga
POWERTRAIN
Engine 1NR-VE with Dual VVT-i CamPro IAFM, 4-cylinder, DOHC 16V
Total Displacement (cc) 1329 1332
Bore x Stroke (mm x mm) 72.5 x 80.5 76.0 x 73.4
Compression Ratio 11.5 : 1 10:1
Maximum Output (hp[kW]/rpm) 70/6000 94 (70) / 5750
Maximum Torque (Nm/rpm) 121/4000 120 / 4000
Fuel Tank Capacity (Litre) 36 40
PERFORMANCE
Maximum Speed (km/h) 155
Acceleration (0-100km/h) 14.5
Fuel Consumption 22.0 (with 'Eco Idle' system) 6 (at 90km/h)
EXTERIOR - CHASSIS & DIMENSIONS & WEIGHT
Tyre/wheel size 175/65 R14 alloy rims (5-spiral-spoke) 185/60R14 - Alloy
Overall L x W x H (mm) 4150/1620/1510 4278 x 1680 x 1520
Wheelbase (mm) 2455 2465
Track Front/Rear (mm) 1410 / 1405 1446 / 1446
Kerb Weight (kg) 930 1075
Luggage capacity (l) 508 413
PRICE - ON THE ROAD (OTR) - METALLIC
Peninsular RM 50,800.00 RM 38,080.00
East Malaysia RM 53,000.00 RM 40,940.00
Labuan RM 48,771.01 RM 38,360.00
CRASH SAFETY RATINGS
ASEAN NCAP
star rating
star rating
ANCAP Not tested
star rating
EuroNCAP Not tested Not tested



Jika dilihat secara kasar kedua-dua model ini ada beza yang agak ketara sebenarnya. Lagipun kedua-dua model begitu ketara tarikh keluaran mereka.

Selain itu kita semua tahu, model Proton Saga menggunakan Timing Belt, manakala Perodua Bezza Advance pula menggunakan Timing Chain.

Bagi drivetrain pula Perodua Bezza menggunakan Transmisi Conventional Automatic 4-kelajuan, yang dibuat oleh kilang Akashi Kikai. Manakala Proton Saga pula menggunakan CVT Automatic with SAT function yang dibuat oleh Punch Powertrain.


Safety

Ini bahagian paling utama aku rasa untuk sebuah kereta. Jadi isu keselamatan sememangnya patut diambil berat oleh semua pengeluar kenderaan diatas muka bumi ini.

Baiklah , kedua-dua model ini menyediakan 2 Beg Udara untuk pemandu dan penumpang. Serta dilengkapkan dengan alarma dan immobilizer.

Namum apa yang lebih Perodua Bezza adalah ia dilengkapi dengan ABS/EBD dan stability control.

Baiklah berikut adalah keputusan ujian keselamatan bagi kedua-dua model.

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Untuk melihat keputusan ujian lebih lanjut boleh lihat disini.
Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Perodua Bezza Safety Test Result - ASEAN NCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Berikut adalah keputusan penuh bagi kedua-da ujian ini, Asean NCAP dan ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Proton Saga Plus Safety Test Result - ASEAN NCAP & ANCAP

Miscellaneous

Sistem audio, bab ini memang nampak ketara Perodua Bezza  memiliki kelebihan. Bezza didatang lengkap dengan Toucscreen radio DVD/MP3 player serta mirrorlink, bluetooth, navigasi GPS dan 4 speaker. Manakala Proton Saga hanya dilengkapi dengan VAPS/Radio CD/MP3/WMA.

Perodua sekali dihadapan dengan memperkenalkan Keyless Push Button dengan auto start/stop. Sedangkan Proton Saga menggunakan kunci manual. Mungkin ia akan dimasukkan dalam model Saga yang akan datang, sebab Proton Iriz pun ada menggunakan Push Start Button.

Perodua Bezza juga memiliki parking sensor 2 dibahagian depan dan 2 dibahagian belakang, manakala Proton Saga hanya ada 2 sensor dibahagian belakang sahaja.


Aku sebenarnya teruja untuk saksikan apakah yang bakal dibawa oleh Proton untuk model Saga terbaharu nanti, adakah ia akan dilancarkan dengan penuh gaya mengatasi spesifikasi Bezza.

Jangan lupa juga untuk baca "Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir"

25 Komen untuk "Perodua Bezza vs Proton Saga"

avatar

Kalau diberi pilihan aku akan lebih utamakan produk keluaran Perodua.. :-)

avatar

Patutnya perbandingan dapat bantu jimatkan masa mereka-mereka yang masih tak dapat nak buat keputusan nak beli yang mana

avatar

Saya pun tak sabar nak tunggu proton saga baru.. tengok gambar kat fb kemain lawa lagi

avatar

I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I’ll be subscribing to your feed and I hope you post again soon.

Digital Marketing For Small Business in Chennai

avatar

semua cakap nak kereta 100% local contents...bila wujud dan kene keluarkan duit sendiri mula la fikiran meracau...klu boleh nak yg 90% import contents from japan dgn harga yg sama...

mula2 proton dan...kemudian perodua masuk perangkap ni...lihat! mana ada orang serbu perodua centre...yg order byk tu kedai jual kereta...bimbang out of stock someday...

avatar

Ya memang betul bg pilihan masing2 utk membeli kereta idaman tapi sayang harga tidak diletakkan tentang perbezaam Bezza n Saga...

avatar

Ya memang betul bg pilihan masing2 utk membeli kereta idaman tapi sayang harga tidak diletakkan tentang perbezaam Bezza n Saga...

avatar

bro baca sampai habis ke tak ni

avatar

dah test drive baru dapat tahu kot..mana yang lebih bagus dan power

avatar

kita tahu bahawa kereta buatan tempatan nie bagus.... boleh la nak dikatakan setanding...
tp kenapa sebab mentenan je proton jauh beza dgn produa...
pasal timing bel tu... proton nie x boleh nak upgread ke?? tukarkan kepada timing chin... kurang la sikit kos nak selenggara kereta.. kita tahu bahawa timing bel tu ada tahap berapa ratus kilometer kena tukar.. tgok penggunaan kereta... dan tahun... tp kalau pakai timing chin tu.. rantai..yg berputar menggerakkan valve... 9 tahun pun ok baru tukar sekali.. cam tu pun proton x boleh nak pikir ke .. bg design enjin proton nie kurang peyelengaraan. .. kalau kos minyak itam... minyak gear box.. minyak power stering tu biasa la.. kena servis.... tu wajib bg seseorng yg ada kereta...

avatar

kita tahu bahawa kereta buatan tempatan nie bagus.... boleh la nak dikatakan setanding...
tp kenapa sebab mentenan je proton jauh beza dgn produa...
pasal timing bel tu... proton nie x boleh nak upgread ke?? tukarkan kepada timing chin... kurang la sikit kos nak selenggara kereta.. kita tahu bahawa timing bel tu ada tahap berapa ratus kilometer kena tukar.. tgok penggunaan kereta... dan tahun... tp kalau pakai timing chin tu.. rantai..yg berputar menggerakkan valve... 9 tahun pun ok baru tukar sekali.. cam tu pun proton x boleh nak pikir ke .. bg design enjin proton nie kurang peyelengaraan. .. kalau kos minyak itam... minyak gear box.. minyak power stering tu biasa la.. kena servis.... tu wajib bg seseorng yg ada kereta...

avatar

Komen Mengenai Bezza : Kereta Bezza Bila Tutup Pintu Ia Bergoyang / Laci Drawer Di-Hadapan Kecil Myvi Besar Sedikit /Tempat Letak Handphone Tidak Muat Saiz / Battery Kereta Hanya Guna Cecair Belum Boleh Guna Battery Free Mantenance /Punggong Kereta Tak Seperti Myvi Tak Cantek / Screen GPS Nya Kecil Sedikit Dpd Myvi Dan Assoseri2 Kereta Kena Beli Lain Leceh / Pintu Bila Tutup Tak Macam Myvi Tak Berdentum Dan Yg Lain2 Semua Di- Dapati O.K. Komen2 Saya Tersebut Mintak Di- UbahSesuai Demi Semata2 Utk Kepuasan Pelanggan2 Perodua . Saya Mintak Juga VVT Jimat Mintak Depan Pekan Dan Jalan Jarak Jauh . Sekian .Terima Kaseh Perodua .( Proton Saga Saya Tak Minat )

avatar

Komen Mengenai Bezza : Kereta Bezza Bila Tutup Pintu Ia Bergoyang / Laci Drawer Di-Hadapan Kecil Myvi Besar Sedikit /Tempat Letak Handphone Tidak Muat Saiz / Battery Kereta Hanya Guna Cecair Belum Boleh Guna Battery Free Mantenance /Punggong Kereta Tak Seperti Myvi Tak Cantek / Screen GPS Nya Kecil Sedikit Dpd Myvi Dan Assoseri2 Kereta Kena Beli Lain Leceh / Pintu Bila Tutup Tak Macam Myvi Tak Berdentum Dan Yg Lain2 Semua Di- Dapati O.K. Komen2 Saya Tersebut Mintak Di- UbahSesuai Demi Semata2 Utk Kepuasan Pelanggan2 Perodua . Saya Mintak Juga VVT Jimat Mintak Dalam Pekan Dan Jalan Jarak Jauh . Sekian .Terima Kaseh Perodua .( Proton Saga Saya Tak Minat )

avatar

Komen Mengenai Perodua Bezza : Kereta Bezza Bila Tutup Pintu Tidak Seperti Myvi Tak Berdentum Ia Nya Bergoyang / Steering Nya Tak Seperti Myvi Tak Cantek/Laci Drawer Depan Kecil Tak Seperti Myvi / Tempat Letak Handphone Tak Muat / Punggong Bezza Tak Berapa Cantek Bentok Nya / Screen GPS Kecil Tak Seperti Myvi / Mintak VVT Jimat Minyak Jarak Dekat Dan Jarak Jauh / Bagi 2 Pilihan Utk Battery Satu Pakai Buang Dan Kedua Pakai Cecair Air . Mintak Assoseri2 Bezza Pasang Siap Semua Sekali / Buat 2 Pilihan Utk Kunci Start Kereta / Yg Lain2 Yg Ada Pada Kereta Ada Lah Bagus . Saya Memohon Komen2 Tersebut Di Laksanakan Demi Utk Kepuasan Pelangan2 Perodua . Proton Saya Tidak Minat .Sekian Terima Kasih .

avatar

Dua2 antara brand terbaik malaysia, harga mampu milik dan kualiti dua2 ada pro dan con tersendiri.

avatar

Colour2 Perodua Bezza Tidak Menarik . Hanya Silver Satu Shj Boleh Tahan Sedikit Yg Lain Tak Menarik .

avatar

Dua2 cantik..mane nak beli ni :)

avatar

saya ada test drive bezza spec advance 1.3 auto. pintu ditutup ok je. enjin x bunyi bising dri dlm. mmg best dipandu. klu berhenti di trafik lite, enjin auto dimatikan untuk penjimatan bahan api ( ala ala hybrid ) memeang berbaloi dgn harga yg ditawarkan.

avatar

saya ada test drive bezza spec advance 1.3 auto. pintu ditutup ok je. enjin x bunyi bising dri dlm. mmg best dipandu. klu berhenti di trafik lite, enjin auto dimatikan untuk penjimatan bahan api ( ala ala hybrid ) memeang berbaloi dgn harga yg ditawarkan.

avatar

Pada zahirnya Bezza memang cantik....

avatar

menurut saya sich sama sama berkelas juga mobil ini ...

avatar

Perodua Bezza speed boleh sampai 120km/h, saya dah test.

avatar

dah lama juga tinggalkan jenama tempatan. kecuali myvi

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.