blogger lelaki logo

Pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016"

11 Komen
Tahniah kepada pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016", anjuran blogger Akma Omar. Dalam kontest SEO kali ini, kami para peserta berlumba dengan menggunakan keyword "RF3 World Firmax3 Malaysia".

Akma Omar sememangnya antara blogger yang aku tahu kerap juga menganjurkan kontest besar. Pada 2014 aku juga pernah menyertai dan tersenarai sebagai salah seorang pemenang dalam "Contest Bonus Akhir Tahun 2014".

Alhamdulillah rezeki aku sertai contest anjuran AkmaOmar.com, sebanyak dua kali percubaan aku dan dua kali membuahkan hasil. Walaupun tak berjaya memang hadiah utama, itu sudah memadai dan berpuas hati sebab yang turun padang bertanding bukan calang-calang orang semuanya otai-otai yang power.

Kalau aku tak silap inilah contest SEO kedua yang aku sertai pada tahun ini, dalam satu lagi contest yang dianjurkan oleh Mrjocko.com, ia sedikit berbeza sebab contest SEO dilangsung dalam masa singkat iaitu cuma seminggu sahaja. Dan Alhamdulillah aku berjaya menang hadiah nombor satu melalui entri "Neffos C5 Live Fun".


Pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016"

Pemenang Kategori SEO

Sebenar agak suka nak kejar blogger hebat Bin Muhammad, sebab dia yang juga menjadi penaja mendapat backlink bertalu-talu daripada semua entri perserta yang lain. Entri aku berjaya lepak dekat ranking nombor satu buat seketika sahaja, sebaik sahaja bro BM masuk, entri dia terus gagah menerajui kontest.

Lagipun Bin Muhammad ni bukan calang-calang orang, teknik SEO dia memang power. Sebenarnya usia domain blog dia masih baru berbanding blog aku. Namum dalam masa yang singkat dia berjaya menaikkan blog baru dia jadi setanding blog lama dia dahulu.

Dalam hari-hari terakhir sebelum garisan pernamat, aku sebenarnya sedang berlumba dengan blogger muda yang hebat  teknik SEO iaitu Calrase Patrick.  Kalau ada yang perasan, sebenarnya dalam beberapa hari terakhir entri blog aku dan Calrase Patrick bersilih ganti menduduki tempat ke dua.

Tambahan pula, blogger otai Hasrul Hassan yang menyertai di penghujung kontest telah membuat SERP agak sedikit kacau. Berlaku beberapa perubahan ketara pada ranking SERP.

  1. Dammahumnib.com
  2. BloggerLelaki.com
  3. Calrasepatrick.blogspot.com
  4. KongsiBersamaNora.blogspot.com
  5. Mejuez.com
  6. HasrulHassan.com
  7. AderAkuKeysah.blogspot.com
  8. TopSeoFriendly.blogspot.my

Pemenang Bonus Facebook Share

Bahagian ini memang aku tak kacau, boleh kira dengan jari berapa kali aku share dekat media sosial. Dekat facebook pun aku jarang share. Sebab itu aku respek dekat blogger yang mendapat jumlah share yang banyak dekat media sosial. Aku nak kena menuntut ilmu dengan mereka ni.

  1. AderAkuKeysah.blogspot.com [2532 share]
  2. DillaAdilla12.blogspot.my [641 share]
  3. MommyFiqa.com [147 share]
  4. TopSeoFriendly.blogspot.my [123 share]
  5. MurniMohdYusof.blogspot.com [72 share]

Ribuan terima kasih diucapkan kepada AkmaOmar.com dan semua penaja yang sudi menyumbang. RF3 World,RF3Worldmy.wordpress.com, OmbakCreatives.com, BengkungOpah.com,AlphaLipid.my, dammahumnib.com, KongsiBersamaNora, Onlajer.com, Afiffuddin.com

11 Komen untuk "Pemenang "Contest SEO Cari Duit Raya 2016""

avatar

Haaha..sengit gak katogeri seo ni..

avatar

Sume otai seo nie.. huhu

avatar

Hebat2 semua ni... tahniah BL... semoga terus sukses berblogging!!.. :)

avatar

terima kasih, contest ni saje untuk suka-suka, kita kasi meriah contest anjuran rakan-rakan blogger lain

avatar

ramai otai tu, cuma yang no.2 je sesat terselit jugak

avatar

contest SEO memang sentiasa sengit, sebab yang join pun bukan calang-calang blogger

avatar

dah teka dah mesti jadi one of the winner juga..tahniah

avatar

tahniah.. blog ni memang sentiasa bolot hadiah kategori SEO

avatar

Blogger otai..familiar dengan seo... ntab bila la dpt berguru ni

avatar

Tahniah...bro memang SEO terbaikk...!!

avatar

makin sengit juga persaingan seo ini... selamat kpd para pemenag

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.