blogger lelaki logo

Honda Civic FC 2016

Sila Komen
Honda Malaysia telah memperkenalkan Honda Civic 2016 ketika MyAuto Fest 2016. Ia adalah Model generasi ke-10 bagi model Honda sedan segmen-C.

Model Honda Civic FC ini sudah mula menerima tempahan dan dijangkan akan dilancarkan tak lama lagi secara rasmi.

Honda Civic FC 2016

Dari segi reka bentuk luaran Civic FC ini adalah kesinambungan daripada model terdahulu iaitu Civic FB (generasi ke-9), namum model Civic FC ini nampak lebih sporty.

Honda Civic FC 2016 ini akan menawarkan 3 variasi iaitu dengan 1 variasi NA dan 2 lagi variasi pengecas turbo.

Honda Civic FC 2016

Honda Civic Varian 1.8L NA


Varian 1.8L NA yang dipadukan dengan kuasa enjin 1.8 liter i-VTEC SOHC, 4 silinder dengan kuasa 141 PS pada takat 6.500 rpm. Dan tork maksima 174 Nm pada takat 4,200 rpm.

Model varian ini juga turut dimuatkan dengan (ia juga turut dimuatkan dalam ketiga-tiga mode yang lain):
  • 6 beg udara (2 dihadapan, sisi dan langsir)
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSA)
  • Bantuan Mula Mendaki (HSA)
  • Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • cagak ISOFIX pada tempat duduk belakang
  • Kamera undur
  • Brek parkir elektronik (fungsi auto brake hold)
  • Penghawa dingin belakang
  • Tempat duduk hadapan boleh laras lapan-hala
  • Penghidup enjin kawalan jauh
  • Kunci pintu automatik walk away
  • Sistem infotainmen Honda Display Audio dengan skrin sesentuh 7 inci

Honda Civic Varian 1.5L VTEC Turbo dan 1.5L VTEC Turbo Premium.

Kedua-dua variasi model ini menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo baru. Diaman ia mampu menjana 173 PS pada takat 5,500 rom dan tork makima 220 Nm (mula pada 1,700 rpm hingga 5,500 rpm).

Kedua-dua jenis enjin civic ini menggunakan sistem transmisi CVT automatik.


Apa yang membezakan bagi model 1.5L VTEC Turbo dangan 1.5L VTEC Turbo Premium?

Bagi model 1.5L VTEC Turbo speksifikasinya sama dengan 1.8L NA, namum ia ditambah lagi dengan ciri seperti :-
  • Tempat duduk kulit
  • Cermin padnang belakang anti-silau
  • Rim aloi dual-tone berdiameter 17 inci
  • penukar gar dan ciri-ciri premium yang lain.


Manakala bagi model 1.5L VTEC Turbo Premium pula ada tambahan ciri yang lebih menarik iaitu :-
  • Penghawa dingin automatik
  • Lampu hadapan LED yang fungsi boleh laras sendiri
  • Lampu kabus LED


Honda Civic FC 2016


Antara ciri menarik yang ada pada model Honda Civic 2016 ini adalah penghidup enjin kawalan jauh. Kita boleh menghidupkan enjin dari luar kereta dengan jarak dalam likungan 40 meter daripada kereta.

Kunci automatik Walk Away pula adalah fungsi dimana kereta akan dikunci secara automatik apabila kita meninggalkan kereta dalam jarak 2.5 meter dari kereta.

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Honda Civic FC 2016

Kredit : Paultan.Org

0 Komen untuk "Honda Civic FC 2016"

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.