blogger lelaki logo

Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot

2 Komen
Aku sering berkongsi tips-tips blogging, tetapi aku terlupa tentang perkara paling asas dalam blogging. Jadi ini jawapan kepada orang yang bertanyakan macam mana cara nak buat blog baru.

Nak buat blog anda perlu tahu ada banyak platform yang membolehkan anda buat blog seperti blogger.com (blogspot) , wordpress, tumblr, medium, wix, squarespace dan sebagainya yang mungkin aku sendiri tidak pernah dengar.

Sebenarnya caranya tidak susah, ini hanyalah perkara asas dan tidak perlu anda pening kepala dan memikirkan perkara terlalu kompleks. Tidak serumit apa yang aku tulis dalam aritkel sebelum ini iaitu cara buat blog terindex lebih cepat di Google.

Namum selepas ini anda perlu belajar satu persatu teknik blogging untuk jadikan blog anda lebih bagus.

Hari ini aku akan tunjukan contoh buat blog untuk platform blogspot. Mungkin ada masa dilain hari aku akan tunjukkan cara buat blog di wordpress pula.

Sebab apa guna blogspot?

Sebab bagi aku ianya produk Google. Lagipun ia adalah percuma anda tidak perlu bayar satu sen pun, kecuali jika anda ingin gunakan domain sendiri (macam aku bloggerlelaki.com, tak ada blablabla.blogspot.com). Ianya juga senang dan mudah untuk diuruskan.

Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot


Cara Nak Buat Blog Sendiri Blogspot


1. Buat akaun e-mail gmail.

Buat satu akaun email gmail baru (jika belum ada). Pergi ke mail.google.com. Isikan maklumat serta butiran diri selengkapnya.

Aku lebih suka buat email berlainan untuk blog sebab tak mahu ia ganggu e-mail peribadi, tapi jika nak guna email sedia ada pun tidak menjadi masalah.

Sebenarnya untuk buat blog, anda tidak boleh menggunakan akaun email yang lain seperti yahoo.com, hotmail.com dan sebagainya. Hanya akaun email menggunakan gmail.com sahaja yang diterima.

Lagipun email gmail ini nanti akan berguna untuk anda menjalankan blog anda di tahap yang lebih advance. Nanti anda perlu juga buka akaun di Google Analytics, Google Webmasters dan menggunakan Google Plus (G+).

Cara buat email gmail Buat Blog



2. Daftar di www.blogger.com

Pergi ke blogger.com, untuk daftar akaun blog anda. Selepas itu anda akan diberikan pilihan samaada untuk gunakan profile G+ atau profile blogger. Aku sarankan guna profile G+ sebab ianya lebih meluas dan tidak terhad seperti profil blogger.

Selepas itu anda akan dibawa kepada dashbord blog anda. Disinilah nanti anda akan mengawal segala aktiviti dunia blogging anda. Namum anda masih belum memiliki blog lagi sekarang.

Cara Buat Blog Sendiri


4. Buat blog baru anda di blosgpot.

Klik "New Blog" pada kotak atas sebelah kiri. Akan keluar paparan seperi gambar dibawah ini. Anda perlu mengisi di ruangan "Title", "Address" dan pilih "Template" anda.

Cara Buat Blog Di Blogspot



a). Title - Ini adalah merupakan nama blog anda. Macam blog aku namanya adalah "Blogger Lelaki". Tetapi pada bahagina ini anda boleh ubah semula kemudian nanti

b). Address (URLs) - Bahagian ini pula akan menjadi alamat kepada blog anda, atau orang panggil sebagai URLs atau link. Ia adalah bahagian penting, jangan sila eja atau pilih tajuk yang tidak sesuai. Sebab selepas siap setting ini, nam URLs ini sudah tidak boleh diubahlagi.

Pada bahagian ini sebenarnya agak mencabar, jika nama yang kita pilih itu sudah ornag lain guna. Jadi pasti anda pilih nama yang benar-benar unik.

Jadi pastikan anda baca terlebih dahulu Tips memilih nama blog.

c). Template - Apa yang ada pada rungan ini adalah template yang disediakan oleh blogger, bukan tak bagus cuma nanti aku akan ceritakan pasal mencari "template" yang bagus dan sesuai untuk blog anda agar blog anda nampak lebih menarik dan yang penting ia mesra SEO.

d). Akhir sekali klik pada "Create Blog!".


Siap! kini anda sudah memiliki sebuah blogspot hasil buatan anda sendiri. Sekarang anda sudah boleh membuat entri pertama anda.


5. Menulis entri blog pertama

Blog anda kini masih kosong, dan anda perlu menulis artikel atau entri pada blog anda.

Pada dashboard anda perlu pergi ke "Post" dan klik "Create a new post".


Sekarang apa yang perlu anda pelajari pula adalah untuk menulis artikel entri yang bagus, cara menarik trafik yang banyak masuk ke blog anda dan mungkin anda boleh buat duit dengan blog anda.


Tips Memilih Nama Blog

Ini sedikit tip buat anda yang mungkin sedang mencari idea untuk namakan blog anda. Berikut adalah beberapa tips yang sering diberikan oleh pakar untuk menetapkan nama blog. Namum ianya tidak wajib, tetapi ianya menjadi penting jika anda ingin lebih serius dalam buat blog ini.

  • Pilih nama yang 'catchy' senang orang ingat.
  • Pastikan ejaannya senang dibaca, dan mudah orang faham.
  • Jangan terlalu panjang. Ada pakar yang mencadangkan nama yang bagus untuk blog adalah cuma guna 3 suku kata sahaja.
  • Ada kaitan dengan niche blog kita.
  • Jangan masukkan nombor pada URLs, seperti blog123.blogspot.com
  • Jangan gunakan simbol padaq URLs, seperti blog-teknik.blogspot.com

Back To Top

Tips Untuk Buat Blog Yang Berjaya

Sebenarnya nak buat blog tidak susah, yang susahnya adalah cara untuk menjadikan blog anda berjaya, dapat trafik yang tinggi dan mampu membuat duit.

Berdasarkan pengalaman aku, dalam dunia blogging ini anda perlu ada minat. Mungkin cara aku ini berbeza dengan cara orang buat blog untuk bisnes, sebab mereka selalunya mahukan hasil yang cepat dan pastinya mampu membuat duit.

Bagi aku minat yang mendalam akan memacu anda untuk terus belajar teknik-teknik baru untuk memajukan blog anda. Kita akan mendapat motivasi automatik bukannya secara paksa.

Selain minat, sifat sabar juga perlu. Sebab tidak ada jalan pintas dan segera untuk berjaya. Kalau ada pun anggaplah itu sebagai rezeki terpijak. Namum jalan untuk menuju kejayaan selalunya tak mudah dan banyak suka duka.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri, pada mula-mula aku buat blog. Aku betul-betul fokus pada 3 bulan pertama. Aku buat banyak-banyak entri, hampir setiap hari ada entri, malah sehari aku buat 2 entri atau lebih. Usaha aku berganda untuk menarik trafik ke blog baru aku ketika itu.

Kita perlu berusaha keras pada peringkat awal ini untuk memastikan semangat blogging kita konsisten dan mahu melihat usaha kita menampakkan hasil.

Tips awal yang aku aku boleh berikan kepada blogger baru adalah dua sumber trafik iaitu enjin carian  - google dan media sosial - facebook.

Selamat maju jaya  dan semoga tips blogging aku kali ini tentang cara buat blog sendiri di blogspot ini memberi manfaat kepada semua orang.

Jangan lupa untuk baca juga Pengalaman Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

2 Komen untuk "Cara Buat Blog Sendiri Di Blogspot"

avatar

makasih infonya menambah wawasan kami

avatar

Terima Kasih infonya gan,

Berikut Cara Buat Blogger dengan mudah dan cepat: https://goo.gl/HOvgWg

minta bantu sundul-sundul up-up ya gan :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.