blogger lelaki logo

EUFA EURO 2016 Semi Final : Germany Vs France

Sila Komen
Satu lagi slot final EUFA Euro 2016 perlu diisi, yang akan direbut dua pasukan hebat iaitu Germany dan France. Sedang menunggu mereka di pentas final adalah Portugal.

Stade de France akan menjadi saksi ertembungan 2 pasukan gergasi eropah ini. France selaki tuan rumah, mahu melebarkan rekod kejayaan mereka di Euro Cup untuk mencatat 3 kali kejuaraan bersama Germany dan Spain.

Namum Germany pula mahu menambahkan koleksi untuk menjadikan mereka satu-satunya pasukan yang menjulkang 4 kali trofi Euro Cup.

Namum begitu kali terakhir Germany menjulang kejuaraan Eropah ini adalah pada edisi 1996. Manakala France kali terakhir menjadi juara adalah pada edisi Euro 2000.

France yang layak ke pusingan semi final selepas berpesta gol menewaskan iceland, manakala Germany terpaksa berhempas pula menewaskan finalis Euro edisi 2012 iaitu Italy.

EUFA EURO 2016 Semi Final : Germany Vs France

Rekod Pertemuan Germany Vs France

Dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan, hanya satu perlawanan sahaja melibatkan kejohanan utama, selainnya hanyalah sekadar perlawanan persahabatan.

13/11/2015 - Friendly
France 2-0 Germany

04/07/2014 - Suku Akhir Piala Dunia 2014
France 0 - 1 Germany

06/02/2013 - Friendly
France 1 - 2 Germany

29/02/2012 - Friendly
Germany 1 - 2 France

12/11/2005 - Friendly
France 0 - 0 Germany


France memenangi 5 daripada 8 pertemuan dengan Germany sejak tahun 1990, namum kesemua rekod kemenagan itu dicatatkan dalam perlawanan persahabatan.

France pernah tewas dalam kejohanan besar kepada Germany iaitu dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014. selain daripada itu, sejak 1958 France tidak pernah kalah kepada pasukan Germany dalam mana-mana kejohanan besar.

Sementara itu barisan pemain France kini dalam form terbaik mereka, 3 pemain mereka kini dalam senarai penjaring terbanyak Euro2016, iaitu dengan Antoine Griezmann mendahului sebanyak 4 gol, diikuti Olivier Giroud dan Dimitri Payet masing-masing menjaringkan 3 gol.

Antara nama lain yang turut menjaring 3 gol adalah Cristiano Ronaldo (Portugal) , Nani (Portugal), Álvaro Morata (Spain) dan Gareth Bale (Wales).


Keputusan Penuh Perlawanan

Germany 0 - 2 France
Antoine Griezmann 45 +1:52 Pen
Antoine Griezmann 72

EUFA EURO 2016 Semi Final : Germany Vs France

0 Komen untuk "EUFA EURO 2016 Semi Final : Germany Vs France"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.