blogger lelaki logo

Textalyzer Alat Pengesan Pemandu Menggunakan Telefon Akibatkan Kemalangan

3 Komen
Polis New York kini memperkenalkan "textalyzer" alat penguji yang baru untuk menentukan sama ada pemandu yang terlibat dalam kemalangan telah menggunakan telefon bimbit sebelum kecelekaan.

Teknologi baru ini adalah hasil ciptaan Cellebrite, firma Israel. Alat ini akan mengesan log aktiviti yang akan memberikan jawapan kepada pihak berkuasaa samaada pemadu terbabit telah menyalahi undang-undang jalanraya atau tidak ketika kecelakaan tersebut.

Alat mobile forensik ini juga adalah ciptaan syarikat yang sama yang telah membantu FBO 'unlock' iPhone 5C milik penembak San Bernardino, Syed Farook.

 Textalyzer Alat Pengesan Pemandu Menggunakan Telefon Akibatkan Kemalangan

Textalyzer ini dibina dengan Cellebrite's UFED solusi. yang akan mmberikan pihak berkuasa 'extract' dan 'decode' data peranti mudah alih seperti log panggilan, SMS dan file media. Namum dalam pada masa yang sama ia masih lagi mengekalkan maklumat peribadi seperti perbualan, contacts, nombor, foto dan aplikasi data.

Alat ini sedang diperkenalkan di Amerika Syarikat untuk diletakkan dibawah undang-undang baru untuk memerangi "distrated driving" dan mengenalpasti pemandu yang bertanggungjawab menggunakan telefon bimbit dan menyebabkan kemalangan.

New York akan menjadi yang pertamam memberi kebenaran kepada polis untuk memeriksa telefon bimbit di tempat kemalangan dibawah undang-undang baru.

Menurut National Highway Traffic Safety Administration, ber'SMS' ketika memandu 6 kali lebih bahaya berbanding memandu sambil mabuk. Dan statistik daripada AAA Foundation for Traffic Safety mendapati 67% pemandu menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan.

3 Komen untuk " Textalyzer Alat Pengesan Pemandu Menggunakan Telefon Akibatkan Kemalangan"

avatar

Malaysia biasanya akan terkebelakang 10 tahun..10 tahun lagi baru ada teknologi gini...:P

avatar

kalau orang Malaysia, mesti ramai dah kantoi ni

avatar

walau berulang kali dah pesan jangan memandu sambil main phone, tapi ramai tak ambil peduli.

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.