blogger lelaki logo

Generasi Baru Teknologi Panel Solar Mampu Menukarkan Hujan Kepada Elektrik

4 Komen
Kini teknologi panel solar sedang dibangunkan oleh saintis China untuk mampu menukarkan hujan kepada elektrik.

Menurut siaran akhbar yang diterbitkan dalam jurnal Angewandte Chemie, teknologi ini menggabungkan electron-enriched graphene electrod bersama sel solar dye-sensitized yang akan dipacu oleh kedua-duanya samaada matahari dan hujan.

Ini akan menjadi penyelesaian kepada kaveat lama panel solar yang mana hanya mampu mengeluarkan (output) tenaga optimal pada hari yang cerah sahaja.

Profesor Qunwei Tang, Xiaopeng Wang, Pei Zhi Yang dan Benlin dari Ocean University of China juga mendakwa dengan pembangunan terbaru ini akan membantu memajukan lagi "all-weather solar cells".

Panel Solar Mampu Menukarkan Hujan Kepada Elektrik


Sel solar dye-sensitized yang menggunakan pewarna organik untuk menyerap cahaya matahari. Apabila cahaya menyentuh sel-sel solar tadi, elektron akan terhasil, kemudiannya akan diserap oleh semi-conductive untuk menghasilkan arus elektrik.

Dengan menambah lapisan nipis graphene, para saintis mengusulkan bahawa sel-sel solar mampu menghasilkan kuasa berpunca daripada garam yang terkandung dalam titisan air hujan.

Jika projek panel sel solar dwi-cuaca ini berjaya. Ia akan memberi manfaat yang cukup besar, lebih mesra alam dalam menghasilkan sumber tenaga kepada manusia.

4 Komen untuk "Generasi Baru Teknologi Panel Solar Mampu Menukarkan Hujan Kepada Elektrik"

avatar

asli keren banget ini, solusi hemat tenaga listrik, keren2 :D

avatar

menarik ni, negara kita banyak hujan wajar memanfaatkan teknologi macam ni

avatar

Harusnya ini diterapkan diseluruh Indonesia, selain hemat energi dan pastinya biayanya juga jauh lebih murah dari harga PLN sekarang

avatar

sudah saatnya pindah teknologi memanfaatkan energi yang lebih berarti

Terima Kasih kerana sudi berikan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan di buang secara automatik. Harap maklum.