blogger lelaki logo

Euro 2016 : Cristiano Ronaldo Vs Antoine Griezmann

6 Komen
Cristiano Ronaldo dan Antoine Griezmann akan berentap dipentas final euro 2016 mewakili pasukan masing-masing iaitu Portugal dan France.

Kedua-dua pemain adalah ayam tambatan kepada pasukan masing-masing untuk memenangi perlawanan akhir nanti.

Memang bolasepak adalah permainan berpasukan tetapi sejak daripada dahulu lagi, seorang bintang bolasepak akan sentiasa menjadi sebutan ketika era kegemilangan mereka.

Kita akan saksikan apakah kedua-dua pemain ini akan menjadi wira kepada negara mereka untuk menjulang kejuaraan bolasepak Eropah?


Euro 2016 : Cristiano Ronaldo Vs Antoine Griezmann

Euro 2016 : Cristiano Ronaldo Vs Antoine Griezmann

Dalam aksi Euro 2016, Griezmann telah menjaringkan 6 gol, 2 assists. Manakala Ronaldo hanya menjaringkan 3 gol dan 3 assists. Kedua-dua mereka bermain sebanyak 6 perlawanan.

Jaringan daripada Griezmann terhasil daripada rembatan kaki kirinya menyumbangkan sebanyak 4 gol dan 2 gol adalah hasil tandukkan. Dan 1 gol hasil sepakan penalti.

Gol tersebut terhasil daripada 22 percubaan dan 12 daripadanya on target, 3 off target dan 7 percubaan dihalang defend pihak lawan dan satu percubaan terkena tiang.

Passing accuracy 85%, passes attempted 191, passes completed 161.

Griezmann lebih gemar membuat mid-range passes sebanyak 107 kali berbanding short pass cuma 49 kali dan hantaran jauh cuma 5 kali.


Manakala Ronaldo, 2 jaringan beliau adalah menerusi tandukkan dan 1 gol menggunakan 'backheel'.

Ronaldo begitu garang, beliau membuat 46 percubaan dengan 12 percubaan tepat 'on target' manakala 17 tersasar 'off target', 17 kali juga percubaan berjaya dihadang oleh defender pasukan lawan dan satu percubaan terkena tiang.

Passing accuracy 88%, passes attempted 189, passes completed 166.

Ronaldo pula membuat 83 kali mid-range passes dan short passes pula sebanyak 80 kali, long passes cuma 3 kali sahaja.


Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo, kapten Portugal akan turun dalam beraksi di final Euro Cup buat kali kedua dalam usaha beliau membantu pasukan negaranya menjulang trofi buat julung kalinya.

Pemain bintang ini, diangkat dengan pengiktirafan FIFA Ballon d'Or dua kali berturut-turut dari 2013 dan 2014.

Ronaldo sudah beraksi dalam Euro Cup ini sebanyak 4 edisi, iaitu sejak Euro 2004 dan telah menjadi 9 gol secara keseluruhan.

Selain itu Ronaldo juga mencatat rekod sebagai pemain yang paling banyak bermain dalam kejohanan Eropah ini iaitu sebanyak 20 perlawanan.

Kelibat beliau beraksi di kejohanan Euro bermula sejak berumur 19 tahun lagi dan menjadi pemain paling muda setakat ini yang beraksi di kejohanan berprestij ini.

Ronaldo sudah 14 tahun mencurahkan tenaga untuk pasukan Portugal. Setakat ini beliau sudah membuat 132 penampilan bersama skuad kebangsaan dan berjaya menjaringkan 61 gol.

Cristiano Ronaldo


Age: 31
Club: Real Madrid
Total appearances: 678
Total goals: 487
Total appearances & goals for Portugal: 132 appearances, 61 goals. Ratio of 0.46 goals per game
EURO 2016 appearances & goals: Six appearances, three goals
Goals in 2016 for Portugal: 6 in 9 appearances
Trophies won: Premier League  2006-07, 2007-08, 2008-09; Champions League 2007-08; FA Cup 2003-04; League Cup 2005-06, 2008-09; Community Shield 2007; Club World Cup 2008 (Manchester United). La Liga 2011-12; UEFA Champions League 2013-14, 2015-16; Copa del Rey 2010-11, 2013-14; Spanish Super Cup 2014; Club World Cup 2014 (Real Madrid)
Major personal honors: Three Ballon d’Or awards

Antoine Griezmann

Antoine Griezmann, inilah sebenarnya aksi pertama beliau di UEFA Euro. Namum kini beliau sudah menjaringkan 6 gol untuk menjadikan nama beliau sebagai pendahulu penjaring terbanyak Euro 2016.

Griezmann mula menyarung jersi pasukan kebangsaan France bermula pada tahun 2014 serta dipanggil untuk menyertai skuad France mengharungi Piala Dunia 2014.

Selama tiga tahun mewakli France, Griezmann telah tampil dalam 33 perlawanan dan berjaya menjaringkan 13 gol peribadi.

Darah muda Griezmann sudah pastinya sedang bergelora mahu memastikan France menjulang trofi EUFA Euro 2016.

Antoine Griezmann


Age: 25
Club: Atletico Madrid
Total appearances: 308
Total goals: 109
Total appearances & goals for France: 33 appearances, 13 goals. Ratio of 0.42 goals per game
Goals in 2016 for France: 7 in 9 appearances
EURO 2016 appearances & goals: Six appearances, six goals (leads Golden Boot race)
Trophies won: Segunda Division 2009-10 (Real Sociedad), Spanish Super Cup 2014 (Atletico Madrid)
Major personal honors: None

6 Komen untuk "Euro 2016 : Cristiano Ronaldo Vs Antoine Griezmann"

avatar

tetap minat ronaldo

avatar

Pasti jadi rebutan kelab2 besar griezmann nie..

avatar

tahniah portugal.

memang nampak ketara diorang nak menang tu.

avatar

congrats untuk protugal. Setelah penantian bertahun-tahun akhirnya bisa menjadi juara juga di EURO 2016 ni. Dua pemain yang cukup bersniar memang griezman dan ronaldo di EURO 2016.

avatar

selamat kpd para potugal yg memenagkan pentas Euro 2016...

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.