blogger lelaki logo

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Sila Komen
Spain akan turun dalam perlawanan ke-2 Euro Cup 2016 dalam misi untuk maintain rekod kemenangan mereka dalam kumpulan D menentang Turkey, pada 18 Jun 2016, pukul 3.00 AM (waktu Malaysia)

Spain juga ada misi pasukan mereka sendiri, selain daripada menpertahankan trofi Kejuaraan Eropah, La Furia Roja juga mahu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam Euro Cup sejak 2004.

Spain kini mencatat rekod 13 perlawanan tanpa kalah.

Dalam perlawanan yang lalu, Spain menang 1-0 keatas Czech Republic. Dengan peranan Andres Iniesta dilihat banyak membantu pasukan, keupayaannya sekali lagi akan ditagih untuk membantu Spain terus mencatat kemenangan.

Iniesta beraksi cemerlang dengan membuat 4 lorongan merbahaya kepada Gerard Piques ketika perlawanan mentang Czech Republic.

Manakala De Gea berada dalam 'form' terbaik, masih belum bolos dalam 4 perlawanan kompetitif bersama Spain.

Spain Vs Turkey

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Turkey yang tewas kepada Crotia dalam aksi perlawanan pertama mereka sudah pastinya mahu mencatat kemenangan untuk terus bersaing dalam Euro Cup 2016.

Rekod penyertaan Turkey dalam Euro Cup, mereka hanya menang 3 kali dalam 13 perlawanan dan 2 keputusan seri dan 8 kekalahan.

Tekanan besar juga buat Kapten Turkey, Arda Turan yang mendapat kritikan daripada peminat Turkey dengan aksi hambar beliau ketika perlawanan menentang Crotia tempoh hari. Turkey tewas 1-0 kepada Crotia.

Namum begitu, cabaran Turkey dalam Euro Cup tidak boleh dipandang remeh. Pada aksi Euro Cup 2008, mereka berjaya mara sehingga ke peringkat semi-final. Dan ditewaskan oleh Germany 3-2.

Rekod Pertemuan Spain Vs Turkey. 

Kekuatan diatas kertas nyata memihak kepada Spain.

Dalam 10 perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan, Turkey hanya sekali sahaja pernah menewaskan Spain. 4 kali seri dan 5 kali kekalahan. Tugas berat sedang menanti pasukan Turkey.

Spain hanya bolos 1 gol dalam

Gol antarabangsa pertama Gerard Pique adalah ketika pertemuan Spain vs Turkey pada Mac 2009.


Possible line-ups : Spain Vs Turkey

Spain: De Gea; Juanfran, Piqué, Ramos, Alba; Busquets; Silva, Fàbregas, Iniesta, Nolito; Morata.

Turkey: Volkan Babacan; Gökhan Gönül, Semih Kaya, Hakan Balta, Caner Erkin; Mehmet Topal, Selçuk İnan, Oğuzhan Özyakup; Volkan Şen, Hakan Çalhanoğlu, Arda Turan.

Yellow card away from suspension: Hakan Balta, Volkan Şen, Cenk Tosun

"Even my children would ask me whether Iker or David would play, perhaps to boast that they knew, but I always told them that they had to wait and see. It's my duty to be discreet until the last minute and I didn't do it as a game." - Vicente del Bosque (Spain)


"These are important players...We rely on their performances but they couldn't deliver enough. We need them but these things happen." - Fatih Terim (Turkey)


Aku jangkakan Spain akan menang dengan jaringan 2-0. Sikit sudahlah, kesian pula dekat Turkey kena belasah teruk-teruk.

Update : Keputusan Penuh Perlawanan Spain Vs Turkey


FT: SPAIN 3-0 TURKEY
34' - Alvaro Morata
37' - Nolito
48' - Alvaro Morata


Dengan kemenangan ini, Spain telah berjaya mara kepusingan kalah mati (last16), Manakala tugas berat buat Turkey yang perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang Czech Republic nanti.

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey


Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey

Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey


0 Komen untuk "Euro Cup 2016 : Spain Vs Turkey"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.