blogger lelaki logo

5 Revolusi Sejarah Telefon Bimbit

8 Komen
Telefon bimbit, bermula dengan benda yang besar gedabak kini masuk ke dalam poket dan menjadi teman rapat manusia. Ia berevolusi dalam jangka masa yang agak lama sebelum apa yang kita dapat lihat pada telefon bimbit hari ini.

Sebelum ia kenal zaman kecanggihan ini, pada suatu ketika dahulu telefon bimbit hanya berfungsi untuk membuat panggilan. SMS pun baru bermula pada era 90-an.

Dan selepas itu telefon bimbit dilihat berkembang dengan agak cepat sehinggalah terhasilnya smartphone.

Revolusi berlaku seiring dengan keperluan dan kehendak manusia, semakin lama kehendak manusia sukar hendak dipenuhi. Masakan kita dapat puaskan hati manusia, daripada besar mereka mahukan yang kecil, selepas dah kecil mereka kembali mahukan yang besar.

Jangan lupa untuk baca review tentang smartphone terbaru daripada TP-Link iaitu Neffos C5 - Live Fun


5 Revolusi Sejarah Telefon Bimbit


1. Motorola DynaTAC 8000X


Motorola pada tahun 1973 telah menjadi syarikat pertama menghasilkan telefon bimbit 'handheld'. Era sebelumnya telefon bimbit hanya terhad kepada yang dipasang dalam kereta dan kenderaan.

Motorola DynaTAC 8000X

Pada ketika itu satu prototype telefon bimbit telah dihasilkan oleh Dr. Cooper dengan beratnya 1.1 kg dan ukurannya 23 cm panjang, 13 cm tebal dan 4.45 cm lebar.

Masa bercakap untuk telefon bimbit ini hanyalah 30 minit, sedangkan 10 jam masa diperlukan untuk caj semula baterinya.

Inilah dia moyang kepada telefon bimbit yang pegang hari ini.


2. Teks Mesej Yang Pertama


Teks Mesej atau orang lebih ramai suka sebut 'SMS' juga adalah revolusi besar dalam sejarah telefon bimbit. Pada 3 Disember 1992, Neil Papworth menjadi orang pertama yang menghantar teks mesej "Merry Christmas" melalui Vodafone network kepada telefon Richard Jarvis.

SMS / Teks Mesej Yang Pertama


Radiolinja menjadi rangkaian (Network) pertama yang menawarkan perkhidmatan SMS  kepada individu secara komersial pada tahun 1994.

Dan, Finland menjadi negara pertama di mana mesej teks SMS telah ditawarkan pada harga berpatutan secara komersial.


3. Nokia 3210


Masihkah anda ingat memori telefon bimbit Nokia 3310, game ular dan edit ringtone.

Nokia 3210 and nokia 3310

Ia adalah model yang menggantikan model sebelum iaitu Nokia 3210. Yang mana model telefon kasik Nokia ini pada masa itu telah menjadi fenomena dan dijual sebanyak 160 million unit.

Nokia 3210 telah dilancarkan pada 19 Mac 1999. Dengan beratnya 153g, ukuran telefon ini pula adalah 123.8mm x 50.5mm x 16.7mm(min) ,22.5 mm (max).

Ia juga merupakan telefon bimbit pertama yang dibina dengan 'internal antenna'.

Dan pada 1 September 2000, Nokia 3310 pula dilancarkan. Model ini juga telah dijual sebanyak 126 million unit diseluruh dunia.


4. Telefon Berkamera


Telefon memasuki era baru apabila fungsi kamera pula dimasukkan pada telefon bimbit, dan ia mula mejadi kegilaan ramai pada ketika itu.

Pada masa itu Nokia masih lagi mengetuai pasaran telefon bimbit, Nokia 7650 dihasilkan pada tahun 2002.

Telefon Berkamera Pertama


Nokia 7650 adalah model telefon Nokia yang pertama dibina dengan 'built-in camera'. Selain itu ia juga merupakan model pertama mengguna Symbian OS.


5. Era Telefon Pintar (Smartphone)


iPhone memasuki pasaran pada 9 Januari 2007 semenjak itu landskap pasaran telefon bimbit mulai berubah. Smartphone mula menjadi kegilaan dan Nokia yang sekian lama mendominasi pasaran telefon bimbit mulai tenggelam.

iPhone first model


Walaupun iPhone bukanlah smartphone yang pertama dihasilkan namum ia berjaya menarik minat orang ramai dan mulai beralih kepada menggunakan smartphone. Ia adalah satu fenomena.

Samsung kemudiannya turut muncul selaku persaing penting dalam era smartphone, dan lebih banyak syarikat-syarikat lain yang turut mengeluarkan smartphone versi mereka sendiri.


Kini ia bukan lagi berfungsi sekadar membuat panggilan semata-mata. Teknologi dan telefon bimbit terus berkembang. Apakah evolusi yang bakal dialami oleh telefon bimbit selepas ini?

8 Komen untuk "5 Revolusi Sejarah Telefon Bimbit"

avatar

Wow,teringat zaman dulu saya pun pernah pakai handphone 3310

avatar

Motorola tu yang power, sebab pasal henpon tu lah keluar botol air versi henpon.. haha..

kalau Nokia, terkenang N-Gage, suka main game di situ, cuma sedih, sebab dah kena curi.. huhu

Tapi boleh nampak dari segi revolusi, makin lama, makin mengecil, biarpun ada trend sekarang nak yang size besar sikit.. hehe

avatar

wow..jadi inget masa muda, hape jadul nokia 3210 pertama kali saya lihat pas masih jaman SD.. sekarang hape ini udah jadi barang langka banget :D

avatar

Dulu2 masa kecik pernah tengok org yg bawa hp beg... pehh, gaya mcm org kaya je jalan bawa telefon... :)

avatar

Salam Ramadan Al Mubarak BL... :) :)

avatar

Makin lama makin maju dunia henfon nie.. masa depan xtaw cemana rupa henfon noe.. huhu

avatar

haha jadi ke inget dulu, hp dengan kamera jelek di tambah penyimpanan tidak sampai 1 mb di hargai 900 ribu.. jauh di banding dengan sekarang

avatar

Wow,teringat zaman dulu saya pun pernah pakai handphone 3310

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.