blogger lelaki logo

Euro Cup 2016 - Last Of 16 : Italy vs Spain

1 Komen
Perlawanan pilihan last of 16 - Euro Cup 2016, Italy menentang Spain. Perlawanan akan berlangsung di Stade De France pada 28 Jun 12.00 AM (waktu Malaysia).

Satu pertemuan yang menarik, dan pastinya ia akan menjadi perlawanan tumpuan kerana ini ibarat perlawanan ulangan final Euro Cup 2012 yang lepas. Spain berpesta gol menewaskan Italy, 4-0.

Malah pada aksi Euro Cup 2008, Spain dan Italy pernah bertemu juga di peringkat quarter final. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan, dan Spain menang di penentuan sepakan penalti, 4-2.

Kedua-dua pasukan ini juga pernah beberapa kali bertemu di pentas berprestij, iaitu pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 1994. Italy pada ketika itu berjaya menundukkan Spain dengan jaringan 2-1, satu gol dijaringan oleh legenda, Roberto Baggio. Dan itulah kali terakhir Italy menang keatas Spain dalam perlawanan kompetitif.


Euro Cup 2016 - Last Of 16 : Italy vs Spain

Euro Cup 2016 - Last Of 16 : Italy vs Spain



Rekod Pertemuan Italy Vs Spain

Italy dibina oleh Conte dengan kerja keras tanpa mementingkan populariti individu semata-mata. Manakala Spain adalah pasukan yang begitu mahir dalam penguasaan bola diatas padang (ball possessions).

Perlawanan ini bakal menjadi perlawanan ke-35 bagi kedua-dua pasukan. Dalam sejarah yang panjang pertembungan Italy dan Spain ini, telah mencatatkan 10 keputusan menang dan 14 kali seri.

Dalam rekod keputusan 8 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan dilihat lebih seimbang kerana 4 perlawanan berkesudahan seri, Spain menang sebanyak 3 kali dan Itali memperoleh satu sahaja kemenangan

Kali terakhir Italy menang keatas Spain adalah pada perlawanan persahabatan 2011, Italy membenam Spain, 2-1.

24/03/2016 (Friendly) : Italy 1-1 Spain
05/03/2014 (Friendly) : Spain 1-0 Italy
27/06/2013 (Confederation Cup - Semifinal) : Spain 0-0 Italy (Spain menang Penalti 7-6)
01/07/2012 (Euro Cup - Final) : Spain 4-0 Italy
10/06/2012 (Euro Cup - Group C) : Spain 1-1 Italy
09/08/2011 (Friendly) : Italy 2-1 Spain
22/06/2008 (Euro Cup - Quarterfinal) : Spain 0-0 Italy (Spain menang  penalti 4-2)
26/03.2008 (Friendly) : Spain 1-0 Italy

Jurulatih Italy, Conte tiada masalah besar dengan kecerdasan pemain, cuma Antonia Candreva sahaja yang dilaporkan cedera.

Conte sudah merehatkan beberapa pemain dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan tempoh hari menentang Ireland.
Italy: Predicted line up (3-5-2)
Buffon – Chiellini, Bonucci, Barzagli – Darmian, Giaccherini, De Rossi, Parolo, Florenzi – Eder, Pelle.

Keadaan sama juga dengan kem Spain, Del Bosque juga memiliki barisan pemain yang cergas dan tiada masalah kecederaan atau pengantungan.

Spain: Predicted line-up (4-3-3)
De Gea – Alba, Ramos, Pique, Juafran – Busquets, Iniesta, Fabregas – Silva, Morata, Nolito.

Sebenarnya rasa berat hati nak tengok Italy tersingkir awal. Aku ramalkan Spain akan menang dengan jaringan 2-0.

Nanti perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2018 aku sokong kau Italy...hahaha

Antonio Conte: 
"We're talking about one of the best teams in the world. What do you want me to say… we're coming up against one of the best teams in the world.

Vicente del Bosque:
"Had I made changes and we lost, people would have said 'why change something that works?' But there was nothing to alter."


Keputusan Perlawanan Italy Vs Spain


ITALY 2-0 SPAIN

Chiellini 33'
Pellè 90+1'


1 Komen untuk "Euro Cup 2016 - Last Of 16 : Italy vs Spain"

avatar

Nampak mcm persaingan hebat je ni nanti... kena layan juga ni... :)

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.