blogger lelaki logo

7 Butiran KECIL Mungkin Anda Tidak Perasan Pada iPhone

6 Komen
Apa yang kita akan kata pasal produk Apple adalah 'eksklusif'. Team Apple membayar harga yang 'mahal' untuk setiap butiran pada produk mereka.

Bermula daripada material dan saiz kotak iPhone, fonts (tulisan) dan warna icon individu.

Mereka sentiasa berkerja keras untuk memastikan iPhone direka dengan baik sebelum memasuki pasaran.

Sehinggakan Apple memasukkan rekaan ke dalam iOS dengan ciri-ciri kecil yang mungkin kita tidak perasaan dan abaikan selama ini, disebabkan ia dibuat mungkin terlalu kecil atau iaianya kita anggap remeh.

Jadi kepada pengguna iPhone jom kita lihat apa yang mungkin anda terlepas pandang selama ini pada iPhone anda.

7 Butiran KECIL Mungkin Anda Tidak Perasan Pada iPhone

7 Butiran KECIL Mungkin Anda Tidak Perasan Pada iPhone Anda.


1. World Clock Display

World Clock Display

Jika anda menggunakan World Clock anda mungkin akan perasan dimana bukan semua paparan muka jam adalah sama.

Jika anda menggunakan versi jam analog, anda akan dapati ada muka jam berwarna putih dan ada yang berwarna hitam.

Ia adalah untuk memberi petunjuk bahawa lokasi tersebut kini siang hari (putih) atau waktu malam (hitam).


2. Lock Screen

iphone lock screen


Pada 'Lock Screen' jika anda perasan akan ada teks "slide to unlock".

Dan pada tulis tersebut ada cahaya yang berkelip dari kiri ke kanan untuk memberikan panduan secara visual untuk 'unlock' iPhone anda.

Mungkin ada yang tidak perasan sebab ianya kecil dan selalunya kita memang hendak cepat-cepat 'unlock' iPhone kita.


3. Apple Maps – World Times

iPhone Apple Maps – World Times


Mungkin Apple Maps bukanlah aplikasi maps yang paling tepat, macam aku sendiri pun lebih suka guna aplikasi Waze.

Namum apa yang menarik pada aplikasi ini adalah pada visualnya, dimana anda boleh melihat peredaran waktu siang ke malam di seluruh dunia pada ketika waktu yang sebenar (real-time).

Ia akan dapat dilihat apabila kita menggunakan fungsi "satellite", anda perlu 'zoom out' keluar daripada globe.

Selepas itu barulah anda boleh cari kawasan yang sedang dalam peralihan dari siang malam.


4. Control Center Flashlight

Control Center Flashlight


Aku sendiri pun tidak pernah tahu dan perasan adanya butiran sekecil ini. Jika anda menarik keluar control center dan 'On' fungsi lampu suluh (flashlight).

Memang kita takkan perasan sebab kita bukan lampu suluh untuk menyuluh dalam gelap.

Namum apa yang anda mungkin tidak tahu, butang kecil icon akan naik keatas pada kedudukan 'ON'.

Dan icon ini akan bergerak turun ke kedudukan OFF apabila kita mematikan fungsi lampu suluh.


5. Animated Clock

Animated Clock

Fungsi ini sudah lama aku perasan, dan ianya aku anggap sebagai butiran yang sangat pintar. Pada icon aplikasi jam, ia direka menjadi sebuah jam yang sebenar.

Sudah lama pengguna iPhone mahu Apple buat satu fungsi jam pada skrin utama iPhone. Aplikasi jam ini memaparkan masa sebenar secara analog. Dan jarum jam saat pun berpusing, memang nampak 'real'.

Dan anda juga akan perasan sesuatu pada icon aplikasi kalendar. Dimana ianya dalah sebuah kalendar yang akan berubah-ubah tarikhnya.


6. Apple Maps Icon

Apple Maps Icon


Jika anda perasan pada icon Apple Maps mempunyai Interstate 280, pasukan designer memasukkan ia untuk menandakan jalan raya yang terdekat. Headquarter ekarang dan masa depan letaknya bersebelahan dengan 280.


7. Phone Call


iphone Phone Call

Sebenarnya terdapat dua paparan muka yang berbeza apabila kita hendak menjawab panggilan telefon.

Iaitu ketika kita menerima panggilan telefon semasa iPhone kita dalam keadaan lock screen atau ketika iphone kita sudah 'unlock'.

Jika kita mendapat panggilan ketika 'lock screen' paparan "slide to unlock" akan bertukar menjadi "slide to answer".

Dan ketika telefon sudah 'unlock', semasa panggilan telefon masuka akan keluar dua butang iaitu Decline dan Accept.

6 Komen untuk "7 Butiran KECIL Mungkin Anda Tidak Perasan Pada iPhone"

avatar

Really i enjoyed very much. And this may helpful for lot of peoples. So you are provided such a nice and great article within this.

Java Training in Chennai

avatar

Sebelum ini saya menggunakan androids. Sejak iPhone SE keluar, saya beralih kepada iOS. Masih dalam proses penyesuaian. So far memang puas hati. Dalam banyak-banyak small details kat atas tu, saya paling mula perasan ikon clock dia bergerak ikut masa sebenar. Kalau ikon tu dapat kita besarkan, contohnya ambil 4 spaces ikon lain, menarik jugak tu. Tak la kecik sangat nak mengintai jam nye.

avatar

Pretty article! I found some useful information in your blog, it was awesome to read, thanks for sharing this great content to my vision, keep sharing.
Regards,
seo institute in chennai

avatar

Thank You for the Good Information...

avatar

Pretty article! I found some useful information in your blog, it was awesome to read, thanks for sharing this great content to my vision, keep sharing.
Regards,

Core JAVA Training in Chennai | JAVA Training in Chennai

avatar

Pretty article! I found some useful information in your blog, it was awesome to read, thanks for sharing this great content to my vision, keep sharing.
Regards,
PMP Training | PMP Training in Chennai

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.