Model Kereta Proton Terbaru 2016

Model Kereta Proton Terbaru 2016

Tahun ini dijangkakan beberapa model kereta proton terbaru 2016 akan dilancarkan dan dijual dipasaran antaranya Proton Perdana, Proton Persona, Proton Saga dan MPV - Proton’s Suzuki Ertiga.

Namum begitu bila model-model ini akan dilancarkan masih belum dapat dipastikan. Namum begitu beberapa model baru yang masih dalam ' camouflage sticker' berjaya dirakam.

Model kereta proton terbaru ini masih lagi dalam ujian dan mungkin tak lama lagi akan berada dipasaran. Sudah semestinya ramai peminat kereta Proton akan ternanti-nantikan model-model baru daripada Proton.


Model Kereta Proton Terbaru 2016

Proton Perdana.

Model kereta Proton yang paling eksklusif. Model pertamanya mula diperkenalkan pada Januari 1995. dan pada tahun 1998, Perdana V6 pula dilancarkan.

Selepas itu model Perdana generasi kedua diperkenalkan namum ianya hanyalah sebuah model re-badge daripada model Honda Accord (8th generation). Namum model ini hanya dikeluarkan untuk jabatan-jabatan kerajaan.

Walaupun model terbaru Proton ini masih lagi boleh dikatakan membawa model re-badge Honda Accord. Yang menariknya adalah ia dijangka akan menperkenalkan 2 variasi iaitu model 2.0L dan 2.4L.

Berikut adalah gambaran awal Proton Perdana 2016 yang bakal dilancarkan nanti.

Proton Perdana 2016

Proton Perdana 2016


Proton Perdana 2016

Proton Perdana 2016

Proton Persona R

Proton Persona adalah hasil kesinambungan Proton Gen-2, ia juga adalah pengganti kepada model Proton Wira. Mula diperkenalkan pada tahun 2007 menggunakan enjin Campro.

Dan pada tahun 2008, Proton Persona SE dikeluarkan. Disusuli Persona Elegance pada tahu 2010 dan Persona SV pada 2013.

Berikut adalah gambaran awal Proton Persona 2016 yang bakal dilancarkan nanti. Jika dilihat daripada gambar yang tersebar, model ini adalah rekaan Proton Iriz versi Sedan.

Proton Persona 2016

Proton Persona 2016

Proton Persona R

Proton Persona R

Proton Persona R

Proton Saga

Proton Saga adalah model sulung keluaran Proton yang diperkenalkan pada Julai 1985. Model ini dibina berdasarkan Mitsubishi Lancer Fiore (1983).

Selepas itu Proton Saga 1.5L saloon dilancarkan pada tahun yang sama juga Proton Saga Aeroback turut dikeluarkan.

Ogos 1992, Model Proton Saga Iswara pula keluar dipasaran dan pada tahun 2001 Proton mengeluarkan Iswara Aeroback SE yang hanya dibin variasi warna 'silver' dengan enjin 4G13.

Proton Saga LMST adalah model terakhir generasi pertama bagi model ini yang dilancarkan pada tahun 2003. Ianya masih rekaan yang sama dengan  model SE sebelum ini.

Generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada 2008 dengan nama Saga BLM. Ia menggunakan enjin CamPri IAFM 1.3L.

Dua tahun selepas itu Proton Saga FL pula muncul dipasaran pada tahun 2010. yang berubah hanyalah facelift dengan tiada  perubahan besar pada spesifikasi teknikal.

Tahun 2011 model Proton Saga FLX pula dilancarkan yang disusuli dengan Saga FLX SE pada penghujung tahun yang sama.

Berikut adalah gambaran awal Proton Saga 2016 yang bakal dilancarkan nanti.

Proton Saga 2016

Proton Saga 2016

Proton Saga 2016

Proton Saga 2016


Proton - Suzuki Ertiga MPV

Komen awal daripada orang ramai yang menganggap model ini akan menjadi pengganti kepada Proton Exora. Malah ada yang beranggapan ia akan menjadi tindakan yang merugikan selepas R&D kepada model Exora akhirnya di gantikan dengan model MPV hasil kerjasama dengan Suzuki ini.

Berikut adalah gambaran awal model MPV Proton ini.

Proton - Suzuki Ertiga MPV

Proton - Suzuki Ertiga MPV


Share this:

Disqus Comments