blogger lelaki logo

Neffos C5 Live Fun - Review

7 Komen
Neffos C5 - Live Fun, smarphone keluaran TP-Link (Twisted Pair Link). Smartphone yang pada aku memiliki spesifikasi yang mantap tapi dijual pada harga yang murah dan berbaloi. Siap boleh layan video HD tu bro.

Jika sebelum ini jika kita dengar nama TP-Link kita akan ingat pasal wifi adapter. Kini TP-Link yang bertapak sejak 1996 tampil dengan produk smartphone.

Jika kita lihat, mereka masuk ke pasaran smartphone sudah agak lewat. Sudah ada banyak syarikat pengeluar smartphone. Jadi mereka perlu hasilkan kelainan pada telefon keluaran mereka untuk menarik minat pembeli.

Beberapa model smartphone mereka sudah berada dipasaran dengan harga yang berpatutan seperti Neffos C5 - Live Fun dan Neffos C5L - Live Smart. Jom kita lihat adakah smartphone terbaru ini mampu menambat hati pembeli di Malaysia.

Neffos C5 Live Fun

Neffos C5 Live Fun 

Processor

Neffos C5 ini dikuasakan dengan quad-core 64-bit processor, dimana ia mampu memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna smarphone. Neffos menggunakan chip MT6735 daripada MediaTek yang dikeluarkan pada tahun 2015.

Sebab ramai orang kini lebih suka untuk buka aplikasi banyak-banyak dalam satu masa, jadi dengan processor yang laju akan mengurangkan risiko untuk telefon 'lagging'. Diharap dengan chipset daripada Mediaek ini mampu memenuhi keperluan pengguna smartphone.


Memori

Smartphone murah ini dipadukan dengan memori berkapasiti 2GB RAM dan 16 GB ROM bagi melancarkan apabila kita menggunakan multi aplikasi, menyimpan foto, fail dan sebagainya.

Malah chipset onboard menyokong kelajuan 4G LTE untuk sambungan internet yang pantas.


Display

Neffos C5 Live Fun, kena dengan temanya. Tampil dengan skrin paparan 5.0-inci HD 1280 x 720-pixel IPS. Paparan sinematik pada mobile yang gempak dengan skrin yang lebih cerah serta sharp.

Memang 'Fun' sebab dengan smartphone murah kita dapat layan video HD.

Neffos C5 Live Fun


Kamera

Kini, apabila kita berbicara pasal smartphone kita tak boleh lari daripada menyebut pasal kamera. Neffos c5 dilengkapi dengan 8MP untuk kamera belakang yang dipadukan dengan dual LED flash.

Manakala, 5MP untuk kamera hadapan yang disertakan dengan wide-angle lens - dimana gamabr dapat dirakam dengan sudut yang lebih lebar, yang pastinya akan memberikan pengalaman baru buat kaki selfie.

Tambah lagi 'Fun' buat kaki selfie. Malah ada yang lebih istimewa pada fungsi kameranya adalah adanya Intelligent Mode yang mana ia akan automatik mengubah contras, color serta lightting untuk 8 scene yang berbeza seperti Human, Scenery, Night dan lain-lain.

Neffos C5 Live Fun


Ciri Tambahan Lain

Smart Screenshot - kita boleh screenshot banyak-banyak kemudian kita boleh cantumkan kesemuanya sekali dalam satu gambar.

System Management - Neffos menawarkan system management mereka sendiri seperti app manager, cleaner, data usage controller, battery saver dan lain-lain.




Neffos C5 Live Fun Phone Specification

Operating SystemAndroid 5.1
ProcessorMTK MT6735 4x Cortex-A53 1.3GHz GPU: ARM Mali-T720 MP2 450Mhz
Memory (RAM)2 GB
Storage (ROM)16 GB
Expansion SlotsMemory slot: MicroSD card (up to 32 GB)
Display5.0" IPS HD 293.7PPI
CameraFront 5 Mega-pixel Rear 8 Mega-pixel, Auto Focus
SensorsAmbient Light Sensor Compass Accelerometer Proximity sensor
WirelessLTE FDD Cat4(up to 150Mbps DL/50Mbps UL) DC-HSPA+(up to 42Mbps DL/11Mbps UL)
ConnectivityWi-Fi 802.11b/g/n, 2.4GHz Bluetooth: 4.0 Dual Micro SIM card (Dual SIM Dual Stanby) SIM1 Support 2G/3G/4G SIM2 Support 2G/3G/4G
AudioDual noise reduction MIC Audio formats: MP3, FLAC, WAV, Ogg, MIDI, 3GP
VideoDecoder: 1080p/30 fps H.264, Encoder:1080p/30 fps MPEG-4, 3GP, 3G2, MOV, H264, H265
Battery Type2200mAh
Dimensions (W x D x H)72 x 8.8 x 144 mm
WeightM144 g

Neffos C5 Malaysia Price

Neffos C5RM539
Neffos C5LRM359



Harga (Malaysia) Neffos C5 dan C5L bagi aku cukup murah dan berbaloi dengan spesifikasinya yang mantap.

Jelas mereka mahu menguasai pasaran smartphone/telefon bimbit dengan harga patut. Dengan ciri-ciri yang TP-Link muatkan dalam smartphone mereka ianya memang berbaloi untuk dimiliki oleh semua orang, kena sangatlah dengan temanya 'Live Fun' untuk Neffos C5.


7 Komen untuk "Neffos C5 Live Fun - Review"

avatar

memang terbaiklah ni

avatar

first time aku dengaq handpon ni..

bunyi macam best jugak nih.

avatar

ohh yg ni la yg tgh kecoh skrg ni ekkk

avatar

Murah jugak henfon nie jika dibandingkan dengan specs.. terbaikkk

avatar

bolehlah cuba kan

avatar

semakin banyak jp yang mewujudkan persaingan yg sihat.

avatar

tahniah bro sebab berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam kontest huhu.. power betol

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.