blogger lelaki logo

EUFA Euro 2016 Quarter Final : Germany Vs Italy

Sila Komen
Empat perlawanan di peringkat Quarter Final bagi EUFA Euro 2016 ini, bagi aku yang paling menarik adalah perlawanan diantara Germany vs Italy, pada 3 Julai, jam 3.00AM (waktu Malaysia).

Pertembungan dua pasukan gergasi eropah yang cukup digeruni oleh pihak lawan. Setakat ini Germany dan Italy sudah bertarung dalam 33 perlawanan.

Mereka bertemu sebanyak 5 kali di pentas Piala Dunia dan 4 kali untk UEFA Euro. Dan selebihnya lagi dalam perlawanan persahabatan.

http://www.bloggerlelaki.com/2016/06/euro-cup-2016-last-of-16-italy-vs-spain.html


Dalam rekod 33 kali pertemuan kedua-dua pasukan, Italy berjaya mencatat kelebihan dengan 15 kali menang, manakala Germany hanya mampu menang sebanyak 8 kali. Dan 10 kali perlawanan mereka berkesudahan seri.

Germany yang menjadi juara peringkat kumpulan C, mara ke pusingan kalah mati dan menbenam Slovakia 3-0. Setakat ini Germany berada dalam form terbaik, mereka belum tewas dalam 5 perlawanan terakhir mereka

Dalam aksi Euro2016, Germany telah mencatat pass completion rate (91%) dan Possession (64%).

Manakala Italy, juara peringkat kumpulan E, terpaksa melalui pertembungan hebat kerana terpaksa melayan Spain di Round of 16. Dendam mereka terbalas selepas menundukkan Spain 2-0.

Selepas tewas kepada Ireland di peringkat kumpulan, Italy bangkit menumbangkan juara bertahan untuk menamatkan badi mereka terhadap Spain, kini moral pemain mereka sedang bergelora memburu kemenangan seterusnya.

Kali terakhir Germany menentang Italy adalah dalam perlawanan persahabatan dalam persiapan Euro2016. Perlawanan pada bulan Mac itu telah menyaksikan Germany menewaskan Italy dengan jaringan 4-1.

Ini peluangnya untuk Germany menamatkan badi mereka kepada Italy, sudah 2 kali Germany tewas kepada Italy dalam kejohanan besar iaitu pada Piala Dunia 2006 dan Euro 2012.

Rekod Perlawanan Germany vs Italy

Namum dalam 5 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan ini, jelas pasukan Italy mengatasi Germany dengan menang sebanyak 2 kali, 2 keputusan seri dan Germany menang sekali sahaja. Malah kemenangan Italy itu adalah dalam kejohanan besar.

28/03/2016 - Friendly
Germany 4-1 Italy

15/11/2013 - Friendly
Italy 1-1 Germany

28/06/2012 - Semi Final Euro 2012
Germany 1-2 Italy

9/02/2011 - Friendly
Germany 1-1 Italy

4/07/2006 - Semi Final World Cup 2006
Germany 0-2 Italy*
*(2 goal score in extra time)



Germany: Predicted Line-up (4-2-3-1)
Neuer – Hector, Hummels, Boateng, Kimmich – Khedira, Kroos – Ozil, Muller, Draxler – Gomez.

Italy: Predicted line up (3-5-2)
Buffon – Chiellini, Bonucci, Barzagli – Darmian, Giaccherini, De Rossi, Parolo, Florenzi – Eder, Pelle.


Ramalan aku untuk perlawanan ini adalah Germany 2-0 Italy.

Video Highlights perlawanan Germany vs Italy - Semi Final Piala Dunia 2006.



Video Highlights perlawanan Germany vs Italy - Semi Final Euro Cup 2012.



Keputusan Penuh Perlawanan


Germany 1 - 1 Italy
Özil (Ger) 65'
Bonucci (ITA) 78' (P)

Germany win 6-5 on penalties

EUFA Euro 2016 Quarter Final : Germany Vs Italy

EUFA Euro 2016 Quarter Final : Germany Vs Italy


0 Komen untuk "EUFA Euro 2016 Quarter Final : Germany Vs Italy"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.