Harga Perodua Bezza (Sedan) 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Harga Perodua Bezza (Sedan) 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza , kereta sedan baru keluaran Perodua ini tampil dengan variasi Standard G 1.0L MT, Standard G 1.0L AT, Premium X 1.3L MT, Premium X 1.3L AT dan Advance 1.3L AT.

Apakah model ini bakal menjadi kegilaan seperti mana model Perodua Myvi sebelum ini. dan mungkinkah ia mampu menyaingi model kereta keluaran Proton 1.3L.

Perodua dijangka akan melancarkan model sedan terbaru ini pada 21 Julai 2016 nanti. Sekali gus ia akan menjadi model kereta sedan pertama yang dilancarkan oleh Perodua yang sebelum mereka menghasilkan kereta compact sahaja.

Lagi satu, Perodua Bezza ini menjadi kereta keluaran Perodua yang pertama mendapat sentuhan anak tempatan anak tempatan.


Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza Standard G

Untuk variasi Perodua Bezza Standard G adalah model 1.0 liter menggunakan enjin jenis 1KR-VE with VTT-i dengan Maksimum torque 91Nm/4400rpm. Enjin 1.0l yang digunakan pada model adalah tidak sama dengan enjin yang digunakan oleh model Perodua Axia.

Kereta sedan model 1.0 liter ini hadir pilihan transmisi manual 5-kelajuan dan transmisi automatik 4-kelajuan.

Namum untuk model ini tidak disediakan push start/stop button.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza Premium X

Perodua Bezza Premium X pula adalah modle untuk 1.3 Liter yang dikuasakan dengan enjin 1NR-VE with Dual VVT-i, maksimum torque 121Nm/ 4000rpm. Enjin 1.3 Perdua Bezza juga tidak sama dengan enjin yang digunakan pada Myvi 1.3 liter (K3-VE).

Juga tersedia dengan dua pilihan untuk transmisi manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.

Fuel consumption dengan Eco-driving di unjurkan 21.7km/l untuk manual, manakala 21.0km/l untuk transmissi auto.

Model ini dilengkapi dengan Smart key untuk fungsi Push Start/Stop Button serta sistem audio disekalikan dengan USB dan Bluetooth.

Untuk model Bezza Standard G dan Premium X tidak ada Vehicle Stability Control (VSC) dan sistem Eco idle.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Advance

Perodua Advance adalah model full spec, masih lagi dengan 1.3 liter yang dikuasakan dengan enjin 1NR-VE with Dula VVT-i.

Cuma untuk model ini hanya disediakan transmisi automatik 4-kelajuan sahaja.

Kelebihan model ini adalah ia dilengkapi dengan  sistem 'Eco Idle', Vehicle Stability Control (VSC) dan juga sistem multimedia dengan navigasi GPS dan 'Smart Link' siap dengan kamera reverse.

Model Advance ini juga mendapat pengiktirafan ASEAN NCAP 5 bintang.




Spesifikasi Perodua Bezza

Berikut adalah spesifikasi lengkap untuk Perodua Bezza.

Perodua Bezza spec

Harga Perodua Bezza


Baiklah kita lihat pula dari segi harga, Perodua Bezza dijual dengan harga On the Road (OTR) diantara RM37,000 hingga RM53,000.

Perodua Bezza Price
On The Road (OTR)
1.0 liter 1.3 Liter
Standard G Premium X Advance
Manual Auto Manual Auto Auto
Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic Solid/Metallic
Semenanjung Malaysia RM37,300 RM39,300 RM42,800 RM44,800 RM50,800
Malaysia Timur RM39,500 RM41,500 Rm45,000 RM47,000 RM53,000


Anggaran Bayaran Bulanan


Bezza Standard G 1.0L MT
OTR: RM37,300.00
LOAN: RM33,500.00
D/P: RM3,800.00
MONTHLY: RM402

Bezza Standard G 1.0L AT
OTR: RM39,300.00
LOAN: RM35,300.00
D/P: RM4,000.00
MONTHLY: RM423

Bezza Premium X 1.3L MT
OTR: RM42,800.00
LOAN: RM38,500.00
D/P: RM4,300.00
MONTHLY: RM462

Bezza Premium X 1.3L AT
OTR: RM44,800.00
LOAN: RM40,300.00
D/P: RM4,500.00
MONTHLY: RM483

Bezza Advance 1.3L AT
OTR: RM50,800.00
LOAN: RM45,700.00
D/P: RM5,100.00
MONTHLY: RM548


Gambar kereta baru Perodua Bezza

Jom usha, cuci mata tengok kereta model sedan pertama Perodua ini, aku harap selepas ini Perodua Bezza akan dikeluarkan pula untuk versi model enjin 1.5 Liter.

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Perodua Bezza 1.0L and 1.3L Dual VVT-i

Kredit gambar : Paultan.org

Share this:

Disqus Comments