Menulis Adalah Terapi Minda

Menulis Adalah Terapi Minda

Bulan ini aku dilanda kesibukan, tiada amaran awal isteri aku bersalin awal 30 hari daripada tarikh jangka bersalin. 

Jadi blog aku terbengkalai, lama aku tak menulis.

Menulis adalah terapi minda, mungkin aku tiada fakta atau bukti saintifik untuk menguatkan kenyataan aku ini.

Namum ini hanyalah sekadar pendapat dari pengalaman sendiri.

Menulis atau lebih tepat membuat karangan tak kiralah di blog, media sosial , buku atau diari.

Apabila kita menulis dengan penuh penghayatan, menulis untuk meluahkan rasa itulah yang akan menjadi terapi minda.

Kau boleh rasa tenang dan relaks seketika selepas kau menulis.

Macam aku, apabila menulis aku akan tujahkan fikiran menerawang ke awangan untuk mengapai tahap imaginasi menyusun kata-kata.

Buat seketika itu kita lupakan semua hal yang merobek jiwa atau meresahkan otak kita.

Dengan daya penumpuan yang padu minda kita akan rasa lega selepas selesai menulis.

Namun, memanglah menulis itu terapi minda untuk diri aku tetapi jika aku menulis aku mahukan tumpuan sepenuhnya.

Jika ada sedikit gangguan selalunya penulisan aku tersekat ditengah jalan.

Mungkin mood aku sudah ke laut.



Menulis juga boleh hilangkan stress.

Jika kita sedang stress, cuba tuliskan apa masalah yang menjadi punca kita rasa stress. 

Ini bukan untuk menulis di blog atau laman sosial tau.

Tulislah untuk secara peribadi, tulis di note atau diari pada telefon atau buku catatan kita. Jangan duk tunjuk dekat orang awam pula.

Ini juga adalah salah satu terapi minda untuk merasai sedikit ketenangan ketika kita tidak tahu hendak meluahkan masalah kepada siapa.

Share this:

Disqus Comments